Sabtu, 15 Disember 2018

RESULT UPKK IMRAN NAK KELUAR

18HB DISEMBER 2018

Imran bakal menerima keputusan peperiksaannya yg pertama. Sebagai org yg bertangunggjawan mengajar, menhantar nya ke tuisyen pasti nya keputusan imran ini adalah keputusan bersama, Macam coach dengan anak didiknya. 

aku lah manusia yg nervous imran macam tak kisah je. budakkan apa lah yg dia tahu. 

Harapan? aku taknak mengharap terlalu tinggi tp apa sahaja keputusan aku redha. Imran kena belajar terima apa jua keputusan sebab itu akan mendidik dia menjadi manusia yg baik pada masa masa akan datang. 

Aku yakin dia akan berjaya. Mungkin bukan best student di SKtun SAS tapi masih boleh berjaya dalam hidupnya. Aku yakin dan pasti. Dia akan jadi lebih baik dari aku dan ayahnya.

Keputusan ini akan digunakan utk masuk ke sekolah agama jika dia masuk belajar ke SMA Sultan Muhammad. Basic agama kena kuat. Sebagai perisai menjadi org yang beriman.

Aku tahu tugas aku sebenarnya sangat rumit. aku kena ajar anak anak aku ilmu agama yg mungkin takde siapa mampu beri akulah yg bertangungjawab utk berikan dia ilmu agama. Bila dia dh besar dia kena tuntut ilmu agama . Ilmu asas sekurang kurangnya ilmu fardhu ain.

sepatutnya semua ibu bapa patut beli buku P.A.F.A agar semua ibu bapa boleh semak apakah pendidikan asas fardhu ain yg anaknya patut tahu. Wajib tahu.

dari bab taharah sehinggalah bab solat fardhu. Ibu ayah kena pastikan anak anak tahu berkenaan ilmu tersebut. jika guru ajar di sekolah , ibubapa perlu perkemaskan imu tersebut. PAstikan anak anak tahu dan boleh amalkan ilmu-ilmu tersebut. 

Jangan sampai di akhirat Allah persoalkan ibubapa sudah kalian memberikan pendidikan anak anak terutama ilmu fardhu ain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...