Jumaat, 29 Jun 2018

Spammers ๐Ÿ“ต

Salam. Mmg risiko kalau kita dedahkan no phone kita pada public. Tapi kalau dh masuk iklan tu nak taknak kita mesti share makluman . Senang org nak call kita.

Hari tu aku post iklan rumah di mudah. My.. mmg mudah lah. Yg jadik masalah. Bila ada spammer yg bagi mesej kata nak sewa.

Aku rasa pelik sebab mesej dia cam komputer yg control . Serius aku dh delete mesej tu.

Ok! Terjumpa.


I am Henequelen,I am a simple, cool and non-smoker lady. I am willing to rent the unit as I am at sea at the moment as i am a Coastguard Agency employee in USA but i was Born and brought up Malaysia. I am coming to study and I will work part-time down there but due to the nature of my work, phone calls making and visiting of website are restricted.I only squeezed out time to check this advert and send you an email regarding this. i am ready to rent it asap so tell me how much is the rent/share per month and how much deposit do i have to pay

Bil aku reply, dia tak reply terus..

Tak lama lepas tu. Dia hantar gambar passport. Aku ingat budak perempuan ni passport dia hilang gamaknya.

Ni maklumat yg dia share. Siapa yg kenal tolong lah bagitau budak ni. Passport dia disalahgunakan

Dan bila aku search nama dia di facebook aku jumpa maklumat pasal ni. Scan menerusi Paypal. Nasib baik aku tak terus bagi no acc kang tak pasal pasal jadi kes polis pulak. 

Jadi lepas ni korang lebih berhati hati dan mesti ada sedikit syak wasangka dan jangan mudah percaya pada org yg tidak dikenali. 


Khamis, 28 Jun 2018

Nak langsir murah? Ini caranya .

Kalau beli rail langsir di hardware korang kena beli beberapa bahan: 

  1. Rail. Ikut saiz tgkap atau pintu korg. Tepat gunakan tape jgn main agak agak. Kalau masak boleh lagi nak main agak agak
  2. Biji biji putih buat sangkut langsir. Ingat satu kaki 3 biji putih. So kalau 10 kaki 30 le biji tu. satu biji sen sen je rege dia
  3. Beli tempat letak rail. Ada yg dua ada yg tiga. Seeloknya beli dua. Satu day curtains dan night curtain. 
  4. Kemudian penutup supaya biji tak jatuh. Kena beli satu rail dua penutup. 

Dan ingat kena ada drill. Kalau takde lupakan niat suci murni korang nak pasang rail langsir sendiri. 

Korang tanya lah tokey hardware kang dia ajarlah. 

Pastu masa nilah nak bawak rail sepanjang 11 kaki balik rumah menjadi satu lagi masalah. Nasib baik suami aku ada mpv boleh lah bawak balik. 

Korang kena tengoklah youtube belajar cara nak pasang. 

Kalau tak satu sliding door ko kena charge RM150 hanya untuk rail dan upah pasang 50 ringgit. So total rail dan upah pasang rail RM200. Kalau ko ada dua sliding door kena RM400 hanya utk upah pasang rail sahaja. Belum masuk harga langsir. 

Mahal tau harga langsir  dia sukat ikut kaki. Mahu sekeping jatuh harga seratus lebih. So dua helai RM300 

Jadi kos utk pasang langsir utk sliding door je dh cecah RM500. 
Ini langsir Kaison yg aku beli tu.. so oklah kan sebab kain dia jatuh sebab  berat


hajat nak deko ..ntah jadi entah idak


Ok. 

So kalau nak jimat korang kena belajar pasang rail sendiri. 
Dan langsir aku cadangkan beli je kat Kaison atau Ikea. 

Aku beli lamgsir kat kaison saiz 240cmx260cm sedang elok je utk sliding door umah aku. Sekeping RM74 . So total baru lebih kurang rm150 

Kain berat dan cantik . Oklah kan. 

So aku target aku nak beli langsir bilik aku dan bilik budak budak ni. Murah je. 

So harap korg berjaya buat langsir dengan kos yg murah. Yelah nak deco to bajet ciput. Org kaya upah je Lentera tu Amran nama owner dia. Selesai semua hal. yang penting duit !

rumah sebelum ada langsir

tips: jangan beli ralling langsir dr kedai langsir, contohnya kota fesyen kat MITC ..mahal gak. nak murah beli rail sendiri dr hard ware. ok ...



Antara pilihan langsir yang ada:


Langsir ni masa pilih dan selepas psang tak sama rupanya. ada nampak cantik tapi bila pasang ok ok aja


macam ni lah pilihan langsir yang ada ..ni night curtain. 



ni takut cepat pudar 

aku suka yang belakang tu 

masa pilij nampak unsur unsur english style..

cantik gak..

nak yang ni tapi takde pulerr

rupa setelah dipasang ...ni yang ada baru pasang kat bilik tido 

yang penting kosnya murahhh!!!



Selasa, 26 Jun 2018

Honda City Murah

serius aku beli kereta mmg murah.
Aku amik loan 66k sahaja.
Down payment takde ikutkan 10%
Aku dpt rebate 9k ( promo raya+gst)
Bulan bulan aku bayar bank tak sampai 800
Insurance pun tak bayar. Aku bayar RM 948 je.

Aku tak tau nak story tapi macam ni
Aku bayar 300
Pastu masa nak sign aggreement alan cakap harga city lepas gst mirN loan tak boleh cover ๐Ÿ’ฏ so aku amik loan 66k je. Bayar 3 shj. Tapi aku dlt bayar 2848 je. Ikutkan insuran 2200 kena bayar tapi dh inc dlm tu sekali.

Aku beli yg paling basic. Takde screen radio. Lepastu aircond pun manual bukan dogital. USB connection ada satu je.

Mmg basic habislah. Janji honda city. Hahha
Ada aku kesah .

Org kata nak beli kereta beli sebelum bulan 9
Jangan sesekali hilangkan kunci ni harganya 2k


Sewa rumah 1200 call sekarang harga 2019 akan naik. 



Aku ada order telekung alana tak sabar nak pakai๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sabtu, 23 Jun 2018

Resepi Menu Open House

Rujukan utama Azie kitchen


Soto  nasi Impit

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup bunjut Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • Nasi impit Adabi - rebus je yang plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • [Bahan Kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya (untuk memberikan lebih rasa). Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase macam kuah sup ayam je.
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yang telah ditumbuk tadi.
  1. Ayam yang direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.
  1. Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.
  1. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Lodeh
Bahan bahan:KubisKarotKacang panjangTerungTauhu kering - rendamTempe - potong dan gorengTauhu - potong dan goreng (tak letak)Cili merah - hiris2 batang serai - ketukUdang hidup - buang kulitSantanGaram
Bahan kisar:5 ulas bawang merah1/2 inci kunyit hidup2 sudu besar udang kering
Cara cara:Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga yang lembut. 
Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Rendang Ayam MertuaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam - potong kecil1 senduk cili kisar - ikut suka pedas10 ulas bawang merah - mayang6 ulas bawang putih - mayang1 inci halia - mayang1 inci kunyit hidup - tumbuk1/2 inci lengkuas - tumbuk4-5 batang serai - hiris nipis1/4 biji kelapa parut - goreng dan tumbuk kasar2 helai daun kunyit - hiris halusGaramGulaAsam kepingSantan secukupnya
Cara cara:Kesemua bahan kecuali kelapa goreng dan daun kunyit dimasukkan ke dalam kuali besar. Gaul rata bersama ayam dan dimasak atas dapur sehingga air ayam agak kering. Hati ayam dimasukkan setelah kuah mendidih bagi mengelakkan ianya menjadi hancur
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan agak pekat. Masukkan pula asam keping, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali baru dimasukkan kelapa goreng yang ditumbuk tapi tidak sehingga keluar minyak pula. 
Apabila hampir masak, taburkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.
Nota:Boleh juga dikeluarkan ayam selepas masak supaya ayam tidak terlalu hancur. Bila kuah hampir kering, baru dimasukkan semula ayam tadi. 

Sambal Udang PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Udang - lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka1 mangkuk petai 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato1 biji bawang besar Holland - hirisGaramGulaSerbuk perasa Minyak masak
Bahan kisar:10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putihSedikit belacan - opsyenal5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan. 
Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air. 
Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. 



Rezeki yg mana lagi mahu kau dustakan, Ama.

Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 

Hari ni aku menerima kunci honda city, tak sangka Allah SWT memakbulkan doa aku memiliki kereta ini. Betullah kata org ... kata kata merupakan doa. 

Kalau korang nak beli kereta Honda aku suggests kan beli dekat Kah Mohot ni mmg layanan dia tiptop terutama dengan Alan . Mmg tak menyesal punya. 

Oklah bagi yg belum baca post pasal kereta ni boleh refer link ni nanti.. 
so ! Akhirnya aku membeli Honda dengan harga setelah tolak GST dan Bonus Raya dan aku tak tahu apa lagi yg dia tolak yg aku tahu aku beli Honda no downpayment dan full loan aku cuma 
RM 66 000. Aku cuma bayar RM3300 itu sahaja. RM2200 tu insurans so ibarat aku bayar deposit RM1100 je. Interest Maybank 2.6%. Aku tengah pikir kaedah nak bayar hutang kereta ni dalam masa tiga tahun. Janji tiga tahun settle kereta! ✋๐ŸปTolong lah doakan aku ya! 

Ini Alan  call dia kalau nak beli kereta. Bagus! 

So lepas dah dpt kereta maka kami pun memulakan misi ke Sepang nak berhari raya dengan kawan lama masa belajar di UM dulu. Hujan lebat sungguh! Nyaris nyaris kami cancel ke sepang. Tapi akhirnya pergi jugak. 



Dapat jumpa Faridah dan Izati. Dua dua pernah jadi roomate aku. Dengan izati lama gak. Masa tahun akhir tu kami duduk berdua aja. Time tu semua dh grade. Tinggal kami sebab aku Pendidikan Izati Accounting. Yanh lain dh mula kerja. Masa aku habis Izati masih ada lagi Satu semester  kalau tak silap! Faridah dh kerje dekat Fomema Damansara. Tapi lepas kahwin Faridah, berhenti kerja dan focus pada family. 

Izati masih kerja di AnNur Hospital di Bangi. Nnt aku post entry pasal diorg. 


Lajak kaki ke Mitsui nak beli toys . Nasib dpt beli. 

Sapa suka batang branded eloklah g sini. Mmg banyak buyik . Aku tak de niat shopping so tak membeli pun . 


Saje amik gambar buat kenangan. Tapi next time nak mai jugak cari baju baaju bidak . Banyak buyik jual baju baju budak. Baju tidor 19.00 murah ko Jbaby pun 23 ringgit.. hahah.. 

Oklah . Nnt aku sambung cerita. Pasal beli kereta boleh search post post laa type keywords Honda ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Jumaat, 22 Jun 2018

Open House: perlu?


Assalammualaikum..dan Salam 9 Syawal. 

suami aku dh sibuk tanya bila nak panggil budak opis dia makan makan kat rumah. Aku ni bukan apa ..ok je orang datang rumah . Masalahnya rumah tak berapa nak siap ..

"kalau nak jamu perut insya Allah boleh ..tapi nak jamu mata ..belum mampu, rumah tak berapa elok ..." 

ok..berbalik soalan tadi, aku ingat lagi masa tahun 2012 kitorang pernah buat open house kat rumah lama. tapi masa tu ada yati maid aku bantu siapkan rumah dan masak. 

ko bayangkan menu yang aku sediakan .

daging dendeng
nasi impit
lodeh
kuah kacang
mee udang
spagheti bolognese
soto 
begedil
kek coklat
kek cheese

dan semua ni aku masak sorang ..ko bayangkan .maid aku ada bantu lah..tapi chef nye aku ler 
nasib baik lah time tu diorg suka dan puji seda masakkan aku 

tahun ni pulak dia request macam macam ..rasa nak tembak je...kang tak siap aku jugak tercangak bangak...

1. soto
2. begedil
3. nasi impit
4. lodeh 
5. rendang ayam
6. sambal tumis udang petai 
7. kek carrot
8. kek coklat (kalo rajin)
9. air teh /kopi

tu baru menu belum masuk lagi peralatan nak sediakan makan ...bekas letak bahan-bahan, bekas makan sudu, garfu, plastik sampah, ...alamak! banyak nye benda nak fikir.. aduh!!

kang aku pikir nak beli gambar nak decorate dinding pulak..belum masuk nak beli bunga letak kat meja ..adoii..banyak nak fikir ni.. org laki tahu ke semua benda ni



ni ruang tamu ..tp open house mesti bukak kasi raung org nak duduk kan ...

satu satu nya gambar tergantung

ko bayangkan kerusi aku ada enam je ..hadoiii


ni bukan dapor aku..tapi aku teringin nak dapor macam ni ..adoii 



kalau rumah aku santek cam ni seronok gak aku nak ajak orang datang rumah ..ni trumah aku tak semnggah cener nak ajak org beraya ... kannn...

oklah kalau korang ada pengalaman buat open house share ekk.. mana tau boleh kasik tips



Drama Nur : di Mata Aku.

Lately banyak org perkatakan pasal cerita Nur. pelbagai persepsi masyarakat . ada yg baik dan ada yg buruk. malah setiap org merasakan sesuatu menraik tentang cerita ini.  

bagi aku cerita nur sama dengan beberapa plot antara garisan. memaparkan bagaimana org agama akhirnya jatuh  berdosa seperti org yg berdosa( pelacur) nur dan antara garisan drama Sharulezad. lebih kurang sama . 

banyak kebenaran dalam masyarakat kita yg cuba dia paparkan . terutama mengenai org alim yg corrupt. aku tak rasa dia menghina org Islam. sebab dia jugaIslam . mgkin niatnya lebih kepada nak menegur golongan alim utk lebih jujur dalam bekerja. 

mmg pahit tapi kita kena telan dan perbetulkan tanggapan ini. 

mungkin selama ini pengarah lain tak berani nak mengangkat sisi benar ini dalam masyarakat. watak watak seperti Nur , Ustaz Mahadi, Aishah dan semua itu ada dalam masyarakat kita. cuma semuanya bukan suatu yg di tunjukkan

akhirnya kesimpulan yg kita dapat buat. 

1. Mak Nur pelacur namun matinya mengingati Allah sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
2. Adam cari Nur pelacur jalanan sebab nur cantik. Cuba Nur muka cam /.#$^%## ada Adam nak kejar. skeptical.
3. Ayah ada firm dengan keputusan yg dia buat. dan sentiasa di sisi Adam biar isteri sendiri memberontak. 
4. Ustaz Mahadi ...aku suka dia ni lakonan dia mmg superb Azhan Rani. sian dia kena sumpah seranah dalam Nur. mmg betul lelaki bila dah berzina salah kan bini. 
5. dan mmg betul , Aishah isteri yg menyalahkan diri sendiri bila berzina. dengan itu izinkan kawin dua. Percayalah, lelaki jahanam takkan berani terima amanah. dia hanya nak lepaskan syahwat bukan pikul tn]anggjawab. dasar Syaitan! 
6. Mak mertua susah nak terima menantu seperti anak sendiri. 
7. Deeja cantik dan berhati mulia. aku suka !
8. Jojo mesti kau laku lepas ni . Lakonan ko bersahaja nampak natural 
9. Syafiq Kyle , no comment!
10. Ustaz Yaasin tu mmg pelakon ke? muka suci je. 

googlelah antara garisan cerita terbaik anugerah skrin 

cari cerita ni jugak ..mmg best .. atau sebab aku suka lakonan Beto .

cerita paling sempoi hanya tentang kasut best film acadeny award .. filem Iran tahun 1998.ini pun best jugak...korang wajib tonton.

kesimpulannya masyarakat makin bijak menilai drama yg berkualiti  atau tidak . jangan ingat ko letak nora danish berkemban orang berpusu pusu ke panggung. sori.! kami perlukan karya yg ada nilai.  nilai yang mampu mengubah pemikiran masyarakat.

wasalam. 

Honda City, 100k dan Selawat.

Korang agak aku jadik beli tak kereta baru... jawpan nya jadik! Dan tiba tiba aku nyesal nak kena bayar 750 sebulan ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข aku rasa cam tak berapa macho berhutang utk sebuah kereta. Sedangkan aku boleh bersenang lenang dengan duit cash 750 utk bayar kereta.

So skrg aku sibuk mengkaji cara nak invest duit dlm asbf pulak! Mana tau boleh support aku bayar myvi

setahun ko baru dapat pandora ..hahha..alhamdulillah Allah Makbulkan baca di sini Pandora oh Pandora .


Sekejap .. promo sikit. Available this November call me ASAP.




Aku sambung cerita. Aku adalah sikit modal nak taruk utk first year loan asb. So aku ingt aku nak menyimpan.

Bila aku baca pasal perkara perkara yg boleh jadi berlaku pada seorg surirumah tertib aku cuak ...๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang Dikerjakan (surirumah)

Sediakan Payung Sebelum Tengkujuh. Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan.

1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi jika layakpun
2. Ambil pembiayaan Islamik ASB, biar ada tunai ratusan ribu
3. Didik suami ambil pembiayaan kereta tidak melebihi dari 5 tahun.
4. Kawal kewangan rumahtangga, jangan biarkan suami ada hutang kad kredit walaupun Rm 1,000. 
5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri. Baca buku Cashlow Untuk Wanita
6.  Buka akaun emas dan miliki Emas jongkong 999.9 rujuk buku Beli Emas ataupun hantar w asap ke kosong satu kosong 5 ratus 1 lima ratus jika nak belajar cara mudah dan mampu.
7. Surirumah perlu ada duit cash dalam TH ataupun ASB ataupun Unit Trust sekurang-kurangnya RM 100,000 ke atas. Jika tiada,  mulakan menyimpan walaupun serendah Rm 100 hari ini. Simpan secara serius.
8. Jangan 'buat anak ramai' jika tiada 'financial back up. Huhu

Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang juga menderita adalah Shamsuddin Kadir. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat 'Luahan kasih' kerana  terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa.

Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang.

Saya pernah terbaca kata-kata di bawah ini.

Masa mula berkahwin, suami berkata "You jump I jump"

Selepas berkahwin, suami berkata "I run, you kena tanggung sendiri kos besarkan anak I"

Perkataan suami itu bukannya mewakili semua lelaki.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Terima kasih Shamsuddin kadir atas ingatan anda. Teruss aku follow di fb dia.

Baik baik itu untuk dunia .

Maka utk akhirat aku mengajak kalian berselawat seribu kali keatas Rasulullah saw . Insya Allah kita akan di janjikan syurga . Aamin..

Salam syawal ke 8. Dah start puasa enam ke belum? 

Khamis, 21 Jun 2018

Testimoni Sephia Argan Oil

alhamdulillah dah masuk dua bulan jual benda ni sambil sambil. Lega sangat! Semua customer suka... ada yg baca thru this blog then order kat kita... syukur! Bukan senang org nak repeat barang kan .. tp kali ni majoriti repeat order sebab benda elok dia promotes pada org lain pulak ... rezeki betul...



So far semua feedback positive. Dan banyak customer beli utk org lain. Nampak tu mulut ke mulut org bercerita .. hihi 

Shampoo harga dalam 29.90 minyak rm 39.90 dan saiz shampoo lebih besar . Boleh tahanguna dua bulan .. shanpoo dia pekat dan wangi macam minyak 



So kalau korang nak try pm saya . Harga seperti yg tertera
Boleh whatssapp: 016-2366741 
Email: amazabidi@gmail.com 



Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...