Setelah tengok jadual ni secara mudahnya aku dpt 9500 tahun ni dr ASBF. Walaupun aku bayar macam lebih.
Rabu, 21 Disember 2022
ASBF Terminate ?
Isnin, 19 Disember 2022
"Nampak Kaya "
Semalam aku hiking hari ke 5.
Aku dah tahu jalan nak ke OMG trail. mmg best ! jalan dr CP0 ke CP1 keluar ke tar dan masuk jln nak ke Wonderful Garden . tapi sebelum turun buat OMG sekali. kalau buat OMG dua kali mmg kurus aku !
aku dh check berat tak turun sgt tapi rasa badan ringan sikit . Aku rasa mesti ada beza ..dr ko takpenah exercise tapi ko exercise ofkos ada beza. paling tidak saiz dia berbeza kalau berat susah sikit nak ukur sebab badan bertambah muscel.so mungkin berat lemak tukar ke berat otot. jadi kalau nampaksaiz ada beza tu kira kuruslah sikit .hihiii..aku rasa jelah ..Hakikatnya tak! hahah..
so aku kena diet .jaga portion makan ..stop gula .stop gula ..stop gula. boleh buat?
ok aku teruskan cerita ..masa aku nak jalan naik ke bukit beruang tu ..ada satu family ni nak follow..macam dulu aku nak follow cina perempuan dia kata dia nak cepat so dia tinggalkan kitorg ... tap ni aku jalan slow slow ..tahu dia nak ikutkan ...aku tak expect nak berbual sgt ..so yang perempuan ni kenalkan diri dia ..keje kat "KPM bahagian kewangan Putrajaya" ..oh yeke ..aku "cikgu" ...aku bgtau. aku rasa cikgu ni kalau dalam goverment servis rate dia paling rendah kut ..atas sikit dr pembantu makmal atau kerani sekolah ...walaupun rata rata cikgu ni gred 52, 48,44 dan lebih tinggi dr kerani ..tapi kalau nak compare kerani dengan cikgu ..kerani lagi bergaya ..hahah...kesian kan..hahahitulah guru d mata masyarakat.
oklah sembang punya sembang ..aku pun kata " PTD ke?" dia kata ya ..aku tanya Intake bila ..batch bila ..dia kata dia batch 2007.. batch satu suami dia batch dua . sama dengan Suami aku .aku pun tanya kenal ke Shahrul hafidz bila dia dh bgtau ..oh kenal johan tenis pptd hari tu kan ..aku pun iyakan jelah ..
cantik org ni ..namanya Hermamalini ..nama dia agak famous..aku biasa dengar. suami dia nama Norman kut aku salah dia nudman ke apa ya ...oklah akhirnya kami sampai ke CP1 dan aku offer dia minum air yang aku baru bawak . yg dalam bekas Montigo sedap sikit sebab sejuk ..dan akhirnya kami bergambar buat kenang kenangan ..
aku sembang dengan Imran ..dia kata orang tu nampak kaya . aku tanya balik kita nampak kaya tak?
imran ketawa dia cakap..tak langsung! hahah..takpelah ..bersyukur dengan apa yang ada .
kenangan |
** aku harap walaupun pertemuan hanya sekejap ..meninggalkan kesan baik dalam diri dia mengenai kita .teruskan buat kebaikan walaupun sekecil zarah.
Sabtu, 17 Disember 2022
Resepi Waffle
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan susu full cream + 1 1/2 air
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Jumaat, 16 Disember 2022
Memasang impian
Lepas tengok Anis Syuhada g Switzerland berkobar kobar aku nak nyimpan duit nak ke sana .
aduh! banyak nya impian ..aku ni insya Allah next year naik DG 48. beza gaji lama baru ada alam 1k. kalau simpan sebulan dapatlah RM12K setahun . kalau simpan 2k boleh dapat 24K setahun ,
mesti ada atleast 100k nak g jalan . total sorang dalam 6k lebih .
kalau pergi sendiri lebih jimat berbanding dengan travel agency.
6k x 6orang dah 36k. tu bajet sorang
tak masuk makan lagi ..kalau nak beli apa apa lagi ..so mmg kena ada sekitar 50k kut kalau nak selesa.
aku kira kira akhir tahun 2023 atau tengah tahun 2023.. insya Allah kami sekeluarga akan sampai ke Switzerland
ni aku jumpa di facebook:
tapi aku nak g musim salji. musim salji bulan 12 lah kan ..
Khamis, 15 Disember 2022
Bukit Beruang dan Mamee Jonker House
Assalammualaikum semua ..diam tak diam dah masuk cuti sekolah selama 3 minggu.
dalam tempoh ni aku dh mulakan rutin baru aku hiking di Bukit beruang. Alhamdulillah ..mula hari Isnin12/12/2022 dan masih buat utk kali ketiga...hari ini khamis 15/12
masa hari isnin aku pergi dengan Imran kami naik CP1. first time Imran hiking sama.
Selasa aku buat full track aku janji dengan Kak Azza dan kawannya Kak Maznah. alhamdulillah. mula jam 9 pg selesai jam 12.00 tiga jam ..full trek ni maksudnya aku pergi semua checkpoint.
so hari ini setelah berehat sehari Rabu, kali ni kami hiking dalam keadaan yang sgt penat. Imran berpendapat kami penat sebab menu bf yang kami ambik . burger dan telor dan sekeping roti.
esok aku nak test bf yang ringan tengok macam mana.
Aku pula berpandangan sebab kami stop sehari jadi badan kami lesu .
mmg tak mudah nak dpt kekuatan drive ke Bukit Beruang kemudian panjat ..sejauh 880M dan turun semula. total masa yang kami buat naik 30 minit dan turun 30 minit ..total calori lost dalam 230 kcal. 2km lebih sahaja ..langkah dalam 3k kalau tak silap 3.4k langkah.
so aku target sehari aku kena bakar 500 kcal. baru berat badan aku turun. exercise macam dh ok .sekarang masalahnya diet . pemakanan. kan kita tahun 80% makan , 20% exercise. so aku kena mula beli bahan menu diet mulai esk .
so kalau korang tak pernah ke Bukit Beruang aku share check point yang korang akan lalu.
kasut hiking decathlon ..sgt berbaloi! |
ni masih belum touch CP1 |
ni CP1 ..lupa nak amik gambar ukit kayu tu .. |
ni CP2 kena lalu tangki air kalau tak silap. |
CP3.. aku tak ingat kat mana .. |
ni baru aku jumpa tadi CP4.. |
kat sini pulak permulaan trek OMG...dia mmg bukit yang ko kena panjat ..gigih tau! |
Wonderful garden ni port yang ko jumpa sebelum ko keluar hutan . tapi kalau turun pakai jalan tar ..korang takkan lalu garden ni |
Mamee Jonker House
ni area tempat kami parking |
mamee malaysia |
Merchandise mamee..banyak mamee yang flovour sepecial kat sini . |
Tealive dalam Mamee Jonker House |
ini imran punya ...mmamee kaler merah |
bangga siot bhahahah... |
Iyad punya kaler pink... |
masa mula mula dapat cup.. |
surau warisan ..masuk percuma..tapi free pun org tak masuk apatah lagi kena bayar..ermm.. |
info utk semua .. |
takpernah masuk pun ..amik gambar jelah ... |
stylo |
cafe mamee |
jumpa patung ni seramm weh! |
imran di usia 15 tahun ketinggian 173cm |
susah payah mencari rezeki yang halal di sini ... abg baju emas ni |
posing dia area surau |
hasil tangkapan di Mamee Jonker House |
jalan sampai ke Jalan Hang Tuah |
yeya ....melaka 2022 |
tak pasti ni apa ..rasanya gereja |
St Paul ..turun tangga ni jumpa A Famosa |
Family Day MozaRoha
14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...
-
okay dah sampai masa aku membebel. ni perihal kelas relief di sekolah . utk korang yang bukan guru mesti tanya apa guru relief tu? oklah ka...
-
OK..apa yang aku nka share ni adalah berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang baru keluar semalam. 5 Mac 2020. ok kita pergi satu pe...