Isnin, 23 September 2024
Ipad Hacks!
Jonker Walk 2024
Ni Laman Lokal boleh search kat google. Org kata masakan di sini sedap. |
Last last makan di sini.. |
Unik Family Mart di Jonker Walk ni. Ada toilet.. kalau rmai org mesti berebut masuk toilet |
Ni lah yg sedap tu… |
Kedai ni mmag happening tapi tak pasti halal atau tidak |
Sabtu, 14 September 2024
Kurma merah dan goji .
Tak sangka mengalami nya lagi. Keguguran di awal awal minggu. Sepatutnya aku uzur 27 August. Sebab tak dtg aku chilled chilled je … suami dah suruh buat prengnancy test. Aku kata takde sebab tak rasa mengandung pun. Kemudian aku macam pelik apsal ni tak uzur uzr. Aku tahu kalau macam ni samada melekat atau tak. Sehingga lah aku ke kemboja, masa di airport keluar tanda coklat ada ada darah sikit . Sah aku period. Lega. Aku pun jalani hidup seperti biasa. Kemudian aku tunggu tak keluar keluar juga darah .. tapi coklat ada.. ada masa banyak ada masa sedikit. Dan masa kencing takde darah yg keluar.
Sehingga lah aku nak balik Malaysia , masa tu 9/8 ada keluar dah darah. Aku yakin ni mmg gugur. 11/8 ada sikit contraction masa aku di sekolah .. darah keluar macam paip deras. Mujur tak bocor. Kemudian ada dah darah ketul actually darah beku .. dh start keluar. Dan maghrib macam tu masa aku ke toiletv..pelepuk jatuh cebisan daging…dia macam hancur sikit tak betul sempurna bentuknya. Aku tak amik gambar. Tp aku yakin tu zygot yg tak berjaya tertanam di dinding rahim akhirnya jatuh. Walau bagaimana pun aku akan jumpa dotor utk check rahim aku …kejadian ni dah berlaku pada tahun 2008, 2017, 2021, dan tahun ni 2024. Semua nya lewat period sekitar 10 hari.
So risau jugak sebab kerap gugur macam ni .kena check dengan doktor. Apa masalah gugur ni.. kalau takde apa apa takpe.
Aku minum air rebusan kurma merah dan buah goji . Kena start ambik nona roguy pil ni .. sebab rasa tak sedap perut ni . Satu set RM104. Aku beli utk kuatkan badan aku jugak. Kenalah berubat bila dah jadi macam ni .. mana tau dpt turun dalam sekilo dua pun dh ok sgt dah, aku tak sangka aku akan jadi segemuk ini berat 80 kg ni aku dapat masa full term mengandungkan Orked . Sekarang takpe ada apa apa kandungan aku menjadi segemuk ini . Scary .. mmg scary. Banyak gambar aku di galeri telegram sekolah yg menunjukkan aku sgt gemuk. Obesss .. takpelah aku akan usaha utk kembali kurus semula doakan aku insya Allah .
Jumaat, 13 September 2024
Isu GISB
Bila kecoh di Fb berkenaan global ikhwan sdn nhd atau GISB aku tak tahu nak baca mula dari mana .. setelah kaji ..aku jumpa satu page Fb yg mula mula ketengahkan isu ni nama nya PUKAS .. korang boleh cari nama PUKAS ni yg maksudnya Pusat Kaji Ajaran Sesat. Kiranya dia pernah report pada JAKIM .. tapi macam tak tak jadi apa..lepas tu dia report pada mufti perlis .. Maza barulah bukak mta banyak pihak. Dan segalanya terbongkar termasuklah berkenaan rumah amal yg melaporkan kes liwat dan meliwat .. segalanya telah terbongkar termasuklah tentang perkahwinan sesama mereka, perpisahan anak dan ibu dan macam macam lagi yang langsung tak masuk akal. Meskipun mereka ni bijak dalam aspek ekonomi namun terlalu banyak benda yang beretntangan dalam islam termasuklah isu akidah dan takiyyah yg sama seperti syiah. Perkara ini sgt merisaukan, ibarat mereka hanya hidup sesama mereka dalam circle mereka, hanya mereka sahaja yg faham apa yg berlaku .
Rupanya luas betul rangkaian gisb ni ..
Termasuklah yg kita biasa tengok brand ikhwan kalau di Cameron Highland. Cuba korang type ikhwan cameron ..semua company bawah ikhwan senarai termasuklah delight, homestay dan sebagainya.
Terlalu banyak perkara yang disembunyikan . Sehinggalah .. baru tahu dia anggap abuya ni Tuhan .. siap ada lagi abuya taubatkan kami semua..
Banyak sangat nak cerita .. korang baca di FB PUKAS. Ok.
Isnin, 9 September 2024
Phnom Penh- Shah Alam- Melaka
Berbalik pada cerita semalam.
Apakah yg telah aku lakukan .. ambik anak di Shah alam atau terus balik ke Melaka naik bas.?
Jawapan nya .. aku drive ambik anak dan bawa ke Melaka.
Okay . Meh aku share story aku.
Landing di KLIA dalam jam 2 petang . Dalam pada tu order grab nak ke Shah Alam. mak oiii, rm65 ringgit . Eh, mahal rupanya.
Aku surrender . So nak taknak aku kena drive sendiri ke shah alam , rumah adik ipar aku nak ambik anak anak aku .
Aku boleh je serahkan pada suami aku esok utk ambik anak anak aku. Tp bila aku fikir … anak aku ..mestilah susah senang aku jaga . So aku gagahkan diri collect anak anak aku.
Setelah berurusan dengan go park . Deal driver dia ambik aku . Kemudian berlari lari ke tingkat satu cari pintu 3, aku selamat sampai ke kereta aku sekitar 3 petang . Dan aku mula mengoogle maps ke rumah adik ipar aku di Shah Alam. Nervous weh, minyak pulak ada tiga bar aja. Emmm… dalam google maps aku boleh sampai dalam 45 minit . So di pendekkan cerita aku selamat sampai ke rumah adik ipar aku.
Aku masuk tolong kemas sikit rumah tu ..bersepah anak anak aku duduk ..terima kasih Ida masakkan kari ayam utk anak anak aku. While dia keje hari tu.
Aku gerak dr Shah Alam jam 4 petang . Masa ni aku kelam kabut lagi . Minyak tinggal dua bar. Aku kalau baca peta ke Melaka macam tak pandai nak nyinggah nyinggah isi minyak . Tapi aku rasionalkan diri akhirnya sebelum masuk tol nak ke KLIA tu area shah alam … aku dapat isi minyak di Petron . Lega benak kepala otak aku. Bila dah masuk jalan ke KLIA .. nak ke seremban semua aku dh ok sikit.. sebab mmg familiar dengan jalan tu .. tegak je sampai Melaka.. aku cuma kena drive steady sampai ke Melaka . Jangan ngntuk ngntuk.. anak anak pun elok je tido. Aku drive tak laju . Aku stay lorong tengah je. Aku nak clear lorong pecut baru aku masuk. Aku benci betul org yang dr jauh dan bagi lampu tinggi suruh aku ketepi macam nak langgar aku je cara dia memandu. Aku jenis cuak .. tak berani nak duduk lorong laju sepanjang masa. So aku nak tenang tenang aku stay lorong dua.. bila ku tengok lagi 25 km nak sampai melaka . Lagi aku semangat. Dalam jam 6.00 petang aku selamat sampai ke Melaka. Barulah rasa perut ni lapar..
Kami singgah ke Mydin . Aku nak ambik spek mata baru aku . Aku drive sepanjang masa dengan spek mata yg dh terbelah dua.. korang bayangkan lah kesukaran nya tu .
Reschedule Flight
Hari tu masa balik , budak MAS tu tanya akak pergi sama berapa lama
Sebab dia kat flight return aku tak keluar.
Argh! Cuak!
Mmg aku ada reschedule flight dr Phnom penh ke KUL tapi tak jadi.
So bila macam tu aku beranggapan aku akan guna tiket yg asal. Gelabah weh! Kalau macam ni tak berani aku nak terbang ke sana .
Kang takde tiket balik naya. Aku tak sangggup kena marah lagiiiiii! Uwaaaa
So aku call traveloka. Explain bla bla bla.. dia kata ada. Mmg tiket aku adq . Jgn risau. Dia pun dh sent email baru tunjuk no flight aku
So aku lega. Actually mmg bahaya betul perbuatan aku kali ni
Nak tahu sebab apa?
Aku asal ambik cuti hanya pada hari Isnin. Kemudian pengetua expect aku tak berjaya dpt kelulusan ke luar negara. Sebab masa aku apply tu dh suntuk .. dalam dua minggu kot. Mmg kelam kabut hari tu, aku ingat .. jumaat aku kena ke homestya kemas .. nak ambik imran. Dan hari jumaat jugak aku isi boranh ke luar negara. Minggu depan 26/8 aku cuti dan seminggu tu aku takde sebab ke Cameron Highlands. So surat aku hanya akan tiba di PPD pada hari selasa 27/8 dan aku nak ke Phnom Penh pada 9/9
Uwaaa!!!
Mmg tragis .
Kemudian rabu sebelum aku terbang. Aku dah jumpa pengetua nak apply cuti on Friday. Ko rasa?
Arhhhh mmg aku kena rebusss !! Tak kasik can punya pengetua kasikk aku… hangus terbakar. Lasttt sekali baru dia bagi. Masa tu aku tak dpt nak describe betapa malu nya aku kena marah dengan pengetua. Ya Allah!
Murung weh!
Serius… aku ni bukan lah baik sgt. Tapi aku jarang buat hal. Cuma tahun ni mmg pengetua tak berkenan bila aku kerap sangat keluar. Nak buat macam mana .. tuntutan kerja juga. Bukan aku main suka suki nak keluarkan… ngeh!
So pengetua pun dh pening. Dia refer jpn mmg takde had berapa hari kalau urusan macam aku ni… mmg dibenarkan. So! Actually aku tak salah. Maksudnya keberadaan aku diluar tu bekerja juga. Cuma bukan di sekolah. Ada surat kot.
Tqpi aku pun akui bukan mudah meninggalkan kelas dan guru guru lain kena relief. So bila ko dh rasa ko dh buat salah. Diam boleh tak! Just keep quiet. Jgn bunyik… okayyy…
Btw .. manusia berubah . Dulu apsal aku makan apa atas flight ni smeua sedap. Sekarang.. nasi masin, kopi sachet.. ermm… we need brew coffee .. ahaks! Nampak … life style berubah.
Oklah cukup aku membebel di sini. Banyak masa pulak atas flight ni aku nak mengarang. Wifi takde . MH studio ni pun apa tah .. tak boleh bukak langsung.
Aku tengah fikir the best optiob nak bawa anak anak aku ke Melaka.
Satu, naik bas. Dua ,drive. Maslaahnya aku takut mengantuk, tak tahu jalan .. dan macam macam lagi lah…
So aku rasa baik ambik bas dan tido!
Tapi mmg lah leceh.
Klia naik grab ke rumah adik ipar di shah alam, pastu naik grab ke stesyen bas, pastu sampai Melaka sentral amik grab lagi?
Agak agak jam berapa sampai?
Esok keje .. KERJA. NO MORE CUTI CUTI 🤨
Doakan urusan aku dipermudahkan Allah SWT.
11.10 pagi dr Phom Penh. Jam berapa boleh sampai shah Alam?
Ahad, 8 September 2024
Balik ke Malaysia
Sabtu, 7 September 2024
Malam malam di Phnom Penh.
Sejak aku dh bertambah berat badan ni .. alergic betul jumpa camera. Rasa nak lari. Amik gambar pun taknak. Suami aku paksa. Aku pun ambiklah. So sebab taknak nampak sgt extra gemuk. Kita post dlm bentuk collage . Hahah… kalau korang dtg sini .. antara yg boleh dijadikan souvenir ada lah lada hitam . Lada hitam dia gred terbaik , ada tiga jenis, black pepper, white pepper dan red pepper. Satu lagi adalah kacang gajus. Yg ni pun bagus.
Malam ni aku akak ke mall dia Aeon . Tengoklah apa yg boleh dibeli … tadi call orked.. diorg otw nak balik Shah Alam .dekat sikit aku nak amik diorg. Kalau aku berani aku drive kalau tak aku balik ke shah alam naik grab dan bwa diorg naik bas. Tengok mana yg mudah .
Naik bas aku boleh tido. Aku kira kira tambag bas pun tak mahal ..dalam 15 sahaja. Oklah kan..
So aku kena amik grab ke shah alam .. dr shah alam ke stesten bas.. kemudian beli tiket bas dan beli grab utk balik ke rumah .. kos hangus sekitar rm150 kut. Oklah . Harap Allah swt bantu aku . Selasa kerja .. semangat , takut nak cuti lagi
Masjid Al Serkal , Phnom Penh
Sekolah Menengah
aku selalu merasakan di usia Tingkatan Satu , peluang aku kurang bernasib baik betbanding kawan kawan yang lain . ramai kawan akwan aku ma...
-
okay dah sampai masa aku membebel. ni perihal kelas relief di sekolah . utk korang yang bukan guru mesti tanya apa guru relief tu? oklah ka...
-
OK..apa yang aku nka share ni adalah berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang baru keluar semalam. 5 Mac 2020. ok kita pergi satu pe...