Selasa, 15 Disember 2020

Trip ke Langkawi 2020

 alkisahnya macam ni 

Hafidz kursus kat Langkawi ..Selasa sampai Jumaat .

So kami ikut ..bukan nak holiday sangat ..tapi kebetulan dia dapat bilik dan pengangkutan kami pun tumpang lah hahahh..

tapikan aku ada feel lain sikit ..cth macam aku rasa ..bukan aku ikut hafidz ni sebab tak mampu bawa anak bercuti ..hakikatnya nak teman kan dia ..kalau kami bercuti sendiri kami masih mampu ..

so masa dia claim nak bilik besra atau nak bfast free aku macam ..erkk.sebenarnya tak payah ..kita boleh je makan kat luat its okay ...aku taknak dia rasa bersalah macam sebab dia organize kami dapat kelebihan tu semua...actually kita still mampu nak vacation keluarga kami ..ada beza tu ..

Isnin 14/12/2020 

kami memulakan perjalanan sebelum maghrib sebab nak jamak maghrib dan isyak ..kalau tak kena solat maghrib dulu tak boleh jamak ..sebab belum keluar kawasan ..stil dalam rumah ..

kemudian kami singgah beli kopi kat dunkin donuts

beli coffee latte dua ..sekali 4 donut RM33...

berehenti kat sini ..budak budak pula minum milo panas.

kami sampai Ipoh dalam jam 12 tengah malam kot .. opah dan atok dan tidor ..opah siapkan makan malam kami telor kicap. Terima kasih opah! 

berselera betul makan ..sebab tengah hari tu diorg tak makan nasik ..lepas tu kami tidor ..dalam jam 6.30 kami bangun ....dan bersiap nak ke Langkawi . Kami naik di jeti Kuala Perlis . Kami bawa kereta ke Langkawi dengan menaiki Roro . Mmg best betullah naik Roro..nnt aku post cerita pasal Roro je ..


Cantik view turun terowong Menora nak ke Kuala Kangsar

Pemandangan sepanjang di negeri Kedah ..hijau je sawah melambai ...

cantik betul view dia ni....

Akhirnya kami sampai di Jeti Kuala Perlis .

kami makan dulu sebelum ke Pekan Kangar . nak tengok apa yang special nya di kangar ni ...aku sempat singggah di kedai Kopi Kita ..beli mocha ais..apapun denga rege aku prefer minum coffee bean atau starbucks ..hahah...



sori aku kasi 3 bintang ! ni harga 12 ke 15 aku tak hingat ...

ok itu sahaja nanti aku share pengalaman aku nak roro




Sabtu, 12 Disember 2020

BELI POKOK MURAH DI MELAKA

Hah!  kan sekarang tengah gila pokok kan ...makanya kawan aku suggest beli pokok dengan Planet Pokok di FB. sekali owner dia orang melaka ..siap boleh cod pokok ke rumah ..apa lagi aku pun beli lah ..

mak aihh!! mahal gak bila ku beli dua pokok..tapi takpe pokoknya besar ...aku baru berhajat nak beli Fidle fig dan monstera ..total termasuk COD Rm73..

Macam ni Rm15

RM35 kalau beli 2 satu Rm30












siapa berminat boleh wassap zihan : +60 11-1781 7466

dia boleh cod sekitar melaka charge RM8

Jumaat, 11 Disember 2020

KEBUN MINI ME

 AKU BARU BERJINAK JINAK NAK TANAM SAYUR...

Besar ni je pokok pokok aku tanam ..belum banyak lagi

Ni pokok nenas ...aku beli nenas tanamkan .harap mengeluarkan hasil ....

poko ni Kak Rahidah yang bagi ..aku suka kak rahidah ..baik sgtt...

pokok ni aku beli kat pasar Kg Sg Rokam

Ni suami aku yang semai ...

Bayam brazil , yeop bagi ..

kailan baru bercambah

ni salad...

tomato ..aku amik biji dia dari buah dalam peti ais

yeay ,,cili dan bercambah ..cili aku amik dari dalam peti ais


seronok rupanya berkebun ni ..tambah kalau dah keluar daun ..rasa happy sgt ..



APA ADA PADA NAMA ?

 YA...nama panggilan aku " Ama".

Aku tak thu macam mana mula .

sebab apa yang aku tahu ..bila ku mula dapat mengingat memori sekitar umur lima tahun ..org panggil aku Ama. Aku pun iya ajelah orang panggil aku, Ama.

terutama budak satu kampung mmg panggil aku Ama. 

Kawan kawan di sekolah belum panggil Ama. Dari tadika aku sembunyi nama Ama. 

bila masuk darjah dua ada sorang budak nam " Najmee" dia panggil aku ama kat sekolah . aku sepak muka dia ..sebab aku malu ...!

dalam family kakak abang panggil adik ..kalau abg am panggil aku Jawa ..nama carik gaduh . Mak abah mesti panggil aku "Jamaliah".....

so lama kelamaan aku terima lah nama aku Ama. 

tapi ada masalah ...bila aku pergi mana mana aku perkenalkan diri aku Jamaliah..dah lama ..agak baik baru aku bagitau panggil aku Ama je..

tapi tak ramai sebut perkataan tu betul .

ada panggil aku Amal,

Amar, 

Amma,

Amah..

adoii ..dh merebak rebak ..

cuma sorang je panggil aku Lia ..kuang kuangg!!!..kak peah pengasuh orked . hahah ..kak peah panggil aku Lia..ayu nya ..hahahha

kat sekolah mula start panggil ama. kalau yang rapat lah ..yang tak rapat panggil Jamaliah .


pernah sekali jiran aku kat jasin , lecturer kolej komuniti Jaisn kot ..dia panggil aku Milah ..adoii..

sebab dia confident nama aku Jamilah ..so bila dia nampak aku ..dia akan panggil..." Milah ...milah ..." dan aku yakan je ...sebab aku malas..nnt dia malu.

Jamaliah maksudnya kecantikkan..wazan dari Ja-ma-la..tapi ada seorang ustaz kat sek menengah suka panggil aku unta betina  ..aku check Jamalah unta betina bukan Jamaliah ...

apapun nama ni kita tak boleh pilij ..lahir lahir ..nama tu mak ayah kita yang bagi kan 

tapi masa aku belajar di UM ada kawan aku namanya Syarida Musa.tak silap aku maksudnya yang diusir..

lepas tu dia tukar nama kepada Wardhatul Aisyah...aku rasa dalam tahun 2 kot nama dia tukar.


bagaimana nama anak anak aku ..?

aku namakan yang pertama Imran . sebab begini ..rata rata orang yang aku jumpa nama Imran ..hensem ..hihii...apapun maksud imran = budi bahasa. 

kedua , Iyad . maksudnya = kekuatan . Aku jumpa nama ni dalam novel Cemburu seorang Perempuan . Nama anak Dhiya, Eyad. tapi aku pilih Iyad. masa doktor nurse tanya nama anak apa ..mesti diorg pelik bila aku kata nama dia Iyad. 

Ketiga aku namakn Ihsan .

sebab aku pilih ..dasar utama dalam Islam ialah ...IMAN, ISLAM dan IHSAN. 

IHSAN bermaksud = tekun dan bersungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan .

dan yang akhir ORKED . aku suka nama panggilan ORKED. 

bila nak tulis dlaam surat beranak ..aku mintak letakkan IMANI dia belakang nya ...menyamai huruf I bagi anak anak yang lain .

ayahnya pulak nak letak putri .so jadiklah nama anak dara aku " PUTRI ORKED IMANI" 

aku tak kisah kalau ada yang gurau ..lepas ni melur ke mawar ke ...

kalau aku ada rezeki anak aku nak letakkan lelaki IDRIS . dan perempuan PUTRI NAILOFA IMANI. kalau lah ..hahah.




Khamis, 10 Disember 2020

SMITH & NOBLE LUXE CAST IRON

Smith & Noble Luxe Cast Iron 5L/25cm


RM280

 korang ingat kan betapa aku nak sangat pakai periuk Le Crueset .. so sebelum aku beli yang harga RM800 aku try test dulu yang ni ..RM280 ..utk 5L aku rasa tak besar mana ..tapi utk aku pakai hari hari ni kira ok sgt ...

aku nak test best tara mana periuk ni ...

aku order lama sejak bulan 8 kot ..bulan 12 baru sampai ko!!! sabar tak sabar je kiranya aku ni ...


lagi satu bab renovate dapur tu aku nak buat tetapi dengan beberapa ubahsuai ...aku nak tunggu ASB annouce dulu baru aku keluarkan duit buat modal renovate dapur...aku harap ada lah rezeki lebih tapi ikut iklim ekonomi negara tahun ni ..aku rasa jangan rugi sudahlah

oklah ..nnt kalau aku dh dpt periuk ni aku upload gambar nya ..



Selasa, 8 Disember 2020

WARONK AVENUE, MELAKA.

aku ada baca post psal port makan ni ..katanya baru bukak ..

first time aku sampai mmg excited ..tempatnya lawa ..ada banyak lampu lampu ..tapi!!!!..baca sampai habis ok ....

dia ada dua tingkat ..tapi ada part tengah tu ko keluar ko boleh terus ke jalan raya  ..kat tingkat bawah tu ada banyak stall..yang aku ingat ada dimsum, ada western, ada asam pedas atok, ada jual cendol, nasi lemak kg mortem , ada kedai jual air...

pastu ko boleh duduk luar ada stool bar utk ko duduk makan sambil tengok scenery cruise waktu malam..




so bila aku tengok harga dia taklah mahal sangat , macam nasi lemak biasa RM4, nasi lemak ayam goreng RM7, nasi lemak paru goreng RM7, 




dim sum dia pun harga standard dalam 6 ringgit satu jenis tu dapat tiga ..kitorg makan hari tu dalam Rm27 ringgit kot ..ada pau sated egg, ada dimsum black pepper..tapikan ..sedih wo..dh nak keluar baru pasan taukey stall dimsum tu cina ....sekian !ko agak agak mana dia amik dimsum tu ..bersangka baiklah dimsum tu halal ..buak melayu kot yang jaga stall tu ....aduh!



kedai ni pulak ada jual cendol sagu, ais jagung ..tapi kan jelas terasa santan kotaknya tu ..so aku suggest nak makan cendol mesti pergi ke CENDOL KG HULU ..nnt aku up post pasal cendol kampung Hulu jauh lebih lazat cendolnya.

ni tangga nak naik ke tingkat atas ..nnt aku cerita apa ada kat tingkat atas tu scary okkk.









ok area atas ni tempat orang minum arak ...kalau ko tengok menu dia orang order vodka, magarita, apa tah ..semua jenis arak lah ..asal nya kitorag nak makan area atas ni ..

bila nak order air dia kata air cuma ada soft drinks je ..aku tanya kat ada cendol ..dia kata cendol cuma boleh minum kat bawah ..apa lagi kami pun pindha lah turun bawah ..patut lah muzik bukan main kuat ..pastu ada pelayan yang pakai seksi ...pada aku seksi ;ah kalau peha terdedah tu...

entah lah tak selesa pergi kedai makan pelayan pakai baju t*t*k tersembul ..anak suami tengok malu rasanya ..entah lah ..aku trauma sikit tengok benda benda maca ni ..emosi mudah terganggu ..

ok lah ..kesimpulan nya premis tu takkan dapat sijil halal sebab ada jual arak .
kemudian aku rasa itulah first and last aku akan makan kat situ .taknak aku makn tempat yang ada jual arak secara terang terangan macam tu ..

apa hukum makan di kedai yang ada jual arak ?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 372 (5 SEPTEMBER 2016 M / 3 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Apakah hukum membeli makanan di restoran yg menjual arak?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hukum asalnya adalah dibenarkan jika diyakini makanan berkenaan tidak bercampur dengan arak atau perkakasnya telah disucikan. Namun begitu bagi seorang Muslim adalah perlu baginya untuk menghindari sebaik mungkin kedai makanan yang bercampur antara halal dan haram.

Ini untuk mengelakkan fitnah. Kaedah yang masyhur mengatakan:

اِتَّÙ‚ُوا Ù…َÙˆَاضِعَ التُّÙ‡َÙ…

Maksudnya: Takutilah kalian tempat-tempat yang boleh mendatangkan tohmahan orang.

Wallahua’lam.




CERITA RENOVATE DAPUR LAGI.

 So ..selepas tu, aku tanya semua balik kos kos yang dia letak tu ...aku buat dalam "Numbers" ni kira macam Excel lah ..tapi kalau macbook dia panggil Number..kalau words kita panggil Pages, tertiba citer pasal Macbook ..

oklah

Description

Budget

-kitchen entry grill with top panel 

RM 800

-6’ x5' table top with with concrete finishing surface with epoxy clear paint 

RM 1,800

-To hack and lay 1 1/2 upvc piping concealed in wall and discharge to nearest manhole 

RM 200

-To hack and divert the inlet and outlet point for laundry area 

RM 200

-To hack and install water inlet point and outlet for sinkage 

RM 100

-To hack and replace existing brickwall with lintels for wet kitchen with aluminium sliding windows 

RM 2,300

-To plaster erect 4" backwall (industrial) for wet kitchen back wall, existing brickwall make good 

RM 3,200                                

Total

RM 8,600


so aku tanya balik ..gril jenis apa yang aku akan dapat ...so dia kena mentioned lah kan ..sebab aku taknak aku main terima harga dia cakap tanpa tahu apa material yang aku akan dapat ...coating powder ke atau macam mana kan ...

pastu aku tanya jugak kalau aku tolak epoxy clear paint tu gantikan dengan tiles 2ft x2ft berapa dia nak kira ...sebab dia letak kos table top aku sahaja 1.8k...

dinding bata merah yang aku nak tu kat mana ? aku pun tak faham kan ...

last sekali kalay yang back wall ni aku nak tukar tiles biasa berapa kos dia akan kurang?
 so bila aku dh tolak beberapa perkara ni dan dia jawab persoalan aku dengan jelas dan terperinci baru lah clear kan ..so takde unsur menipu antara satu sama lain ..

ok pasal tingkap panel tu jugak ..dia belikan aku jenis yang mana ? 
2300 tu untuk satu tingkap regenya berapa ..apsal ko lumpsum letak 2300 so macam tak jelas kat situ ..

aku jumpa ni di internet .

so bila aku kira kira tingkap tu harga 105 usd jadik RM300 ..ktalah aku amik 2baru 600 plus plus ..tambal satu panel rm150..baru 750 ..ok so kat mana kos naik jadi sampai 2300....1550 beza..takkan upah pasang tingkap cecah 1.5k kot..

so aku macam beritau kalau dia boleh kurangkan lagi harga aku amik dengan dia ..kalau tak boleh takpe aku akan try kontraktor melayu yang kawan aku bagi nombor..

Aku rasa tak ramai orang yang clarify benda benda macam ni ...kebanyakkan nya bersetuju je dengan harga kontraktor.

sepatutnya kita kena tahu harga tu semua ..

oklah kalau mana mana kontraktor yang baca post aku ni mohon respons ..kalau aku salah bagitau mana tau harga dia sebenarnya dh ok aku yang taktau latar belakang bab bab ni ...





Ahad, 6 Disember 2020

KOS RENOVATE DAPUR CECAH 10K

 OK. aku surrender nak amik dengan taukey tu ... mungkin dia amik cost ID interior design so pada aku agak mahal. 

so aku design nak cuba deal dengan contraktor lain pula. yang ni dayot yang suggest. at the end aku rasa aku nak buat je janji dapor aku bertutup sekian .

no design bagai ..

bukan aku kedekut nak keluarkan duit . tapi sebenarnya banyak lagi benda aku nak buat baik aku spend pada benda lain 

tiles porch 

rak kasut

awning porch ..macam macm lagi ...

satu mmg kdekut tapi aku terpaksa kira elok2..sebab kita taknak tertipu .

takpelah dinding batu biasapun ok 

kang kita cat lawa lawa

pastu kita buat benda benda lain semula ..

kita adjust dia bukan dia adjust kita


korang tengok cara dia buat kira kira denga aku ..lump sum terus baginya :


Quotation for 61, CVR12

To supply and install:

Structure & Metal grill

-kitchen entry grill with top panel

-6’ x5' table top with with concrete finishing surface with epoxy clear paint.

-To hack and lay 1 1/2 upvc piping concealed in wall and discharge to nearest manhole

-To hack and divert the inlet and outlet point for laundry area

-To hack and install water inlet point and outlet for sinkage

-To hack and replace existing brickwall with lintels for wet kitchen with aluminiun sliding windows

-To plaster erect 4" backwall (industrial) for wet kitchen back wall, existing brickwall make good. 


Rm 8,600


Wiring and electrical works

-To supply and lay 2.5mmx5 pvc cable complete with 3 pvc conduit, 13A socket and looping 13A socket for existing electrical point including termination


Rm600


Painting works

-To repaint wet kitchen additional brikwall with exoxy paint and other touch up area. 


RM500

-total 9700..ok ok


sejujurnya harga adalah hak penjual. penjual berhak letakkan harga dia berapa . so aku tak salahkan dia ..aku rasa dia pun upah pada orang buat so dia pun tenpah pintu gril pada orang ..takde pun yang dia buat so smeua kos tu dia kena amik kira


its ok 

aku ada hak nak cari contraktor baru .

at least dia bagi aku buah fikiran ubahkan tembok tu supaya aku dapat buat sinki mengadap tingkap ..mmg aku tak fikir langsung nak buat macam tu .oklah ..idea tu aku dapat percuma... 

ok aku akan bgtau progress ngan dengan korang apa cerita dapor aku ni akhirnya nnt ..ok 

Selasa, 1 Disember 2020

KOS RENOVATE DAPUR

 Aku ada buat sedikit pembacaan kos aku nak renovate dapur.

Kos dinding bata merah:

Sumber: The Vocket..ower ni buat tahun 2017. 

part dinding merah

https://www.thevocket.com/bina-dinding-ala-kafe-hipster-dengan-kos-rm2000/

korang boleh baca kat sini .orang ni renovate kos dia dalm 2k . aku rasa saiz dinding aku lebih kecik dr saiz yang ni 

harga sekotak batu merah tu paling murah rm60..dah paling mahal 85 ..owner ni beli barang dan kemudian upah orang pasang.

nak beli bata merah dengan suzuka ..ada outlet dia dekat taman lagenda


korang boleh tengok katalog suzuka ni ..mmg lawa bata dia ...

Kos pintu gril :

pintu dapor aku jumpa pintu kat shoppe harga ni 


so ni kiranya steel, pastu coating dia tak cat...so harga dia aku kena check mesti araound this!

ni harga dan jenis grill kalo korang nak buat 

Kos eletrik:





so kita boleh budget berapa kos eletrik dia nak buat . kalau DB bagai tu mmg boleh cecah RM800

so ini adalah kajian aku dan aku boleh anggarkan berapa kos yang aku akan kene ...

so kalau dikirak kirakan aku bajet macam ni :


1) dinding merah: RM2k

2) Panel tingkap: 1K

3) pintu dapur: 1.5k

4) letrik : rm500

5) upah pecah , cat bagai: 1k

so total: lebih kurang 6k 

kalau dia nak amik 1ok maksudnya dia mark up banyak sgt ..so aku kena buat plan B iaitu beli bahan dan upah orang pasal itu je caranya.

kalau aku nak tambah backsplah kitchen guna subway tiles aku dah jumpa ..


ni IG: jubincantik 


banyak jubin yang cantik cantik ...so kita boleh beli sendiri...

ok setakat ni apa yang aku dh dapat nnt aku share lagi..


Projek WET KITCHEN

 hari ni aku masuk first stage nak buat wet kitchen 

kali ni aku deal dengan Ho, kontrator dari Muar..harapnya menjadi

aku cuma nak dinding kaler merah dan tingkap serta pintu .

selebihnya aku taknak mahal mahal

ni je aku request dia buat: 

1) dinding merah

2) tingkap ada 5 panel

3)pintu coating

4) concrete dapur

5) backsplah (sunat ) kalau mahal takyah

6) eletrik port 3

7) tarik paip baru


benda yang aku nak cari sendiri:

1) sinki

2) lampu ikea 

3) display storage

4)tempat gantung sudip


Aku harap plan aku berjaya !

Sumber: FB Anis Syuhada

Cantik pintu dia

Design Industrial 




sinki idaman 





HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...