Jumaat, 11 Disember 2020

APA ADA PADA NAMA ?

 YA...nama panggilan aku " Ama".

Aku tak thu macam mana mula .

sebab apa yang aku tahu ..bila ku mula dapat mengingat memori sekitar umur lima tahun ..org panggil aku Ama. Aku pun iya ajelah orang panggil aku, Ama.

terutama budak satu kampung mmg panggil aku Ama. 

Kawan kawan di sekolah belum panggil Ama. Dari tadika aku sembunyi nama Ama. 

bila masuk darjah dua ada sorang budak nam " Najmee" dia panggil aku ama kat sekolah . aku sepak muka dia ..sebab aku malu ...!

dalam family kakak abang panggil adik ..kalau abg am panggil aku Jawa ..nama carik gaduh . Mak abah mesti panggil aku "Jamaliah".....

so lama kelamaan aku terima lah nama aku Ama. 

tapi ada masalah ...bila aku pergi mana mana aku perkenalkan diri aku Jamaliah..dah lama ..agak baik baru aku bagitau panggil aku Ama je..

tapi tak ramai sebut perkataan tu betul .

ada panggil aku Amal,

Amar, 

Amma,

Amah..

adoii ..dh merebak rebak ..

cuma sorang je panggil aku Lia ..kuang kuangg!!!..kak peah pengasuh orked . hahah ..kak peah panggil aku Lia..ayu nya ..hahahha

kat sekolah mula start panggil ama. kalau yang rapat lah ..yang tak rapat panggil Jamaliah .


pernah sekali jiran aku kat jasin , lecturer kolej komuniti Jaisn kot ..dia panggil aku Milah ..adoii..

sebab dia confident nama aku Jamilah ..so bila dia nampak aku ..dia akan panggil..." Milah ...milah ..." dan aku yakan je ...sebab aku malas..nnt dia malu.

Jamaliah maksudnya kecantikkan..wazan dari Ja-ma-la..tapi ada seorang ustaz kat sek menengah suka panggil aku unta betina  ..aku check Jamalah unta betina bukan Jamaliah ...

apapun nama ni kita tak boleh pilij ..lahir lahir ..nama tu mak ayah kita yang bagi kan 

tapi masa aku belajar di UM ada kawan aku namanya Syarida Musa.tak silap aku maksudnya yang diusir..

lepas tu dia tukar nama kepada Wardhatul Aisyah...aku rasa dalam tahun 2 kot nama dia tukar.


bagaimana nama anak anak aku ..?

aku namakan yang pertama Imran . sebab begini ..rata rata orang yang aku jumpa nama Imran ..hensem ..hihii...apapun maksud imran = budi bahasa. 

kedua , Iyad . maksudnya = kekuatan . Aku jumpa nama ni dalam novel Cemburu seorang Perempuan . Nama anak Dhiya, Eyad. tapi aku pilih Iyad. masa doktor nurse tanya nama anak apa ..mesti diorg pelik bila aku kata nama dia Iyad. 

Ketiga aku namakn Ihsan .

sebab aku pilih ..dasar utama dalam Islam ialah ...IMAN, ISLAM dan IHSAN. 

IHSAN bermaksud = tekun dan bersungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan .

dan yang akhir ORKED . aku suka nama panggilan ORKED. 

bila nak tulis dlaam surat beranak ..aku mintak letakkan IMANI dia belakang nya ...menyamai huruf I bagi anak anak yang lain .

ayahnya pulak nak letak putri .so jadiklah nama anak dara aku " PUTRI ORKED IMANI" 

aku tak kisah kalau ada yang gurau ..lepas ni melur ke mawar ke ...

kalau aku ada rezeki anak aku nak letakkan lelaki IDRIS . dan perempuan PUTRI NAILOFA IMANI. kalau lah ..hahah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...