Selasa, 15 Disember 2020

Trip ke Langkawi 2020

 alkisahnya macam ni 

Hafidz kursus kat Langkawi ..Selasa sampai Jumaat .

So kami ikut ..bukan nak holiday sangat ..tapi kebetulan dia dapat bilik dan pengangkutan kami pun tumpang lah hahahh..

tapikan aku ada feel lain sikit ..cth macam aku rasa ..bukan aku ikut hafidz ni sebab tak mampu bawa anak bercuti ..hakikatnya nak teman kan dia ..kalau kami bercuti sendiri kami masih mampu ..

so masa dia claim nak bilik besra atau nak bfast free aku macam ..erkk.sebenarnya tak payah ..kita boleh je makan kat luat its okay ...aku taknak dia rasa bersalah macam sebab dia organize kami dapat kelebihan tu semua...actually kita still mampu nak vacation keluarga kami ..ada beza tu ..

Isnin 14/12/2020 

kami memulakan perjalanan sebelum maghrib sebab nak jamak maghrib dan isyak ..kalau tak kena solat maghrib dulu tak boleh jamak ..sebab belum keluar kawasan ..stil dalam rumah ..

kemudian kami singgah beli kopi kat dunkin donuts

beli coffee latte dua ..sekali 4 donut RM33...

berehenti kat sini ..budak budak pula minum milo panas.

kami sampai Ipoh dalam jam 12 tengah malam kot .. opah dan atok dan tidor ..opah siapkan makan malam kami telor kicap. Terima kasih opah! 

berselera betul makan ..sebab tengah hari tu diorg tak makan nasik ..lepas tu kami tidor ..dalam jam 6.30 kami bangun ....dan bersiap nak ke Langkawi . Kami naik di jeti Kuala Perlis . Kami bawa kereta ke Langkawi dengan menaiki Roro . Mmg best betullah naik Roro..nnt aku post cerita pasal Roro je ..


Cantik view turun terowong Menora nak ke Kuala Kangsar

Pemandangan sepanjang di negeri Kedah ..hijau je sawah melambai ...

cantik betul view dia ni....

Akhirnya kami sampai di Jeti Kuala Perlis .

kami makan dulu sebelum ke Pekan Kangar . nak tengok apa yang special nya di kangar ni ...aku sempat singggah di kedai Kopi Kita ..beli mocha ais..apapun denga rege aku prefer minum coffee bean atau starbucks ..hahah...



sori aku kasi 3 bintang ! ni harga 12 ke 15 aku tak hingat ...

ok itu sahaja nanti aku share pengalaman aku nak roro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...