Khamis, 1 Ogos 2024
Rumah sewa vs homestay
Kalau korang ada sebiji rumah. Aku nak share .. korang patut jadikan dia side income
Pengalaman aku antara sew dan homestay better kirang buat homestay.
1. Rumah terjaga
2. Lebih untung
3. Kita boleh tengok rumah selalu.
Nak kata banyak kerj sgt pun tak juga. Kalau ko tak larat amik sebulan 4 kali kemasukan pun ok. ( bergantung stay berapa lama)
Aku ada daftar dalam air bnb tapi ada benda yg aku tak suka. Pertama, duit lambat masuk. Penyewa dh keluar baru duit masuk. Kedua, kita tak dpt adjust. Maksudnya nak pilih bil dia nak duduk. Macam air bnb , booking dot com mmg best.. tapi kalau ko yg kena kemas mmg tak terkejar.
Melainkan ko ada pekerja yg mmg bersihkan rumah . Itu ok.
Kalau ko macma aku, jenis nak kemas sendiri sebab tak puas hati org buat cincai.. kita nak jaga reputasi homestay. Tambah kita jenis kedekut. Dpt rm250 nk bayar org kemas rm100 tu kemas saja tau. Tak masuk basuhkan cdar semua.
Kalau 4 mlm dpt seribu oklah byr seratus.
Macm aku aku settlekan sendiri.
Kalau boleh rumput pun nak mesin sendiri. Bukan apa nak jimat kos dan puas hati.
Alhamdulillah setakat ni ramai jugak repet customer.
Macam budak ni .. siap tanya akak nak jual rumah ni tak.. sebab semua dh suka… adoi ! Risau pulak aku dengar.
Nasib gurau je tau!
Ok lagi satu lokasi rumah sgt penting. Kebetulan homestay aku ni dekat gila dengan MITC
Jadi kalau ada event kat mitc mmg org carilah..
Mana tak nya tk sampai 2km kut.. tempat makan bersepah.. ada dobi, kedai kopi, woodfire, ayam geprek.. makan makan semua sedap dan dekat dekat je…
Harap ramai suka stay di hs aku.
Kalau korang nak tips start bussiness homestay boleh komen ..
Jumaat, 19 Julai 2024
Ipad vs laptop
setelah menggunakan ipad .. aku akui ipad ni ada banyak kelebihan ketika kita nak mengajar dan membuat catatan berbanding laptop.
tapi utk menaip dan membuat kerja ..laptop paling mudah. tapi kalau katakan kita cuma ada satu pilihan sama ada nak beli ipad atau laptop aku suggestkan beli ipad..sebab kita bleh beli keyboard asing . dan ipad terus dapat berfungsi seperti laptop.
aku beli ipad air M2 terkini baru keluar tahun 2024 ni ...mmg setakat ni aku berpuas hati dengan ipad. banyak benda aku boleh buat on teh spot . sebagai contoh nak amik kehadiran murid, nak edit dokumen , buat nota, kerja dan sebagainya .
so sebagai cikgu aku mmg sugggest korang beli ipad. dan paling best kalau korang guna LCD projector ipad ni boleh je connect terus tanpa guna cable..pastikan line internet kuat .
skrg aku sedang melihat lihat apps yang boleh digunakan untuk permainan interaktif dalam kelas.
barulah namanya PAK21. ada penggunaan teknologi dalam kelas.
kadang ada teknologi pun tak kena cara pengajarannya tak membantu juga.
Isnin, 24 Jun 2024
Seaview Langkawi 2024
Alhamdulillah dah sampai hotel seaview.. lama sebenarnya nak duduk hotel ni ..sebelum ni dengar kawan duduk .. so alhamdulillah Allah swt kasik chance duduk sini …cantik betul biliknya..
Tadi sampai airport ..kami ambik grab kami terus ke hotel…
Masuk masuk je bilik wahhh!!! Cantik bilik nya…
Ahad, 23 Jun 2024
Melaka sentral 2024
Lama betul aku tak naik bas rupanya.
Bei tiket dah pakai mesin skrg . Takde kaunter jual tiket. Ada boarding cam kat airport..
Ada depature area..kena scan tiket baru boleh masuk.. dan ada tv tunjuk mana nak naik kat platform berpaa ..gate berapa.. tapi still ada chinese man ni jerit jerit sebut nama bas.. baru nampak meriah kut…Temerloh ..temerloh!!
24 Jun 2024
Jumaat, 21 Jun 2024
Hajj 2025
Bila kempong pergi haji tahun ni aku macam tersentap!
Sebelum ni aku tak rasa nak g hj sgt.. dlm fikiran aku…aku masih muda…baru 41. Namun bila aku baca perkongsian kawan aku ni .. meluap luap rasa nak g haji.
Dan kalau sebelum ni aku nak pergi dengan muasasah je.. tapi kali ni beza. Aku nak pergi guna travel berbayar pulak . Atau yg org sebut PJH , aku pun tak faham sgt . Tapi rata rata pakej haji swasta ni lingkuna 50 k ke atas. Paling beza bila pergi dengan muasasah ..hotelnya jauh dr masjidil haram, tp pakeh swasta dekat sikit dengan masjidil haram.
Kalau nak g haji ikut giliran ..giliran aku pada 2037 usia aku 54 tahun . Lama sgt tu … aku rasa insya Allah aku mampu kalau kena bayar rm 30k utk pergi dengan muasasah . Tapi berbalik pada cerita kawan aku tu , aku termotivasi nak simpan duit dan pergi guna pakej 50 k
Dalam segi duit simpanan ..insya Allah aku ada simpanan utk hj. Dan aku rasa sampai masa nya aku jual emas yang aku ada utk buat haji. 100 g emas cukup pergi pakej swasta.
Aku masih belum decide nak pergi yang mana .. MIMM pun ok , andalusia pun ok, tapi pergi dengan agency yang tabung haji senaraikan sahaja .
So matlamat aku yang terbaru…. Ialah nak naik Haji 2025
Aku rasa takut pulak ..kalau tak dapat pergi tahun 2025.. Allah SWT tak sudi jemput aku ke. Ish , jgn fikir macam tu …kena sangka baik pada Allah SWT.
Dalam keluarga aku kak azua dah pergi haji 2 kali. Satu masa di arab saudi riyadh satu lagi muasasah TH. Abg am dah pergi. doakan aku pulak selepas ni
Khamis, 13 Jun 2024
Ar rahnu mana paling berbaloi?
Kadangkala mmg aku akan ke ar rahnu bila rasa sayang nak guna wang simpanan utk beli apa apa .. contohnyakan aku pernah dapat lebih kurang 14k untuk aku pergi umrah tahun 2014 . Itu aku buat di agro bank.kemudian aku pernah ke ar rahnu under amanah ikhtiar iaitu Sahabt Ar rahnu utk renovate homestay . Masa ni aku pinjam dalam 10k. Alhamdulillah kurang setahun aku dapat tebus.
Terkini aku buat sekali lagi utk bayar downpayment HRV..kali ni aku buat dua surat . surat satu rm3500 dan satu lagi surah dalam rm5k so alhamdulillah tadi aku dah tebus 1 surat. Actually aku ada je duit simpanan dalam ASB tapi aku taknak usik . So aku letak barang. Aku pernah gak terpikir nak letak barang lain dan duit yang aku dpt aku keluarkam barang.
Oklah . Aku mmg nampak emas ni byk bagi manfaat pada aku. Keuntaungan dia naik berlipat kali ganda. Kan aku cerita dulu harga emas 999 20 g masa beli dalam 2k lebih tapi sekarang gelang tu bernilai 6k tengok pada harga emas semasa
![]() |
| https://www.cbp.com.my/en/form/borang-pembiayaan-ar-rahnu |
Selasa, 11 Jun 2024
Lexis Port Dickson 2024
Hai semua, selepas cuti sekolah bulan Mei, aku terus sambung kursus di luar Melaka. Kiranya aku tak naik sekolah lepas cuti sekolah tu. Empat hari jugalah aku berada di PD. Pertama kali aku duduk di Lexis PD. Biasa dengar tapi tak pernah duduklah. Rupanya hotel Lexis ni ada tiga. Yang aku duduk ni yang paling biasa. Yang kedua, brand Lexis, sebelah dengan Lexis PD dan yang paling cantik tu nama dia Hibiscus. Yang tu dekat Teluk Kemang kalau tak silap.
Aku pergi ke PD, aku drive saja. Lagipun dekat, dalam sejam sampai. Jarak dia dalam 90 lebih km. Cukup-cukuplah untuk aku nak jamak sebab lebih 81 km, lebih dua marhalah kan? Kalau kita nak jamak, jarak kita tu mesti lebih dua marhalah baru boleh jamak. Kalau tak cukup dua marhalah, kita tak boleh jamak. Okeylah.
Menarik dekat PD ni ya? Okey, pada aku yang menarik view dia. View bilik aku menghadap ke bilik hotel yang terapung tu. Kalau sunset, cantik sangat. Aku ada ambil gambar-gambar, korang boleh tengok kat bawah tu.
Aku tak bawa budak-budak, tapi hari tu aku pergi sorang. Budak-budak sekolah tak adalah nak cuti. Diorang kan nak exam. Lagipun, tak elok kalau ajar budak-budak ni boleh suka-suka cuti, suka-suka tak pergi sekolah. Kita kena galakkan budak-budak ni pergi sekolah. Kalau sakit sikit pun, pergi sekolah juga. Jangan rasa sekolah tu tak penting, boleh cuti.
Aku rasa budaya rasa sekolah ni tak penting selepas COVID. Lepas COVID, kalau ada budak tak pergi sekolah pun tak boleh ambil tindakan. Tak kira ponteng pun sebab masa tu macam start orang takut-takut nak pergi sekolah. Jadi, kalau tak pergi sekolah pun tak apa, tak adalah kena buang sekolah ke apa. Jadi, bila budaya COVID ni buat budak suka-suka hati aje tak payah pergi sekolah, dia jadi macam berlarutan lah. Jadi, budak-budak ni terbiasa. Batuk ke, demam ke, selesema ke, tak nak pergi sekolah. Aku cakap kita tak bolehlah macam tu. Kena pergi sekolah walaupun kita rasa tak sihat, kita kena lawan perasaan tu.
Macam aku, alhamdulillah, tahun lepas tu aku tak MC sekali pun. Tahun ni pun aku doakan aku sihat dan tak MC, bolehlah aku datang sekolah setiap hari. Oh, ada benda aku nak share. Nanti aku buat post tu satu berita yang menggembirakan dalam hidup aku. Okeylah, kita sambung lagi nanti. Okey, bye.
![]() |
| Breakfast hari akhir |
![]() |
| Cantik view ni |
![]() |
| Waktu mlm pun cantik |
![]() |
| Sunset di Lexis PD |
Kisah Aku Di bulan Jun 2024
Selasa, 4 Jun 2024
18th Anniversary
EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS..
YOU FAIL as a HUSBAND if you give your PARENTS and your SIBLINGS NEGATIVE INFORMATION against your WIFE.
YOU FAIL as a HUSBAND if you WATCH your PARENTS and SIBLINGS BULLY and ABUSE your WIFE in every LITTLE THING.
YOU FAIL as a HUSBAND if you do not know that you are the CHIEF SECURITY OFFICER to your WIFE.
YOU FAIL as a HUSBAND if you easily tell your WIFE just because both of you have MISUNDERSTANDING that the only thing that is bringing both of you together is the CHILDREN.
YOU FAIL as a HUSBAND, if you FAIL to understand that the only way to show your CHILDREN LOVE is by showing their MOTHER LOVE.
YOU are a SOLID FAILURE as a HUSBAND if you believe LIES against your WIFE and TRUST OUTSIDERS instead of your WIFE. My brother you are playing with DANGER that may CONSUME you.
SIR, if you PUSH that WOMAN around and FRUSTRATE her, even SATAN will TAKE NOTE of what will HAPPEN to you.
Don't DISREGARD the CALMNESS of a GOOD WIFE in your LIFE, because your LIFE may end up in MISERY if you FRUSTRATE a GOOD WOMAN.
Truth is when a WOMAN wants to HURT you, she makes sure it HITS every JOINTS in your BODY. Don't ARGUE with me, that GENDER can PERSEVERE, but they have a PSYCHO PART which when ACTIVATED, even SATAN will feel SORRY for you.
MARRIAGE isn't for every MAN. If you can't LOVE, RESPECT, PROTECT, VALUE, PROVIDE for and stay FAITHFUL to a WOMAN, please remain SINGLE.
MARRIAGE is for WELL TRAINED MEN. CLASS DISMISSED..
Ctto: My Desired Relationship And Marria
Fb
HARI PERTAMA MASUK KERJA
maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini. masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...
-
OK..apa yang aku nka share ni adalah berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang baru keluar semalam. 5 Mac 2020. ok kita pergi satu pe...
-
okay dah sampai masa aku membebel. ni perihal kelas relief di sekolah . utk korang yang bukan guru mesti tanya apa guru relief tu? oklah ka...
























