Isnin, 23 Julai 2018

3 hari bersama Mac book Air

Aku pakai iphone 7plus since 2017. masa aku nak g Korea 12 Mac 2017. so aku dah biasa dengan IOS ni dalam setahun jugaklah kan ...Alhamdulillah sejak aku pakai iphone tak pernah hang takpernah ada problem . semua ok je..so bila aku guna mac book ni taklah rasa susah sangat sebab dia lebih kurang pakai iphone beza nya di laptop. Macam org pakai Android laptop, yg mana pakai samsung operating system dia android so tak byk beza pun ...senang je..

utk word dia pakai Pages, excel guna numbers..etc. pasti instead of control c untuk copy dalam mac book kita pakai command c, copy, command v untuk paste dan seterusnya. 


dan biasalah perempuan mulalah pikir nak beg lah nak sarung laptoplah ,,,nak casing lah ..macam maca aksesorianya. 


tadi first time aku guna lcd best gila.. laju je..everything smooth habis !wah melangit ko puji ekk...

surface pro harga dalam 4k lebeh

apa lagi yang aku suka pasal dia ..hah dia simpan password utk kita. ok jap..nak membawang pasal komputer jenama Microsoft namanya surface jap aku google gambar dia..


Kawan aku cakap jangan beli sebab semua komponen dalam tu masih belum established lagi..dan dia kata dh dua kali dia hantar masuk service ut repair. ada satu jenama Huawei yg boleh bekerja macam surface pro ni tapi lagi murah ...


kalau untuk teaching sesuai sgt lah kan !


ok ..apalagi yang menarik ekk.. ok kalau korang nak cucuk LCD kena guna VGA cabel kan..ala yg soket doa kaler biru tu ..ada banyak pin ..so korang kena beli cabel baru utk connect antara macbook dengan VGA ni ..aku beli cabel dia baru dalam RM131. mmg pentinglah ..kalau tak macam mana nak cucuk sambung ke LCD kan ...


rugi je beli laptop tapi tak boleh connect lcd cam ner nk ajarkn ..


COMMAND = CONTROL 

(Command-X for cut, Command-C for copy and Command-V for paste 

ITU JE NAK SHARE OK BYE!



edit: hari tu aku nyaris nak download anti virus utk mac..pelik jugak kata takde virus ..aosal ni ada antivirus. aku pun call servis centre dia ..dia cakap jangan download itulah sebenarnya virus dia.. adoii! nasib baik aku tak dload lagi. kalo tau nayo ! dia kata itu semua iklan iklan jgn download kalau dia suruh nnt dia masuk dalam system computer kita dan kena formatting balik semua benda kan susah tu. 

so ingat Mac book takde Anti Virus. mmg well protected! 

I AM 🍎 fans!

Ceceh! Baru ada iphone 📱 7 plus dengan Mac Book air ko dh claim ko 🍎 fans . Cait! Pastu ko nak beli apa? Apple printer dengan iwatch. Sekian . Hahah... insya allah secepat mungkin .. nak ada meja belajar/ kerja sendiri. Yg selesa ikut pekerjaan kitorg. Kerja kan sumber rezeki maka kenalah keja elok elok.. ok lah ... nnt sambung cerita .

Ahad, 22 Julai 2018

isu mertua dengan menantu

bab isu mertua menantu vs mertua ni pada aku takboleh nak jadikan pertandingan atau apa apa. sebab nya level mak mertua adalah sma seperti mak kandung. tak boleh dibezakan ,begitulah anak lelaki atau anak perempuan. selalunya anak perempuan yg ada isu dengan mak mertua dan tiada isu dengan bapa mertua. ok.org lelaki selalunya ok je.

ok. dalam kes aku. aku macam biasa je  takdelah isu sangat walaupun ada beberapa insiden yg aku aagak terkilan tapi tak delah nak di persebar besarkan . pada aku itu hanyalah cerita bisa kalau aku nak kutip every single things mmg payahlah nak move on.

okay aku saja nak share cerita mertua vs menantu ni.

1. Tinggal serumah.


ini mmg dh lama aku tak bersetuju. org perempuan ni mmg takboleh berkongsi dapur. berkongsi katl apatah lagi. sebab dapur ni jadi macam territory bagi seorang wanita. bagaimana dia nak gayakan dapurnya mengikut selera dia. kat mana nak letak gula garam..kau jangan kacau. kalau itu cara dia nak adun dapur dia biarkan .

dia jadi masalah bila share rumah dia akan share dapur.. kalau satu rumah dapur lain lain ok gak kan.

bila dah duduk serumah ni pandai pandailah nak share maintenance rumah . ko bayarlah sikit duit api air jangan tahu nak gun air cond je sampai pagi.

bila barang dapur nampak dah susut kau topup lah susu, minyak gula garam..jangan buat buat tak nampak pulak. nnt kang time makan laju je.. sabun basuh kain dan sebagainya. ko ken afikir kalau kau menyewa pun kau kena tanggung kos semua tu ..bukan nya free ken abayar jugakkan .
ini semua memerlukan perkiraan bukan main belasah je. ko bulan bulan ketepikan kos..duit makan, duit utliti dan duit duit lain.

Nafkah ni atas suami lah bukan atas isteri. tapi isteri jangan lah buruk sangat nampak perangainya tahu nak hentam suami je ..sendiri punya simpan . macam mana tu adeh!

2. Anak Mak


aku ada pengalaman kakak aku sendiri bercerai sebab sikap suami yg anak mak. bercuti pun mak ikut satu bilik hotel. anak tu mmg kena banyak sabar,yang isterilah .Lelaki mmg lah suka mak manjakan . mak masakkan , mak basuhkan baju ,semua mak . Dan selalunya anak mak ni bagi adik beradik yg sedikit dan anak tunggal. mmg dialah tempat mak nya bergantung dan mencurah kasih sayang.

suami kena pandai main tarik tali. yelah hati isteri nak jaga hati mak lagi kena jaga . sebab kot mana pun maklah syurga kita, isteri boleh cari lain, mak satu sampai bia bila.

kalau belikan isteri barang kalau boleh belikn mak jugk.kalau tak beli jangan sampai mak tahu nnt mak akan kecik hati.kain ke telekung ke...

3. Suami tak Bertanggungjawab

tinggalkan bini di rumah makertua tapi tak bagi duit. pastu jangan salahkan bini. aku bukan lah nak cakap tak ramai makmertua pandangan menantu dengan pandangan anak. kalau lah mak mertua pandang menantu dengan pandangan anak perempuan sendiri mesti takde isu. ni tidak ank sendiri hadiahkan coach anak menantu sling bag je. pastu kata perangai menantu begitu begini. kau sendiri pu awal awal dh underestimate menantu kau ,ini contoh ! menantu pun sama hadiahkan mak sendiri sit hadijah ..takkan mak mertua bagi telekung vietnam pulak . belikan lah yg sama. tapi aku beza sikit, sebab mak mertua aku educated dan bekerja, mak aku surirumah .dan tidak bekerja..org tua ruppadah macam mak kepada mak mertua aku. sebab mak mertua aku sebaya kakak sulong aku. ini adalah bezanya . aku bagi mak duit mak mertua aku tak bagi. harap suami aku bayar mak dia duit. walaupun maknya tak terima. bagilah buat gei geli hahah..

mungkin pada kita sikit tapi hakikatnya 100 tu banyak utk org yang takde duit. 


oklah itu aje aku nak share. aku kena tido mata aku dah sakit. sebab banyak tengok gajet. oklah jumpa lagi 



Sabtu, 21 Julai 2018

Terima Kasih Ya Allah

Allah Akbar
terima kasih ya Allah ats segala kurniaMu
nnt aku tulis lagi dalam kereta ni ondaway balik
aku tengah tunggu maira


ok aku dah sampai rumah ni..
masih terkial kial aku type guna mac book ni
namun macam mana pun bila hati kau dah suka
semua benda tak elok pun kau akan suka ..itu lah hati

ok aku nak share jap
aku beli mac book air ni rm 3299
dan aku nak bagi tau ini antara harga yang termurah tau! ok aku beli sekali dengan kabel LCD biasalah semua nak yg ori

aku beli yg storage 128G je sebab sekarang kan dh ada clouds so ko boleh je simpan bahan dalam acount yes GD iaitu google drive . tak pun pakai externak hard disc.

sebagai guru aku tak lah memerlukan komputer yang. buat kerja terlalu berat ..video sikit sikit tu adalah kan ... so mac book aku ni jenis Air sahaja idoklah level Pro sangat

rezeki rezeki... kawan aku pakai lenovo pun bayar 3k lebih tau,
ok..korang !!! yg paling bestkan tak payah beli scan virus tu apa dia ...protector tu dia kan jaga lappy kita ni best gilak! sekarang nak buat keje pun tak susah ko boleh buat dalam google doc google sheet dan lain lain
tak payah nak bayar 285 utk dapatkan license microsoft office.

so tadi aku beli cash aje..nnt dapat duit sewa rumah aku bayar lah balik hihi.. hutang dengan diri sendiri ada aku kesah .. aku berhutang pada diri aku ko rasas? kalau tak bayar aku jugak bukan ko yang susah ...gila ke hape.. weng sikit bila dah dapat beli mac book..
dudulkan aku admire gila bila nampak org bukak lappy dia ada lambang apple rasa takjub snagat weh! kaya nye dia , itu dulu yang terbit dalam hati aku ni ..
keh keh! bila dah dapat tak lah rasa kagum sgt ..ok jewww!

ya Allah Aku tak tahu macam mana nak zahirkan betapa aku rasa brsyukur sangat denga segala kurniaan Allah SWT pada aku . macam rasa terlalu banyak nikmat yang Allah SWT telah kurniakn ..ya Allah Ampunkan dosa aku ..jangan lah dengan nikmat ini menjadikan aku lebih lalai sepatutnya kau kan lebih mentaati Mu Ya Allah SWT.

kagum dalam gelap tertiba keyboard dia bercahaya ..ajaib weh ! hahah

eh ter balik pulakkk

itu jelah yg aku nak share korang boleh ke Mac City utk beli jugak .. ok ..tulah kan aku suh simpan duit ko g travel ..keh keh... ok ! semoga tahun ni aku kan ke Instanbul Aamin .




Isnin, 16 Julai 2018

MY FIRST TALK

alhamdulillah..aku siap melaksanakan slide untuk program esok

aku ditugaskan menyampaikan slot PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH.
takut. Nervous pun ada. Talk pertama aku di sekolah selepas sekian lama aku tak buat apa apa..

aku mmg agak takut bercaakp di hadapan orang lama aku kerap bercakap tapi dh lama tak cakap jadik takut pulak.

doakna aku berjaya menyampaikan ucapan aku 

Sabtu, 14 Julai 2018

palinggg heaven : Durian oh Durian



Hari Ahad ni hari yg baik utk kami semua. Aku dan Hafidz bangun awal pagi dan kami jalan kaki bersama sekitar taman . Hampir 4 ribu langkah aku berhenti dan kami bawa anak anak makan di Mydin MiTC. 

Kami suka makan nasi kandar di situ . Sedap ! Tp klau makan kat situ mestila order dan amik makanan sendiri. Takde cashier yg akan dtg amik order. 

Selepas tu suami aku ke pasar beli lauk, dan kami singgah cari durian. Dengarnya durian ioi dijual semurah Rm7 sekagi. Paling murah tu . Selalu nya 25 ringgit. Paling murah RM 17. Skrg jatuh RM 10. 

Sepanjang jalan Jasin ke Bemban org jual durian. Banyak betul. Kami tak beli di situ. Kami menghalanke Bemban dan terus ke Kesang. Laluannya ialah di sebelah SMK Seri bemban. Kami jalan sekitar kesang menuju ke arah Jasin. Dengan harapan dpt durian yg lebih murah dr rm7.



Permandangan pagi hari di rumah 

Nasi Kandar tersedap ada di Mydin Jasin. Mabeles!! 
 Kami jumpa jumpa dusun durian di tepi jalan. Nampak benerapa org sedang memilih durian . Macam foreigners. Betullah org China dtg nak makan durian. Owner dusun siap bagi kami naik moto pusing dusun cari durian sendiri. Hahaha berpuluh tahun aku tak bawak moto rupanya masih boleh tunggang lagik. Hahah
View dusun durian yg indah. Banyak pokok pokok durian di sini
masa kami sampai ada peraih sedang tunggu nak amik durian . dia dpt harga 6 sekilo. dia jual sekitar 10 atau 12 ringgit sekilo

buah baru jatuh mestilah fresh..kata budak ni kalau yg 7 ringgit tu buahnya diperam bukan yg fresh. entahlah aku rasa sama aje.😂


Hasil tangkapan hari ini... hahah aksi seperti kebun sendiri... 🤪🤪

Permandangan yg cantik. Dua lelaki ni makan , imran tak makan
masa ni suami aku dalam hilang dalam dusun. dia kata nak pergi kutip buah doyan sendiri..hmmm..last last aku amik moto [ergi cari dia dalam dusun . main redah aja...

muka ihsan yg mmg excited makan doyan 

aksi anak pekebun durian 

ceceh..siap pakai sarung tangan bagai! hahah time ni suami aku dah selamat dijumpai. dia amik 10 biji berat 16 kg. harga rm10 sekg ,,ko darablah! kalau dah kaki doyan ..duit bukan masalah.



korang tengok isik mmg kuning menyengat ..sedapnya ya ampun!!!

nah stok sampai akhir tahun ..makan sampai pitam!

ni semua ioi nehhh!

so aku repeat balik lokasi Kesang dr Smk Seri Bemban korang jalan straight menghala ke Jasin. 

ni lebih puas hati dari masuk Eco Tourism kat Perak tu. baca di sini.

Jumaat, 13 Julai 2018

Review Tony Roma’s Melaka

Ok kalau korang g Mahkota Parade ada Tony Roma’s kedai steak yg paling popularlah. Ok ok ! Kalau nak masuk dengan 4 org anak aku budget rm200 cukup. Dan aku nak lesan portion makanan dia besar . Sgt mengenyangkan kalo ko makan portion kids pun dh kenyang sgt!

Kalau order main couse tu aku suggest kalau ko bukan peminat steak ko amik satu dulu kalau rasa sedap sgt baru ko order second. Entah lah ! Aku makan sampai nak termuntah punya kenyang. Hilang feel dia

Lagi satu kan.. first time aku masukkan makanan dlam mulut . Wow factor tu takde😬😬😬lantaklah korg nak kata aku jenis tak kaya pastu tak mampu makan cakap tak sedap.. ya betull! Aku masih ingat aku makan kat Pelperro Steak Shah alam. Ribs dia punya lembut dan masuk mulut Allah!! Sedap betul... mmg amazing lah. Sampai aku ingat lagi macam mana kitorg happy rasa kesedapan makanan tu. Aku tanya hafidz pun dia komen benda yg sama.

Tak kesah lah kan dah mmg kitorg nak sangat merasa makan tony romas tu. Macam mana rasa steak dia. Ada satu kedai steak nama melantak di melaka. Sama macam konsep Menate di Bangi. Entah lah .. steak ni cam sama je bukan selera kita nak rasa rasa boleh lah. Tak perlu amik dua course cukup satu je.

Aku pun penah makan steak Islam nama dia Wadihana Kitchen and Steak House . Sama gak tak feel . Boleh lah makan. Tapi tak de wow factors.

Kesimpulan nya, aku mungkin akan makan sekali je. Hahah takkan dtg lagi lah kot .. tapi korg pergilah rasa. Hahha

Jom layan gambar.

Yanh ni ko tak payah order pun takpe, hahah dia mmg bagi percuma. Masa order air sampai roti garlic pun sampai. Ermmm roti dia keras. Tak lembut. Tapi the way dia hidang aku suka. Rasa dia kalau roti lembut tu aku bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Chocolate shake

B
Imran order spaghetti turkey ham

Fries dengan chicken tender

Iyad order cheese burger. Ok nak bagitau yg ni percuma bila order main course termasuk chicken tender tu 

Ni pulak suami aku order beef. 

Add caption
Ni ribs lamb





Cara membuka akaun Maybank

Maybank ni dh lama sejak aku kecik kecik lagi..
Sebab loan maybank aku terpaksa bukak akaun Maybank utk potongan tetap.

Apa kena bawa utk bukak account Maybank SAVING:

1. Ic
2. Pengesahan majikan ; tempat bekerja
3. RM250.. ni kau bayar lepas tu kau tekan lah balik kat ATM kiki...

So proses dia tak lama pun. Lepas dh isi form semua. Kita cop jari dan dia akan suruh kita cash deposit duit 250 tu guna mesin.

So cara dia ko pergi mesin pilih CDM dan masukkan no account. Pastu masukkan duit. Balik kecik 10 ringgit kena duit baru tau bukan duit lama. Pastu selesai masukkan duit pergi kaunter amik kad ATM dan buat online banking . Kat sini lama sikit nak create password bagai.

Then selesai.

So lepas ni semua pendapatan selain duit gaji aku akan masukkan ke sini. Duit sewa rumah dan sebagainya.

Dah lama teringin nak pakai kad debit Maybank. So usia 35 baru makbul. 

No contact Maybank Ayer Keroh. 
Rate loan ASB masih 4.9% sehingga 15hb Julai 2018

Rate loan housing pun murah dalam 4.22% tapi kalau government baik buat dgn government sebab 4% sahaja dan fixed takde naik naik. Sakit tau kalau bayaran bulanan meningkat naik. 

Ok itu sahaja nak share.
Nnt kita bincang pasal benda lain. 

Khamis, 12 Julai 2018

tips menjadi guru

Aku paling tak suka kena marah
kena marah dengan org di tempat kerja
kalau kena marah di rumah dengan suami aku dh biasa 

adoii
kesan bersalahnya tu sampai sekarang masih terasa
tebak muka ku menahan malu
malu pada org oarg yg mungkin dulu hormat dengan kita
tapi skrg makin tidak respect pada kita.

okay! fine
belajar terima kesalahan sendiri dan kemudian cuba baiki
serta jangan ulangi lagi

tadi aku telah di tegur oleh Puan PK hEM di sebabkan aku tak tanda register buku kedatangan pelajar. bukan sehari bukan dua hari tetapi dua minggu sejak 1 julai. 

so! aku lah yg bersalahkan ? 
tapi bila dia bercakap hal aku di hadapan GPK 1 mmg aku lagi rasa azab lah..di tokok tambah dengan kerani bercerita..oklah
aku pun dh tanda register tu
dan esok pastinya aku akan tanda lagi dan lagi

so kat sini aku nak share tips do and don't as a teacher

1. WAJIB masuk kelas. wajib ! kalau kau ada kelas tapi kau ada dalam bilik guru mmg kau buat SALAH BESAR!

2. mengajar dalam kelas. kau WAJIB MENGAJAR dan bukan bukak hphone! SERIUS..gila ! kalau kau kedapatan main hphone..

3. tulis di papan hitam/putih. WAJIB . budak mesti menyalin time kau mengajar. itu PROOF yg kau mengajar. 

4. kawalan kelas. Pastikan pelajar ADA dalam kelas dan tidak merayau semasa waktu kau. WAJIB..kalau time kau tiba tiba ada pelajar jatuh bangunan kau yg SALAH! sebab ? kenapa kau tak KAWAL pelajar.

5. WAJIB masuk relief class

6. WAJIB buat RPH

7. WAJIB tanda@semak kertas / buku anak murid

8. WAJIB jaga kata kata. jangan maki hamun pelajar. 

9. JANGAN TIDO dalam kelas. baik kau terjun bangunan dr kau tido dalam kelas 

10. WAJIB mengajar dengan silibus jangan kau main taram sahaja.

cukuplah sepoloh kang kau pengsan
langsung taknak masuk kelas

PENAMPILAN

1. WAJIB pakai baju kurung atau two pisces
2. Nametag
3. kasut bertutup depan dan belakang.
4. kemas dan sopan
5. tutup aurat 

Gambar jamuan Hari Raya ..gagah cikgu g 7 Eleven  beli ais dan belon jam 7 pagi !


Rabu, 11 Julai 2018

Simpanan Hari Tua

Korang ingat plan aku nak buat loan asb utk saving?
Last last minggu ni baru makbul. Aku dpt buat 100k dengan bayaran bulanan RM556. Insurans aku kena 4k ... so yg menariknya aku dapat rebut interest paling rendah iaitu 4.9% kalau sebelum ni tak pernah serendah ni.

Aku terkejut bila tahu kawan satu sekolah aku dh ada 300k . Masih dalam tempoh menyimpanlah . At least dia dh ada 300k dan suami dia ada 200k.

So aku lagi tua dari dia belum ada saving dalam ASB. So ni baru first step aku.

Aku pelik apsal suami aku marah bila aku nak jual myvi aku tu. Sebab aku sebenarnya bukan nak jual duit nak joli aku nak masuk ASB 200k . So nnt dalam lima tahun aku ada duit . Sedangkan MyVi lima tahun lagi akan makin kurang nilai dan akhirnya takde siapa nak beli. Setiap kali aku cakap dia marah. Lepas tu bagitau terpulanglah nak buat apa .. tapi tak bagi aku jual pelik lah pulak.

Dia kata dia yg servis kereta aku tu tukar tayar bagai. So cam nak pampasan lah gamaknya.

Aku pun pening! Seriusly aku nak jual je myvi tu. Tak payah repair repair jual je

Isnin, 9 Julai 2018



Ada org tanya instead of beli city basic dengan myvi full spec , which one is  better? 

Jawapan aku mudah. 

Myvi tetap myvi
City tetap city. 

Kalau org nampak atas jln u drive city org tak pasan pun full spec ke hape. 
Depends suka honda ke perodua. 
Ikutkan Honda oversea Myvi malaysia brand. Dan aku akui myvi brand yg sgt bagus. 

Tak kurang juga honda. 

So mmg puas hati kalo angkot myvi yg full specs tapi syg sipi lagi nak dpt Honda. 

Cuba check interest bank. Kadangkala kereta local lebih tinggi interest dr kereta import. Baru jumpa perkataan yg betul. 

Lagi satu aku rasa insurans myvi lebih murah. Honda 2200 myvi mgkin sekitar 1300 agaklah. 



Ini utk 1.5 Auto


Lagi satu aku nak share pasal islamic finance ASB Maybank. Selalu interest 5.5% sekarang rate terendah 4.9% . Boleh lah kalau nak start bermain saham paling rendah risiko. 



Yg ni bukan investment tapi rewardment ... hahah... coach ni jenis Lexy. Harga RM500 boleh usha ig @Tejara color oxblood. Aku asal nak beli yg jenis Kelsey.... entah macam mana jatuh cinta pulak dengan hat ni.. cum betoii... 

Tunggu jelah. Bilalah handbag baru iols nakk sampai lama nak tunggu. 

Ok bai! 




HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...