Ahad, 22 Julai 2018

isu mertua dengan menantu

bab isu mertua menantu vs mertua ni pada aku takboleh nak jadikan pertandingan atau apa apa. sebab nya level mak mertua adalah sma seperti mak kandung. tak boleh dibezakan ,begitulah anak lelaki atau anak perempuan. selalunya anak perempuan yg ada isu dengan mak mertua dan tiada isu dengan bapa mertua. ok.org lelaki selalunya ok je.

ok. dalam kes aku. aku macam biasa je  takdelah isu sangat walaupun ada beberapa insiden yg aku aagak terkilan tapi tak delah nak di persebar besarkan . pada aku itu hanyalah cerita bisa kalau aku nak kutip every single things mmg payahlah nak move on.

okay aku saja nak share cerita mertua vs menantu ni.

1. Tinggal serumah.


ini mmg dh lama aku tak bersetuju. org perempuan ni mmg takboleh berkongsi dapur. berkongsi katl apatah lagi. sebab dapur ni jadi macam territory bagi seorang wanita. bagaimana dia nak gayakan dapurnya mengikut selera dia. kat mana nak letak gula garam..kau jangan kacau. kalau itu cara dia nak adun dapur dia biarkan .

dia jadi masalah bila share rumah dia akan share dapur.. kalau satu rumah dapur lain lain ok gak kan.

bila dah duduk serumah ni pandai pandailah nak share maintenance rumah . ko bayarlah sikit duit api air jangan tahu nak gun air cond je sampai pagi.

bila barang dapur nampak dah susut kau topup lah susu, minyak gula garam..jangan buat buat tak nampak pulak. nnt kang time makan laju je.. sabun basuh kain dan sebagainya. ko ken afikir kalau kau menyewa pun kau kena tanggung kos semua tu ..bukan nya free ken abayar jugakkan .
ini semua memerlukan perkiraan bukan main belasah je. ko bulan bulan ketepikan kos..duit makan, duit utliti dan duit duit lain.

Nafkah ni atas suami lah bukan atas isteri. tapi isteri jangan lah buruk sangat nampak perangainya tahu nak hentam suami je ..sendiri punya simpan . macam mana tu adeh!

2. Anak Mak


aku ada pengalaman kakak aku sendiri bercerai sebab sikap suami yg anak mak. bercuti pun mak ikut satu bilik hotel. anak tu mmg kena banyak sabar,yang isterilah .Lelaki mmg lah suka mak manjakan . mak masakkan , mak basuhkan baju ,semua mak . Dan selalunya anak mak ni bagi adik beradik yg sedikit dan anak tunggal. mmg dialah tempat mak nya bergantung dan mencurah kasih sayang.

suami kena pandai main tarik tali. yelah hati isteri nak jaga hati mak lagi kena jaga . sebab kot mana pun maklah syurga kita, isteri boleh cari lain, mak satu sampai bia bila.

kalau belikan isteri barang kalau boleh belikn mak jugk.kalau tak beli jangan sampai mak tahu nnt mak akan kecik hati.kain ke telekung ke...

3. Suami tak Bertanggungjawab

tinggalkan bini di rumah makertua tapi tak bagi duit. pastu jangan salahkan bini. aku bukan lah nak cakap tak ramai makmertua pandangan menantu dengan pandangan anak. kalau lah mak mertua pandang menantu dengan pandangan anak perempuan sendiri mesti takde isu. ni tidak ank sendiri hadiahkan coach anak menantu sling bag je. pastu kata perangai menantu begitu begini. kau sendiri pu awal awal dh underestimate menantu kau ,ini contoh ! menantu pun sama hadiahkan mak sendiri sit hadijah ..takkan mak mertua bagi telekung vietnam pulak . belikan lah yg sama. tapi aku beza sikit, sebab mak mertua aku educated dan bekerja, mak aku surirumah .dan tidak bekerja..org tua ruppadah macam mak kepada mak mertua aku. sebab mak mertua aku sebaya kakak sulong aku. ini adalah bezanya . aku bagi mak duit mak mertua aku tak bagi. harap suami aku bayar mak dia duit. walaupun maknya tak terima. bagilah buat gei geli hahah..

mungkin pada kita sikit tapi hakikatnya 100 tu banyak utk org yang takde duit. 


oklah itu aje aku nak share. aku kena tido mata aku dah sakit. sebab banyak tengok gajet. oklah jumpa lagi 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...