Jumaat, 13 Julai 2018

Review Tony Roma’s Melaka

Ok kalau korang g Mahkota Parade ada Tony Roma’s kedai steak yg paling popularlah. Ok ok ! Kalau nak masuk dengan 4 org anak aku budget rm200 cukup. Dan aku nak lesan portion makanan dia besar . Sgt mengenyangkan kalo ko makan portion kids pun dh kenyang sgt!

Kalau order main couse tu aku suggest kalau ko bukan peminat steak ko amik satu dulu kalau rasa sedap sgt baru ko order second. Entah lah ! Aku makan sampai nak termuntah punya kenyang. Hilang feel dia

Lagi satu kan.. first time aku masukkan makanan dlam mulut . Wow factor tu takde😬😬😬lantaklah korg nak kata aku jenis tak kaya pastu tak mampu makan cakap tak sedap.. ya betull! Aku masih ingat aku makan kat Pelperro Steak Shah alam. Ribs dia punya lembut dan masuk mulut Allah!! Sedap betul... mmg amazing lah. Sampai aku ingat lagi macam mana kitorg happy rasa kesedapan makanan tu. Aku tanya hafidz pun dia komen benda yg sama.

Tak kesah lah kan dah mmg kitorg nak sangat merasa makan tony romas tu. Macam mana rasa steak dia. Ada satu kedai steak nama melantak di melaka. Sama macam konsep Menate di Bangi. Entah lah .. steak ni cam sama je bukan selera kita nak rasa rasa boleh lah. Tak perlu amik dua course cukup satu je.

Aku pun penah makan steak Islam nama dia Wadihana Kitchen and Steak House . Sama gak tak feel . Boleh lah makan. Tapi tak de wow factors.

Kesimpulan nya, aku mungkin akan makan sekali je. Hahah takkan dtg lagi lah kot .. tapi korg pergilah rasa. Hahha

Jom layan gambar.

Yanh ni ko tak payah order pun takpe, hahah dia mmg bagi percuma. Masa order air sampai roti garlic pun sampai. Ermmm roti dia keras. Tak lembut. Tapi the way dia hidang aku suka. Rasa dia kalau roti lembut tu aku bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Chocolate shake

B
Imran order spaghetti turkey ham

Fries dengan chicken tender

Iyad order cheese burger. Ok nak bagitau yg ni percuma bila order main course termasuk chicken tender tu 

Ni pulak suami aku order beef. 

Add caption
Ni ribs lamb





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...