Rabu, 11 September 2019

KEPUTUSAN UPSR PAPER 1


Bukan senang nak senang, 
kata pepatah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian ..

alhamdulillah ..lega rasanya .Hari ni imran habis upsr dan dia bawa balik kertas objektif sains iaitu paper 1. aku semak tadi ..alhamdulillah imran dapat 38/40 dua soalan imran salah ..syukur alhamdulillah ...maths pulak dia kata cikgu dia semak dapat 37/40...dan bahasa inggeris yg objektif dia dapat 16/20 . 

maksudnya dia kena dapat sekurang kurangnya 26 markah lagi dari KERTAS 2 sains untk dapat A dan 27 markah lagi dari paper 2 utk maths. 

lega rasanya ..apapun tak boleh syok dulu ..banyak benda kita tak tahu ..berdoalah supaya imran berjaya ...

bila macam ni baru rasa nak apply sbp dan mrsm ..kalau tak aku nak hantar dia ke smka sultan muhammad je

apapun berbalik pada imran juga ..kalau dia kuat dia boleh masuk asrama ..masuk asrama tahun satu je sakit lepas tu dh ok ...mental yang kena kuat ..jangan fikir nak balik je 

NI LINK NAK MOHON MRSM 



Aku doa Imran dapat masuk asrama MRSM alor gajah atau SBPI selandar . dekat aku nak jenguk dia nnt ...



ISU: TEMAN ATAU TIDAK ANAK UPSR.


Menemani anak di hari hari peperiksaan adalah satu perkara yang tak pernah aku dengar zaman aku sekolah .

bila suami aku cerita, masa dia exam SPM ayah nya akan cuti utk amik anak teman anak exam aku rasa sangat kagum . sebab, masa aku sekolah aku tak dibesarkan dengan budaya sebegitu..

masa exam kami akan exam dan mungkin sebab abah aku dh pencen dan mak aku surirumah mereka sentiasa ada di rumah dengan kami ..aku pasti mak abah aku sentiasa mendoakan aku namun teman setiap pagi sebelum masuk dewan budaya yang asing .

oklah ..berbalik oada cerita teman anak masuk dewan .

di sekolah TUN SAS budaya teman anak nak exam ni sgt dilakukan oleh hampir setiap ibubapa..mereka akan berdiri melihat anak dan bersalam dengan anak sebelum anak masuk ke dlam dewan..kemudian ibubapa dijemput utk sama sama solat hajat dan baca yaasin di surau sekolah . 

guru-guru dan ibubapa mendoakan kejayaan anak anak..di sini nampak utuh betul hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa..

kami ibu bapa rasa guruguru dan pihak sekolah bersungguh membantu anak anak kami dlam mencapai kejayaan..cakap ..usaha apa lagi yang tidak dibuat semua telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya ...

utk sekolah Imran ni antara yg aku dapat lihat apa yang cikgu dah buat bermula dengan awal tahun ..guru-guru memberi taklimat kepada pelajar utk program kecemerlangan ini setiap ibu bapa kena bayar RM200 ringgit utk semua ...

antara program yg aku ingat sekolah buat utk imran ialah:


- kelas tambahan setiap hari imran balik sekolah 2.40 utk kelas tambahn
-ada juga kelas tambahan awal pagi sebelum masuk kelas jam 7.30 pagi
-kelas tambahan hari ahad
-teknik menjawab soalan 
-slot motivasi panggil penceramah luar
-bacaan yaasin dan solat hajat 3 kali kalau tak silap aku ...
-handout yang banyak
-buku buku rujukan 
-last sekali makan sepanjang UPSR dan last tadi mereka dapat makan pizza sorrang satu yang saiz individu tu
-mungkin ada lagi tapi aku yg tak ingat...

lepas bayar RM200 dia tak pernah minta apa apa lagi bayaran ...segalanya dlm kos itu sahaja..


oklah aku nak share cerita berkenaan sekolah aku bila timbulnya konterversi bila ramai rami cikgu ni keluar minta izin nak hantar anak exam UPSR

macam aku aku tak amik cuti tapi aku minta izin keluar masa free utk pergi sek imran kejap..

pada asal nya pada aku benda tu "ok" sebab aku tak pergi suruh org lain relief kelas aku sebaliknya aku pergi time free rupanya jadi isu jugak..

ada beberapa orang menyatakan pandangannya berkenaan hal ini:

kata sipolan 
"pada pandangan akak kalau ko nak doa kat mana mana pun boleh tak semestinya kau pergi kat situ ..." aku terdiam ..

lepas tu aku sambung " sebenarnya kita bukan lah nak duduk tepi tu sangat ..tapi bila ramai parents yang dtg bagi anak moral support kesian pulak anak kita takde siapa yng nak tengok anak kita ....

pastu aku sambung " kalau zaman kita dulu takde tunggu tunggu ank masuk dewan ni,,,"

Akak tu sambung .." ko takde rasa salah ke ..org releifkan ko smentara ko cuti sebab anak ko nak exam .."

Allahu ! sentap terus ..aku angguk tanda ada benarnya...

tapi aku explain lagi .." tp saya pergi time sy free ..tak de orang kena relief masa tu ..."

huh............

tiba tiba aku rasa sesuatu lah pulak ..
tak sangka jadi isu rupanya bila kita keluar tengok anak exam...


***************

entah macam mana aku buka cerita dengan seorang cikgu Z, yang sama sama aku minta izin masuk lewat dan sama sama tengok anak nak exam UPSR ..

bila aku cerita bla ..bla..bla ..aku tu tiba tiba rasa tak setuju..

pastu dia cakap macm ni lebih kurang 

"sukatilah org tu nak cuti tengok anak exam ..kalau ko taknak cuti tengok anak exam jangan lah kau salahkan org yang nak cuti dan bagi semnagt pada anak..."

"macam lah ko kerap keluar sebab koku tu tak salah ..tiba tiba time kita cuti nak tengok anak sendiri org kata macam macam ...."

aduh! aku tepuk kepala ..alamak! 

aku jadi serba salah ..alamak silap pulak aku share cerita kat kantin semalam tu ...


dipendekkan cerita, akak Z ni telah menyampaikan kepada akak W berkenaan cuti utk support anak exam .. Akak W ni dha lama buat mcam ni ..maksudnya dr anak no 1hingga no 3 dia mmg akan cuti pada hari pertama anak anaknya exam ...

tapi mungkinlah dia jadi isu bila ..ramai sgt mak ayah nak keluar teman anak masuk dwan ia jadi isu ...

aku kira kira lebih kurang ada 13 org ibu bapa yang anaknya amik exam UPSR tahun ni .,....mmg masalah lah kalau semua pakat pakat keluar nak tengoj anak UPSR ini aku mmg faham ....

apa lagi mengamuk lah akak Z ni ..aduh!!! aku yang kecut perut sebab aku org petama yng bukak cerita ni/.....



okalh ..apa pandangan korang perlu atau tidak berdiri tepi dewan sebeblum anak masuk exam ?

Rabu, 4 September 2019

TIPS ANAK UPSR

hari ini Imran menhadapi peperiksaan UPSR ..kertas Bahasa Melayu 1 dan 2. aku dan suami telah berusaha dengan taklah bersungguh sangat tapi berusahalah jugak 

ok aku dh mula sejak awal tahun hantar dia tuisyen ..sebenarnya boleh hantar tuisyen namun bukan berharap 100%guru tuisyen boleh buat anak kita jadi pandai .

paling berkesan ialah KITA YANG MENGAJAR sendiri anak kita...kenal pasti di mana kelemahan anak kita dan ajar kelemahan tersebut agar kesilapan dapat diperbaiki.

Aku boleh buat peratusan begini....

kejayaan anak ni bermula dengan bubapa 50% , sekolah 30% dan diri anak sendiri 20% sahaja...

attitude anak sebenarnya di dorong oleh ibubapa..maka ibu bapalah yang paling bertanggungjawab mengarahkan ke mana hala tujuan anak anak

semakin lama semakin aku faham maksud anak itu ibarat kain putih, ibubapa lah yang mencorakkannya ...
muka riang je bukan tahu takut! nyampah...

ayah dia yang over 

pelajar berhimpun sebelum masuk dewan 

gatal- gatal posing kat sekolah anak 

belum apa apa dh makan old town ...

nasi ayam Hainan ..quiet delicious!

nasi lemak ayam goreng

boba lah pulak !!

aku kongsi tips ni begini:

1. hantar anak tuisyen BI dan Maths sebaiknya sejak darjah 4 sebab silibus drjh 4 yang mula diuji di dalam UPSR
2. pastikan anak anak terbiasa baca buku cerita yang menggunakan bahasa Melayu yang betul bukan comic dan baca buku english .
3.latihan maths penting practise make perfect ! buat latihan maths berulang kali ..
4. pemilihan sekolah juga membantu sebab aku mmg sgt kagum dengan sekolah anak aku TUN SAS ni ...boleh google SK TUN SAS TAMAN TASIK AYER KEROH..sekolah ni mmg bagus pernah dinobatkan sekolah Bai'ah ...sebab hebat pengurusan kokurikulum dan kurikulumnya ..guru guru dia mmg tip top habis ..
5. sediakan environment yang baik utk anak belajar sebagai contoh sediakan meja belajar, bilik yang selesa dan jangan lupa memberi semangat dan dorongan agar anak terus berusaha dengan gigih.

pusat tuisyen pulak ..

aku rasa aku tak lah dapat the best ever ...korang boleh dapatkan yang lebih baik ...
apapun ibu bapa kena usaha agar anak berjaya ...ibubapa yg kena gigih berusaha ..!

doakan anak aku berjaya ya !tq




Ahad, 1 September 2019

SIRAH RASULLAH SAW

Kupasan yang menarik dari versi yang berbeza..

banyak betul yg terkena ke kepala sendiri ..hahha...


Selasa, 27 Ogos 2019

HATI YANG LALAI


Tanya pada diri suka dunia atau akhirat ?


Sunat Awwabinn




dengar apa ustaz ni sampaikan ...
kita ni betapa asyik sibuk sahabat jangan kita lupa nak cari peluang ibadah kepada Allah SWT
sedih rasanya

dulu masa aku hidup dengan abah
abah selalu bawa kami ke masjid..
boleh dikatakan maghrib isyak kami di masjid...
sebahagian besar melainkan aku uzur...

jika kita malas nak puasa,atau tak kuat
kedua nak bangun malam pun tak kuat

maka kita boleh buat sunat Awwabiin(sekiranya tiada kuliah agama atau ceramah)
apa yang boleh kita buat ;

1. Solat taubat
2. solat Hifzul Imaan...(solat subhutul iman , minta Allah tetapkan iman )
baca ayat kelapan surah Ali Imran: Rabbana La Tuzigh qulubana ....selepas bacaan dalam sujud
3. solat hajat

jika tiada kuliah
Mengajar ni fardhu bertambah bila kita mengaji tentang akidah ..

ramai org salah faham antara perkara wajib dan sunat ...
mengaji quran -sunat
solat sunat-sunat
mengaji (belajar agama )-fardhu wajib

*** orang yang belum solat sunat tahiyyatul masjid kena solat tahiyyatul masjid tak perlu solat sunat Qobliyatann..


Sabtu, 24 Ogos 2019

Urutan di Melaka 2019

lepas baca status Dr Suriya pasal ni terus wassap. Memang lama nak urut badan . lepas dengar lokasi Melaka laju je ..
setelah membuat temujanji , maka sabtu lepas Zohor aku mula mengurut.

Cik Suindah ni mmg tukang urut di Hospital . Rupanya ada Department Urutan Tradisional di Hospital aku baru tahu ..Cik Su ni urut utk cari urat bukan urutan wellness sebaliknya urutan membetul kan urta urat ..Ya Allah mmg sakit sgt . tak tertahan aku dibuatnya..dia mmg urut ikut urat bila dia tekan sakit tu maksudnya laluan urat tu ada blok lah kut tu yang peredaran darah tak lancar mmg sakit setiap tempat yang dia sentuh tapi lepas dia picit badan rasa ringan ...lebih bertenaga ...


MAHAR PERKHIDMATAN SRIKANDI RATU MOBILE TERAPI
(Tertakluk 30KM Radius Kajang/Bandar Melaka)

Full Body Massage RM100 (60-90 minutes)

Therapeutic Massage RM120 (60-90 minutes)

Antenatal Massage RM100 ( > 20 weeks )

Postnatal Massage RM110 ( 50-70 minutes)

Breast Feeding Stimulation RM50 (15-20minutes)

Bertungku (Stone Compress) RM70 (30-40 minutes)

Bertangas (Steam Bath) RM70 - RM120
*tertakluk jenis tangas (20-30 minutes)

Berlulur (Herbal body scrub) RM90
(<60 minit>)

Mandi Anggun RM50

SENGKAK (Lifting) ~ RM50/each pax (15-20 minutes)

Sengkak Ratna (Rahim)
Sengkak Jelita (Muka)

Segala keperluan rawatan seperti 

Minyak urut
Batu/pemanas tungku serta daun herba
Tong tangas serta (daun herba @ RM15/pax)
*Disediakan oleh perawat 

Hubungi terapis kami :

http://SrikandiRatuMobileTherapy.wasap.my

Cik Suindah 01119206729                
Cik Shidah 013 2887834 T&C Apply

Satu yg aku paling suka Cik Su ni ialah dia belajar mengurut dari pusat pusat yang terlatih. bukan nya dapat dari mimpi .
sebab kebanyakkan tukang urut syok sendiri . hat ni dia memang "pegang" urut kita betul betul...pastu dia tekan ..mmg sakitlah ...
pastu yang aku suka dia buat solid 90 minit ..takde tipu tipu ..
masa dia nak dtg aku dh siap mandi dan dan bentangkan tilam bujang ..senang urut atas lantai 
 aku pun amik yg Dr Suriya amik Urut Therapeutic...dia kata tak sama urutan urutan ni ..kalau post Natal lain . Pastu dia kata dia amik yang lepas bersalin 3 hari RM500

Lepas dia urut aku jadi cuak nak panggil lagi ..tapi tengok lah kalau badan aku sakit sakit aku ingat nak urut lagi . RM120 90 minit ..berbaloilah ..

Orang melaka senang sebab sekarang Cik Su dah duduk semabok ..dlu dia keje di Kajang ....ok itu je nak share ...


Isnin, 19 Ogos 2019

RIAK TANPA SEDAR

Kadangkala aku tak faham orang ni, mentaliti masyarakat .

Korang bayangkan ;

Orang bekerja tak boleh bangga diri dia bekerja nnt org tak bekerja (surirumah ) terasa..
tapi yang org tak bekerja (surirumah)  berbangga dia tak bekerja (jadi surirumah ) BOLEH PULAK?!!

kelirulah aii...

serious confius..

ok apa type riak surirumah ?

Tunjuk betapa heavennya dapat sorong troli time officee hours sambil layan layan minum di cafe as a me time...

Tak habis dengan itu sahaja, menayang pula kad kredit yang suami berikan utk bershopping shopping barang seribu dua ..

Tup!tup! bila kita tunjuk kit g meeting ..and so on ada pula yg cakap ..."bukan kita taknka kita tapi sebab suami ..bla...bla...bla...."

ok ..ok ...

so kira oklah kan ko menunjuk betapa heavennya kau jadi surirumah tapi hidup penuh vogue ..
kami yg bekerja ni pulak semua perbelanjaan atas kami .

korang nak handbag suami belikan - yelah kami mana ada gaji
kami nak handbag beli sendiri bukan harapkan suami 

korang kalau nak bercuti suami taja A-Z siap bagi duit poket ..3k 
aku kalau nak bercuti menabung sendiri , kalau bercuti bawa keluarga pun ada portion yelah takkan semua atas suami ...

maksudnya di sini kalau ko rasa org yang bekerja jangan lah menunjuk sgt ko tu ada gaji dah tu yg suri rumah tak payah menunjukk sgt yg kau tu cam diva.eh! 


Macam nilah ya...semua org ada ujian masing,
namun bagaimana kita menangani ujian kita .




Jumaat, 16 Ogos 2019

Herbal Yang Baik Utk Buah Pinggang

Ini hasil dapatan aku leas tonton video di facebook berkenaan cara nak jaga buah pinggang .

kakak aku nurse bagi tahu sakit buah pinggang paling banyak kos kena bayar . kos dialisis tu sgt mahal sehari mencecah ratus ringgit

Dekat sekolah aku ada 3 org cikgu sakit buah pinggang kena dialisis...Kak Rahaza, Fasihah dan Kak Suhaila ( dah arwah pun kak   k ni ..)

Cikgu suhaila meninggal dunia pada 2 Januari 2019. aku ingat tarikh ni sebab hari pertama persekolahan ...

masa kak suhaila meninggal pun ada kejadian ..bila mana anak murid yg bagitau, Musa masuk kelas bagitau "Cikgu Suhaila dah meninggalkan ustzah?" "Eh! awak ni dia cuma tak sihat masuk wad je ..bukan meninggal.. " " Iya..cuba ustazah baca dalam telgram sekolah , Cikgu Nathan yg cakap kat bengkel tadi .."

mmg kami bergegas lepas habis sekolah ke rumah Cikgu Suhaila. sgt mengejutkan berita tersebut.

Buah pinggang boleh menyebabkan darah tinggi dan darah tinggi juga boleh effect buah pinggang.

org yg ada kencing manis buah pinggang dia boleh mengecut . Macam arwah abah dulu.

Pendek kata , kita kena jaga kesihatan kita ..

benarlah pepatah kata SIHAT SEBELUM SAKIT

Nak mkn apa apa utk sihat sebelum sakit
Amalkan diet yg sihat 
bersenam
elakkan makan junk food
amalkan memakan buah dan sayuran sayuran 
tinggalkan gula dan 3 in 1
amalkan puasa sunat
minyak olive oil
minum susu segar
habbatus sauda dll
usahakan selagi mampu
amalkan minum lemon dengan air panas

Orang Melayu kurang bersenam , org cina rajin bersenam. 
minum air putih yang cukup

HERBA YANG BAIK UTK BUAH PINGGANG 

1.Garlic
2.Turmeric
3.Ginger
4Juniper berries
5.Dandelion root
6.Parsley
7.Celery root
8. Cinnamon 
9.Corn silk


Tonton di sini

Corn silk tu janggut jagung 

Plan Birthday Anak



Sejujurnya aku belom pernah buat apa apa party sambutan hari jadi anak ,
yelah macam trend org muda sekarang sewa tempat dan buat birthday party anak , siap ada tema dan candy bar , cute apa?
yelah siapa taknak kan ..tapi bila mengingatkan kos nya aku tepok kepala dulu ..

aku adalah juga survey kalau nak sambut birthday kay Mc Donald dan KFC 


korang boleh refer sini 
actually aku tak go thru sangat macam man akaedah dia ..cuma korang kena baca policy baik baik ...contoh dia kata no refundable.yelah dia dah prepare everything tup tup tak jadi haru lah kan 
ni kalau pakej Mc Donald ..minimum spend okey ,maksud nya paling murah korang kena spend RM200
yang ni KFC

oklah kalau org kat kl mesti banyak choice lagi ..korang google je " LOKASI BIRTHDAY PARTY"

oklah ..hmmm..pada aku lah kan benda benda ni merujuk kepada lifestyle..kos korang nka buat benda benda ni semua paling tidak korang kena ada RM1 k tau..yelah kek je RM120 atau paling murah mungkin RM70 ..makanan, takkan takde goodies kan ..pastu nak sewa tempat ..lagi..nak ada candy bar lawo lawo ..decoration bagai ..eh! eh! seribu tu tak cukup tara mana ....


ermm..selalu member member aku belah kl lah mesti ada sambutan birthday anak ..siap naik khmeah ok ..hahha..bunyik cam jeles je kan ..hahha

ikutlah korang sebenarnya tak salah pun .tapi aku belum boleh buat macam tu ..tunggu lah suatu hari nanti ..paling terdekat nakbuat kenduri masuk rumah dah duduk lama pun tak buat kenduri masuk rumah lagi ..sekalikan dengan kenduri imran dapat 6A dan tawaran masuk sekolah Alam Shah Putrajaya 

insya Allah ..Aaminn...

bawah ni hanya sebiji kek strawberry cheese dan jamuan makan makan keluarga sempena birthday Iyad ..semoga Iyad membesar terus dengan sihat Insya Allah ..
kek pun buat jimat punya pasal ..

penuh belon satu rumah diorg kerjakan 

macam grand je bila ada belon 

throwback our annyversary 

Khamis, 15 Ogos 2019

SURABAYA ..I'M COMING.

oklah ! 
actually rombongan sekolah ke Surabaya Oktober ni adalah lokasi jalan jalan luar negara aku tahun 2019 .

hihi ..cam tak best kan ..hahha...bajet nak g istanbul ..kkikkiki......masa aku beli tiket ke Surabaya harga nya ialah 700 lebih wow..macam nak g jeju je ..eh! jeju lagi mahal kan ...

kalau korang nak beli tiket guna air paz je 

tekan link ni Di SINI

airpaz murah wo ...aku selalu gak masuk airpaz bila nak cari tiket around asean ...dan perth.

oklah aku baru teringat , actually dh lama tahu tapi baru teringat yang Leisure Holiday ada apartment dekat gold coast dan Perth!!!

yeya berita baik ...aku suka !

tapi kan skrg ni macam macam isu ...currency kita pun dh makin jatuh bahaya kalau kita jalan jalan keluar negara selalu ..

korang jangan lah kecam aku pulak ..

hari ni baru ada kawan sattu sekolah aku share pasal bekas tukang kebun kitorg Pak Zaini skrg tengah susah ..sian dia ..makan nasi pun sekali 3 hari mak oiii..ada lagi zaman sekarang hidup susah macam tu....


Maka bersyukurlah kita seadanya..
jangan tamak tamak lagi ....

lega sikit aku dah tak join group whatssapp yg asyik nak cerita paal apa yg dia ada ..tunjuk selagiboleh ..nyampah!

aku skrg hanya fikir nak gain money je ...

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...