Khamis, 31 Mei 2018

Hutang

alhamdulillah dh selesai bayar membayar kewajipan bulan Mei. Tulah dlm rezeki kita ada rezeki org lain.

Apa yg kita bayar anggapkan sedekah kalau lebih, jangan pernah berkira. Insya Allah akan ditambah. Contohkan anak anak aku dua minggu directt tak g transit.. ikutkan lojiknya bayar jelah separuh. Dah dua minggu hantar dua minggu tak hantar. Tapi org taska tak kira macam tu. Dia mmg kira sebulan dia dpt berapa.

Aku pernah juga sound tadika anak aku sebab terlalu berkira. Ko baynagkan aku bayar 390 tiap tiap bulan utk sampai jam 6 ptg. Tapi almost every day except Thursday and Friday aku pick up dia jam 4 lebih or 3 lebih. Sebab aku rushing dari sekolab amik Iyad , amik Orked amik imran last amik Ihsan. So 3 hari aku amik awal belum jam 5 petang pun.

One day aku terlambat amik ihsan, lets say dia balik 6.15 aku terlajak 3 minit 6.18 ptg.. so sebab dh masuk overtime aku kena bayar 10

Wow !! Mmg aku bengang! Ko berkira sgt kenapa? Tigavminit je kot bukan 30 minit aku faham bussiness is bussiness to kan kita asa budi bicara. Ya Allah jgn lah kaunkira setiap sen tu .. takkan mampu . Malu kat tuhan tak pernah berkira pada kita. Tp aku tak nak gaduh last aku minta maaf juga!
Aku malas nak gaduh. Lantaklah ko buat macam tu kang adalah yg ko rugi. Aku tak doa tapi mohon kangan terllai berkira.


Okay!

Aku nak masuk cerita bab hutang pulak. Syukur ! Aku belum penah berhutang dengan kawan kawan aku. Tapi dengan suami mmg pernah lah. Dan aku tahu suami aku pun takde berhutang dengan kawan kawan . Mak ayah dia ada kot😂😂

Kawan aku mengadu .. one of her bestfriend hutang tak nak bayar. Lepas ti. Yg kawan aku ni bengang bila kawan yg tak bayar tu berjalan merata dunia. Adoiii.. mmg makan dalam. Ko hutang org pastu ko jajja dlama IG ko travel sana sini dan ko makan macam macam ! Eh tak malu ke?

Adoii.. hutang kereta rumah tu kira standard utang lah. Yg paling bengang.. ko susah sebab org yg senang sebab tak bayar utang .. ermmmm.. aku? Mmg tak lah nak bagi org berhutang dengan aku. Aku bukan kedekut tapi aku malu nak minta duit aku balik.
Macam ni ada sorg kat sekolah dah beli minyak aku taknka bayar. Adoi! Kita pulak malu nak mintak.

Hmmm nasihat aku ada hutang wajib bayar! Wajib ok!  

Rabu, 30 Mei 2018

Hot tak laki awak dalam gambar ni?

Hot tak  laki awak dalam gamabar ni ?  


Hot tak laki awak dalam gambar ni?


Hot tak laki awak dalam gambar ni?

Hot tak laki awak dalam gambar ni?

13 Ramadhan 2018

hari ni aku balik rumah bagi Ihsan makan walaupun dia taknak makan dan tengok handphone. 

ada banyak cerita berlegar dalam kepala aku .


1. THE FAIZ ROSLAN 

IG pun dah tk aktif. aku pun tak tahu apa yg dia fikirkan. entah apa yg dia cari dan dia nak dlm hidup dia. mula mula buat video syantik versi porno ..launch pula 1 Ramadhan. Ya..ya ..ko skrg insta famous ..tapi apsal ko taknak guna kefamousan kau tu ke arah yg baik.hari ni semua org boleh famous. cuma kau pilih nak famous sebab baik atau jahat .dan yg terbaru dia buat video pasal dia mengaku tak puasa, dia tak puasa sebab tak solat. sebab tak solat dia tak puasa sebab dia tahu takde paha;a puasa kalau tak solat. masalahnya kenapa pilih tak puasa bila dia tak solat , pilihlah akukan solat sebab aku berpuasa..pening..pening..

2. Brother Ali Banat



Korang penah dgr nama dia? seorang milionaire kelahiran Sydney Australia. yg bila dia didiagnose cancer dia telah menginfak kan seluruh hartanya dan dia menubuhkan yayasan untuk umat Islam di Afrika yg kesusahan. dia membuang dunia daripada hidupnya.

Allahu...dia mempersiapkan dirinya utk mati, dan Allah SWT makbulkan doanya dia meninggal dunia dalam bulan Ramadhan yang mulia. dengan gembira dia bertemu tuhannya. Bagaimana kah kita? dapat kah kita mempersiapkan mati kita secantik Br Ali Banat?  semoga Allah menempatkan rohnya bersama hamba hamba Allah yang soleh.

lihat youtube kisah Ali Banat https://www.youtube.com/watch?v=gdFbYqB61Yw  


3. HANIS ZHALIKA



aku bukak ig pulak ...aku nampak Hanis zalikha tunjukkan tudung dia baru launch. KEKNIS. entah aku tak nampak mana cantiknya tudung dia ...entahlah kita hari ni lebih lihat pada brand drpd benda yang kita beli. teringat aku post FB pasal Vivy punya product katanya beli secara pukal dari Alibaba. tapi apa org kesah yg dia tahu dia nak brand Duck dan sebagainya!


aku terus terjah blos Hanis zaman dia tak pemes dulu. zaman hingusan . inibelogsaya. aku suka jugak baca blog dia bersahaja gaya ceritanya . aku ingat pasal dia belajar masa kat UITM segamat dan pasal family dia . sampai blog mak dia Nani rostam pun aku follow bila nak amsak nasik goreng ke masuk blog mak dia apa kejadah nya hahah... amazingkanhidup dia dari budak biasa yang suka tulis blog merebak rebak jadi retis dan kawin org kaya. ini cerita pasal Hanis zalikha lagi jangan salah topik. 

skrg hanis tu duduk satu kondo area Kg Baru boleh nampak ar balkoni dia dengan KLCC.. aku usha IG dia je.. allahu akbar kat bawah tu Orked menjerit jerit nangis!

entah lah siapa kita hari ini dan siapa kita lima tahun akan dtg itu ursan Allah SWT. berapa lama hayat kita dan apa kesudahan kita. 

aku cuma harap aku sentiasa melakukan apa yg Allah suruh hidup dlm surroundingyg Allah redha ..aku tak harap kehidupan yg super duper mewah terlalu mewah . cukup seadanya dan aku mampu melakukan kebaikan kepada ramai org

tahun 2018 merupakan tahun pertama aku berpuasa tanpa mak dan abah. Allah dah amik semula nikmat kasih syang ibu bapa yg aku dapat. aku dapat merasainya sehingga umur aku 35 tahun . untung kakak sulung aku dia rasa hidup dengan maka abh sehingga umurnya menjejak 56 tahun dan ayah mertua aku dapat hidup dengan mak dia sehingga umurnya mencecah 62 tahun 

Nenek suami aku sebaya Abah..lebih kurang. dia elok sihat dan tak nyanyuk.Tun Dr M pun mentadbir Malaysia ketika umur 92 tahun . Allahu Akbar..ini semua urusan Allah SWT

oklah cukup itu yg aku nak luahkan 

Pengajarannya: bersyukurlah dengan apa yg kamu ada hari ini. ucapkan syukur dengan sekecil kecil nikmat walaupun hanya dapat menghela nafas ..itulah nikmat yang teragung sebelum kita melepaskan nafas yang terakhir. 


SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERIKAN KITA SERIBU RAHMAT.



Isnin, 28 Mei 2018

Oh my cabinet kitchen !

Susah jugak deal dengan suami yg tak nak dgr pendapat isteri jadilah macam ni.

Dapur aku yg cenonet. 

Ko rasa? 🤔🤔

Nampak hasil kerja nya 😤😤

Inilah jadinya bila buat dengan kawansendiri..🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️ Sebenarnya dari awal lagi aku dh tak setuju. Tapi dia buat keputusan drastik bagi kawan dia 4k utk buat kc. Ya Allah! Mmg aku speechless lah. Dia kata kita kena support kontraktor melayu. Ni lah kerja kontraktor Melayu. Aku bukan nak kuruk. Aku pun melayu. Tapi mmg org melayu kalau buat keja pembinaan mmg macam ni jadinya. Mmg boleh kira dengan jari berapa org yg buat elok.

Ni dh masuk 13 Ramadhan janji siap sebelum ramadhan . Sekarang apa cerita? Nak marah pun kawan suami.. tapi takkan lah benda simple macam ni tak boleh buat. Masa pilih jenis tiles pun dh tak sehaluan. Dia pergi pilih yg berbelang belang hitam putih. Lepas tu eletrik buat sukahati je... pastu kata takpe nnt dlm kabinet tak nampak. Suami aku pun macam tak ikhlas keluar duit pastu pakai taram je. Banyak kali aku pesan bagi aku duit nnt aku carikan kontraktor yg elok. Aku bajet nak amik tokey cina yg buat sama macam rumah sebelah ni. 6k je dia kira semua sekali. Yg kawan suami aku ni pun amik bukan murah sgt. 5500 juga .


Ni skrg tengok jelah dapur macam tu. Rumah lama dulu aku amik Mr Tan . Dia buat mmg  laju. Tak sampai sebulan siap semua. Atas bawah 15kaki masa tu dalam 7k mmg murah lah.

Skrg 2018 bawah saja 6k .

Entahlah aku malas nak komen benda dh jadi kira hadap ajelah kan ... kita jenis bukan banyak duit. Jadi kalau boleh tak nak kena keluar duit dua tiga kali. 

Sabtu, 26 Mei 2018

induction cooker elok ke?

Pengalaman aku pakai induction cooker ni since 2009 masa pindah rumah ke Taman Tasik. Aku masak semua benda . sambal tumis lah nasik goreng segala makanan lah..aku pelik bila org kata masak guna induction ni tak sama sedapnya kalau guna api ...eh! aku masak masa open house elok je korang taram ..semua masakan aku tak guna api..hihi..



ni brand Arrezzo yg aku guna..banyak org kata product ni tipu..scam..tapi alhamdulillah aku pakai ok..9 tahun dah sejak 2009

kadang kadang ko boleh jadikan meja ..hahah

aku satu yg paling best TAK PAYAH BELI GAS..kat kampung kalau tengah masak je gas abis..bosan betul...kena tunggu org hantar gas bagai..gas pun bukan murah satu tong 35 ringgit..sejak aku pakai dpur induction mmg tak beli gas lah..elektic? tak delah mahal sangat macam guna econ..

kedua NAK BERSIHKAN MUDAH. kan dia rata je so korang lap jelah tal payah nak angkat tungku semua..

dari segi safety mmg tip top...takde kes terlupa tutup gas..sebab dua auto of ..kalau panas sgt tapi takde aktiviti menggoreng dia terus off

contoh lah ko dah panaskan kuali tetiba terlupa..dia takkan meletop sebab terlalu panas dia terus off...
ada timer ..nak masak telur set je 5 minit..dah cukup masa dia pun akan off.

yg aku beli ni jenis induction so dia cuma detect stainless steel sahaja ..kaca semua tak detect ..so dia tak boleh panaskan lah

jenuh pulak nak beli stainless steel ekk..kan ikea berlambak

so ..apa yg tak best nya pulak?

hah..ni aku paling tak suka time dlm pantang.nk panaskn tungku ..mmg problem..last last aku pakai tungku elektrik ja..

kedua ..corning ware tak dpt guna...

ketiga ....itu je kot...org dtg umah tak pandai guna....haaha..mak aku paling bising dia kata "tak paham aku nak masak takde api"hahah

masa ku gun aritu brand tak femes pon ..Arrezzo .korang penah dengar ?dia jual area mydin cam gores dan menanglah..suami aku bayar 3k dpt 3 benda...induction cooker, set cookware dan microwave oven...sampai skrg elok lagi tiga tiga...dan nak masuk 10 tahun..sapur tu satu tungku ada masak lambat pans tu jelah ..lain lain ok..periuk kuala dia tebal dan berat..mmg brand bagus..pemegang dia tak panas kalau kita masak takpayah guna kain nak pegang telinga dia ..part ni aku paling suka ...

oklah ..memandankan dapor arrezzo aku ni aku nak letak kat homestay ..maka kami laki bini perhilah cari dapur baru..

mahal jugak rupanya ...elba dua ribu lebih..midea dah brand cina lah katanya ..last last kitorg decide amik je Faber ..germany katanya rege dalam RM 980..satu ceramic satu induction...boleh lah aku masak pakai corning ware...

so belum guna tak dapat nak bagitau elok atau tak benda ni ..ok ..itu je bye


Jap jap ..aku nak tambah sikit..korang jangan buat big mistake...mesti ukur dapur tu besar mana baru buat kabinet kitchen ..naya tau dah buat lobang tapi dapur tak muat nak masuk...hahah..ini paling penting..elok tau ukur dapur  built in sebelum buat table top ok? 

tu je ..janganlah cemas sngat ! hihi






Jumaat, 25 Mei 2018

Urusan HONDA selesai. SYUKUR

korang ingin lagi plan aku nak beli kereta HONDA city? ermmm ok..baru hari ni jadik! aku akhirnya beli di Melaka. Silap aku deal dengan salesman luar melaka . susah,,,

aku beli kat Semabok..ala company HONDA yg bebetul sebelah TOYOTA tu...aku mmg direct je pergi..sebab dah tahu jalan cerita kan ..

aku masuk dengan suami cakap . "Nak beli Honda City...'" eh eh senang je ko dh macam nak beli nasi kerabu kan bazar Ramadhan.

aku cuma nak tahu berapa interest dai boleh bagi dan berapa rebate aku dapat . utk makluman korang siapa yg beli sekarang sehingga 31 Mei akan dapat rebate GST dan Promo Ramadhan dalam 8k..bergantung lah ..tadi aku dapat 9K ..

so korang bayangkan lah korang beli kereta dapat 9k. tolak downpaymet 10% dari rebate yg korang dpt tu ..so tadi aku submit loan dalam 69k sahaja ...dan aku punya bayaran bulanan dengan interest 2.6% maybank adalah RM 788. aku mmg dah kira aku mampu beli kereta monhtly rendah dalam rate tu je.

aku pikir gak alang alang amik kereta baik amik Civic. Tapi entahlah ..ukur baju di badan sendiri lah. sebab Civic monthly dalam rm1170..wah mahai tu

so mmg org kaya jelah pakai Civic. kalau aku tolak Myvi mungkin boleh pakai civic.. hurmmm.oklah ukur baju di badan sendiri. jangan di badan org ok...

ramai je cikgu sekolah aku pakai City antaranya yang aku perasan..kak zaitty, Kalsom, kak JJ, suami kak Zana, lagi siapa ekkk....HRV pun cantik gak nampak sporty. yg pakai civic baru cikgu Tan loo sin tapi aku rasa cam bontot dia kecik siktlah ..nak simpan barang cam tak banyak!

oklah tu aku tak perlu bayar downpayment dpt sebijik keta.. kalau tak aku kena ada atleast 8k nak bawa keluar Honda City satu.

isi perbualan dengan salesman Faizul

aku tak tahulah sejauh mana aku untung atau rugi. tapi semoga ada manfaat aku beli kereta ni...

aku sayang myvi .harap suami aku dpt jaga myvi baik baik...dan imran dpt guna bila dah naik form 5 nnt.. Insya Allah






Cadar Kaison VS IKEA

Orang perempuan kan ..cadar pun boleh jadik posting. Aku mmg peminat cadar...suka tengok cadar tukar tukar. Ermmmm....

Rupa rupanya kalau beli cadar mesti kena hamparkan baru nampak ke cantik kan nya. Tengok koleksi  cadar  yg aku beli ri Kaison . Warna nya agak pastel . Aku suka sebenarnya. Tapi bila compare baru aku  perasan cadar Ikea jauh lebih berkualiti dari cadar Kaison.

Pertama bab jahitan. Jahitan Ikea jauh lebih kemas dan kuat.

Cadar Kaison ...cantik dan actually dalam gambar nampak lagi cantik 

Yg kedua bab warna. Warna ikea lebih kuat dan jelas . Nampak cantik dan tidak pudar. Sebenarnya aku beli cadar ini nak pasang kat homestay tapi aku try test kat rumah sendiri dulu.

cadar IKEA ni mmg lama dah aku idam...harga seratus lebih ..yg peliknya dekat kaison pun ada sejibik coraknya
Masa tu baru perasan perbezaan nya.

Harga ... utk Kaison queen harganya dalam RM62.50 lebih kurang. Kalau IKEA promo boleh dpt juga harga tu.. RM70 lebih pun dapat. 
cadar bujang ikea lebih kuat colournya
ada lagi contog cadar Kaison yang aku dah beli . 
corak ni aku rasa cantik tapi bila dah pasang nampak so ...so jelah ...

hat ni agak ok pada aku...


ok...kesimpulannya aku rasa antara cadar IKEA dan KAISON aku pilih KAISON. Tapi ada lah pro and contra nya..apapun kain IKEA mmg jauh lebih tebal berbanding KAIsON ..kan lagi satu antara pilihan yg best AKEMI lah tapi susah nak  dpt murah...

aku suka jugak cadar yg jenis patchwork tu ..yg takkan terkedut. senang jaga.. kalau kita pasang mmg dia terletak je ala ala comforter..hat ni pun best jugak..kalau kat GM Klang dapat RM90 kot kalau pandai bodek..

korang pulak beli cadar kat mana..? kalau korang level Vivy sila jangan komen hahaha..buat malu ajo!

Khamis, 24 Mei 2018

Bukan senang jadi Vivy Yusof



Semua org kenal Vivy. Satu Malaysia kenal dia. Pengasa Fashion Valet dan tudung jenama duck dan ada benda benda lain lagi under Duck yg terbaru alat mekap. 

Aku follow gak Vivy ni kat Instagram. As usual lah , dia ni kiranya talented gifted apa nak lagi... semua yg perempuan nak dia ada. Dia ada anak anak yg comel suami yg kaya tapi kurnag hensem sikit pada mata aku lah.. dia sendiri mmg cantik kurus bijak dan humble... ermmm... pada aku dia boleh dijadikan idola utk wanita berjaya. Mungkin dia boleh aku bariskan seperti Dr Halina Isteri sheikh Muszhapar. 

Tapi dlm pada tu, rupanya tak senang jugak jadi Vivy ni. Aish... 

Pelik kan ... apa masalahnya. Kita tak kenal pun dia secara personally pastu suka hatibkita nak pung pang pung pang bash dia!eh! ....nampaknya di situ siapa yg bermasalah ni. 

Ok ok... terlupa nak bgtau apa isunya. Si Vivy ni di interview pasal pregnancy dia kali ketiga dia alah teruk. So dia macam menyerulah org perempuan walaupun alah kita kena tetap competent dlm bekerja. Yg perempuan lain bash sebab kata senanglah ko org kaya ... bla bla bla... ada benarnya, tapi kita tak boleh lah nak bash dia macam tu sampai dia rasa stress dia ibarat kena bully cyber ... kesian tau! 

Macam nilah ... mgkin yg kita lihat sisi dia yg bahagia.. kita tak tau sisi dia yg duka. So kita bersangka baik ajalah. Lagipun perkara yg dia cakap tu tak lah salah. Cuma kita tak suka. Eh ! Aku ok je... cuma nya mungkin org yg tak suka tu dia jeles atau dengki dengan kedudukan Vivy . Itu lah kot puncanya. 

Boleh tak kita sebagai netizen baca dan diam je. Apsal nak komen atau kutuk gila gila. Aish... pelik lah .. pastu rasa best pulak ekk dpt bash org ... ermmm

Dunno to say! 






KELAS TENIS DI MELAKA


SILA HUBUNGI ENCIK HAFIDZ UNTUK MAKLUMAN LANJUT 

Sabtu, 12 Mei 2018

Pilihanraya ke 14, Ikea & Short Getaway Sekitar Lembah Klang: Templer Park, Rawang


 Selepas mengundi di Kuala Kangsar kami bergegas balik ke Melaka supaya suami boleh mengundi di di Ayer Keroh pula. Dalam sekitar 03:00pm lebih Selesai mengundi di SK Tun SAS. malam tu kami menunggu keputusan pilihanraya di umumkan.

Pilihanraya yang ke-14 satu perkara yang tidak pernah berlaku apabila sudah 11:00 malam hampir tiada negeri yang dilaporkan keputusan. kemenangan pilihan raya hanya negeri Sabah dan Sarawak jadi keadaan ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia tertanya tanya

 keadaan yang luarbiasa ini menunjukkan pihak pembangkang telah berjaya dalam pilihanraya tersebut.  benar seperti apa yang kami pikirkan menjadi.

sejarah dalam Malaysia buat kali pertamanya Pakatan Harapan telah memenangi pilihanraya dan membentuk kabinet pentadbiran Perdana Menteri kita yang keempat iaitu  iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia kali yang kedua.  ini merupakan rekod dunia dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah.

jadi hendak dikatakan kecewa tidak juga kecewa tetapi cuma timbul perasaan gusar apabila parti selain BN memerintah negara tetapi pada pandangan aku tak slah mencuba,  Why not!  kita cuba ...mana tahu sesuatu yang lebih baik akan terjadi di dalam negara kita.






  
Banggunan TRX atau Tun  Razak Exchange  masih dalam pembinaan,  malangnya orang yang memberi idea membinanya dia, Dato Seri Najib Tun Razak telah turun daripada memegang jawatan sebagai Perdana Menteri





 Jadi pada hari Khamis setelah kerajaan bagi Pakatan harapan yang mana umumkan cuti umum pada hari Khamis dan Jumaat jadi kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Negeri Melaka untuk menenangkan fikiran sambil bersantai bersama keluarga maka destinasi yang kali pergi adalah Kuala Lumpur dan Malaysia lagi kakak ku di Sentul malam tersebut kami telah makan malam di IKEA Cheras dan Sambil mengikuti perkembangan kah politik negara pada malam itu 09:30 malam tunjuk tu Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia sekali lagi


 Selepas bersarapan di kedai nasi lemak Wak Lanjo di Kampung Baru kami meneruskan percutian Short getaway  ke taman Templer  di Rawang.  seronok lah sebab tak ramai orang di sana. 

 Kami  sampai hanya ada berapa keluarga sahaja ada. yang paling aku suka air sungainya cetek dan tak ada lah aku risau  budak lemas,  kemudian budak-budak boleh main bebas tanpa aku jerit-jerit marah diaorang... sebab aku takut lemas  ataupun tergelincir jatuh daripada batu . 

 Satu  pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka.  tambahan pula  kami jarang bercuti ke  mandi manda di sungai.  sebab entah lah ....yang aku ingat kali pertama kali kami mandi sungai  ketika kami ke Langkawi.





Aktiviti mandi sungai ini bagus untuk anak-anak explore sendiri tentang ala alam sekitar mereka bermain air berjalan di dalam air he melihat pokok-pokok di dalam hutan banyak perkara yang mereka belajar secara semulajadi aku harap dia akan jadi satu pengalaman yang menggembirakan apabila mereka telah pesan nanti


sebenarnya pada pandangan aku Taman ini cantik dan sesuai untuk dijadikan percutian hujung minggu kerana tidak terlalu jauh dan yang penting ia percuma kerana tiada kos dikenakan melainkan duit minyak. 


Cuma  yang aku tak seronok bila habis makanan kali dimakan oleh monyet-monyet di sana. ...ahahha.... silap jugak lah kami tak simpan makanan kami betul-betul

 kami berada di sana sekejap cuma tiga jam  dan sebab Iyad terlalu  sejuk maka kami segera balik. Naik biru bibir dia mandi sungai











Itulah cerita pilihan raya dan percutian kami sekeluarga di Taman Templer Rawang. Kalau  dari bandar Sentul hanya sekitar 30 kilometer sahaja tapi tak sedar pun bila kita tengok pemandangan kota KL yang cantik....sedar-sedar kita dah sampai di destinasi 

okay itu sahaja untuk kali ini semoga berjumpa di lain masa 

 bye wassalam dah siap

Step 1: Beli kereta

entah entah macam mana plan aku nak beli kereta betul-betul beli aku masuk stage 1 aku pergi kedai showroom di Kajang dan berjumpa budak yang deal dengan aku namanya Faizul selama ini aku panggil dia Fairul salah rupa nya okay ...

lepas dah tengok-tengok kereta memang aku confirm aku cuma mampu ambil Honda city sahaja walaupun Honda civic nampak bergaya  tapi bila mengenangkan setiap bulan aku kena spend sebanyak RM1100 sebulan maka  aku tangguhkan dulu niat hendak memiliki Honda Civic.

Pada aku Honda City pun dah cukup memadai seterusnya submit dokumen-dokumen yang perlu ada ialah salinan ic, salinan lesen memandu, salinan slip gaji tiga bulan dan Insurans cover note. 

Alhamdulillah semua dokumen aku dah serahkan dengan deposit sebanyak RM500 kecuali cover note  minsurans . Ok,  dalam minggu depan salesman budak akan submit permohonan aku ke bank. 

lepas tu nanti dia akan telefon beritahu bank mana dan berapakah interest  yang aku dapat so harap-harap interest yg  aku dapat rendah lah berbanding ke yang dia kira  untuk aku

aku punya pertimbangan lebih kepada bayaran bulanan berapakah jumlah  yang aku mampu bayar kalau terlalu mahal aku takkan mampu. 

Jangan lah jadi seperti kata orang Perak “biar papa asal bergaya” .  aku rasa ukur baju dibadan sendiri itu lebih baik 

okay kalau korang nak jual kereta aku nak beritahu orang beberapa step yang korang patut lakukan 

yang pertama korang mesti check sama ada kereta korang ada saman JPJ atau saman polis so aku dah check aku dapat tahu dekat aku ada saman polis hampir RM 960  Dan aku bersyukur aku tiada saman JPJ,  bila budak tu cakap nak lesen memandu baru aku check tak sangka lesen memandu aku dah mati dah bulan satu hari itu aku tak renew .

aduh macam mana lah boleh lupa. 

okay yang kedua nya korang mesti kena bawa kereta kurang untuk saya inspection  di Puspakom lepas ke kereta korang di diuji pandu barulah korang boleh mendapat sijil kemudian sijil tersebut di bawa ke JPJ  untuk proses menukarkan nama kereta 

ini adalah satu proses yang sangat penting kerana kalau kita jual kereta tanpa menukarkan nama, kita tak nak ada timbul masalah akan datang di mana kita bertanggungjawab keatas kereta tersebut walaupun kita dah tidak menggunakannya 

Contoh orang yang beli kereta kita tu bawa kereta laju atau terlibat dengan jenayah dan bila dia check  kereta itu masih lagi nama kita maka kita lah yang bertanggungjawab

 jadi jangan buat kerja bodoh ...tolong lah ! sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna nya.



Amahafidz Homestay


Promosi Ramadhan weekdays hanya RM160 semalam🌸🌸🌸

13hb Mei hingga 29 Mei 2018 

🏠
No 83, JLN TU43B
TAMAN TASIK UTAMA
75450 AYER KEROH 
MELAKA

☎️
Jamaliah- 016 236 6741
Hafidz- 016 655  5291

🛋

3 bilik tidur 2 bilik air

Ada pokok pisang... ada rezeki boleh makan pisang...😍

Qasreena Cafe 5km dr Homestay



Selasa, 8 Mei 2018

Honda City 2018




Okay asalnya aku bukan nak sangat beli kereta baru tapi bila memikirkan tentang kebaikan nya yang aku dapat so aku pun proceedlah plan nak beli kereta. elok jugak lah aku rajin tengok Facebook rupenya ada promo beli Honda city dapat rebate 4k tu! Ko ingat senang ke orang nak bagi kita 4000 saje saje.. hahah ! okay bila aku kira-kira balik tolak Myvi, insurans kereta myvi NCD lama aku-aku dapat extra lagi daripada hasil jual kereta myvi so macam ni... harga myvi 12k Ada banyak beza dengan Jurujual Homda City. dia kata dia boleh jual kereta myvi aku dengan harga 8K tapi aku cakap aku nak cuba jual kereta aku dekat Mudah.my tak sangka rupanya kalau jual kereta dekat mudah boleh dapat lagi untung! aku dapat jual Myvi aku 12k sambil-sambil dalam kereta je aku iklankan kereta myvi aku.  Ramai pula yang telefon tanya nak beli kereta mungkin murah agaknya harga kereta aku 12k banyak kereta jual 15k dlm mudah tu aku tengok. 

Ok pengiraan mudah faham: 

Harga Honda      RM 78 900
Downpayment    RM7 890
Tolak rebat.         RM4 000 
Ncd kereta lama RM 1 500
JUMLAH PERLU DI BAYAR RM2 400 shj! 

Bagaimana bayaran bulanan? 

Nnt aku sambung . Cerita aku tak sama kalau korg baru nak beli kereta pertama. Aku ni jual myvi, baru beli kereta. So adalah modal sikit kan ... oklah nnt aku sambung mana aku dpt nak bayar bulan bulan komitmen RM 800 sebulan. 

Ahad, 6 Mei 2018

Kemudahan Beli Komputer dan Smartphone kakitangan kerajaan

Patutlah berduyun duyun manusia nak keje gomen weh! Banyak sangat manfaatnya sampai nak beli rumah senang nak beli kereta pun senang dan sebenarnya ramai yg tak tahu 
Nak beli conputer dan smartphone pun senang. 
Macam mana tu? 
Kerajaan bagi pinjam 5k untuk kau nak beli laptop! Pastu ko mohon lah pada kerajaan isi borang nagai ... pastu boleh buat instalment bayar bulan bulan .. tapi adalah interest nya. Makin pendek tempoh pinjam makin murah. 

Ok ok nak habq mai bukan sahaja laptop malam printer pun boleh dan smartphone maksudnya ko nak beli iphone pinjam loan kerajaan ... hahah.. ada ko kesah? 

Nah baca sini  Loan komputer Kerajaan

Pastu boleh jugak baca kalau korang nak beli kereta jugak..

So mak mak yg keje government jgn susah hati kalo anak kat universiti nak pakai komputer. Ada cara nya.. 


Contoh laptop yg anda boleh beli 

Apa kebaikan loan kerajaan ? 4% atas baki berkurang bukan seperti bank bank lain ats harga kereta. So mmg banyak beza. Lebih kurang loan nya 2.2% . Tapi ada syarat. Penjawat awam kumpulan professional boleh beli kereta hanya rm 65k ke bawah.

Rezeki Allah SWT

baru beberapa jam upload di Mudah.my dh ada yg mesej nak sewa rumah . Allahu akbar rezeki Allah nak bagi. Sms pertama dr agent. Nyaris aku tak terima. Kemudian tak lama lepas tu masuk mesej . Profile pic muka org baru kawin gamaknya. Memperkenalkan nama Azli dan nak sewa cuma lima bulan dari Jun hingga Oktober di sebabkan praktikal di tempat kerja nya. Alhamdulillah.. niat nk buat homestay rupanya dh ada yg nak menyewa. Lega.. takpelah bulan Nov dan Disember kita sambung buat homestay pulak. Elok juga kalau ada yg nak menyewa sekejap macam tu. Atleast boleh buat dua benda dlm satu masa.

Esok njoi akan di pasang. Dan bulan jun jugak tenant pertama masuk menyewa .. semoga baik baik aja.. siapa nak bookhomestay boleh pada Nov dan Disember.

Sabtu, 5 Mei 2018

Sephia by Janna Nick Argan oil



Akak dh cakap akak cuma jual produk yg bagus je.. dan akak mmg guna baru akak share. 

Minyak argan oil ni mmg bau dia sedap dan rambut jadi lembut dan halus. Kalau uols pakai suami cium wangi je.. takdelah bau kepala berkepam. 

Eh! Kalau beli niat berhias dengan suami dpt pahala tau.. benda ni mmg elok. Boleh juga guna kat badan sapu hari hari bagi kulit licin cantik! Baru suami sayang! Hah ghitttew! 

Harga mampu milik cuma rm 39.90 exc postage. Kalau nak sangat boleh pm akak tepi . Ok ! 

Takde apa pun cuma share info tentang benda benda yg baguih ni tu je... 

Sedikit info tambahan: 

Kenapa berbaloi beli Sephia Argan Oil dengan harga RM39.90???

Kerana Sephia sgt sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur termasuk bayi!

Ragu2..? Jgn risau sbb Sephia diluluskan oleh KKM which means ianya selamat digunakan. Dan takde apa2 kandungan kimia. Ianya minyak argan yg asli. 😊😊😊 As we know Minyak Argan mempunyai kandungan Vitamin E yg tinggi sebanyak 300% dibandingkan dengan minyak zaitun dan sangat berkesan pada rambut dan kulit.
.
.
Boleh digunakan sebagai :
Nappy Rush
Minyak rambut (melebatkan rambut)
Body Lotion (melembutkan kulit, urut selepas mandi)
Perfume (badan bayi berkali ganda lebih wangi berbanding sebelumnya)
.
.
Wahhh. Senang laa nak berjalan2 kalau mcm ni. Standby Sephia je dlm handbag mommies. Ayah, atuk, nenek, abang, kakak, adik semua boleh guna! 😍😍😍
.
Antara Kelebihan Sephia :

🌺SERUM RAMBUT.
Guna selepas mndi..time basah atau time kering.. dua2 boleh..
*tapi better masa kering tau..cuba lah! mesti wangi gilerr

🌺LOTION BDN..
Sapu kat tangan.. kaki.. lutut.. siku.. seluruh bdn pon blh.. kalau tumit kaki merekah.. pon blh sapu tau..kompem hilang merekah tu ! cuba lah!

🌺MAKE UP BASE / MOISTURIZER.
Sapu sebelum pakai foundation atau cream..paling best boleh guna sblm pkai lipstik tau !..👄picit 1 titik then sapu rata kt bbir..mesti gebu gebas uollss..

🌺MAKE UP REMOVER
Picit pada tisu muka /cotton bud.. then sapu pada mekup..kompem tanggal abes! cuba lah!

🌺PERFUME.
Bau Sephia yg sgt wangi setanding dgn minyak wangi antarabangsa dpt mengekalkan baunya hanya dgn sapu Sephia pada kulit anda.

🌺LIP BALM.
Bibir kering? Sapu-sapu je Sephia pada bibir komfem bibir lembap kembali.

Khasiat & Kebaikan Argan Oil by Janna Nick
Anti Oksida
Anti Penuaan
Anti “ Strech Mark “
Merawat Kuku kaki & tangan
Melembabkan Bibir

Khasiat Untuk Kulit
Meratakan Kulit
Menegangkan Kulit
Merawat Kesan Sun Burn
Perlindungan dan Masalah Rawatan Kulit

Khasiat Untuk Rambut
Menguatkan Rambut
Membantu Melebatkan Rambut
Menambah Seri & Sinar
.
.
Berminat?

Whatsapp "SEPHIA" ke +60162366741








Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...