Jumaat, 12 Julai 2019

Cara cara Refund Barang LAZADA

Jangan pernah takut return barang Lazada. 
Ok, tajuk mesti gempak! 
Biasa kita, bila beli barang Lazada tak elok, terus redho. Anggap nasib kita, sapa suh beli barang online. 
Opss!
Nanti dulu. 
Benda boleh bincang. 
Tengok balik klause kita beli tu ada tak “15 days return”? 
Kalau ada dan barang yg kita beli tu tak menepati pun ciri ciri yg dia iklan kan maka hak kita utk dpt balik duit kita. 
Jgn pasghah dulu...
Ikhtiar sikit je..
Ok cerita aku macam ni.aku beli LCD projektor ni konon konon nak bawa masuk kelas lah mengajar guna LCD. Senang kan .. dpt tayang nota video dsbg nya. 
Tapikan benda murah tak boleh nak salahkan dia juga. Cuma nya iklan jgn gempak sgt. Last last tidak seperti yg digambarkan . Langsung tak nampak tulisan. Frust betul. 
Oklah malas nak story panjang, ni cara cara nak pulang barang lazada. 




Ok ni step nak return barang: 
1. Cari button return. Dalam apps lazada.
2. Isikan alasan kenapa nak return. Pastu ada tulis komen sikit.ceritalah apa masalah benda yg kita beli tu
3. Pilih drop off. Pastu dia tanya nak guna Poslaju atau Ninja Van. Aku pilih poslaju.
Pastu
4. Print Label Return ( WAJIB ada 4 salinan) semua ni kena buat kat komputer lah. Bukak webpage lazada. 
Pastu korg pergi poslaju. Tak semua pejabat pos ada perkhidmatan ni kena tengok mana pej pos yg ada PosLaju. 
Sampai kaunter cakap “ saya nak return barang Lazada” dia akan bagi satu surat. Isi macam yg dia ajar. 
Lupa pulak nak cakap, jangan buang invois dalam kotak barang kita beli. Letak balik elok elok. Apa benda dlm kotak tu pulang semula sebagaimana kita dpt. 
Utk makluman , semua free. Penghantaran barang kita ke Lazada Warehouse pun free lazada tanggung. 
Lepas dh pos barang, kita akan dpt tracking number barang yg kita pos . Boleh check dh sampai ke belum ke tangan lazada. 
Tunggu email dr Lazada. 
Macam kes aku , pos balik 7hb .. 11hb lazada terima dan kata refund process completed. 
Lazada setuju pulangkan semua kos barang termasuk harga pos. 
Ok tu je nak share.. lepas ni jangan takut kalau nak pulangkan barang yg kita rasa tertipu pada lazada. Cuma pastikan ada terma “15 Days Return”.

boleh baca di sini https://www.lazada.com.my/helpcenter/returns/?spm=a2o4k.myreturn.footer_top.5.be4549fbZ1uTA8#answer-faq-return-ans

9 ulasan:

  1. X faham la ape tu print label return? complete skit bole ke?
    Kalo xde komputer camne nk yek?

    BalasPadam
  2. X faham la ape tu print label return? complete skit bole ke?
    Kalo xde komputer camne nk yek?

    BalasPadam
  3. Kalau kita pulang item kat seller xpulang terus lazada cmna

    BalasPadam
  4. saya pun dah terkena ni..lain brand di order lain brand dia kasi..harga barang 100 lebih tu.bertahun beli barang kt lazada ni 1st time kena..dah dpt tracking number lazada bagi..esok print..g pos laju..harap semua dipermudahkan..

    BalasPadam
  5. saya pun banyak kali pulang barang alhamdulillah dapat balik duit ....

    BalasPadam
  6. Kalau drop off barang pulang tu dekat ezibox poslaju boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti ..sy dah dua kali buat ..dua dua kena pergi kaunter..sebab ada borang kita kena serahkan pada peg poslaju tu ....

      Padam
  7. saya ....,dia bank in kembali guna bank yang kita buat pembayaran

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...