Ahad, 14 Julai 2019

Kajian Istanbul 1

TIPS TRAVEL DI ISTANBUL, TURKI.

Sebelum kami pulang ke Malaysia,kami sempat transit di Turki.

Negara cantik, bersih dan banyak menyimpan sejarah kegemilangan islam semasa pemerintahan zaman Uthmaniyah.

Kami kongsikan beberapa tips untuk mereka yang bakal travel ke Turki.

INFORMASI
1. Sebaiknya study dulu sejarah beberapa tempat wajib pergi:
- Topkapi palace
- Masjid biru
- Hagia sofya
- Hippodrome
- Basilica cistern
- Miniaturk
- Bosphorus Cruise Tour
- Galata Tower
- Dolmabahce palace
- Grand bazar/Spice bazar
2. Di airport boleh ke kaunter informasi minta peta,boleh plan jarak dan stesen tram dengan tempat yang nak dilawati.
3. Kalau tak sempat baca pasal sejarah,boleh cari private tour guide.

HOTEL
1. Pilih hotel di sekitar Sultan Ahmed. Jaraknya berjalan kaki sahaja ke Masjid biru, aya sophia, istana topkapi. Anda boleh solat subuh di Masjid biru. Memang best!
2. Sekurang² hotel menyediakan kemudahan paling asas sahaja (tuala, tandas, tempat mandi, TV) dan WiFi .Boleh baca feedback di tripadvisor hotel mana yang bagus.

DUIT
1. Tukar duit RM ke USD di Midvalley. Sampai turki, jangan tukar duit ke turkish lira di airport. Anda akan rate tukaran rendah. Sebaiknya survey rate di grand bazar. Rate lebih tinggi.
2. Aktifkan pengeluaran antarabangsa kad ATM Malaysia.Cas pengeluaran rm10.60 bergantung pada bank.Di airport istanbul ada ATM HSBC.RM5000 boleh dikeluarkan untuk sekali transaksi.

INTERNET
1. Boleh beli simkad dengan pakej internet 10GB lebih kurang 140-150TL. Nak jimat,boleh share dengan kawan buat hotspot.
2. Jika anda drive di turki,waze dan google map sangat penting.Yang lebih penting sambungan internet.Salah satu caranya adalah dengan menyewa data/pelan internet di Turki. Buat sewaan portable device di Rent ‘n Connect. Sewaan begini berbaloi jika anda travel 1 minggu atau lebih.Caj sewaan data lebih kurang RM23 sehari(selepas diskaun), tanpa had (unlimited).
3. Tapi jika tak memandu,tak perlu beli simkad dan portable device.Memadai internet di hotel dan kedai makanan.

MAKANAN TURKI
1. Makanan turki berasaskan roti,keju,buah,sayur segar,kebab.Makanan agar tawar dan tak pedas.Jadi ,kalau nak best bawa sos cili,nak jimat bawa maggie..haha
2. Antara makanan menarik di turki yang patut anda cuba seperti :
- Doner kebap(kebab turki)
- Yumurta(telur dimasak dgn sosej,pastrami dan daging bakar)
- Menemen(telur di masak dgn tomato dan dicampur daging)
- Baklava(manisan turki)
- Kunefe(manisan ditengah ada cheese)
- Kumpir(kentang panggang digaul dgn cheese)
- Lokma(digoreng dan dicelup dgn gula)
- Pide(pizza turki yg dibuat dgn roti pita dan topping dgn daging)
3. Jika mahu masuk ke restoran, masuklah ke restoran yang ada tanda harga di menu mereka. Baru tak kena ‘sembelih’ dan kita pun boleh agak berapa harga makanan yang bakal dibayar.
4. Tapi ada kedai makanan malaysia di istanbul.Restoran Nur Muhammad.Boleh makan di kedai atau boleh delivery.Harga berpatutan dan makanan sedap.

PENGANGKUTAN
1. Tram.Anda hanya perlu beli istanbul kart,8TL di stesen tram di tingkat bawah airport atau kedai runcit di stesen tram.1 kad boleh guna untuk semua orang.Hanya anda perlu topup.Topup di mesin topup di stesen tram.Harga 2.6TL/person tak kira anda berhenti stesen jauh atau dekat.Kanak² bawah 12 tahun free.
2. Uber.Harga paling reasonable dan mudah dapat.Cuma masalahnya tiap kali nak ambil uber,perlu ada internet.Kami buat muka tak malu pinjam internet orang turki,minta buat personal hotspot..hehe
3. Teksi.Pasti teksi yang anda naiki bermeter.Kalau tak,kemungkinan untuk kena ketuk memang tinggi.
4. Shuttle van.Dapatkan nombor driver shuttle van di airport.Kalau nak shuttle van,minta tolong receptionist tolong orderkan pun boleh.

SHOPPING
1. Tawar menawar harga adalah budaya di Turki. Jadi jangan malu nak tawar harga,anda boleh tawar hingga 60% dari harga asal.
2. Yang best,rate turkish lira dan RM tak jauh beza.Jadi kita boleh compare dengan harga di Malaysia samada berbaloi atau tidak untuk beli.Barangan kulit di turki memang berkualiti dan cantik,yang lagi penting harga lebih murah.
3. Grand Bazar memang tumpuan pelancong yang datang dengan pakej pelancongan dan tour guide.Kalau boleh elakkan membeli-belah di sini kerana harganya lebih mahal.Pilihan lain shopping di Spice Bazar dan kedai-kedai di luar dan agak jauh sedikit daripada Grand Bazar.Survey harga dulu sebelum beli.

BUDAYA ORANG TURKI
1. Orang turki peramah.Jika kita minta pertolongan,seboleh mungkin mereka tolong.
2. Bahasa utama,bahasa turki.Kurang yang boleh berbahasa inggeris kecuali di tempat tumpuan pelancong.Yang menarik,selain bahasa turki,mereka boleh bahasa arab.
3. Mereka suka jamu tetamu dengan teh tak kira sama ada di rumah mahupun di pejabat, termasuk sewaktu beli tiket bas. Teh di sebut cay (chai) di Turki.
4. Cara nak panggil orang Turki dengan gaya berbudi bahasa dan mengikut budaya mereka adalah dengan sebut nama di ikuti sebutan ‘bhai’ di belakang. Contohnya Yusof Bhai, Ahmed bhai.
5. Bagi perempuan pula sebut nama dan diikuti kata nama Hanum di belakang. Contoh Fathimah Hanum, Ameenah Hanum. Lebih kurang macam budaya kita juga bila nak tunjuk hormat kepada orang, kita panggil abang atau akak di depan nama. Cuma mereka terbalik letak panggilan hormat di belakang.
6. Antara perkataan paling kerap diucap pada kita semasa di Turki adalah efendim (bermaksud tuan atau encik). Ia akan diucapkan oleh pelayan, penyambut tetamu, peniaga di kedai dan bazar, pemandu bas, driver teksi. Ia adalah panggilan tanda hormat kepada orang yang tidak dikenali.
7. Orang Turki amat pentingkan kebersihan.Jangan buang sampah merata.Jangan berkaki ayam ketika ambil wuduk.

JANGAN BUAT DI TURKI
1. Jangan kutuk Ataturk di tempat awam.Turki ada undang-undang bagi sesiapa yang kutuk Kamal Ataturk, boleh dipenjarakan.
2. Jangan lupa semak bayaran baki jika beli di kedai-kedai.Kemungkinan duit baki anda tak cukup.
3. Jangan guna ‘the power of hand’ jika mahu melintas jalan di Turki.Melintas bila tiba waktu melintas.
4. Jangan ikut jika ada orang ajak minum.Teknik scammer ini ramai dah yang kena.Alik² anda yang kena bayar bil,boleh cecah ribuan turkish lira.
5. Jangan layan jika ada orang asing minta tengok bentuk duit Malaysia.Silap haribulan duit anda hilang tanpa sedar.
6. Jangan buka makanan Malaysia di dalam pengangkutan awam.Orang Turki sensitif bau2 makanan asia.
7. Jangan datang lewat ke airport.Kadang² ada pemeriksaan polis airport dan anda kemungkinan terlepas flight.

Kalau anda pernah ke Turki atau tinggal di Turki,mesti lebih banyak pengalaman.Boleh sama² share tip travel anda juga di ruangan komen.

Jika bermanfaat, silakan share😊

Terima kasih!


Oh ya,kalau berminat untuk photoshoot dan videografi untuk majlis perkahwinan dan majlis keraian,boleh pm Shaera Majid and team.

Highly recommended!

Hasil memang superb!

Ahmad Samhan Awang

#diariturki
#istanbul
#rezekiAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...