Isnin, 16 Disember 2019

KRABI PERCUTIAN KELUARGA YANG TEPAT

Keputusan tepat 

Memilih Krabi sebagai percutian keluarga kecil kami adalah suatu keputusan yang sangat tepat.
selepas ini kami membayangkan Japan, Australia akan menjadi tempat kunjungan kami sekeluarga.
bercuti dengan anak anak seronok nya tak sama bercuti berdua atau dengan kawan kawan .
semua ada bahagiannya masing masing

aktiviti yang kami lakukan di Krabi sangat sesuai terutama utk org yang ada anak seusia anak kami 8.6 dan 4 tahun , masih kecil masih nak berehat dan bermain. 
melihat sesuatu tempat yang menarik bukan keseronokan mereka mengundang pelbagai aksi dan drama 

Island hopping

puas betul budak main pasir, pasir pulak bersih . Berendam lah lama mana takde siapa melarang , balik bilik tido berehat puas puas, malam baru kita jalan jalan ..makan dan balik bilik untuk tidur.
esok nya bangun dan sambung mandi di pool. balik bilik berehat dan suami dan anak anak aku yg lain ke Masjid dan beli makanan tengah hari,jam 5.30 petang kami keluar semula utk melihat sunset. 

santai..jalan jalan sambil cuci mata melihat tempat orang, apa yang buruk jadikan sempadan. 
masuk maghrib singgah masjid solat dan terus pergi makan malam . enjoy the food. sembang smebnag gelak gelak ...makan makanan yang sedap sedap....balik bilik perut kenyang hati senang..
aku dan suami mengemas bilik dan barang barang tersusun rapi .esok jam 5 nak kejutkan anak anak ..pasti ada adegan mengamuk. 









selamat malam krabi ..moga nnt kita jumpa lagi...

Bertolak pulang

Rupanya tidak, elok je anak anak bangun dan solat subuh berjemaah di masjid ao nang utk kali terakhir, sewaktu Krabishuttle pickup aku di hotel diorg semua di masjid. aku dandriver langsung menjemput mereka di masjid. sekitar 6.30pagi , matahari mula menampakkan diri. kami dan tibe di airport terus check in dan menunggu di depan gate sambil santai santai makan maggie. Jam 7..45 pagi gate dibuka dan kami terbang balik ke Malaysia dengan penuh rasa bahagia. Keseronokkan di Krabi masih terkesan di hati .

sampai di airport KLIA2 kami rehat dulu dengan Tealive. sambil bercerita part mana yang paling disukai ketika di Krabi. 

" ibu ayah kerja kerajaan, kami kerja kuat mana pun itulh gaji kami ..ada duit kita jalan lagi ....sebab itulah kena jimat cermat, letrik jangn biar terbuka, jimat air, nnt kalau ada duitboleh kita jalan lagi ..semua kena sihat sihat ..kalau sakit nak jalan pun tak dapat..belajar sunggu sungguh ..nnt kalau dapat semua A,ibuayah bawak jalan lagi ..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...