Khamis, 26 Disember 2019

PROMOSI SOFA BARU FELLA DESIGN

Seperti yang dijanjikan maka hari ini sampailah sofa baru aku sofa Farouh namanya , sekali lagi fella design menghiasi rumah aku ...ada beberapa perabot lagi aku nak beli slow slow..tapi semua ambik masa bukan main beli aja 

aku rasa bersyukur dengan harga yg aku dapat RM4299 ..pada aku murah korang aku tak pastilah ...sebab mmg macam ni harga fella design,tapi insya Allah 10 tahun terletak je macam tu ..dengan syarat jangan makan minum dekat ruang tamu ..habislah kalau kena milo bagai ..nangis mak ! ...ini pun mak ikat perut nak hahah....lepas ni nak beli meja console lepas tu nak beli pasu bunga sikit...

ni susun atur yang aku pilih ..lepas ni nak beli meja coffe table square yang kayu ..mana tah aku nampak 

close up sikit hensem tak 

nak beli gambar 4 biji kat ikea ...janji hahah

deko dengan cara meniru rumah orang berjaya tak agak agaknya ..hahha...
kawan sekolah aku namanya Kak wana rumah dia cantik sangat ..dia ada share IG kalau nak beli perabt murah ..korang pergi ke IG: Phatadam Factory

aku tengok lawa lawa juga perabotnya ..dan murah harga nya ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...