Ahad, 15 Disember 2019

Asrama atau tidak?

Tahun 1996

Abh yg nak sgt aku sekolah jarak kurang 2km dr rumah. 

Bila abh lalu lalu nak pergi masjid abh boleh tengok atap asrama aku , dan kalau aku bernasib baik aku boleh tengok van abah laju pergi masjid. 

Anak takkan faham perasan betapa kita sayangkan mereka selagi mereka tidak bergelar ibu atau bapa.

Masa aku drjah 6, rata rata kawan aku yg dpt 6 a pergi sekolah asrama penuh. Ida masuk SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, Intan masuk SEMESTI, Syeena Tupperware masuk SMKA Slim River dan Dilla Wahida masuk SMKA Bota. Aku tercampak ke sbuah Madrasah. 

Beria abah nak aku masuk sekolah Idrisiah siap abah kata kat aku , “ kalau aku dh mati, kamu masuk idrisiah tak berjaya kamu boleh kencing kat kubur aku Ama...” 

Tekad. 

Aku dpt tawaran sekolah Taayah, dapat Rancangan Khas di Tuanku Bainun Ipoh. Tapi semua abh tak bagi.

Abah kata kalau kamu masuk Taayah, kamu pergi daftar sendiri masuk sendiri abah takkan dtg lawat aku sampah aku habis belajar. 

Masa aku orientasi aku nangis nangis nak balik. Abah pergi umrah. Abah kata masa dia doakan utk aku pintu kaabah terbuka. Idaklah terbuka sendiri. Mungkin nak masukkan barang ke apa ke mana kita tahu. 

Last last, aku masuk Madrasah Idrisiah. 
Dengar cakap abah. 
Ya, aku jadi manusia .
(Terima kasih semua guru guru yg mendidik)

Masih ingat betapa bangga nya abah bila aku habis orientasi abah suruh aku baca surah yaasin. Abah tasmik. 

“ cuba dengar mak kamu...” beritahu abah pada mak. 

“ kan aku dh cakap.!” 
Bangga betul abah dengan aku. 
Abah hadiah kan quran kecik, yg aku guna sejak dari Tingkatan 1. 

************************

Itu aku. 
Tapi skrg Imran. 
Dilema yg sama. 
Bagaimana kami sebagai ibubapa membuat keputusan utk anak ini.


Semua org mahu kan yg terbaik . Namun, membuat keputusan itu satu yg sukar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...