Rabu, 11 Disember 2019

REVIEW SUGAR MARINA KRABI

SUGAR MARINA RESORT
Sebenarnya pening juga masa nak pilih hotel ni, dh baca banyak blog last decide pilih area Ao Nang beach dan exactly dekat masjid Al Munawwarah sebab mudah nak cari makanan halal dan pekannya hidup. Ada juga yg betul betul depan pantai Ao nang. Cantik juga.. tp sana banyak bar. 
Ok.. Org kata krabi town malam pekan mati. Aku ibaratkan macam Ao nang ni Pantai Chenang dan Krabi tu pekan kuah.. ok? ðŸ˜…
Kemudian bab berapa org sebilik ni pun satu hal. Biasa kat Malaysia amik standard room sekali masuk ramai ramai no hal, aku tak pasti Thailand ni macam mana. Bila aku jujur masukkan bilangan 3 dewasa 3 kanak kanak mmg kena amik lah family room yg harga dia bukan kaleng kaleng ...kalau ada setengah Hotel suh amik extra bed ,satu bed harga rm90... pastu setengah polisi hotel kata child 4 years kebawah stat for free.
bab hotel ni mmg dua kali aku book lepas tu tukar. 
Last last amik Sugar Marina. Antara yg termurah. Aku book mula mula Lario. Pastu cancel.
Bilik RM 181 semalam.
Tapi ada lah rugi nya kang aku cerita apa yg ruginya.
Ok setel bab accommodation. 
Banyak je hotel area sini. Antara murah dengan mahal je.. tapi so far aku happy lah dengan hotel yg aku pilih ni. Kah kah! 
Hotel ni ada dua bangunan. Satu mengadap jalan satu mengadap bukit. Dan ada dua swimming pool.
Kitorg tak amik breakfast. Dapat Free wifi dan mini bar. Asal nya aku pun tak paham mini bar tu apa. Rupanya apa ada dlm chiller tu ko boleh rembat. Ada 2 tin soft drinks ada oreo, mineral dua botol , air juice orange sekotak. Setiap hari dia topup. Kopi bagai tu mmg adalah. 
Masjid dekat nak solat jemaah setiap waktu pun no hal. Dan dan... solat jemaah. ðŸ¤£
Makanan halal banyak. Depan hotel ni pun ada dua seven E. Nak basuh kain pun dekat weh. 
Kalau nak amik pakej tour yg kitorg amik bebetul depan hotel sugar marina ni. 
Check out:
Aku nak share sikit. Korg masa check out pastikan bilik kemas dan takde barang yg defect. Sebab masa aku nak check out 5.30 am hari tu dia suruh staff dia check dulu bilik sebelum benarkan kami check out. 
Dia nampak aku bawak laundry bag. Dia siap kata nak ke? Kalau nak kena sign. Seb baik dia tak kata kena bayar. 
Dia ada sediakn satu beg utk bawa g piknik dan ada tikar dlm tu kita boleh pinjam bawa keluar. Termasuk dua pasang selipar dia sediakn utk kita pinjam. 
Tempat breakfast cantik. Tapi kami tak makn pun bfast. Takut tak halal. 
Tu je! Bai

ALBUM GAMBAR SUGAR MARINA HOTELS

interior design rustic theme

tema utama kepala binatang

Aku request large bed, actually aku lupa nak minta balcony dengan pool view

meja studi

mini bar

bilik air transparents

UPDATE: rupanya harga yang aku dapat tu super duper murah gila..RM181..kawan aku check RM280 dan aku saje saje check Rm233...itulah namanya rezeki ..kena menggodeklah selepas ni 

TIPS AND TRICK 

aku test macam ni ..amik satu malam lebih mahal dari amik dua malam , atau lebih murah amik banyak malam .
kedua..amik satu bilik harga nya berbeza bila kau amik dua bilik ..ok?
ketiga ...aku cadangkan kalau ko pergi beramai ramai macam banak keluarga , sorang je tukang book hotel ..walaupun otel sama jangan. book asing asing sebab ..beza banyak tu ..harap membantu tips ini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...