Rabu, 11 Disember 2019

TIPS TO KRABI 2019

Pertama sekali mestilah beli ticket flight:
kami dapat RM1062/ 6 : RM177 seorang return.
dengan yakinnya kami tak pilih seat pun and tak amik meals, tapi beli gak atas tu😅


Ni van Krabishuttle

Kedua, airport transfer: 

Book online dengan KrabiShuttle, dia akan amik kita dan hantar. Isikan particular yg dia minta nnt dia wassap minta kita confirmkan booking. Book kat sini https://krabishuttle.com. Org kata naik teksi mahal, apapun ni mmg trusted company insya Allah.ok. Kami pilih standard minibus paling ramai boleh naik 8. Harganya Rm191 (1398 baht) 

Hotel refer post sebelumnya. kami tinggal di Sugar Marina Resort, Rm181 semalam x 3: RM543
( kat sini kami rugi sikit sebab check in lambat , malam baru check in. dan hari akhir check out terlalu awal. Ni harga sebilik utk 2 adult, 2 child( under 4 years) so kami amik dua bilik. 

Ketiga,pakej 4 island ( RailwayBeach, Tup Island, Chicken Island dan Poda Island)

Ada pelbagai agen, terpulang nak amik yg mana. Utk yg kami amik ni Krabi Petandaman Tour (depan Sugar Marina Hotel)

Dia charge seorang dewasa 1000baht ( 600baht + 400baht tax) kanak kanak 700baht ( 500baht + 200baht tax) Orked free. 
staff Krabi Petandaman Tour
Apa korang akan dapat? 

- speedboat, ni faktor penting. sebab dari segi keselamatan dan keselesaan terjamin. Kalau naik longboat murah 100baht dr speedboat. Aku suggest amik speedboat.

belakang tu deretan speed boat, ni dekat Ponda Island..

dalam speed boat, mmg selesa betul..

ni namanya longtail boat 

- minuman disediakan sepanjang tour dr jam 9.00 pagi sampai jam 3.00 petang. sampai tak larat nak minum. takyah beli air sebagai bekal dh disediakan
- lunch di Poda Island ( nasi , lauk ayam kari, ayam goreng, buah tembikai dan nenas. sumpah! manis yakmat)

ada buah buahan...nenas tu ,manis sangat

lauk ayam goreng dan kari, nasi 

port makan kitorg 

view mmg cantik

ni kena beli satu 70 baht 

- peralatan snorkelling
- dia akan pick up dr hotel dan hantar balik . Bagi yg dth dr sekitar hotel di Ao Nang.





-tips : pakai selipar je . sebab mmg korang tak berkasut sepanjang tour pulau ke pulau . dimasukkan semua selipar dalam satu jaring. Dh habis baru dia bagi selipar tu. 
- sila bawa baju lawa nak photoshoot di pulau pulau. aku pakai bagi nak mandi je . kalau tak mesti cantik posing kat laut tu...
- sunblock , kalah ada kasut dalam laut tu elok bawak berguna masa snorkelling. 

Muslim Street Ao Nang 

Masjid Al Munawwarah



Keempat, makanan halal banyak di sekitar Masjid Al Munawwarah, depan tu ada Muslim street. banyak makanan halal jangan risau. penduduk pun muslim . bertudung. Kat sini mmg susah nak bajet. Bajet berdasarkan nafsu masing masing 😂😂...

Sepanjang kat sana kami tak naik tuk tuk, sewa moto atau teksi. Kami jalan kaki je . Dalam 35 minit jalan sampai depan pantai... kat situ mmg ramai org. 

itu jelah kot.

Itinerary:

Ahad (8/12/2019)

11.30 am: Shah alam ke KLIA2 ( park di Gopark, Movenpick RM80 utk 4 hari,ada shuttle ke KLIA2)
5.00pm: Flight to Krabi
6.30pm: keluar airport Krabi
7.45pm: Krabi Night Market (singgah sebelum pergi hotel)
9.00pm: Check in Hotel Sugar Marina 

Isnin (9/12/2019)

7.30am: Breakfast di Firdaus. 
9.00am: Island Hopping 4 Island
3.00pm: Selesai Island Hopping
4.30pm:Rehat dan tidor
8.30pm: Makan malam di Bangboo (mahal sikit makan kat sini)
10.30pm: tido ( mak ayah g basuh baju)

Selasa (10/12/2019)
9.00 am: Breakfast di pool
1.00pm: solat di Masjid, cari menu lunch
2.00pm: lunch di bilik menu 7 elevan, ayam 5 star
5.30pm: jalan sekitar pantai ao nang, tengok sunset. wajib pergi cantik...
8.30pm:  Solat masjid ao Nang
9.30pm: Makan malam di sareepah ( air dia sedap ..semua sedap..amik set menu 1460baht ..)
10.30pm: Tidur

Rabu 11/12/2019
4.00am: Bersiap nak balik
8.25am: flight to Kuala Lumpur
3.00pm: Selamat sampai di Melaka.


ok. bai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...