Ahad, 2 Januari 2022

Allah SWT Lindung

Alhamdulillah kami sampai rumah jam 6.30 petang
Alhamdulillah kami bergerak awal dr Kuantan, dan tak terperangkap dalam banjir. 
Sebab masa kami bergerak balik air dh mula naik… 
Masa tu tak tahu yg tu kawasan banjir.. konpiden je lalu… 
Kami balik lalu Muadzam- Pasir Besar - Nyalas langsung ke Jasin. 

Antara Muadzam ke Pasir Besar tu lalu jalan hutan banat dan masa kami balik hujan sangat lebat. 

Samapi di BHP Pasir Besar, suami kata tayar kereta kita pancit..
Betul depan MZH Carwash bunyi cam guruh rupanya dh flat tayar. 
Suami terus gerak ke bawah bumbung carwash tu.. 
Alhamdulillah ada tempat berteduh..


Nampak tak ? Langsung kempis.. suami kata takpe .. ada tayar spare…


Sambil menunggu diorg makan megi ..masak dengan air mineral.. sejuk bedi… 

Mula aku call orang kedai tayar .. rupanya dia jauh di Gemas . Mmg taklah nak ke Pasir besar. Dia kata dia hantar org .. tuggu tunggu tak sampai

Kemudian owner car wash pulak dtg…terima kasih tumpangkan kami .. bg guna tandas lagi… 

Dia pun tak dpat bantu … mmg ada tayar spare tapi peralatan nak pusingkan skru kat tayar tu takde....

kemudian suami berjalan ke BHP stesyen minyak dan terjumpa pasukan misi bantuan banjir mentakab...mereka bekerja di melaka dan baru balik beri bantuan di Pahang ..
alhamdulillah ..bersungguh mereka bantu sampai kereta berjaya tukar tayar dan bantu sehingga tayar yang kempis tu di masukkan semula ...





terima kasih team Misi Bantaun Banjir Mentakab 

tiga org ni menyibuk je kerje nya

tu diaaa..semua anak muda berjiwa besar ..

masa ni baru sampai beo
lom rasa serius sgtt...

alhamdulillah berjaya akhirnya...

dalam perjalanan dari Pasir Besar kami jumpa banjir...nasib kami baik tak tersangkut mana mana jalan raya ..kalau tidak mesti tak sampai melaka lagi..

walaupun penuh dugaan ..jauh di hati aku sgt bersyukur ..pertama benda jadi dekat pekan ..bukan tengah hutan ..bayangkan kalau tengah hutan ...takde line ..macam mana ....kalau malam pulak macam mana ..semua nya terjadi dalam susunan Allah SWT..

sepanjang kami takdpt bantuan ...aku tak rasa macam serius sgt..satu sebab masih nampak jalannya ..Insya Allah ..Allah akan bantu....kami lega .. rasa tak keseorangan 

apapun semua nya berakhir dengan baik .

kami selamat sampai rumah petang tersebut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...