Sabtu, 5 Februari 2022

Absolute Thai IOI Mall

Sejurus kami sampai dr Cameron Highlands ke Putrajaya, langsung kami ke Palm Garden Golf and country Club. 
( siapa nak anak pandai main tenis boleh hantar kelas di sini dengn coach Yourhardy) 
Ihsan ada training dengan kawan suami. Namanya Yourhady.. aku tahu nama je . Diq mmg buat kelas coaching tenis di sini. Satu kelas RM100 sejam boleh pilih nak hari apa. 
Tapi sebab hujan tak jadi Ihsan main kat situ. Sempatlah orked dn iyad mandi di swimming pool kelab tu dengan bayaran Rm10 seorang.

Jadi kami terus ke Ioi mall utk makan malam. Kami pilih utk  makan di Absolute thai. Imran belum pernah makan di sini.





Nak masuk kena beratur. Org tak ramai tapi pelayan proper nak siapkan table baru kita masuk . Kalau ada baby dia letakkan kerusi baby siap siap. Dia lap meja. Pastikan kerusi cukup baru customer masuk. Tengah berbaris sempat lagi aku search halal ke tak makan sini. Setelah diyakini halal kami masuk. Aku baca diorg tak dapat sijil halal sebab ada serve arak. Tapi mereka menyakinkan bahawa supplier barang makanan mereka masak adalah halal. So aku yakin maka semua masuk makan. Insya Allah. 






Ni menu ayam pandan . Tak ranggup sangat . So qku bagi 3/5 bintang 

Tomyam dia sedap aku kasik 4/5 bintang

Ikan siakap steam ni boleh bagi 4.5/5 bintanb kalau extra cili padi dapt 4.8/5 


 Kami semua pesan warm water. Jimat! Nasi putih pun agak mahal total makan hari tu RM220 ni kira rate macam makan kat Mohd Chan kat taman seribu bunga di Melaka. 

Aku macam ada benda nak share @ nak cerita ngan korang tapi aku hold dulu lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...