Sabtu, 12 Februari 2022

TAKAFUL AIA ATAU PRUDENTIAL?

Baiklah hari ni aku akan menulis berkenaan pengalaman aku .

suami aku dah amik takaful bawah ceupacs aku tahu coverage sangat rendah hanya RM80k setahun utk seluruh ahli keluarga.

kenapalah ada nya takaful ni ya .

kenapa org jadikan sebagai perniagaan ..sebab benda ni sgt sgt memeningkan aku.

dia macam ni kalau ada tak jadi aapa apa ...takpe ..

kalau bahaya bila takde, dan terjadi sesuatu pada ko .

ko bayar bulan bulan RM755 ko dapat kereta tu, bila ko bayar installment kereta

ko bayar bulan bulan dalam bank simpanan hujung tahun ko nampak simpanan nya tu ..kalau seratus sebulan setahun 1200 ..jadik nampak duitnya tu...

tapi kalau insurans ..ko bayar ...ko tak nampak apa apa ..MELAINKAN bila dh jadi sesuatu baru ko akan nampak kepentingan insurans / takaful tersebut

aku guna istilah TAKAFUL bukan INSURANS.

oklah aku pergi dua jenis takaful ..tapi masalahnya selepas aku yakin dengan AIA ..masa register aku baru tahu ia konvensional bukan TAKAFUL

so bila aku decide nak amik TAKAFUL baru aku tahu aku hanya book katil hospital RM150  semalam dengan coverage RM150K..itu sahaja. TANPA ada death, TPD, CRITIAL ILLNESS dan sebagainya . so mmg aku rasa aku rugi sebab amik takaful AIA ni .kalau ko bukan Islam ko nak amik insurans AIA ni eloklah ..sebab dia unlimited coverage kemudian PERYEAR dia akan cover ko 1.3 million banyak tu compare tu takaful AIA hanya RM150k dan within that ada e wallet health yang ko boleh buat pemeriksaan kesihatan dan lain lain ..boleh amik vaksin juga seperti influenza ..HPV

so..so..so...aku dah buat silap aku amik takaful dengan AIA dengan bayaran RM100 setahun dan aku tak dapat apa yg aku nak ..itu pun takde hibah dan takde saving 

asal aku nak amik plan yang ada med, hibah dan saving bulan bulan RM227...so aku rasa kalau korang nak amik takaful yang ada med, hibah dan investment go for PRUDENTIAL yang monthlynya RM230. 

tahan lah ko tutup mata bayar RM230 sebulan . pejam mata . janji ko akan dapat perlindungan jika terjadi apa apa pada ko .

so berbalik pada takaful AIA yg aku bayar tu aku dh buat payment utk 2 bulan premium ..apatah ..so burn duit aku 200 sebab suami aku kata kalau kensel takde dapat apa apa .

so itulah nilai pengajaran yang aku dapat .

btw aku nak bgitau secara umum fakta TAKAFUL YANG AKU FAHAM SETELAH AKU BERWSSAP DENGAN EJEN EJEN TAKAFUL:


1.  prudential cover 1million tapi per year ada limited . tapi dia cover ko dengan nilaian 1 juta 

2. ko masuk takaful kan ...lepas tu kalau accident serta merta dia cover, demam demam dalam tempoh seminggu dan 120 hari kalau penyakit kritikal

3. medical takaful yg ko amik tak cover maternity. so aku ada baca seorang perempuan ni dia menyusukan anak dia . dalam tempoh tu ada bengkak susu lah .so dia nak cover guna takaful tu tak dapat sebab kad dia tak cover maternity.kena tahu kalau takko kena add ons rider yang cover maternity.

4. ntahlah aku rasa bila ko jumpa org insurans ni dia asyik takut takutkan ko pasal ko punya penyakit,kematian , dan aku kadang geram jugak ..korang bercakap macam korang yg ada insurans ni takkan dirundung malang lah ke akhir hayat disebabkan insuran / takaful yang ko ada. gitu?

mraah pulak aku rasa!

dan satu lagi aku rasa annoying gila bab share share perli org yang takde insurans/ takaful ..sabarlah org tahu benda tu penting 


ni contoh poster yang annoying 


korg tahu kt malaysia at least kita ada gov hospital kalau kat singapore yang aku dengar mmg takde insurans takde sapa nak tolak ko masuk hospital ..

mohon maaflah sapa yang jual insurans ni ..sorry to say ..jangan suka sangat post post pasal keburukkan tak amik insurans. takaful

aku penah sembang dengan ejen takaful suami aku. dia pun bgtau walaupun dh ada insurans bila dah jatuh sakt yg teruk ..tetap jugak tak mampu dicover oleh company insurans tu atas segala rawatan yang dia terima .takkan mampu di cover oleh company insurans tu ...sebab kos di swasta terlalu mahal.

dan hospital swasta akan charge kita the highest cost tau bila dia tahu kita pakai insurans. dia suruh kita stay 5 hari just utk habiskan antibiotik. aku tahulah .orked pernah kena masuk pantai sebab demam dan bila discharge hospital kos rawat demam dia adalah RM7/8 ribu kadang macam tak masuk akal pun ya . 

pening pening .

belum lagi kisah kisah yang ko dengar kegagalan org nak claim insurans sebab kan polisi dia ntah hapa tah ! macam macam kengkangan . serius aku tak paham . 


tapi...



dalam pada tu aku tahu ...


kita tetap kena ada medical kad kena ada insurans. walaupun aku gov servant. aku ada GL ..aku tetap kena ada insurans .itu je aku nak cakap. 


AMBIKLAH INSURAN/takaful jangan amik yang konvensional. 

fikir masa akan datang. 

ada org jaga kesihatan tapi bila sakittak mengenal siapa .jadi kita sediakn perlindungan sebelum terjadi apa apa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...