Selasa, 8 Jun 2021

KOMISYEN NORWEX..TAK BANYAK TAPI ADA!

alhamdulillah komisyen norwex jun dah masuk . 
tak banyak tapi ada rezeki.. alhamdulillah 

siapa berminat nak join as consultant PM sis ..tengah mco ni elok buat keje part time .
senang je . dr rumah je kita buat bisnes norwex ni . 

share video ,iklan , demo bagai poster ke whatapps status tak pun FB status ..lepas tu siapa yang berminat akan PM kita .kalau setuju bayar pada kita sekian harga then kita orderkan melalui sistem . 
kita ada support system yang strong tau ..semua bahan dh ada ..kita amik then share ..takyah nak create poster sendiri bagai . 

sambil tengok tv je kita promot barang ..
ada yang berkenan orderlah takde takpe ..kita tak paksa ... 
atas org lah kan ...
kalau barang elok, customer pasti repeat order.

kekuatan kita pada kualiti barang 
tapi kita ada masalah pada harga yang agak mahal 
tapi kalau org yang percaya pada kualiti , soal duit jadi nombor 2. 

hari ini ramai orang percaya pada kualiti 
cth majoriti cikgu pakai kasut medifeet ..korang tahu sepasang kasut medi feet berapa ...lekeh lekeh RM200 lebih ok..kalau fikir balik boleh dapat 4 pasang kasut bata (tak habis bata ko !) 
 tapi bila bercakap soal kualiti dan keselesaan orang dh tak kisah bab harga ..sebab pulangan yang kita dapat jauh lebih lumayan . 

mana nak? kasut murah tapi sakit kaki ..atau kasut mahal ..kaki dh tak sakit nak panjat tingkat 4 pun steady 
itulah perumpamaannya  

oklah cuti masih berbaki 5 hari .lepas ni kita nak concentrate pdpr, pbd, dan pppppp yang lain . 
bersedia utk dipanggil bertugas bila bila masa..kita kan frontliners..kepada batch spm pro max selamat meneria keputusan spm 10 Jun ini . Harap ada berita gembira utk saya .....





 

bila rasa down

 Stress ..down adalah rasa yang sgt tidak elok utk tubuh badan kita .

kenapa kita stress?

mungkin kerana bebanan tanggungjawab yang kita galas...atau maslaah yang kita hadapi terlalu sulit.

oklah ..aku pernah alami maslah sebegini .

banyak ..

tapi aku ambik contoh satu. 

IYAD SAKIT

perasaan stress muncul ..apa bila kita rasa takut kehilangan anak , kita rasa ..lemah ..rasa tak mampu nak hadapi kesusahan kesusahan yang bakal kita lalui .

percayalah ..ujian ini takkan selesai dalam masa satu malam .

maksudnya ..hari ni ko rasa risau,sedih takut dan esok semua ni hilang ... no ..no ..benda ni akan hilang dek perubahan masa. namun bagaimana nak hadapi nya ?


pertama . 

cadangan aku ..kita berfikir . tentang benda ini bukan pilihan kita .dtg dari Allah SWT dan nak atau tidak aku kena terima ujian ini . aku tak boleh lari . 

dekatkan diri pada Allah SWT mula solat..solat hajat solat taubat solat mohon pertolongan Allah SWT . tak tahu ..macam mana nak selesaikan hanya bergantung pada Allah SWT utk beri jalan keluar. 

selalunya masalah tetap ada .tapi Allah SWT datangkan kemudahan kemudahan yang akhirnya kita rasa ringan dengan ujian tersebut . 

dengan menangis ..meratap..menjerit ..terperuk di dalam bilik tidak akan mengubah apa apa ..kita kena ubah cara kita berfikir . 

start buka ceramah motivasi dr muhaya , ustaz pahrol juoi 

cari balik kekuatan diri yang hilang . jumpa kawan kawan ..pergi makan di restoran kegemaran , berkwn dengan kawan yang baru ..balik kampung jumpa mak ayah ...minta maaf kat mak ayah mohon doa mak ayah . 

berbincang dengan mak ayah bagaimana nak atasi masalah tersebut . 

akur jika kesalahan itu dri diri sendiri ..bukan masanya utk menegakkan benang yang basah . bertaubat mohon keampunan pada Allah SWT atas ujian yang diberikan . 

jika melibatkan org lain seperti pasangan , suami , kawan ..beri masa terlebih dahulu .masa bertenang baru bersemuka utk selesaikan maslah .

jika masalah berkaitan penceraian . 

tak dpt diselamatkan . terima .akur. jika ada jodoh pasti rujuk semula ..

ada hikmah kenapa Allah SWT datang ujian tersebut utk kita .

percaya lah bila kita diuji kita lebih dekat pada Allah SWt ..kita menangis ..merintih ..memohon pertolong ..Allah SWT suka pada hambanya yang meminta minta 

percayalah bukan kita seorang ditimpa masalah ..semua org dalam dunia ada maslah .tapi bagaimana nak menghadapi masalah tersebut .


bukan kata aku hebat..tapi ujian ujian yang kita alami sedikit sebanyak memberikan kita kematangan dala berfikir . dan bertindak , meletakkan Allah SWT matlamat dunia dan akhirat kita . berharap ujian yang berat akan membawa kita ke syurga .

ada orang yang aku jumpa ..asyik masalah je hidupnya 

ada tu yang aku nampak senang lenang je hidupnya mcam tak pernah dilanda masalah..

kita kena tengok secara terbalik.

yang hidup nya nampak susah mungkin di akhirat ia berehat , kerana penat lelahnya menghadapi ujian Allah SWT 

siapa yang ada maslah .ingat ..!

Allah SAHAJA yang boleh membantu kita ..YAKIN pada Allah SWT . 



doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah !


Selasa, 1 Jun 2021

Wardrobe dah siap !!

Assalammualaikum semua..
Apa khabar?
hari ni baru ada mood nak type pasal wardrobe baru dan kabinet kitchen ..sebenarnya ok je hasil kerja budak yusof ni ..cuma masalahnya aku rasa dapur dan bilik jadi kecik.. so cadangan aku kalau korang nak renovate apa apa kena check betul betul ..tambah bila ko buat full sampai syiling lagilah rasa kesesakannya ..tapi suami aku kata ok je ..
takde masalah ...cer komen ok ke tak???

tertiba throwback gambar 2015 ..masa ni semua kecik kecik je


inilah wardrobe bilik bawah..mmg pada aku nampak penuh ..makan ruang ..so nnt bilik imran buat separuh dr tu tak payah besar besar sgt ..

ni pulak kabinet dapur yang aku tambah ..lega dappat ubah tempat oven tu..kalau tak asyik kena air cowey je ..alamat rosaklah oven aku 

ni pandangan sisi yang lebih dekat 

biasalah sekarang aku nak share kos pulak .

total hangus dalam RM4550 

kalau bilik aje 2k lebih dapur tu ..hat yang tall unit tu RM850 dan dapur bawah tak silap aku dalam 1.2 k 
lebih kurang lah nanti aku update rege dia ..

tapi total semua memang RM4550 ..aku share dengan husband dia bayar hat lemari aku bayar yang wardrobe ..biaslaah sharing is caring kannn

so net project ????

tara ----------> nak buat tiles porch dan awning ruang balcony . doakanlah ya ...

 

Sabtu, 29 Mei 2021

BMUK Shopper online

 sejenis yang gatal ..

tak boleh duduk diam diam kannnn..

semua ko nak usha ..lepas dah usha terbeli pulak ..aduh! 


Cun tak? 

RM158 sajooo ..hihi....tapi campor postage gedebuk gedebak RM178 gak . ni lambat lagiii nak sampai Malaysia baru kat Nottingham ..

alamak sebut pasal Notting ni teringat aku cerita Notting Hills lakonan Julia Roberts dan Hugh Grant apa tah ...ni cerita romantis katanya . aku tengok sebab nak tengok view pengambaran dia tu sekitar london . lawa pulak cat pintu kaler biru .. korang kalau tengokdrama ni ada lah scene hot tu ..tu yang aku malas tu ..sat g jadi pencetus pulak kepada korang nak tengok ceritatu ...korang lajuu kan jelah art ebberapa minit tu ..

aku paling  suka part last . 

masa tu Anna Scott tu buat press cofference pastu laki yang hero tu tanya pasal adakah dia suka mempertimbangkan semula japan Mr Thacker tu ..pastu Julia Robert jawab ya ..pastu dia suruh Dominick dr surat khabar mana tah tanya pasal.." berapa lama awak akan duduk di Britain?"

pastu Julia Robert jawab "selama lamanya .."

terus semua camera tuju ke hero ..amik gambar ...

moment tu aku rasa sgt upppmmmh lah !bila ko tengok ko pulak tersengih sengih macam ko heroin dia ....

last memang Anna tu stay dan kawin dengan Thacker tu dan stay di London. 

Apsal ek ..bila kita cakap pasal London kita rasa everything is good.. barang dr London .. bagus ..

apsal ek? hurmmm



PANTAI SIRING

salam..
hampir 15 tahun kami bermukim di Melaka . Aku tak sangka yang kami sekeluarga akan menetap di Melaka selama ini ..
Kalau di ingat balik hari pertama aku posting aku dh menangis jumpa pengetua ..Namanya Hj Jamil bin Selamat. Orang nya baik . Dia kata "Cikgu tak boleh macam ni ..." yelah aku akui aku ni naif ..tambah baru kawin ..pastu mengandung ...tertiba tinggal seorang di tempat yang aku sendiri tak percaya aku tercampak ke situ Jasin, Melaka. 

hahah..itulah ..jika di fikir fikirkan . Percaturan Allah SWT itulah yang terbaik . Bila suami posting ke Seri Negeri Melaka .Maka kami terus beli rumah dan sekarang kami tinggal di rumah kedua kami di Melaka . 

Pada pandangan aku , Melaka ni sgt sesuai utk didiami . Negara nya kecil dan maju . Hampir semua tempat merasai kelebihan negeri ini . Negeri nya tak besar macam Perak . Kalau Ipoh ..memang happening, tapi kat batu Kurau korang tak jumap benda yang sama . Takde mall dah . 

Orang melaka mana mana pelosok tetap akan pergi ke bandar . Di Alor Gajah ada A Famosa Freeport ...ala ala JPO atau Mitsui . Bukan lah kata orang kampung shopping sini ..maksudnya kawasannya sama membangun ..di Jasin ada Bandar Baru Jasin yang ada Mydin dan restaurant2 yang best ..

Entahlah pada aku seronok tinggal di Melaka. aku pun suka ..ada masa teringin nak lihat pantai kami akn ke Pantai Siring yang cantik ..jaraknya hanya 20km dr rumah kami . 

sesekali nak makan ikan fresh udang atau sotong kami ke Pantai Siring. 
boleh jugak makan sotong goreng tepung sambil memandang ke pantai . 

seronok ... tenang je .. kalau nak rasa jalan jalan macam pelancong kita pergi ke Banda Hilir . dia tak lah crowded macam KL tapi syarat utama masa cuti sekolah jangan keluar rumah ..hahah...jammmed teroks! 
 baik duduk diam diam dlam rumah ...layan Netflix . 

So far tak lama nnt rumah aku akan ada clubhouse tapi belum ada lagi . nnt akan ada swimming pool, gym dan beberapa facilities lagi . 
utk makluman semua ..surau sedang di bangunkan ..tapi sayang MCO ni tergendala kerja kerja pembinaan nya . oh lupa nak bagitau ..aku duduk di Country Villa Resort Melaka . 

kalau korang ada niat nak beli rumah ..mailah berjiran dengan aku  ...dengar dengar lot bumiputra bakal didirikan . 

oklah .rajin pulaknak membebel malam malam ni . 

ni gambar sekitar pantai siring ...kami pergi bebrapa hari sebelum 1 Syawal, 
dah MCO 1 Jun 2021 ni tak tahu bila lagi nak ke pantai Siring beli lauk .

buat catatan MCO akan bermula dr 1 Jun -14 Jun 2021. 
jumlah orang di jangkiti COVID 19 mencapai 9020 hampir ke 10k dengan jumlah rang yang meninggal sebab COVID -19 seramai 98 orang . 

semoga dengan total lockdown..kes akan berkurangan . 










 

 tadi aku sapa kawan kawan dlm group sek rendah. tak ramai pun ada kami berempat . 

sekali Fila tegur..

"Ama aku baca blog ko"

"Hahah.."Aku gelk dulu . Segan.

"Apasal ko kesitu?" merujuk pada blog aku.

"Ntah tak ingat.."

"aku suka penulisan ko .. 

rilek2 je ...aku suka baca" dia menambah.

alamak ai ..segannnya .

Aku mmg sejenis suka tulis apa je yang terlintas kat kepalaotak ..hahah..satu nye sebab facebook bukan tempat sesuai aku nak bercerita..ko bayangkan kalau ko bercakap dengan kawan kawan ..tapi apa yang ko cakapkan tu boss ko baca ..(en saufi GPK Hem..) ada ex boss ko ..pengetua Hj Rashid ..tak pun ayah mertua kot dan mak mertua ko ..alahai !!! malu kan ..

kadang kadang ada benda yang aku nak luah ..nak melawak ..nak marahkan ..macam tak sesuai je ..hahah ..pastu ko kena pilih pilih pulak friends yang boleh baca status ko.. hurmm.. sini simpel..blog ..sukati nak cerita apa nak tunjuk gambar apa ..hahah...

aku happy lah juga bila ada feedback macam tu kan ..kiranya ada content lah jugak blog aku ni ..hihihi....

sebenarnya ari ni ada orng tengah buat kerja kat rumah aku . Yusof nak pasangkan kabinet bilik dengan dapur . nnt aku share kalau dh siap almari tu .. ok lah


ok nnt aku update semula ok ..

nak beli barang norwex boleh direct ke sini 

https://amazabidi.norwex.my

https://amazabidi.norwex.my

https://amazabidi.norwex.my

Rabu, 26 Mei 2021

CVR 2021

lama tak updtae pasal deco deco rumah 2021....

ni kira deco deco bajet je..semua nak jimat ..langsir tu aku nak tukar kaler lain ..nak pasang yang sampai syiling ..dapat bagi impak luas dekat rumah ..tp nak kena alihkan aircond lah pulak ..kena 200...cina tu bgtau hari tu ...

esok baru si Yusof start pasang wardrobe dengan almari dapor ..kali ni nak alihkan oven dr bawah Coway ke alamri dapor baru .. hajat nak hati nak buat display kabinet ..hold dululah ..

hari tu tv LG buat hal..gambar kabur ..kitorg bukak belakang tu sendiri baiki ikut internet . Alhamdulillah elok balik kalau tak kena dua tiga ratus nak baiki tv LG tu ...

try and error sahaja. kalau nak beli tv baru keluar duit lagi ..

meja tv tu beli kat SSF , sofa Fella design, Karpet ..shendong karpet ...wing shair tu ikea ..sampai sudah rege kerusi tu tak kurang2 rm699 ..mahei menoo!

langsir hijau kaison ..aku ada share dalam blog ni pasal nak beli langsir murah ..cuba search ..popular jugak tau post aku pasal langsir tu ..



area dining pulak ...meja makan ikea tu ..gambar tergantung tu beli at Kaison ... tak ingat berapa renggt...ingat nak cari bar stool yang lawa lawa ..kalau boleh iron material ...baru naik mood ...hahah...dapor kekal selama nya putih ..putih putih ..takut betul nak pilih kabinet kaler lain selain putih ..tapi mmg aku ada plan nak beli almari ikea ..kaler hijau ..lawa tau !

ok ni part last ..coffee station ..part ni paling best ..okah nnt aku share lagi pasla rumah ok ..byeee

 


Selasa, 25 Mei 2021

Biskut Premium Yatie Kitchen

Aku order biskut ni sebab tengok testimoni mmg mantul .

aku beli dua pack utk Kakak ku di Sri Manjung. 

satu set RM70 dapat dua biskut . aku ingat saiz yang sama rupanya sain yang sugi tu kecik sikit bukan ikut bekas butter coockies yang biasa kita beli ...

ok dh nama dia premium mestilah harga agak mahal dan pada aku biskut biskut dia sedap tapi dengan harga yang yatie kitchen offer pada aku agak mahal . pricey..

tapi mahal dia bersebab :

1)packaging dia kemas ..

2)dpt dalam kotak ..

3)tin dia custom made brand yatie kitchen ...

lawa pulak  tin dia tu ..

ok rasa biskut paling pentingg sedappp..mmg sedap aku tak tipu.

ok..korang boleh je beli biskut dengan harga lebih murah tapi dalam packaging yang biasa biasa jelah kan ...

so takdelah ko rasa cam tertipu pulak makan biskut yatie kitchen ni ...nama dia pun dh sah sah dia tulis luxury premium . 

ok baru aku ingat harga dia .1 set RM70  masuk postage RM10 

so total RM80. aku amik dua set RM160


siap ada nota utk abang posmen

elok dalam ni tak pecah

biskut sugee

ni kotak dia

luxury premium

butter cookies

butter cookies dia banyak rasa

biskut sugee

kalau nak beli satu satu pun boleh


perbezaan saiz dua dua biskut tu

korang boleh tengok kat IG yatie kitchen ..

aku perasan ramai insta femes yang dh ada product sendir dan berjaya ..mcm khairul aming, yatie kitchen, dan yang lain ..yang bagus nya diorg ni ada folowers yang diorang create sendiri ...product sendiri....

aku jual barang org ..norwex hahah..pm kalau nak beli ready stock!

Ahad, 23 Mei 2021

Jumpa Dr Rahimah kali ketiga

 Isnin 24 Mei 2021

harini aku jumpa Dr Rahimah kali ketiga. 

kali pertama aku jumpa ,dia scan nampak kantung lima minggu, 

kali kedua jumpa dia scan .nampak takde degupan jantung, hari yang sama aku gugur.

Dan hari scan nak tengok sama ada betul betul bersih atau tidak.

Siapa nak datang Klinik Dr Amal aku cadangkan jangan dtg pagi sebab ramai orang kalau dtg petang lebih sikit orang .

Aku datang ramai betul orang . 

ada dua doktor bertugas Dr Rahimah dan suaminya. Aku jumpa Dr Rahimah .

Dr Rahimah scan dia kata rahim aku bersih dan takde benda asing. Dia pun amik ketulan daging yang keluar masa aku gugur. Dia picit tengah dalam . Dia kata kalau period dalam tu takde ruang . Ni ada ruang ksong maksudnya betul aku mengandung maksudnya gugur. 

kalau korang gugur .amik ketulan darah tu .simpan dalam freeze. bila jumpa doktor bagi dia periksa . Nak tanya dah keluar habis atau masih ada sisa. Dr Rahimah picit benda yang aku bawak tu ...

lepas tu doktor bgatu ni dikira darah haid sebab bawah 16 minggu ...bukan atas 16 minggu . dan dia kata takperlu pantang pantang makan je benda yang berkhasiat. 

aku tanya kenapa ada rasa sakit . Dia kata itu rengat .. mmg biasa jadi . 

tadi aku nak solat Zohor tapi nampak ada coklat sikit .Jadi aku tangguh dulu. 

so korang kalau ada berlaku keguguran jgn risau  Insya Allah takde apa apa yang berlaku . tapi kena jumpa doktor. jangan rawat sendiri cakap takde apa apa ..semua ok ..kena jumpa doktor utk dirawat.

Aku dapat mc dua hari 24/5-25/6 dan Rabu Cuti Umum Hari Wesak . nmpak nya PDPR aku mula semula pada Khamis. 

Minggu depan mula cuti sekolah ..cuti pertengahan penggal pertama. 


belikan Mc fluurry Boba McD


Sabtu, 22 Mei 2021

THROWBACK TO LONDON 2016

SYUKUR...kalau di fikirkan balik macam musahil je kami laki bini mampu london..yelah bukan ada bussiness apa pun ..hanya keje gomen . 

kawan aku si masitah laki bini ke London Paris, Bank Rakyat sponsored sebab dapat title kecemerlangan .

benda benda macam ni mana orang suka baca kalau kita share dalam FB ..sah sah dia kata menunjuk hahah..dah tu seronok ke ko g jalan jalan pastu ko amik gambau sendiri ko sendiri syok tengok gambar sendiri..mestilah seronok share gambar dengan orng ...dah dia dengki kat kita dia kata ler kita ni nunjuk nujuk..gamknya kalau dia dpt pergi macam kita lagi ngebat nunjukkanya ...kita cakap umumm tak highlight siap siapa ..ngumpat ke tuh ? 

oklah ..berbalik citer london . mmg tak patutlah aku ke london . di mana hari ini ayah aku minggal dunia . kebumi jam 1 petang. malam buat tahlil..jam 7 pgi esoknya aku ngn suami naik flight ke London . Ank anak mak mertua aku tolong jagakan . ramai tu 4 orng. 

masa tu mmg takde maid. 

allahu ..memikirkan kami ni bukan senang senang nak dpt peluang mcm ni ..dah dapat tu ..mmg tak disia siakan lagi..

tapi macam mana benda nak jadi . bukan kita boleh halang benda benda macam ni ..

takpe benda pun dh berlaku 5 tahun. 

hoten ni mmg cantik kami duduk dua malam ..lokasi pun mmg tengah london kat Bayswater London dekat dengan Hyde Park dan Malaysian Hall.

sebenarnya aku ada book hotel yang jauh ..tapi kami cancel hotel tu dan masa kami sampai Paris baru kami book hotel berjaya ni . aku ada tulis pasal hotel ni secara panjang lebar di sini 

Hotel Berjaya Eden London

BERJAYA EDEN HOTEL DI LONDON.harga utk dua malam £134 menyamai RM790 waktu tu untuk dua malam
 
Seingat aku kami sampai di London dalam 3 petang kot. kami sempat. singgah makan tengah hari kat Malaysian Hall..kat Canteen dia . ada surau semua . makan lauk ikan keli tak silap aku .

pelik sampai London tapi nak jugak makan makanan melayu .

sambal dia je 50 pence ..macam dua ringgit lah kalau kira harganya

esoknya kami terus berjaya di London ..pergi je mana mana yang kaki kami nak pergi . 
naik bus dia ..naik keretapi bawah tanah, beli kasut , pergi Primarks. banyak baju budak murah murah ...

oklah merasalah jalan jalan di London . 

takde itinerary yang tepat . main sebat je ! ..penat jalan naik bus mcam tulah ..

 

masa aku datang cuaca agak mendung takde matahri so gamabr tak cantik sgt ...

tapi oklah ..lepas aku edit pakai Lightroom baru nampak lawa sikit..

kami jalan jalan je sekitar Tower Bridge tu ..tak jauh dari situ kami sampai ke Big Ben yang jam besar tu ...pastu nampak London eye dekat dekat je tu ...

ni masa nak tengah hari ni ..last kami makan kebab je tengah hari tu ...dah penat sgt jalan ...

berkali kali jugak kami kat sini bergambar ..kebetulan lalu ada bus double decker ni ...lawa je view dia ...rezeki kami ...waktu faiz datang big ben ni tutup tengha renovate

ni masa kat Paris pulak ...first day sampai Paris,,belakang tu semua muzium ..


ni Tower Bridge ..bukan London Brigde...jambatan tu boleh angkat bila kapal nak lalu bawah tu 

Eiffell Tower , Paris. 

seronok jalan jalan g oversea.. entah bila dapat jalan jalan lagi ke luar negara dah wabak Pandemik ni ...

project laundry cabinet dan kitchen display unit

 itulah akhirnya aku buat jugak kabinet utk bilik tidur...asyik tangguh je ..

aku amik inspirasi dari dua gambar ni .tapi tak tahu sejauh mana yang akan jadi.

kali ni aku buat dengan Yusof ..kawan Azim . Azim dulu yang buat kan almari dapur aku. 

harap kemaslah rumah aku lepas ni . takde lah masalah lagi nak susun baju baju ni ...pening aku baju baju ni berselerak. 

oklah ..kos total utk dua almari rm 7k . 

aku tak pasti lah murah ke mahal ..mmg harga macam ni kut . aku pun malas nak pikir dah . 

harap budak ni buatlah keje kemas kemas seperti yang di janjikan ..

gambar sumber FB

Gambar sumber FB


HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...