Sabtu, 29 Mei 2021

PANTAI SIRING

salam..
hampir 15 tahun kami bermukim di Melaka . Aku tak sangka yang kami sekeluarga akan menetap di Melaka selama ini ..
Kalau di ingat balik hari pertama aku posting aku dh menangis jumpa pengetua ..Namanya Hj Jamil bin Selamat. Orang nya baik . Dia kata "Cikgu tak boleh macam ni ..." yelah aku akui aku ni naif ..tambah baru kawin ..pastu mengandung ...tertiba tinggal seorang di tempat yang aku sendiri tak percaya aku tercampak ke situ Jasin, Melaka. 

hahah..itulah ..jika di fikir fikirkan . Percaturan Allah SWT itulah yang terbaik . Bila suami posting ke Seri Negeri Melaka .Maka kami terus beli rumah dan sekarang kami tinggal di rumah kedua kami di Melaka . 

Pada pandangan aku , Melaka ni sgt sesuai utk didiami . Negara nya kecil dan maju . Hampir semua tempat merasai kelebihan negeri ini . Negeri nya tak besar macam Perak . Kalau Ipoh ..memang happening, tapi kat batu Kurau korang tak jumap benda yang sama . Takde mall dah . 

Orang melaka mana mana pelosok tetap akan pergi ke bandar . Di Alor Gajah ada A Famosa Freeport ...ala ala JPO atau Mitsui . Bukan lah kata orang kampung shopping sini ..maksudnya kawasannya sama membangun ..di Jasin ada Bandar Baru Jasin yang ada Mydin dan restaurant2 yang best ..

Entahlah pada aku seronok tinggal di Melaka. aku pun suka ..ada masa teringin nak lihat pantai kami akn ke Pantai Siring yang cantik ..jaraknya hanya 20km dr rumah kami . 

sesekali nak makan ikan fresh udang atau sotong kami ke Pantai Siring. 
boleh jugak makan sotong goreng tepung sambil memandang ke pantai . 

seronok ... tenang je .. kalau nak rasa jalan jalan macam pelancong kita pergi ke Banda Hilir . dia tak lah crowded macam KL tapi syarat utama masa cuti sekolah jangan keluar rumah ..hahah...jammmed teroks! 
 baik duduk diam diam dlam rumah ...layan Netflix . 

So far tak lama nnt rumah aku akan ada clubhouse tapi belum ada lagi . nnt akan ada swimming pool, gym dan beberapa facilities lagi . 
utk makluman semua ..surau sedang di bangunkan ..tapi sayang MCO ni tergendala kerja kerja pembinaan nya . oh lupa nak bagitau ..aku duduk di Country Villa Resort Melaka . 

kalau korang ada niat nak beli rumah ..mailah berjiran dengan aku  ...dengar dengar lot bumiputra bakal didirikan . 

oklah .rajin pulaknak membebel malam malam ni . 

ni gambar sekitar pantai siring ...kami pergi bebrapa hari sebelum 1 Syawal, 
dah MCO 1 Jun 2021 ni tak tahu bila lagi nak ke pantai Siring beli lauk .

buat catatan MCO akan bermula dr 1 Jun -14 Jun 2021. 
jumlah orang di jangkiti COVID 19 mencapai 9020 hampir ke 10k dengan jumlah rang yang meninggal sebab COVID -19 seramai 98 orang . 

semoga dengan total lockdown..kes akan berkurangan . 










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...