Ahad, 31 Mac 2019

Hood dan Oven .

Akhirnya kami berjaya beli hood dan oven dalam lingkungan RM 2k.

Hood brand elba RM 880

Kenapa aku beli brand ni. Satu sebab high suction jadi bau asap tu dia sedut kuatlah. Cuba korgcheck berapa high suction dia sebelum beli.
Warranty motor 5 tahun oklah.

Aku mmg berkenan patern yg empat segi ni sebelum ni guna patern rubine yg kaca melengkung tu so adalah beza sikit... kali ni aku punya dapur lengkap ada oven . Wah!! Mmg lama dh mengidam oven ni ... nak masak apa apa pun senang kan ... buat kek kuih raya mesti lebih meriah...



Dlm ni harga 998 aku dpt sekali postage RM880. 

Pasal oven ni aku pilih yg paling besar 71 L, majoriti aku tengok oven dia 53L harga lebih kirang sama. Tapi kecewa sikitlah bila aku tau oven yg aku beli brand Beko ni model yg agak lama 2015.
Biasa kita nak beli brand yg latest kan. Review pun takde nak aku baca. Tapi aku yakin jelah brand Beko ni europe product harap harap ok. Dia kata dlm tempoh 15 hari boleh pulangkan . Ok lah tu. Nak test dulu macam mana ada warranty setahun. Aku masa tengok pameran ikea lagi dh jumpa brand beko ni. So pada aku cam trusted brand lah ..
Yg ni dpt less lagi sebab guna kupon jadi 1250 kalau tak silap
Oklah aku tengah bengang ni order makanan tak smapai sampai dr kedai tomyam kg baru. Entah entah dia tak hantar pun beg makanan kami . Tengok lah ... ok tak sabar balik rumah lengkap ada hood ada oven barulah semangat nak memasaknkat rumah. Bekalkan menu favorite budak budak ni .. bakor ayam pun no hal ... ko ado? Hahha... acah je jangan mara arrr

Sabtu, 30 Mac 2019

akhirnya KABINET KITCHEN siap!

di saat aku menjaga Iyad di Hospital , Azim org yg aku percaya telah menyiapkan kabinet kitchen impian aku .Syukur Alhamdulillah ! rasa mimpi menjadi nyata 

korang nak tengok tak?

ninnn dia...! 


dapur aku akhirnya ....

aku tahu Allah SWT terlalu baik pada aku. di saat aku diuji dengan Iyad tak sihat Allah hadiahkan Kabinet kitchen ...sgt cantik
dan surprisingly malam ni tertiba aku beli beko built in oven harga nya 1250 dr lazada

satu malam je aku boleh beli oven ..seb baik duit aku masih ada. so bolehlah aku beli oven tu...apa lagi nak beli .ok aku akan beli kipas , lampu dan kerusi bar table..wah! sekelip mata semua nya berubah ! 

nnt aku akan beli periuk idaman aku iaitu le crueset!  


ada 8 function termasuk grill eletric harap semuanya ok ....
baru aku perasan kenapa org tak beli type ni mungkin sebab dia bukan digital tapi mekanikal..aku ok je..aku ada tengok brand ni masa kat ikea..


alhamdulillah 
lega satu impian menjadi kenyataan . 

Jumaat, 29 Mac 2019

Rahsia suami dambaan isteri.

PANDUAN MENJADI SUAMI YANG BAIK

1.Pasang niat dan  berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat danberdoa anda tidak mungkin akan menjadi suami yang cemerlang. Ini ramai yang suami terlupa.

2.Bersyukur kerana dianugerahkan pasangan hidup dan yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan adalah yang terbaik

3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4.Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

5.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6.Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

7.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11.Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13.Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14.Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

15.Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

16.Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17.Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

18.Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

19.Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

20.Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.Bentuk sifat cemburu yang positif.

21.Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

22.Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga

23.Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

24.Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

25.Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

26.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

27.Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

28.Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

29.Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

30.Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

31.Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

jom share, semoga bermanfaat

Sumber: Facebook, mamapride.com.my

Keberkatan dan kecukupan.


Penjawat awam paling terdedah terhadap salah laku salah guna kemudahan awam.. cuba semak apa barang opis yg kamu selalu guna. 

Internet sekolah? 
Eletrik sekolah?
Kertas A4?
Alat Tulis? 

Semoga ada yg sedar atas kecuaian diri sendiri. 
 Jgn sampai org hilang respect pd kita sebagai pemimpin. 



Ada kah keberkatan dalam rezeki anda?

TAZKIRAH hari ini menjelaskan sedikit tentang tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. Adapun sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:
*1. Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.*
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.
*2. Hati Semakin Rasa Tenang.*
Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.
*3. Menjadi Insan Yang Pemurah.*
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.
*4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.*
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.
*5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.*
Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.
*6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.*
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.
*7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.*
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.
Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam keberkatan-Mu.




Ahad, 24 Mac 2019

APC : "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang "

aku dapat APC kali pertama pada 2017, masa tu aku ingat mak admitted kat hospitala KPJ Ipoh. Masa tu zaman Tn Megat ..kami semua dikumpulkan di bilik gerakan utk dimaklumkan siapa yg dpt. dia buat lah nak kejutkan kitorg tapi serius aku boleh agak..hahah...

aku masuk keja 2006 -2016 sepuluh tahun , tahun kesebelas baru dpt apc, masa ni markah aku tinggi dalam 92.5% kut , tahun 2017 -91.5% tahun 2018 91.75%

bestnya kalau dapat APC boleh dpt RM1000 lagi .

APC ni penting sebab akan direkodkan dlm perkhidmatan . tak bolehlah cakap kalau tak dpt pun takpe..seboleh bolehnya biarlah dapatkan .bagus utk service kita


gambar APC 2017
  markah LNPT tahun 2018 , kalau korang nak check pergi tengok kat HRMIS



oklah tu je nak share , apapun kita jangan harapkan penilaian manusia ..penilaian Allah juga yg paling utama . 

persiaapan Iyad masuk wad

pertama , aku beli barang makanan iyad. lebih kepada makanan aku . stok magi dan coffee, tisu, milo dan biskut, aku dh beli sabun basuh siap siap senang incase nak basuh baju.

lepas ni nak kemas beg pakainan budak budak nak ke Ipoh dan beg aku dan Iyad .

aku kena fikir , apa hiburan yg nak buat masa di wad.kena bawa buku utk belajar membaca dan warna utk Iyad mengaler.


- baju Iyad
- gas Iyad
-Ubat-ubat Iyad
- peralatan menyusu Iyad
- pakaian aku
- buku History Iyad


aku tengah susah hati sebab ada program yg aku terpaksa serahkan kepada org lain utk uruskan .
iaitu Bengkel Kecemerlangan PT3, nasib baik ada cikgu Mustafa pembantu aku.


nampak gayanya kena sambung sehingga lepas cuti sekolah sebab suami aku exam mid term

Allah ..semoga urusan dipermudahkan .

Jumaat, 22 Mac 2019

kalau tak suka jangan kawan !


ramai ramai kawan kau kat sekolah mmg tak semua sukakan ko terutama yg tak kenal ko ..mereka akan cakap sesuatu yg tak betul sebab mereka tak kenal ko 

jangan baik sgt terutama dengan org orng yg tak tahu menahu pasal ko nak kata ko macam dia kenal ko sangat

ni lah masalah nya bila manusia suka berpuak puak dan ada gang ..dlm gang ni lh mereka mengutuk antara satu sama lain . so ko kena bersyukur sebba takde gang dan tak ternasuk dlm geng kutuk mengutuk

"tak campor orang .." ni apa yg org kata aku ..mmg aku akui aku tak campur org sebab aku tak rsa belonging dengan siapa siapa..dulu aku kawan dengan kak Na. aku ada gak baik dengan kak Marziah . tapi aku takde best friend .semua aku kawan ..tapi yg aku perasan "sesuatu" dengan aku , aku jauhkan . buat apa nak baik dengan org yg mengata ngata ko ..

biarlah aku rasa senang macam ni .jenis tak bawa mulut . mengata ngata org ni jatuh buruk kat kita sebenarnya bukan pada org yg kita kata 

" semua cakap dia nak betul" aku akui mmg gaya aku cakap macam ni . tapi aku jenis out spoken. cyuma sikap kita ni org tak kenal kita mmg tak suka. tapi yg kenal dia akan faham. tapi mmg benda ni tak baik .so aku terima dan belajar utk slow . sbenanrnya ramai je yg perangai macam ni tapi jenis tak sedor .buruk org dia nampak pulak.

"taknak dengar idea org lain"
so sikap sikap macam ni mmg kena buangkan ...slowkan sikit . sebab mmg tak elok pun .


gambar di bawah rakan sekerja . takde buddies ok . 






Isnin, 18 Mac 2019

Iyad admitted lagi

Perkhabaran yg mengusarkan aku akhirnyanya telah tiba 
Iyad akan admtted sekali lagi..26 Mac 2019 kali ini utk "dihadapkan" ke Dr Asiah pakar respiratory kanak kanak .

Iyad seronok ..tapi dia tak tahu betapa aku takut masuk ke hospital semula. Iyad bila masuk seronok Wak azua dtg lawat Iyad ..dia tak tahu betapa kecutnya aku bila menjaga dia dlm wad. Emosi aku betul betul terganggu . terdera ..menanti apakah berita berita yg bakal doktor pakar sampaikan kepada aku . aku mula rasa sedih tak tentu pasal...

Maaf rakan rakan di sekolah aku terpaksa cuti lagi ...aku harap aku dpt keluar dr wad sebelum cuti sekolah berakhir. tapi aku tak pasti apa yg doktor akan lakukan , yg pasti Iyad akan di scope (masuk kamera kecik ke esofagus) sekali lagi utk dilihat sejauh mana reflux berlaku pada iyad ..keadaan paru paru iyad yg amat doktor bimbangkan .. aku tak pasti redo fundoplication Iyad berjaya atau tidak aku tak pasti dh tak tahu nak jawab. Iyad masih ada tersekat sekat bila makan. 

Ada tersedak bila minum air. yg pasti esofagus iyad problem ..tapi iyad takde muntah gas yg naik ke atas warna kuning ,itu aku pasti.

Korang, sebab tu aku suka enjoy bercuti bawak diorg duduk hotel bila cuti sebab inilah ..sebab aku takut aku tak ada masa nak berlibur dengan anak anak..

Tak lama lagi "bersepah-sepahlah" kami di merata rata tempat. Ayah di Melaka, ibu dan Iyad di HKL , ihsan ,Imran dan Orked di Ipoh. Ikutkan Imran ada tuisyen . Jika Imran tuisyen , dia akan duduk di Melaka dengan Ayahnya . 

keadaan mula sedikit kucar kacir ... 

Hari-hari aku akan di datangi doktor bertanya perihal Iyad, bercerita history iyad kepada student2 medical, membeli lauk di cafe, membasuh baju di wad, jemur baju , berjalan jalan dengan Iyad sekeliling wad pediatrik , mencari lauk di Kg Baru , makan pulut mangga... berbaring di katil sebelah Iyad sambil aku dh taknak tidur lagi ...

aku harap kali ini tiada apa apa yg serius tentang Iyad .. dan aku harap kami dpt pulang awal dari tarikh sekolah dibuka... 

the side of comelness of Iyad 

Iyad masa setahun lebih 

admitted di hospital melaka rumh kedua 

time tempah baju raya 2017 


Khamis, 14 Mac 2019

FGW Bird Nest Drinks by Fouziah Gous dan Argan Oil by Janna Nick


actually lama dah aku carik bird nest ni .. aku jumpa kat Mesra Petronas. aku beli sebotol. Lepas tu bila aku minum rasa sedap aku call agent nak order sekotak ada dalam 24 botol. aku beli RM 270 ..kalau sebotol 12 RM288 secarton. satu satu carton aku untung dalam RM18 ringgit je ..seronok gak meniaga ni ...

tapi mesti kena ada modal dahulu ..nak ambik barang baru boleh jual barang..

aku sekarang jual lagi minyak argan Janna Nick ...still available....kan sekolah ramai yg order. asalnya aku malas nak amik order..tapi bila ada yg tanya tanya aku pun juallah balik ..nnt kak Hana akan post dari perang . 





sapa berminat nak Order contact saya ya !

Ahad, 10 Mac 2019

REZEKI TERPIJAK

Tahun 2011 aku ada beli saham bank rakyat ..RM500. itu je yang diibenarkan. korang tahun sampai 2019 ni aku tak pernah amik tahu pasal duit tu ...

tiba tiba aku tergerak nak ke bank rakyat tanya apa khabarlah duit aku tu kan ..
hahah..diam tak diam dh ada lebih kurang 1000 ringgit .... mak oi! 8 tahun ko diam saja dapat 1000 sapa nak kasikk kan ...

tahun ni bank rakyat declare 16% .. wah masyuk lagi ...

so le creuset dalam genggaman insya Allah 

sumber: facebook https://www.facebook.com/LeCreusetMalaysia/

Ahad, 3 Mac 2019

DAFTAR DARJAH 1 ONLINE

Penting ibu ibu sekalian 

wajib daftar anak secara online bila anak nak masuk sekolah darjah satu 

https://public.moe.gov.my/?survey=1&kpm=



maksudnya anak nak sekolah tahun 2020 daftar sekarang. termasuk anak nak sekolah tahun 2021 daftar sekarang. 

orked sekolah darjah satu tahun 2022. tapi tahun ni aku daftar dia pra sekolah terlebih dahulu.






korang wajib ada buku imunisasi masa nak isi anak sekolah tu ..ala buku merah masa check ngndung dan buku cucuk kat klinik kesihatan
sebab dia akan minta satu persatu tarikh anak kena vaksin. 

penting tau!

ok esok aku akan ke sekolah SK Ayer Keroh nak daftarkan Ihsan dan Orked. Harap berjaya permohonan aku. Ihsan Insya Allah dapat. alasan anak sekolah di Sk Ayer keroh yang Orked aku takut kantoi kat gaji . dia tengok gaji habislah aku . 

ok..harap membantu korang ..isi jangan tak isi.. 

LAKSA UTARA MUDAH

aku orang perak. dan kalau perak terutama kuala Kangsar mmg "hantu durian" nak tahu sebab apa..? masa kecik kecik lagi kami dh biasa makan laksa di tebing sungai Perak lawan pulak dengan cendol.mmg masyuk! 

dh jadi kebiasaan makan laksa. mmg sedap ..tapi kalau aku laksam tu ada kurang sikit. cuma masa aku makan laksam kuala kedah sedap pulak! 

oklah nak share resepi laksa mudah 

Kuah Laksa:

2 tin sardin cap ayam..beli yang macarell
sebiji bawang besar
segenggam cili kering (rendam air panas,dan gunting buangkan biji)
nenas sikit ..ikut suka masam mana
2inci belacan

Blendkan semua bahan bahan di atas. cili kering tu dh potong blend je sekali ..yang penting semua tu blend..letak air..kalau tak tak mahu jalan pula blender tu..

masak kan atas dapur..dalam 20 minit dia mengelegak masukkan asam keping dalam 10 keping, bunga kantan dan daun kesum.

daun kesum ni wajib macam peranan daun limau purut dalam tomyam . 


bila dah mengelegak masukan garam secukup rasa dan sedikit ajinomoto. style mak aku masak laksa mesti ada ajinomoto.

laksa kena rebus. aku guna yg kering masukkan je air fryer dalam 10 minit setel.angkat dan lalukan bawah air paip.

AWAS-AWAS:

daun salad
timun
cili padi
daun pudina (kalau nak)
nenas( kalau nak)
telur rebus
tara...laksa utara aku hahahh!


dapat seperiuk besar ni

makan kali kedua ..anak anak aku pun suka laksa, suami aku tak suka .


kesimpulannya buat laksa ni tak susah, kalau nak sedap guna ikan sardin. tapi leceh kena rebis buang tulang . renyah! so buat je versi ni .kalau nak senang lagi beli kat kedai ..hahahha



Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...