Sabtu, 22 Julai 2017

Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) In Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) di Malaysia

IYAD SAKIT APA ?

Iyad ; Baby TOFS " born unable to swallow "

Post ini agak panjang. Maaf jika ada yang bosan membaca nya.

Soalan Iyad sakit apa? Membuka hati saya utk menulis dengan panjang lebar " iyad sakit apa.." sebab saya tak mampu menerangkan secara ringkas sebab cerita Iyad terlalu panjang.

Kelahiran Iyad.

Iyad lahir pada 28hb Julai 2011 di Hospital Melaka secara pembedahan pada usia 32 minggu dengan berat 1.55kg . Sejurus Iyad lahir iyad di masukkan ke dalam NICU untuk pemantauan. Syukur nilaian APGAR iyad mencapai bacaan 9/10.

Seperti kebiasaan baby premature akan dimasukkan tube ke dalam perut utk dimasukkan susu. Dalam kes Iyad, tube tidak dapat masuk, merujuk xray tube yg dimasukkan melingkar naik semula ke atas. Ini menunjukkan sesuatu.

Ahad, Iyad usia Iyad dua hari, Iyad di bawa ke institut Pediatrik HKL utk menjalani pembedahan membetulkan saluran pemakanan tersebut.

Doktor mengesahkan Iyad merupakan baby TOFs. Setiap 3000 bayi yg dilahirkan 1 baby tofs. Dan Iyad salah satunya.


Apa itu TOFS?

"Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) In Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF), the bottom end of the baby's oesophagus is joined to its trachea (windpipe). Without surgical intervention, this causes air to pass from the windpipe to the foodpipe and stomach. It can also allow stomach acid to pass into the lungs."

Secara bahasa mudah nya,( dalam bahasa yg saya faham) baby tofs ini lahir dalam keadaan esofagus tidak bersambung dengan perut dan satu saluran yg sepatutnya tidak ada tapi ada bersambung ke trachea. Dan Iyad adalah TOFs type C



1 Ramadhan / 1 Ogos 2011

Seawal usia tiga hari, dengan berat 1.48kg Iyad telah menjalani operation membetulkan TOFs tersebut. Doktor memberitahu, kami beruntung kerana esofagus iyad yg tidak bersambung jarak yg sangat pendek utk disambungkan ke perut. Jika tidak keadaan makin sukar, dalam kes lain ada baby TOFs yg tidak boleh makan melalui mulut selama lamanya kerana jarak esofagus dan perut terlalu jauh.

Bila esofagus di tarik utk disambung maka keadaan esofagus iyad yg sememang nya dilahirkan tidak normal, akan menyebabkan ketidak seragaman sistem pergerakan makanan/ susu turun ke perut. Bila tersekat ( peristalsis yg tak sekata)menyebabkan susu melimpah dan masuk ke paru paru..ini satu sebab penyumbang kepada jangkitan kuman pada paru paru kepada Iyad . Sejak kecil hingga sekarang iyad pernah ditahan di hospital hanya disebabkan phenumonia sebanyak kurang lebih 7 atau 6 kali.

GERD

Dalam usia lebih kurang 6 bulan , Iyad di dapati mempunyai severe reflux,iaitu susu yang masuk ke perut naik ke atas semula sehingga menyebabkan pedih ulu hati. Dan reflux iyad sgt serius apa bila Iyad minum tak lama kemudian muntah dan susu akan melimpah keluar.. hampir semua susu yang iyad minum akan keluar semula. Untuk itu sekali lagi Iyad menjalan pembedahan iaitu,

Nissen fundoplication,

Di kawasan LES ( kefahaman saya yg "layman") akan dibalut 360 darjah supaya apa yg ada dalam perut tidak boleh naik ke atas semula. Setelah membuat operation ini sepatutnya seseorang itu tidak boleh burp ( sendawa) pun, apa yg turun boleh masuk yg dah masuk tak boleh keluar.

Kerana itu, Iyad cepat kenyang sebab perutnya lebih kecil dan cepat lapar.

Serentak dengan ini, gastrostomy tube telah dimasukkan ke dalam perut iyad utk memudahkan Iyad membesar. Susu dimasukkan direct terus ke perut. Ini memastikan agar tumbesaran Iyad tidak terganggu. Pemakanan melalui mulut diberhentikan seketika. Mula ibu dan ayah menyusukan Iyad melalui perut sehingga usia Iyad mencecah setahun lebih. Sehingga ini, tube masih ada diperut iyad walaupun tidak digunakan lagi.

Nystagmus Eyes.

Bola mata iyad akan sentiasa bergerak gerak tanpa henti. Utk itu iyad mendapat kad OKU- penglihatan terhad. Dan Iyad akan bersekolah di pendidikan khas- masalah penglihatan.

Inilah cerita " Iyad sakit apa " secara ringkas. Posting ini langsung tiada niat meraih simpati atau apa apa niat lain. Lebih sekadar berkongsi cerita mengenai Iyad.

Cukuplah sekadar ini. ☺️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...