Khamis, 20 Julai 2017

PESAKIT TOFS DI MALAYSIA .

Iyad masuk wad lagi. Entah kali ke berapa. yang pasti kali terakhir sebelum ini Jun 2016 . Sebelum abah meninggal dunia. admitted di Hospital Besar Ipoh. Sejak Iyad masuk wad aku tak dapat tidur nyenyak, skrg sudah 3 pagi aku masih segar lepas makan maggie aku menulis di sini.

Kali ini Iyad masuk lebih lama , esok masuk hari ke 8 iyad di wad. Iyad kena bronchitis ..selalunya phenumonia . Apapun x ray menunjukkan paru paru Iyad ada masalah. Kami tak boleh tinggalkan lagi nebulizer Iyad kaler biru dan oren utk preventive.

Alhamdulillah dari awal doktor membayangkan Iyad akan pulang dengan mesin oksigen. sebab spo2 iyad kurang dr 89. ini menunjukkan paru paru Iyad tidak cukup membekal kan oksigen ke seluruh badan.

aku tak rasa Iyad akan sebegitu teruk. Firasat aku menyatakan Iyad ok. akan sihat dan balik seperti biasa. Alhamdulillah sejak Rabu bacaa iyad mula meningkat ke 96 dan ke atas. ada kalanya mencecah 100% esok jumaat, iyad akan xray sekali lagi utk melihat keadaan paru parunya sebelum dan selepas pengambilan antibitics. Harap harap tidak lah ada perkara yang merunsingkan segala galnyabaik.

Apa masalah Iyad. Iyad merupakan baby TOF apa dia TOFS?
bahasa yang mudahnya bayi lahir tidak boleh menelan. kerana saluran pernafasan dan perut tidk bersambung. Ada banyak jenis TOFS dan iyad yang paling ringan.

Image result for tracheoesophageal fistula
source: Google 

dalam keadaan ini esofagus iyad takkan sama dengan kanak kanak lain. 

Related image
jenis jenis TOFS

operation membetulkan esofagus iyad telah dilakukan pada hari ketiga kelahiran. Prosesnya tidak terlalu mudah. Iyad mengalami stricher di esofagus dan perlu menjalani dilatation 

Image result for stricture dilation
dilatation .
apabila proses dilatation dilakukan baru iyad dapat minum seperti biasa. 

sekitar umur 6 bulan belum setahun. Iyad di dapati mengalami severe reflux. minum susu dan akan muntah selambah..sangat banyak. sesuatu operation perlu dilakukan lagi. supaya muntah yang teruk ini tidak menjejaskan pertumbuhan iyad dan tidak berlaku aspiration yng akan merosakkan paru paru Iyad. 

Nissen fundoplication , wrapped sebanyak 360 darjah dilakukan untuk menghalang GERD. Reflux yang naik makanan ke atas, Malangnya opertion ii gagal dan ia diakui oleh Doktor pakar yang melakukannya MR Azlan. 

Operation kedua yang Iyad jalani.

selepas operation ini, terus iyad di pasang gastronomy tube pada perut untuk diberi makan melalui tube direct masuk ke perut. dan esofagus direhatkan. makan dengan ini tidak akan menggangu pertumbuhan Iyad yang nak membesar . dan ibu akan memberi iyad minum susu melalui tube dengan sukatan 60ml setiap dua jam kemudian naik 120 setiap 2 jam ..dan sehingga iyad boleh di beri bubur halus yang diblend

kedudukan tube dalam pertu Iyad
kami perlu terima hakikat Iyad bayi yang stimewa. Persoalan Premature tidak lagi menjadi isu yang lebih besar dan lebih penting bagaimana nak membesar kan iyad yang masih kecil dengan pelbagai komplikasi.


saya ringkaskan kini Iyad sudah menjangkau usia 6 tahun. dengan pelbagai kesukaran iyad berjaya dibesarkan . doakan anak saya Iyad akan terus sihat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...