Selasa, 11 Julai 2017

IMPIAN JULI : Travel lagi?

Hutang 

Korang tak tahu betapa hati aku ni bagaikan di "geli-geli"untuk terbang lagi mengembara. Ikutkan aku takdelah spsifik location nak pergi dekat dekat pun ok..tp sebab aku ada komitmen yg penting dan sgt sgt perlu diselesaikan kepada suami ku aku tangguhkan dulu plan nak travel. ikutkan kalau dpt pergi bali ke Lombok tak pun Yogjakarta pun aku dh habis hati dah....

so ..biarlah rahsia apa yg menyebabkan aku punyai komimen pada suami aku dari segi kewangan ..aku dh kira monthly kalau aku bayar dalam rm500 sebulan dalam tempoh 30 bulan selesai ..mak aihh lamanya gilalah nak bayar 15k ..gulp! gilalah dua tahun 6 bulan aku kena bayar..ayark!

so aku kira kira ..tahun ni aku main kutu RM 200 (tahun ni aku tak main ) + RM250 (kenaikan gaji tahunan) aku ada RM450 aku cuma Rm50 je dan aku boleh berbelanja macam biasa. ok setuju!

so aku tgk rata rata org ada side income..aku pun rasa aku perlu ada side income..aku akan jual benda yg org nak ..hahah...tapi taknak pegang barang lah amik secara dropship. kalo nak beli barang ke \medan risiko juga kalau barang kita amik tak laku ..hurrrm....

sebab itulah aku kemaskini blog aku ni ..manatau boleh dapat income ratus sebulan hahah jadiklah pasif income kan, sapa nak bagi..

Travel

Bulan september mak mertua nak ke Canada.Jauh ooo..aku tak dapat lajh kemana sebab sapa nak tolong jaga anak anak aku ..hurmm boleh je kalau nak ke Perth tiket MAS return dalam RM1004 je

tapi dalam fikiran aku nak ke Turki Turki turki ..hahah ..ko dah kenapa?

Mungkin bukan tahun ni .Barangkali tahun hadapan takat asean tu ada cita cita lagi hahah
ko tengok ...

aku pun tak pastilah aku akan berjalan dgn kawan lagi atau tak..macam susah je yelah tak sekepala kan ..nnt gaduh pulak ...tapi dengan kawan satu sekolah tak kut ..pengalaman pahit ! hahah ..sebab aku muda korang tak kenal aku jgn perlekeh aku ..aku ni mmg semula jadik ada gila gilanya..bila org pandang slack kat aku geram lah jugak ! so memang taklah kan ``

ok..jadik setakat ni aku belum nak menggoogle pasal perth atau istanbul ..tp aku cuba pujuk dia utk short vacay ke Yogjakarta ..hahah ..wish me luck ..ok ?

Mak Sakit

Sabtu lepas aku ziarah emak di Bangi rumah Abg Am. Sedih ..mak makin kurus dan aku rasa sgt sebak melihat keadaan mak. " Ya Allah Ampunkanlah dosa mak.." aku mohon ya Allah . Kasihanilah ibuku ..aku tak tahu berapa lama mak mampu tahna . Kini emak sudah menjalani kimo kedua ada lagi empat. kimo ketiga akan di buat pada 19hb Julai. Dalam proses ini hanya emak yg boleh terus lakukan atau mahu berhenti. Ya Allah beratnya Ujian Engkau pada ibuku ..Ampunkan Ibuku ..dulu aku melihat bagaiman peritnya abah menanggung kesakitan dan bila abah menutupkan mata ..mukanya berseri dan tersenyum menandakan berakhirlah sudah penderitaan nya di dunia. Aku terfikir bagaimana kah alam barzakh itu.. adakah lebih baik dr alam dunia.. semoga roh abah tennag di sana . 

Sejak emak dah sakit aku perhatikan emak takkan tinggalkan waktu solat melainkan emak benar benar tak larat..dan emak akan cuba qadha bila mak rasa sihat. Aku nak berbakti pada emak selagi aku mampu sebab itu aku sanggup lakukan kan perkara dalam perenggan satu. Demi Mak..sebab apa lagi yg aku mampu buat ..aku tak mampu tanggung sakit emak..aku hanya mampu melihat emak menanggung kesakitan . Syukur dengan pembedahan tersebut emak boleh kencing dan tiada masalah. keadaan mak lebih baik dr sebelumnya selepas emak menjalani kimo yang pertama . 

jika aku bicarakan tentang emak seluruh jiwa aku luruh hancur dan sedih ...namun aku manusia biasa yg tidak seharusnya terus menrus sedih dengan sebuah ujian...semoga kesakitan emak akan menghapuskan segala dosa dosa emak kepada Allah SWT

berjalan ke IOI Mall Putrajaya 


Mak cuba memberikan senyuman nya 

aku belikan bantal ikea untuk mak peluk 

3 syawal kami beraya dengan Mak di HKL 



4 anak lelaki mak .Yeop takde. 

mak solat selepas siangnya emak menjalankan kimo. esoknya hari terakhir puasa 

Abah

Al fatiha buat Mohd Zabidi Bin Zamburi .Ama sayang abh ..semoga Allah tempatkan abha di tempat yang aman dan selamat.

Abah baik baik saja kan ?





cukup di sini. 😭😭



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...