Isnin, 24 Julai 2017

...dan "Malaikat" Allah pun tiba...



Sebelum Iyad di lahirkan ..aku masih ingat di saat aku pecah air ketuban pada waktu malam..aku berasa seperti air bah yg turun aku pasti itu bukan air kencing...dalam perjalanan ke hospital aku menghubungi seorang kawan baik merupakan doktor iaitu Dr Ayn Masnon untuk meminta nasihat. Kebetulan esoknya Doctor Ayn akan berkursus di HB Melaka. 

[Dr Ayn]

Merupakan ibu Ahmad. Ahmad dan Imran dijaga oleh pengasuh yg sama iaitu Kak Najmah. Jadi ada kalanya kami sering bermesej. berkongsi hadiah utk Kak Najma dan saling bertegur sapa ketika menghantar anak. Pada beberapa bukan sebelum Iyad lahir, anak ketiga Dr Ayn telah meninggal dunia. Dr Ayn telah menyimpan stok susu yg terlalu banyak utk anaknya. Kuasa Allah mengatasi segala. Segala susu anaknya, arwah Aysar di berikan kepada Iyad. Maka Iyad merupakan anak susu Dr Ayn. Terima kasih Doc! ]

Setibanya sampai di Hospital Melaka aku terus dibawa ke bahagian kecemasan dan dirujuk ke bahagian O&G, esoknya sempat berjumpa dengan Doctor Ayn. Dan sewaktu doktor nasihat utk induce Doc Ayn ada menemani dan menelefon rakan sekerjanya utk mohon epidural utk aku dan disamping itu sering memberikan kata kata semangat.

Peramcangan asal aku akan di induce, namun setelah doktor pakar memeriksa CTG bayi, aku akan di bedah tidak dapat melahirkan anak secara normal. Aku akur. Pada aku tiada yang lebih penting selain nyawa anak yang kukandung ini selamat aku lahirkannya ke dunia. 

Sekitar jam 8 atau 9 malam ,Iyad selamat di lahirkan. Tanpa sebarang bunyi tangisan dia dibawa ke NICU untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Aku tidak tahu apa yang berlaku pad anakku. 

Dan pada malam itu, Doktor Ayn sempat melihat iyad dan berjumpa aku menenangkan aku katanya Iyad baik baik aja. 

Tidak terhenti di situ. Semasa iyad di masukkan ke HKL dia memberi aku kunci rumahnya agar aku selesa menunggu iyad sambil menginap di rumah nya .Maidnya juga memasakkan makanan utk berpantng. Ya Allah sehingga kini aku masih malu bertemu doctor Ayn atas segala kebaikan yg dia telah lakukan pada ku dan aku tak tahu bila lah aku mampu membalas segala jasa baiknya. Sungguh aku malu dengan insan yg berhati mulia ini.

Sehingga kini kami masih berhubung dan janji ku bila Iyad besar iyad mesti membalas jasa ibu susuannya...hubungan ini tkkn putus Insya Allah. 

Mummy panggilan Iyad untuk Dr Ayn. Gambar kenangan ini semsa aidilfitri 2016 di kediamannya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...