Ahad, 23 Julai 2017

Pengalaman menjaga gastrostomy tube

Apakah Gastrostomy Feeding

"A feeding tube is a device that's inserted into your stomach through your abdomen. It's used to supply nutrition when you have trouble eating. It's also called percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG), esophagogastroduodenoscopy (EGD), and G-tube insertion.Dec 7, 2015"

Iyad memakai gastrostomy tube sejak 2012 selepas menjalani operation Nissen Fundoplication 
 masalah GERD atau yg saya namakan sebagai severe reflux. 

Selepas itu, doktor menasihati kami utk memberi makan Iyad sepenuhnya melalui perut. Dan tidak melalui mulut. Alasan doktor, utk memastikan Iyad mendapat nutrient yg secukupnya tambahan pula anak kecil mesti cukup makan utk tumbesaran otak dan organ organ yg lain. Di samping itu dapat mengurangkan risiko terjadinya reflux yg akan menyebabkan jangkitan kuman pada paru paru. Jika tidak di kawal , aspirations yg kerap berlaku  akn menyebabkan paru paru Iyad rosak.Ini yg kita cuba elakkan. 

Anak saya dah pernah makan ikut mulut mesti dia nak makan? 

Penjelasan doktor: 

Bila kita sentiasa pastikan anak anak kenyang dia takkan minta makan. Susu kan anak dengan melalui perut setiap dua jam . Permulaa 60ml kemudian naik mengikut pertambahan usia Iyad. Dalam tempoh ini Iyad kerap jumpa doktor selama dua bulan sekali. 

Awal awal dahulu di keliling tiub Iyad kerap merah..dan ada kalanya kami terpaksa ke emergency apabila tiub Iyad tercabut disebabkan belon di dalannya telah pecah.lama kelamaan kami belajar sendiri bagaimana nak masukkan semula tiub iyad ke dalam perut jika tercabut. 

Sebenarnya tiub di perut iyad di modified dr tiub catheter yg digunakan utk msuk ke dalam pundi kencing. Tiub tersebut di masukkan ke dalam tiub. Dimasukkan air ke dalam stu sluran utk mengisi belon supya tiub tidak tertanggal. Dan satu saluran lagi utk masukkan susu. 

Kami pastikan tiub iyad sentiasa bersih dan setelah lama memakainya lebih kurang 6 bulan Iyad makin selesa dan tiada masalah utk menjaganya

Iyad juga boleh bermain berenang di dalam swimming pool tanpa ada apa apa gangguan 

Cuma di awalnya iyad kerap masuk angin dalam perutnya. 

Buat masa ini ,iyad sudah boleh makan seperti biasa. Namundoktor tidak bercadang mencabut tiub tersebut. Sebaliknya akan di ganti dengan permanent tube yg dipanggil button tube. Tiub ini lebih mudah sebab dia attach terus pada perut Iyad. 
  
Saya sudi berkongsi cara pemakaian dan penjagaan tiub gastrostomy ini boleh hubungi sya di email..amazabidi@gmail.com



3 ulasan:

  1. bookmarked!!, I really like yoiur blog!

    BalasPadam
  2. Salam Puan..sekarang anak puan masih pakai lg ke PEG tube tu?

    BalasPadam
  3. anak saya dh tukar yang versi kekal ..button...nnt sy share post pasal buttion ni ....

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...