Isnin, 10 Julai 2017

Daun bidara: Rawatan Islam

Nikmat sihat yg perlu kita syukuri. 




Muka semalam iyad demam. Balik ikea batuk batuk dan tgh malam demam. Tengahri sabtu teacher dah pesan ada seorg pljar tadika positive H1N1. 

Esok Ahad aku cepat cepat bawa ke GH. Tp malang doctor suruh balik dengan alasan budak ok. Aku risau jika betul iyad demam sebab H1N1 macammana nnt berjangkit dengan adik adik yg lain. 

Bila balik iyad demam lagi kuat. Malamnya suaki aku takde ke Kelantan. Aku tinggal sorg dengan anak anak. Iyad dua kali terjaga dan mengigau. Meracau racau dan cakap benda yg takde depan mata. 

Isnin, hari ini aku ambik CRK sebab nak jaga iyad. Tgh hari iyad jadi meracau balik. Ya Allah dan macam org tak waras ... aku tgk iyad macam pelik je. Petang kak peah pulak bgtau orked dan ihsan demam dan batuk. Aku tak tahu lah macammana status kesihatan anak aku samada demam atau H1N1. Sekarang tiga tiga demam iaitu orked ihsan dan iyad

Bila iyad meracau aku amik diluar rumah daun bidara tujuh helai bacakan ayat kursi dan tiga kul. Tumbuk dalam lesung bagi Iyad minum dan baki nya jadikan air mandi. Harap iyad tak lagi meracau. Kena mandikan dengan daun bidara 2 hari lagi dimandikan selepas asar. 

Inilah rupa daun bidara ...



Pohon bidara ni mmg dijadikan bahan utama dalam perawatan Islam. Darul syifa juga menggunakan pohon bidara. Pokok ni jugak elok ditanam di tepi rumah utk mengelakkan makhluk halus sebab mahkluk ni "segan" dengan pohon bidara ini. Daun bidara bulat bulat dan rantingnya berduri. Dalam syurga terdapat pohon bidara tetapi tidak berduri seperti pokok di dunia. 
Skrg pokok bidara di rumah aku dah sihat membesar sihat dan subur tinggi pokoknya. 


Harap anak anak ni cepat sihat seperti biasa. Itulah dugaan hidup ada masa sihat dan sakit. Selagi belum mati bersyukurlah ada ruang lagi antara kamu dan Allah SWT. 

3 ulasan:

  1. beli di mana pokok bidara ni ye? dah lama nk beli xjumpa2

    BalasPadam
  2. Pusat rawatan Darul Syifa di Melaka. http://www.darussyifa.org/?page_id=1229

    BalasPadam
  3. Atau google Pusat Rawatan Syifa Melaka nnt akan keluar alamat.

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...