Khamis, 28 Oktober 2021

MIKER PIZZA, IPOH

Aku nak bgtau kalau korang dtg Ipoh . 
Restoran wajib singgah ialah Miker Pizza … hanya ada di Ipoh Perak. 

Masa aku ngoder .. aku tanya ..,”apa signature uols?”
Pastu budak tu rekemen pizza ultimate kampung.. aku tanya .. "apa ke lauk ataih piza tu…" dia kata .. ada ikan bilis… bunga kantan dengan cili padi …

Aku tanya suami aku ..”nk try tak?”
Mulanya dia menolak.. usah pelik pelik lah dia cakap .. tapi aku nak try jugak .. sebab dia kata setakat ni .. yang beli ni takpernah pulang kecewa… semua pulang dengan wajah gembira.. chewah! 

Aku pun kata oklah.. nak try .. tp masa tu aku beli half half… satu perisa ultime satu lagi perisa lain. Aku rasa beef pepperoni.. tak ingat…

First time makan .. ultimate kampung ni … humanggghaiiii… dengan ikan bilis dia rangup … rasa bunga kantan .. tambah tergigit cili padi mmg mabeles! 

Flavour yang tak dinafikan sangat enak diadunkan sebagai pizza ultimate kampung… 
serius! Sedappp! 

Ni cakap mesejid ni … kalau mak aku kata cakap mesejid korang kena caya… ni takde bohong bohong punya.. mmg padu .. mantull… sesuai sangatlah dengan citarasa melayu kita.. tapi acah acah nak juga rasa cheese… mmg lazattt aummm! 

So aku masuk balik dalam kedai Miker tu. Staff dia tanya…"hah!! Macam mana… aku geleng geleng .. nasib pakai mask kalo idok senyum lebor aku sampai nampak gigi jarang

"Biasa biasa aje .." aku kata .. dia gelak .. 
“hah ni akak nak order lagi dua large ya…" dia gelak pecah . " Hah kan dah kabor..." katanya

Memang sedap pon … korang kalau dtg ipoh cuba carik Miker pizza. Ada dua cawangan. Kalau nak deliver pon boleh dia style macam pizza hut ada delivery. 
Kalau nak dine in ada dua tempat . 1 kat medan gopeng satu lagi kat padang yg ada old town white cofffe tu .. aku lupalah nama tempat tu .. ala google je Miker pizza keluor lah…

 







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...