Scary tak baca tajuk?
Hah ! ni lah Alkisahnya ..
as usual aku kena buat montaj kalau kat sekolah .
banyak je jawatan lain ..tapi tak tahu kenapa aku sinonim diberi kerja buat video montaj utk majlis sekolah .
Dia macam ni tau ..ko buat org taklah hargai sgt ..tapi kalau takde siapa buat ...siapa yang akan buat . Jadi nak menyelamatkan keadaan ko pilih utk membuat video . Tapi hasil kerja ko so so jelah tak lah kebabom sgt .
baik!
so aku diberi tugas buat montaj penerima hadiah anugerah kecemerlangan utk ditayangkan masa MESYUARAT PIBG SEKOLAH . ok so awal awal aku dapat job ni aku tanya setiausaha PIBG Zawana ..
"akak kena buat macam mana ni ?"
" Akak buat slaide je ..tayang nama nama pelajar cemerlang 2019,2020.. "
" Oklah .." so dr pemahaman aku nak papar nama pelajar yang score dalam SPM dan semua exam besar . aku cadang nak buat power point . Sebab dia kata buat slaide kan ...
tapi entah macam mana datang idea aku create video montaj utk tayang ..korang boleh tengok dalam video di bawah ni ..
ok ..so majlis sabtu .
isnin Zawana dah pm bgtau nk awal sebab ada rehearsel. oklah .so isnin malam tu aku berjaga sampai jam 1.30 pagi sapkan video ni .aku sent pada Zawana .
Malangnya esok selasa dia tak tengok pun dan kemudian En Masnawi Penyelaras Bahagian aku call suruh hantar video .On the spot aku hantar sebab benda mmg dh siap .
ok.
pendek cerita ..aku dapat tahu video aku tu kena ubah . tapi yang cakap ni AJK bahagian teknikal, so far penyelaras tak cakap apa apa aku diam kan dulu .
AJK Teknikal bgaitau ..pengetua kemungkinan nak masukkan suara dalam video aku tu . so ,.... aku kena edit video tu dengan masukkan suara kak Majidah dalam tu . Aku tak rasa benda tu perlu . so aku diam kan dulu .
Rabu ada rehearsal . dan aku dimaklumkan semua AJK tertinggi PIBG bersetuju dengan montaj yang aku buat dan pada mereka takde masalh dan Tak perlu pun masukkan suara . aku lega ..
so aku rasa itu macam idea AJK teknikal semata mata bukan arahan datang dari pengetua. so aku chilled jelah .
Khamis aku mohon CRK utk dua hari sehingga Jumaat sebab aku balik kg . Aku tak bawa laptop ..sebab rasa macam takde keperluan sgt . aku anggap kej yang PBG tu selesai .
ok . Khamis petang dalam 6 petang gitu 14 Okt aku dapat mesej telegram dr Zawana suruh aku masukkan suara dalam video aku . siap dia send video suara kak majidah .
so aku segera call Zawana bgtau aku tak dpt buat sebab aku tak bawa balik laptop . semua bahan dalam laptop . seb baik aku buat di laptop buakan IMAC takkan aku nak angkut Imac dimana mana .. so pengajaran buat apa apa dalam laptop sendiri bukan komputer rumah .
dia pun oklah ..nnt sy bagiatu .
kemudian aku directly call en Masnawi ..bgtau benda yang sama . dia pun cool je cakap nnt sy bgtau AJK TEKNIKAL ..wah! nampaknya berkeras sungguh org teknikal nak aku masukkan suara .
aku pelik ni kan mesyuarat PIBG apsal beria nak tayang macam majlis anugerah pulak ni ..
so tajuk utama ialah mesyuarat PIBG dan ini hanyalah selingan sahaja . kenapa beria ria sgt ..tak elok langsungkah video yang aku buat ni ..aku rasa ok ..taklah cincai sgt !
so ..aku tunggu sabtu majlis PIBG tu ...korang tahu apa yang jadi ?
HAHH..ni yang aku paling terasa. video aku telah dibuang sepenuhnya . Dan ajk teknikal dah buat video yang baru menggantikan video yang aku buat utk masukkan suara . tapi aku pelik apsal MC annouce nama aku yang buat video tu . bgtau jenal nama ajk teknikal yang bersusah payah buat . aku kat kg ..aku tak buat apa apa pun ..takde sikit pun dr apa yang ditayangan dr video yang aku buat . pening pulak .
terus terang macam ni ..
ko kena buat video ..tapi video ko buat org tak guna ..faham? hah!
mmg meruap muka aku . aku betul betul marah . tak berbaloi langsung usaha aku berjaga sehingga 1 pagi nak siapkan video ni
dan yang aku pelik apsal dia beria ria nak reject video aku ni ..
org tak perasan . raamai yang ingat mmg aku yang buat video tu .. sedangkan aku tahu itu BUKAN video yang aku buat .
NAsiblah kak Syafezah ada snap gambar slide video dr mjlis PIBG tersebut dan totally bukan aku yang buat .
Aku bgtau En . Saufi GPK Hem ..aku kecik hati video aku tak ditayangkan ..lepas tu dia kata dia tak tahupun ..itu bukan video yang aku buat .? see...? tak siapa pun cam ..hatta pengetua pun tak cam ..
ya Allah ..apsal ek ada orang macam ni .
kalau ko nak jaga team work rakan sekerja apalah salahnya ko cakap .." tuan pengetua kita pakai jelah video ni lagipun USTAZAH dan penat penat buat .. boleh je kan ..." ni ko nampak mmg kalau boleh taknak org tengok langsung hasil kerja aku . apa masalah ko ni ek ..
entah lah ..
aku ni banyak jugak buat video . ada lah jugak bakat lebih kurang . Nak kata paling bagus tu tak ..tapi setiap job yang aku terima aku cuba buat sehabis baik .
dan aku tak suka cantas kerja org
apada aku kita kena hormati hasil kerja org lain . sebab dia berpenat lelah buat kerja tersebut .
takpelah ..apa yang terjadi aku jadikan sebagai pengajaran .. dan aku jugak berpesan pada diri aku ..belajar terima teguran >
so aku nak tutup kes ni.
Lepas ni mmg aku rasa aku dh taknak lagi buat video . biar AJK teknikal tu buat semua benda . Silakan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan