Rabu, 22 Ogos 2018

Cameron Highlands 2018

Alhamdulillah ..selesai percutian ke Cameron Highlands untuk tahun 2018 ni..masa mendaki naik kami berkira kira berapa kali kami ke sini..aku rasa 4 kali hafidz kata lebih...kalau bermalam seingat aku 5 kali sebab aku kira hotel . 

2010: imran 3 tahun 

comel sangattt 

semua kurus kurus time ni umur baru 27 tahun

Pertama kali kami pergi bertiga. Masa tu Imran kecik je ..tahun 2010 akhir tahun dalam bulan 5. Kitorang dok bilik hotel cam apa ntah sebab masa tu semua hotel penuh itu je yg ada..asal nak singgah kejap ..last last tido kat atas tu...

lepas tu kitorg pergi masa hafidz ada kursus kat atas tu ...kitorg tidur kat Herritage ..masa ni aku tengah gila gila diet makan Herbalife dapat lah turun dr 68 ke 64..hahah..tapi nampak tau beza nya ... 

lps tu ada sekali kami tinggal kat leisure holiday ..ni aku tak ingat sangat percutiannya.

kemudian ada sekali kami tinggal kat Equotorial Hotel...ni paling last ..dan 2018 kami dtg balik...dengan orked Paling baru hahah....oklah ..kali ni aku rasa happy sangat sebab pose pose yg aku nak buat macam dlm blog travelller tu berjaya..hahah...happy tak ..

Oklah kan korang baca pasal aku booking bilik kan ..oklah mmg bilik tu kita apartmentlah besar dan ada dapur ..tak boleh masak tai ada microwave. cuma yg aku tak berkenan sangat dia punya lantai takde carpet.. sejuk weh...anak nak suh tido atas lantai pun sejuk..lepas tu kira bersihlah dan kena lah dengan rege dia yang 175 je siap percuma masuk 3d museum which is aku tak mausk pun...oklah so utk Nova Hotel dan Resort aku kasik 3 bintang tapi bagusnya dia dekat dengan Ladang Boh sg Palas dan dekat dengan Mall. Namanya Cameron square. lagi satukan aku pesan makan kat atas ni semua mahal ..so get readylah tang tu...breakfast nasi lemak 5 bungkus dengan air pun nak cecah 30 ringgit ..oklh..hahahh..buat u turn 

ok kita mulakan cerita hari isnin.

Isnin 20/8/2018

pagi pagi lepas solat subuh jemaah kitorg mulakan perjalanan dengan amannya. Jalan pun tak jammed langsung. kitorg mmg tak berhenti utk breakfast ..suami aku belikan roti dan aku dengan dia makan bekal nasi semalam dengan lauk telur kicap. seb baik tak membazir. 

jalan punya jalan dalan jam 11 pgi tu kitorg sampai ke puncak.. ko bayangkan semangat punya pasal..hahah..terus g ladang teh tepi jalan tu Teh Bharat. Aku cakap kalau nak best pergi ladang teh boh ..baru jumpa tempat makan yg tergantung macam cerita Ombak Rindu tu...dan dia  pun on pulak ..selalu cam malas malas...hihi...

nak makan kat teh bharat tu makan yg dessert ajekan ..kitorang ni dah lah lapar tak makan dr pagi jadi semua dh nak mencekik ..eloklah cari nasi.

aku suggestkan g makan Nasi lemak Abang kat Cafe 100 seed apatah namanya. adasambal strawberry.. gigihlah kami mencari kg sedia ..Mak Aihhh punyalah ramai manusia ..aku ni dh lah lapo..ermmmm...suami aku order nasi lemak dia kaler pink. sebelum tu kitorg dh tibai strawberry coklat ...terigat pulak kat Dato Siti masa zaman nak kawin favorite food stawberry cokolat ..hahah selama ni suka ikan patin tempoyak je..hahah...sapa ingat time siti kawin...fuh! legend habisss weh cite tu ..satu neagar tengok cam anak raja yang kawin ..wedding of the year..gituuu! korang google malas akau nak citer ..
btw siti kawin sama tahun ngn aku ..aku kawin bulan 6 sii kahwin bulan 9 ..kiranya kitorg ni ada persamaan lah ..ok ! bai
ni laki aku bukan owner kedai ni ..korang jangan macam macam 


kasiklah chance..bila lah aku nak kurus korang oii

ladang strawberry 

iyad biasalah 

strawberry coklat ni sedap coklat tu dia guna Herseys tu yang sedap tu 



hah ..hilah nasi lemak nye tu ..kaler pink sepinggan RM10.90 boleh lah kalau nak rasa..tapi sebab terlalu ramai orang,ayam tu tengah dia tak masak ada darah  sikit...tapi boleh kalau nak rasa. aku takde niat tutup periuk nasi orang pulak kan ...tapi kekadang benda viral ni viral je lebeyyy...menu lain takdak ..nasi lemak je ada ...

oklah dah makan kenyang bagai kitorg masuk hotel first impression nampak bangunan hotel tu rasa gempak ..last last yang macam aku cite kat ats tadi tu .towel pun ko kena bayar hokeysss dah macam tune hotellah pulak adoii...jgn dok sini lain kali ..

ni masa nak check in .ko kena letak deposit RM50 ..

aku dapat bilik twins ..tapi oklah ruang tamu ada sofa L 

dapor yang kecik tapi oklah ko boleh masak panaskan lauk kannn

dalam nilak katil yg dua tadi tu ..tutup ..taknak kasik sejuk kot gamaknya 

ruang tamu. lantai dia tu simen sejuk weh dia letak wallpaper kayu je kot...

sbawah hotel tu ada mall ..sebelah mall ada mini theme park..adalah mainan kat sini ..korg jangan bawak anak habis duit korang semua mainan nak naik ..sekepala 6 hinggit .nyampah! lari cost aku !

bangunan mall 

oklah kalo korang lapar ada restoran teh traik place dengan Old town white coffe dalam mall ni restorean arab pun ada

pandangan di pagi hari ..kabus menebal...

cameron ni ynag bestnya sebab sejuk ja..

balcony bilik ke bilik ..aku tak bagi anak keluar mana idak nya tingkat 8 terjun kompom mati !

oklah aku dah review pasal bilik kat korang kan ..sebenarnya aku teringin duduk smoke house tu .tapi ko bayangkanlah semalam je 800 aduh! ko rasa ? aku belum gila tahap tu ..tapi kalau dok kat Maldives tu aku gamakle bela nja mahai tu dapat dok tengah laut kan ...dan dan rasa nak bukak airasia nak nengok tiket g Maldives.. keh keh....


oklah ..kami tidur bagai sampai jam 5 pastu kami ke Kea Farm yeay !!
time ni best ..kami makan jagung manis..makan aiskrim ..makan ayam gunting dn macam macam lah...korang tau time ni jammed kami kat Brincang ,ingat nak makan malam kat Tanah rata ..mmg taklah sebab jalan jammed gila ...so kami kena jalan area brinchang je.. pasar malam brinchang tu rupanya dah ada construction aku pun tak tahu ada lagi ke tak



kea farm dh tukar nam Kea garden penuh bunga bunga dan sayuran ..nyesal tak beli jagung dia  makan kat bilik 

baju sejuk orked ni 15 hinggit je 

hampeh cactus pun tak beli ahahah..dh balik baru nyesal ..

jagung dia mmg manis


cantik kedai ni ada kat Kea Farm ..

aiskrim stawberry sedap tau! lima ringgit je...


aku beli dua ketoi je buat rasa rasa.. esok nak makan konon nak beli seklai mahai pulak Rm 10 hinggit satu ...tak sior teman ! 


dah kenyang tu kitorg cuma letak kat Thema Park, lepas tu kami jalan jalan dalam mall aku sempat nyinggah beli alat solek kat Watson dan beli makanan kat 7 Elevan. malam ni Malaysia lawan Bahrain utk Sukan Asean ..mengamuk ngamuk apis tengok ..sebab malaysia kalah ..kitorg pulak lawan cerita Hantu Kak Limah balik rumah ..

malam tu mmg sejuk tau ..aku agak ada dlm 15 darjah celcius ! 
okay esok iols sambung cerita ya..

lagi cantik gambor nye kome wehh

Lavender Garden Cameron Highlands
tips and tricks

1.korang tau tak aku mmg takkan beli pokok bunga sebab bunga dia mmg hanya segar bugar di cuaca di Cameron ..bawak turun tak berapa nak hidup 

2.kemudian aku tak beli sayur dia sebab aku dulu ada baca sayur cameron tanam guna baja kimia ....so aku cuma makan jagung tapi korang toksah lah pegang habis aku baca google lah sendiri... 

3.mmg best makan steamboat kat sini sebab cuaca sejuk. dan mesti pakai baju sejuk sebab bila malam betul betul sejuk...

4.setengah orang bercuti suka masak nak jimat ..pada aku kalau dah masak baik ko tak yah bercuti dok umah ..hahah..sebab mak mak ni time cuti ah nak enjoy tetiba kena masak ..ahah..tp kalau g oversea aku suka masak bukan apa suka makan makanan malaysia ..tekak ni macam tak boleh makan menu negara luar lama lama..sedap lagi nasi putih dengan sambal tumis ikan bilis ...sekali sekala boleh lah ...

5.jagung dia manis tapi orang kata bila makan kat bawah tak manis.. aku percaya sebab aku pernah makan oren maniss gila masa kat korea.. oren yg sama aku bawa balik ya Ampunnn masam gila ..pelik kan ? sains ada jawapannya ! hahah

6. ok bab hotel korang pikir nak mahal ke nak murah ..kalau ko purposely mmg nak duduk hotel taknak keluar eloklah korang merasai duduk hotel mahal..tapi kalau nak jalan jalan balik hanya untuk tido baik amik hotel sederhana tak mahal sgt tapi selesa utk diinapi..depends lah ..klau korang berada apa hal ! 

oklah itu aje ..tips aku .. jumpa lagi xoxo !









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...