Jumaat, 24 Ogos 2018

ISU VIRAL FB!


kawan aku share dalam group. Aku tahu macam tuju pada aku. Yelah dalam group tu yang keje kami bertiga ..dan dalam ramai tu aku yang paling tak setuju kalau isteri jenis meminta je pada suami..

mmg betul suami menyediakan keperluan isteri sebagai tuntutan nafkah ..tapi jangan lupa pada perkataan " mengikut kemampuan suami" bukan mengikut kehendak isteri. kalau suami sangat mampu ..silaka dan pada nya kegembiraan menyediakan segalanya utk isteri..nak beg LV belikan nak bercuti ke Europe dibawa silakanlah ...untunglah kalian. Namun kalau dpt suami yang tidak mampu nak menyediakan semua tu maka isteri janganlah membebankan suami 

walaupun kadangkala aku jealous dengan suri rumah yang suaminya sediakan segala keperluannya ..seperti belikan handbag, belikan barang mekap, bawa bercuti semua nya suami beri..yelah isteri tak kerja macam mana nak berikan sumbangan kewangan ..maka isteri berikan sumbangan tenaga..

kalau macam kami yang bekerja ni disebabkan kami bekerja maka kami FAHAm dan AKUR segalanya perlu dibahagikan sama rata..nka bercuti seorang bayarkan Hotel, sorang banyak toil dan minyak, bila makan keluar selang seli...jangna berkira sebab yang kita belanja tu pun suami kita dan anak anak kita.

Entahlah pada aku aku lebih suka bekerja dan ada kewangan sendiri daripada bergantung sepenuhnya pada suami dan bab menghabiskan duit suami terpulang pada definisi masing masing..ko suka ke kalau ko pakai hanbag mahal tapi suami kau nampak lebih kurang aja janji ko happy, atau suami pening tak cukup duit kita horray hurray je guna duit suami ..taknak kannn??? 

so kita decidelah kita nak happy sorang atau happy sama sama

ni cerita nya kalau gaji suami suam suam ..tapi kalau suami kau ada kompeni apa hal ?
entah lah bukan nak cakap suami kalau nak buat hal tak payah nnt dia kaya ..yang miskin papa kedana pun buat hal..

tulah dulu orang  kata  pikir baik kawin dengan lelaki kurang hensem atleast dia takkan duakan kau ..dari suami hensem takut kang kena tackle perempuan lain...masalahnya apa jadi kalau dh lah tak hensem pastu jahat laknatullah macam mana tuh..kalau hensem atleast ko dpt gak hensemnya tuh ..kehkeh...jangan kaitkan suami aku dengan cerita ni ek..hahah

so apa cerita asalnye ni ya?

hah pasal perabihkan duit suami ..hahha...tapikan mak mertua aku pun cakap orang laki tak boleh ada duit lebih kang pergi ke lain ..kalau pergi ke anak bini takpe..

ada benarnya jugak..kawan aku suami dia keje besar kat petronas ..dia kata dia lebih rela suami dia tukar ganti kereta ..biar duit habis ke kereta dari berbini baru..

tulah nak cakap kita ni perempuan mmg takut dimadukan ..tapi kalau takut sanagt benda tu jadi pada kita ..kalau aku rasa macam down je aku akan dengar balik ceramah Prof Muhaya atau pun Ust Ebit Lew. Cari balik apa matlamat kita hidup didunia .Allah SWT tak suruh kita sayang laki kita macam kita punya 
tapi Allah SWT suruh kita sayang suami kita kerana ALLAH SWT yang suruh. Kita sayang kerana Allah SWT. 

Jadi kita serahkan segala urusan hidup kita kembali padaNya. Jika ditakdirkan kita diceraikan atau dimadukan itu atass kehendakNya. Sebagai hamba kita berbalik pada jalan keluar yang Dia sediakan pada masalah kita.

Aku akan mulakan dengan mohon petunjuk Allah SWT sama ada aku teruskan atau tidak 
Jika aku rasa kebaikan aku meneruskan hidup bersama ada pada ku agamaku dan anak anak aku,aku akan teruskan namun jika tidak pergilah ke Mahkamah Syariah dan utarakan masalah pada Hakim . 

Jangan dia buat hal kau buat hal sama . Kalau macm tu kau dan dia sama sama setan! itu bukan membawa ke jalan keluar malah menyimpulkan lagi keadaan.

Perempuan ingat ; bagaimanpun hina engkau diperlakukan selagi mana engkau tidak berbuat dosa kepada Allah SWT Allah akan sentiasa di sebelah mu. 
mungkin penceraian itu Allah SWT tentukan untuk menemukan engkau dengan jodoh yang lebih baik dari suami mu. Percayalah jika dia lelaki yang baik dia tidak akan melakukan maksiat ..berkahwin secara menipu dan perkara perkara lain. 

Sebelum isu ni ada isu pasal Fasha Sandha up komen peminat dia yang tegur dia berpakaian seksi. Secara peribadinya aku menyatakan cara perempuan itu tegur agak kasar namun fasha Sandha juga salah jika dia tidka mahu komen kenapa berpakaian sedemikian rupa. 

Hari ini banyak orang kata ini dosa antara ku dengan tuhan . Masalahnya aku yang berdosa kerana melihat kemaksiatan tapi tak tegur. Dosa enkau dengan tuhan dan tanggungjawab aku menegur juga adalah antara aku dan tuhan. Namun cara nya bagaimana ..itu harus diperbaiki . 

entah lah...dalam keadaan sekarang ni bila ku lihat balik kisah mak abah yang sakit ..aku akn teringat sebenarnya itulah pengakhiran yang kita perlu siapkan .itu lebih kita takuti berbanding hal hal lain . 

aku nak bercakap pun aku belum tentu sempurna . 

oklah Minggu depan aku nak start pergi jumpa doktor gigi .Aku nak buat cuci gigi dan nak tanya pasal aku nak pakai braces ni macam mana . hari tu aku pergi doktor tu kata gigi aku taklah teruk mana ..tapi aku ras amacam makin lama makin tak cute pulak ..

mana tau dengan membaiki gigi aku ni aku kan lebih konfident kannnn..lantak korang lah...semua tak sapot aku .nyampah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...