Sabtu, 12 September 2020

BEDA INDONESIA DAN MALAYSIA


Tak langsung macam cerita Indonesia kan...

Hari tu aku tertengok cerita di VIU.COM tajuknya " The Pretty Little Liars" yang di ispirasikan dari drama bersiri di Barat. Tapi ini version Indonesia. 

Ceritanya cepat dan laju. Kisah ni secara ringkas nya ia menceritakan tentang 5 orang sahabat baik iaitu Alissa, Hanna, Emma( Eyka Farhana pelakon Malaysia), Aria dan Sabrina. First time aku tengok mati mati aku ingat cerita omputih sebab pelakon dia semua rambut Blonde yang Sabrina tu totally mixed aku rasa. 

Latar belakang cerita ni di Amerta Bali. Aku google mmg wujud Amerta kat Bali .Jika diperhatikan Bali ni dh canggih macam oevrsea tak nampak langsung macam kat Indonesia. Rumah rumah yang digunakan dalam siri ini pun semua ada Swimming pool mmg kaya lah gambarannya . Universiti dia pun canggih ala Lim Kok Wing kat Malaysia pada fikiran aku ..

Berbalik pada jln cerita . Ceritanya misteri bila Alissa hilang dan didapati telah meninggal dunia . Namun mereka berempat iaitu Hanna, Emma, Sabrina dan Aria masih menerima mesej dr A. Mereka merasakan A itu Alissa kerana banyak benda rahsia yang A tu tahu. 

Setiap antara mereka ada rahsia dan rahsia tersebut hanya seorang antara mereka dan Alissa tahu . Contoh rahsia Sabrina yg suka goda teman lelaki kakak nya Melissa, diketahui oleh Alissa. Dan juga rahsia Emma yang ada teman lelaki lain selain Benny. kerana rahsia rahsia ini diketahui oleh Alissa maka mereka selalu dpt mesej berkenaan rahsia mereka. 

Cerita ni jadi seronok bila kita nak tahu siapa yang A tu. Yang sering menghantar mesej kepada mereka berempat . Cerita ni ada 10 episode . Kalau korang tengok kat Viu, korang hanya boleh tengok 4 episode sahaja..yang ke 5 kena langgan . Akhirnya aku langgan viu utk sebulan RM12.90 adoiii...takpelah kan ...terpaksa layan viu bulan ni sampai lebam hahahah...

Ok.. aku sebenarnya bukan nak suruh korang tengok sangat cerita ni ..cuma aku tertarik nk ulas tentang agama dan budaya Indonesia yang makin lama aku lihat makin hilang sifat malunya dah macam cerita barat .Bercium mulut jadi kebiasaan . Apa yang aku boleh agak mereka ni mungkin Kristian ..dalam cerita tu ada dua orang pelakon Malaysia ..Eyka Farhana(Emma) dan Nadia mustafar sebagai mak nya. Walaupun Emma takde adegan bercium .tapi pakaian nya sgt seksi ..sampai nampak pusat tu biasa sgt bagi mereka. 

Ada part yang Eyka Farhana masuk dalam gereja utk bagi penghormatan kepada Alissa..

Walaupun dh habis episode 10 ..tetap tak tahu siapa yang hantar mesej A tu ..sori aku tercerita ending dia ..mungkin ada season 2. Opss! rupanya ada 7 season jika ikut yng baratnya. 

oklah aku taklah suruh korang tengok sebab cerita dia ada adegan yang kurang sopan . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...