Isnin, 7 September 2020

Settlement Kereta Stavic 2020

Oklah aku boleh katakan antara pencapaian kami khasnya suami aku ialah settlekan loan kereta Stavic yang berbaki hampir 45K...aku cuma tambah sikit je dalam 15k hasil simpan duit masa PKP. aku ada niat nak beli emas ..dia pun dh hadiahkan aku emas . 

so kami berpandangan walaupun kami cuma dapat rebate 2k lebih sahaja ..tapi mengenangkan tiap tiap bulan dapat save 1.2k ..takpelah ..gagahkan jugak ..kalau 1.2k simpan dalam 6 bulan 7.2k dan dalam masa setahun dapat balik 15k. 

setelah aku baca punya baca ..memang takde kaedah lain nak bebaskan diri dari hutang piutang melainkan ko berjimat cermat dan bila dah jimat cermat duit yg ko simpan ko bayar loan korang sikit demi sikit . cthnya simpa 1k sebulan ckup 10k bayar ..nnt akan dapat pengurangan sebab bayar banyak hutang tersebut . 

ada yang nasihatkan simpan dalam ASB Finance . tapi still macam tu ada interest . kalau boleh kita taknak ada interest dalam duit kita biar solid apa yang kita dapat .

Dalam kegawatan selepas PKP Covid 19 ni penjawat awam lah yang paling tidak terkesan dengan ekonomi ..bberapa syarikat gergasi seperti air asia. malah petronas juga ada yang buang pekerja.

Aku rasa dh sampai masa aku fikirkan cara aku nak setelkan hutang piutang aku .

so aku mmg target sekitar 4 tahun aku dapat setelkan hutang personal loan agro bank aku dan setelah lima tahun potong ASB aku nak setelkan loan kereta honda aku walaupun asalnya aku ikat 9 tahun . membazir buat loan lama lama ..tulah dulu aku tak tahu 

dalam tempoh tu aku akan setelkan hutang dyson dan hutang tepon iphone 11 yg aku hadiahkan suami aku .ikutkan dyson dengn iphone 11 tu takde interest.0% interest.. tapi aku nak setelkan sebab aku nak pastikan aku hanya bayar hutang rumah sahaja. kalau aku berjaya tutup personal loan, tutup honda ..aku hanya ada utang rumah yang sedang dibiayai oleh penyewa rumah aku ...

aku boleh katakan bebas hutang ! yes!!..no travel travel ..setel your hutang dulu nya..

so sekarang matlamat aku nak simpan simpan dan simpan supaya dapat setelkan hutang aku .

semoga sebelum umur 40 aku dah setelkan hutang aku melainkan loan rumah ...ASB aku anggap sebagai simpanan aku ..bukan mudharat.


so kalau korang baca blog aku ..ni share share lah pastu ..tolong lah klik sikit iklan iklan ni ..heheh ...dapat juga aku income


lepas ni aku paln nak tulis buku kerja atau buku rujukan utk MPAK..harap ada income tambahan aku nnt bila aku dh ada buku sendiri ..

so tinggal yang H ni nak bayar hutang ..ermmm....chaiyokk!


***** update********

alhamdulillah 

pada tarikh 20 September 2021 suami aku dah selesaikan hutang STAVIC ..legaaa...

aku pun dh selesaikan hutang iphone 11, 28 August 2021...termasuk hutang alat fitness ...

TARGET TERBARU 


selesaikan HUTANG HONDA 🔥🔥🔥🔥🔥🔥 baki terkini RM56,562...agak agak berjaya tak aku setelkan hutang honda ? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...