Rabu, 23 September 2020

LAWNMOWER PARENTS

SIAPAKAH LAWNMOWER PARENTS 

Terpinga-pinga saya dibuatnya. 


Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik. 


Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.


“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”


Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu. 


“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”


Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak. 


Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula. 


Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu. 


“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”


Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri. 


Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel. 


Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”. 


Mak Ayah Lawnmower


πŸ‘‰πŸ» Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.


πŸ‘‰πŸ» Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.


TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER


🚨 Tak benarkan anak menangani konflik.

“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”


🚨 Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.

“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.” 


🚨 Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.

 “Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”


🚨Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.

“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”


🚨Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.

”Jangan main, pegang tangan ayah”


🚨 Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.


🚨 Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan. 


Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup. 


Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.


Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.


Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan. 


Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua. 


Jemput follow FB Redza Zainol.


Lebih banyak ilmu kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak di ▶️ https://t.me/NotaRedzaZainol


Selepas membaca perkongsian seorang parent dalam group MOZAC aku terpikir mmg ada ramai parents yans sebegini dan baru aku tahu istilah nya ialah LAWNMOWER PARENTS

dan bila aku buat pembacaan LAWNMOWER PARENTS VS HELICOPTER PARENTS. 


CIRI -CIRI LAWNMOWER PARENTS

1) Ibubapa yang Lawnmower Parents ni takkan bagi anak dia menyelesaikan konflik . contoh ada mainan anak rebut ..dia sanggup beli mainan yg baru supaya anaknya tak gaduh . ini salah satu sikap Lawnmower Parents. Betul, anak-anak tidak akan bertengkar - tetapi mereka juga tidak akan belajar bagaimana berkongsi atau menangani konflik.

2) Do you "help" with homework.

Ibu bapa sepatutnya tidak buat kerja sekolah anak. Tapi Lawnmower parents ni akan melangkah setapak ke depan dia bukan saja bimbing anak dia sebaliknya dia turut sama buat kerja sekolah anaknya. Contoh lain, anak tertinggal kerja sekolah di rumah dan mak ayah sanggup ke sekolah hantarkan keja rumah . itu tidak mengajar anak menjadi lebih bertangunggjawab . biarkan dia lebih bertanggungjawab ke atas diri dia.

3) Lawnmower Parent akan argue pada guru jika markah anak nya rendah . sepatutnya biar budak tu deals sendiri dengan guru dia. kenapa dia dpt markah yang macam tu ..bukan kita sebagai mak bapa argue kan utk dia...

Lawn, tolonglah diri sendiri dan anak-anak anda, dan biarkan rumput tumbuh di depan kaki anak-anak anda. Ya, mereka akan tersandung dan jatuh, tetapi mereka akan bangun semula, dan anda dan anak-anak anda akan berasa bangga apabila mereka melakukannya. Dan ambil dari saya, ibu bapa pemotong rumput yang pulih, bahawa lebih menyenangkan berada di sini di beranda, memerhatikan anak anda membuat jalan mereka yang indah, bengkok, unik, daripada berada di sana di atas rumput yang berpeluh, mendorong mesin pemotong diri sendiri. [ google translate ]

Kesimpulan :

Aku taknak jadi Lawn mower Parents aku nak didik anak aku biar kenal susah dan senang ..sebab bila aku senangkan anak aku aku tak boleh pastikan dia akan senang jugak sampai bila bila ..tambah bila dia dh kawin . adakah dia akan berkahwin dengan pasangan yang "Lawnmower " jugak?

ni maksudnya ko dah spoiled kan anak anak ko .. ko bentangkan karpet merah utk dia berjalan dan bila didah kawin dia nak isteri/ suami dia buat macam mana mak ayah dia buat dan sediakn utk dia . This is the BIG BIG mistake!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...