Isnin, 28 September 2020

Mi Udang Kuala Sepetang

oklah aku nak share dengan korang tips nak makan mi udang dekat PORT WELD aka Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni dekat dengan Taiping . Kalau korang nak keluar tol Changkat Jering just nice lah kiranya korang singgah Kuala Sepetang ..matlamat utama nak makan udang besar kat Kuala Sepetang. So! sekiranya korang alergic udang mohon jgn lah singgahn..mengabiskan boreh! sebab...mmg menu utamanya adalah udang ye kawan-kawan...

selalu orang akan pergi ke Mak Jah Mi udang ..sebab apa ..? itu yang paling femes dan paling org mudah jumpa. Hakikatnya menurut org Melayu yang tinggal di kuala sepetang ..diorg mencadangkan kitorg makan di Salleh Stall..oklah ..macam ni citernya ..Adik suami aku nama anwar. Anwar kawin dengan Ida. Adik ida duduk di sini sebab suaminya nelayan. Menurut suami nya, Restoran mi udang di sini ada yang mengguakan udang sabah ..yakni udang import bukan udang pure dtg dari Kuala Sepetang. Dan menurutnya lagi udang kuala sepetang lah yang paling sedap ..katanya ....

Korang kena jumpa sign board ni tau ..


Mi udang XL harga RM20 ..katanya org tempatan beli lagi murah 

Cucur udang ni mmg signature kedai Salleh nilah ...

Kuew tiaw dia mmg sedap ...udang saiz XL

Puas hati dowh! total makan 3 mi udang XL dengan dua Kuewtiaw udang XL masuk cucur dan air sekalian baru RM119..kalau aku tak silap na...



Kebetulan dah sampai kami singgah umah adik Ida yang suaminya tu nelayan ..tengok kawasan nelayan kuala Sepetang ...





so kalau korang dtg sini boleh try Salleh Stall ok ...itu sahaja perkongsian aku bye!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...