Selasa, 14 Disember 2021

Warung Wak Senah

Isnin 13 Disember 2021 

Kami sampai CVR jam 8pagi lebih kurang . Aku terus bawa budak budak bekpes di ayer merbau. Lepas tu balik rumah kami berkemas, dan aku basuh baju semua orang. tengah hari masakkan menu ayam masak merah ..malam buat sayur sambal jawa sikit ...

Esoknya kami akan ke Kuala Lumpur...selepas barusehari balik dr Shah Alam ..

Selasa 14 Disember 2021

aku bangun tidur , Hafidz takde. Rupanya dia keluar belikan sarapan . Checked ..ciri suami soleh noted here. 
aku dah start susun barag tapi still tak siap ..akibat amik gambar dan tertiba nak buat reels kat ig ..hampes! last end up tengok korea Our beloved Summer ..ek . pasal drama dokumentasi ...nnt aku review ..sebelum tu tengok drama penyiasatan hindi ..Aanyak kut tajuknya ..

taklam .tengok Alan, anak sedara aku yang tinggal di Semenyih post gambar di wassap. Rupanya dia di Melaka. Aku ajak dia dtg rumah dia kata ok ..
tup tup dia call tayar ni rumah ...la dah sampai gerbang country villa rupanya ....

aku kelam kabut masak nak hidangkan jugak lasagna kat dia . Kepingan Lasagna aku masuk kutu ...tak boleh pakai ..semua aku buang .last last suruh Alan beli roti gardenia ..buat pakai roti ..lain lain resepi sama ..ada daging kisar dan ada kuah putih ...

Tara !!! lawa gak lasagna aku buat kannn.....

Alandan wife Dr Zamira, lecturer di UKM 

suami aku balik aku lasagna lagi ...

bila dia suh siap aku tertiba rasa berat hati..dan sedap duduk rumah ..dr duduk dalam kotak 4 segi di hotel tu ..bergerak sikit ..chinggg! duit jatuh! takde istilah jimat ...everything used money maa....

aku nampak hafidz masukkan beg tennis. 

dia kata esok jam 3 pm ada meeting diPutrajaya ..lepas dia meeting nak main tennis kat sana . dan aku dan anak anak di hotel ????!!!

ni yang kurang berkenan ni ... apsal nak g main tenis pulak ..kan kursus kat novotel apsal meeting g putrajaya pulak? aduh! cannot brain ma...

dia kata dr jammed baik dia main tenis dan gerak ke kl . dan KAMI STILL DI HOTEL?????

ke aku yang salah fikir . tak boleh fikir macam tu ? dia kata jalan jalan lah kat Pavilion dengan budak budak ..in mean while DIA KAT PUTRAJAYA MEETING DAN MAIN TENIS KAT PUTRAJAYA ...aku dan anak anak jalan jalan di Pavilion ?

kadang kadan aku selalu fikir aku ke salah berfikir ke macam mana ?

so aku decide ..aku ikut dia meeting ke Putrajaya . aku mintak letakkan aku di IOI mall sebab nak bawa budak budak tengok movie Spiderman...sementara dia meeting di putrajaya . 

dan budak budak masih tengok wayang masa dia main tenis di Putrajaya.

entah lah .

kadang kadang aku pelik tengok org berfikir dengan cara aku berfikir . atau aku ke salah berfikir. 

cth macam ni ...ada org tak setuju balik kampung kita keluar jalan jalan . sebab purpose ly ko balik kampung so ko duduk jelah ke rumah . so macam aku balik Ipoh , aku akan ajak dia singgah Kuala Kangsar jap ziarah kubur mak ayah aku dan ziarah kakak aku yg berada di Chandan.

Pada aku tak salah . dan aku pernah je balik Kuala pastu minta izin mak abah aku nak g Penang sat . taklah buat selalu tapi aku penah buat . 

so mmg cara kita berfikir tak sama . 

ada yg rasa tak patut ada yang rasa ok je .

atas fikiran masing masing . 

dan aku tak kata org berfikiran begitu salah dan aku tak kata fikiran aku sorang je betul. ok?

so kita sama sama belajar 

nnt aku sambungg !


warung mak Senah 


malam sebelum check in tu aku ke warung mak senah kat kg baru .. tempat ni mmg happening giler ..dan ramai orang ..dia konsep macam stall..ada banyak kedai kedai ..nnt bila ko duduk ..dia akan letakkan segala macam menu atas meja ko.pastu sampai satu barang ko bayar lah ..pastu satu makanan sampai ko bayar lagi ..begitulah kekdah nya ..tapi air serious agak mahal utk rakyat marhaen cam aku ni ..kalau milo biasa 2.50 kat sini tak silap aku 3.50 atau 4.50 air apple asam boi Rm7 ni aku ingat 


AMARAN: kalau ko punya my sejahtera tukar kaler jgn harap ko dapat check in okey! ni mmg scary termasuklah nak flight ..hari tu kawan aku kena ..my sejahtera tukar kaler kuneng ..mmg dok rumah sahaja lah ...


ada pulak maskot angkasawan ...berfoto lah anak anak aku 

acara wajib aku dh laksana kan pagi tadi selesoi ...




  skrg ni aku masih di IOI mall. end up kami tengok movie kat sini ..murah sikit ...termasuk set makan combo RM 77 ringgit je ..kalau tak tiket sahaja dan kos RM150 kat Dadi Cinema dalam Pavilion .. kawan aku pun pening dadi tu cinema apa ..hahah ..baru tau Dadi tu cinema ganti GSC dalam Pavilion ...


oklah nnt aku sambung cerita aku yang tah hape hapa ni .. okeysss! xoxo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...