Ahad, 5 Disember 2021

SS9 Johor review

Port makan ni mmg happening dan ramai org 
Tp ada beberapa benda yg aku kuranggg berkenan. Satu perkara sebab pelayannya tu … yg kedua harga nya pada aku agak mahal.

Ok.. bila korang dtg sini .. pelayan akan dtg dekat korang sambil bawak tab apple… ko pun pilih lah apa ko nak makan.. kemudian habis pilih  ko terus kena bayar dulu. Pastu baru ko tunggu  makanan ko sampai. Harga jangan cakaplah … pelayan dia mmg sakit mata..
Ada yg bertindik , bergelang… ada bangsa cina india.. sampai kan ko tak tahu ko makan kedai ni halal ke tak? Yg melayu pun tak nampak islam nya. Rambut berkaler kaler.. aku rasa kurangg selesa. Bahagian makanan viatnamese dia tulis siap siap no pork … tu di tingkat atas. Kalau tingkat bawah ada nama kedai Adam Hawa pastu satay wak  apa tah aku tak ingat…
Kami makan ikan siakap bakar - ni ok RM18 dpt seekor ikan .. suami aku suka dia kata sedap.. aku pulak kata kalau ada air asam baru on…
Kemudian spaghetti carbonara dia sedap. 
Pastu nasi goreng dagingg mmg out. Kemudian suami aku order satay.. nasib baik check .. kurang 5 batang rupanya…

Kami makan malam tu total RM120. 

Aku tak berapa recommended sgt makan sini.








 Sori lah .. itu je review aku . 

*** mungkin aku tak berapa faham … adat budaya bangsa johor. Jika post ini menyebabkan ada yg terasa mohon maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...