Rabu, 23 Februari 2022

EDC Koptown KL Review

 




Hotel ni tiga bintang tp bilik selesa sangat.. macam hotek mahal

View cantik.. selesa sgt lah… byk jabtn kerajaan suka kursus di sini aku ingat
Tp biasalah bising sikit sebab area chowkit pasar borong buah buahan..












Orked ikut jejak ibu

 Anugerah Tokoh Murid 




Orked, 
Kejayaan sebenar bukan diukur dr banyak nya piala dan pingat.. 
kejayaan sebenar lebih dr itu.

Kalau diukur kejayaan dr piala,
Dulu ibu pun pernah terima anugerah
Tapi ibu hanya disini… cuma seorg guru…

Suatu masa dulu  ada seorang budak yg sgt pendiam ..
Sering dibuli rakan rakan 
Ada masa dia balik sekolah menangis sebab dibuli..pensel warnanya dicuri
Walau bgmana kuat pun dia belajar sampai tengah malam resultnya tidak menampakkan hasil 
Dia terus tekun belajar

Tapi hari ini dia berjaya
Dia bercakap di hadapan org ramai 
menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris…
Sampai ke jepun company hantar..
Dia tak penah pun dpt pingat masa sekolah, Orked. 

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi dia sentiasa berada di sisi mak abah menjaga melayani merawat .. menangis bersama 
Berbakti pada keduanya tanpa lelah sehingga ke akhir hayat ibubapa nya..

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi rumahnya paling besar dalam adik beradik..
Serata alam dia berjalan
London, China, semua dia dh sampai…

Ada juga yg tak penah dpt pingat 
Tapi dia lah imam dalam perumahannya
Anak nya hampir semua hafiz dan hafizah…
Kalau majlis dalam keluarga dialah yg pimpinkan tahlil

Banyak lagi kalau ibu nak cerita -

Pokok pangkal nya Orked,
Kejayaan itu luas 
Datang dengan pelbagai definisi 
Dan setiap individu itu istimewa dan dikira berjaya dalam konteks nya sendiri…

Apapun
Tahniah.. 
jadilah seperti padi 
Makin berisi makin menyembah bumi.



Isnin, 21 Februari 2022

Konvo orked

 

Akhirnya merasa jugak orked konvo hari ni..

Aku dh lama tak sekolahkan orked.

Hari ni ada majlis konvocation 

Nasib baik aku baca mesej

.. kalau tak kesian orked .. tak merasa dia naik pentas convocation. Lega.. 

Semoga orked berjaya dunia dan akhirat Aamin..

Ahad, 20 Februari 2022

Ahad

Rezeki orked .. 
ramai adik beradik ibu datang melaka..
Jumaat jumpa Wak Lijah satu family…
Sabtu jumpa Wak Azua, Wak Jila ….
Ahad jumpa Wak Am sekeluarga.
Mmg kami family jawa dan menggunakan istilah Embah, Wak, Bibik. 

Setengah org tak guna istilah istilah ni. Tapi belah family di Perak masih guna. Belah ayah dia moden sikit .. panggil aunty dan uncle. 

Itulah kepelbagaiannya. 
Tapi kami belum decide apa cucu cucu nak panggil memandangkan dah ada 17 org cucu secara tak langsung Orked pun dh naik pangkat jadi Makcik. 

Korang korang yg dh jadik atok nenek sedara apa panggilan korang guna? 

-** pre celebration Orked. Official belum lagi 🤣

Kita tunggu adik beradik ibu yg lain sampai. 
Semua 12 org termasuk ibu dia.. ☺️☺️


Orked dan Wak Cakli.

Tengok surau baru




 

Sabtu, 19 Februari 2022

Orked Besday.

 Aku masih rasa sisa sisa kepenatan. 

Semalam . Dn hari ni bersambung pulak dengan menanti kehadiran kakak aku iaitu kak azua dan kak jila.

Semalam kak lijah. Orked pun konfius . Kakak orked banyak sgt.

Aku mula dengan berjalan dengan kakak aku ke Banda Hilir. Aku mmg tak minat dh jalan jalan ni. Penat. Baik rhat je kat rumah . 

Dah dia nak jalan aku bawak lah jugak. Last kami makan dia kedia asam pedas selera kampunh depan restoran Hajah Rohani tak silap aku.

Mmg tak ingat nak bergambar ke apa. Tapi aku suka kedai ni dia jujur. Dia letak tiga udang besor RM50 . Org rasa ada duit amik. Tak de makan benda lain. Ikan masak asam pedas tak silap aku rm18

Lepas makan kami ke Jusco. Hah sebelum tu aiskrim kelapa dia sedap satu rm5 .. korg wajib makan.

Di jusco aku beli buahan utk hantaran dan aku beli jugak bahan nak masak malam tu. Kakak aku nak buat celebration besday orked. 

Tapi nama tersalah eja lah pulak. Imani dengan orked tertukar. Masa ni aku dlm jusco .. kakak aku beli masa dia kat Secret receipe..

Aku pulak beli toiletries sekali. Total beli brg kat jusco RM270 .. skrg mana ada bend murah

Kemudian balik.. kakak azua aku asalnya nak ke Merlimau hantar buah. 

Nasib baiklah jam 6 petang kak jila aku kata takpe. Kang dia dtg sambut sekali.

Maka bersosahlah aku dengan kak azua sediakn menu makan malam tu. Aku buat carbonara spagheti aku pilih mi yang fettuccine.

Kemudian nampak tak cukup aku buat pulak yang bolognese. So ada dua kuah . Satu putih dan merah. Aku suruh suami aku orderkan dominos pizza. Aku rasa makanan ni cukup

Tup tup kakak aku nak bawah family belah suami dia dtg sekali. Alamak! Camne ni.. cukup ke makanan .. pinggan sudu cawan semua. 

Ghisau! 

Aku jata takpe dtg je.. makan apa yg ada. 

Sekali diorg sampai bawak makanan. Ada yg bawak kgc, ada bawak tauhu bakar. Jadik banyak lah menu malam tu. Cukup semua dpt makan dan kenyang. Ada kek lagi. 


Betulah org yg dtg bawa rezeki dan balik bawak dosa disa kita. Kemulian melayani tetamu. 

Esok ada majlis lertunangan Din dan Dayana. Semoga dipermudahkan urusan . 



Sambutan besday orked ke 7 tahun. Semoga orked sihat membesar. Aamin..


Jumaat

 Jumaat, lepas aku balik kursus . Aku sampai je rumah aku terus menyental bilik air.. kotor sgt.. aku tadi sejak selasa .. sampai Jumaat . Selama itulah bilik air takde sapa basuh. 

Lepas sejam dalam blik air aku solat zohor. Lewat.. jam 4 lebih .. gara gara nak menyental bilik air punya pasal.. adoi! 

Aku baring sekejap atas sejadah sementara nk masuk Asar. Lepas solat asar aku ke Mydin. 

Sekejap lagi .. maghrib kakak aku dr Perlis dtg saty keluarga. Aku kira kira ada lebih kurang 9 org dewasa. 

Akj pun tak tahu menu apa nak jamu. Nnt sampai mydin baru decide.

Aku amik ikan siakap tiga ekor. Nak goreng kunyit. Makan panas panas rangup mesti sedap. 

Aku amiknikan selar sekilo nak masak singgang. Aku beli sotong dan isi ketm nak buat kerabu maggie. Aku belinjugak beberapa jenis buah dan ulam pegaga.. timun jepun. 

Aku singgah ke putu bambu world beli kuih.

Aku balik dh jam 7. Terkocoh kocoh aku msak nsik.. q10 ppot. Harap cukup.

Aku bersihkan ikan terlebih dahulu. Kemudian aku naikkan laik singgang. Sambil tu celor magie nak buat kerabu. 

Dalam masa yg sama nak siang ikan .. nak masak lagi benda benda lain. 

7.30 malam suami aku sampai. Di kata masak apa ?’aku kata menu kg.. 

nasi, lauk singgang, siakap goreng, budu, ulan ulaman dan buah. Cukup rasanya.

Alhamdulillah siap singgang aku . Sedap .. aku hidang atas meja. Nasi pun elok masaknya. Aku tak boleh tunggu .. naik solat maghrib. Dalam aku turun ke dapur tak sama 5 minit kakak aku sampai, Kak Lijah terkcoh kocoh masuk nak solat maghrib. 

Nasib baik anak anak sedara aku semua cekap di dapur. Maka diorg lah bantu siapkan kerabu mahi, goreng ikan siakap, potong ulam dan buat budu. 

Sekejap je .. semua dh siap dan boleh makan bersama. 

Alhamdulillah. Mudh je. Danish rajin basuh pinggan .. clear sinki aku. Mmg cekap budk budk ni di dapur. Yelah .. siti dh ada anak tiga .. mesti cekap di dapur. 

Jannah pun pandai masak. Dia yg buat budu. Yang menantu baru .. lily dan najiyah pun bagus.. takde lepak depan tv .. semua tahu peranan di rumah org.bantu di dapur. Dan rajin. 

Bagusnya … senang kaknlijah .. anak anak nya pandai masak. 

Alhamdulillah semua makan sehingg kenyang . Lega rasanya..: 


Esok ada ramai lagi tetamu nak dtg..

Semua ank dan menantu Kakak aku

Ni siqqid dan najiyah

Full house…

Luqman dan lily

Wak Lijah, kakak aku..

Siti.. ni paling celap di dapur.. dh kawin 





Kenny Hill Bakers Halal ?

 Last day kursus aku ajak suami lunch di sini. 

Sebelum tu aku call staff dia cawangan di Ampang. 

“ Dik , akak nak tanya .. makanan kt sini halal tak?” 

Direct je aku tanya. 

Bukan apa .. kena yakin . Kalau tak .. jatuh syubhah .. maka haram kita makan. 

Dia kata. “ halal kak, tapi ada satu kek ada alkohol..” tu kami bgtau ada alkohol” 

Pstu aku tanya pasal supplier barang lain. Itu pun dia kata halal. So bila aku dh yakin baru aku ajak suami aku makn kat situ. 

Sebenarnya apa yg kami order lebih dr apa yg kami boleh makan.

Bayangkan ek.. aku order strudle peach.. ni mmg aku nakkk rasa sgt. Kemudian tiramisu … yg halal.. lepas tu suami aku nak fries .. order pizza.. dan tambah burger soft crab 

Koranh banyakkan punya banyak makanan.. total  RM140 dua org makan. Tak patut.. 

ada bawak balik makanan sebab tak mampu nak makan 

So fat review aku strudle peach mmg lazat! Tiramisu pun sedap ..

Yg lain ada rasa so so 

Mungkin aku salah order menu. 

Ada menu lain yg lebih sedap .

Tp view dia mmg win.. aku sukalah ..

Tiramisu..: ni versi halal.





Sign nak masuk kedai

Ni soft crab burger… kami hanya makan crab dia.. roti tak makan .. terlalu kenyang


Ni peach strudle..: mmg sedap! 


Boleh dtg sini ya…
Ni pizza .. rm35 tak silap aku.. biasa je.. aku makan sekeping

So kalau korg nak cuba cafe ni ada tiga cawangan .. Ampang, Desa water park dan Jalan Tunku ni paling famous… ok ! Bye

Isnin, 14 Februari 2022

Bertanya bila tak tahu

 Memang susah kalau nak menerangkan sesuatu yg org tak paham dan tak tahu…

Ceritanya macam ni, sekolah aku nak anjurkan GM bacaan yasin. Kebetulan tarikh tu aku ada kursus dan tak dpt join gm tu .. gm (google meet). Mmg selama ni kalau ada program aku yg handle . Control screen. 

Oklah sebelum ni aku create class dalam google classroom yg aku namakan majlis bacaan yasin. Lepas tu sebab kita pakai email under kpm yg ada moe@dl tu mmg auto generate gm utk setiap kelas. 

Maksudnya setiap class dalam gc ko ada gm nya tersendiri. Dan sama setiap kali ko nak buat kelas.

Masalanya aku dgr perbualan. Pasal org kata aku taknak bagi link gm bacaan yasin . 

Bukan aku taknak bg.. kalau aku bgi ko kena log in acc moe aku dan skrg mmg kena ada verification kalau sesiapa masuk email seseorang kan payah tu

Lagi mudah ko masuk google classroom guna email moe kau dan kau dpt generate link google meet ko sendiri. 

Tulah susah aku nak menerangkan. 

Yg aku tak suka tu ..  sedap sedap je cakap .. “dia taknak bg link..” 

aku boleh bagi link tp ko kena ms gc aku utk ko approve org yg nak masuk gm tu. 



Nampak tak setiap gc dah ada link GM .. dia mmg sertakan sekali. 

So faham tak .. kenapa aku taknak bg org link tu .. sebab susah. Bukan aku sengaja taknak bg tapi aku tahu sebab apa tak boleh bg .

Kalau korg tak paham boleh pm aku . Ok bai

Sabtu, 12 Februari 2022

TAKAFUL AIA ATAU PRUDENTIAL?

Baiklah hari ni aku akan menulis berkenaan pengalaman aku .

suami aku dah amik takaful bawah ceupacs aku tahu coverage sangat rendah hanya RM80k setahun utk seluruh ahli keluarga.

kenapalah ada nya takaful ni ya .

kenapa org jadikan sebagai perniagaan ..sebab benda ni sgt sgt memeningkan aku.

dia macam ni kalau ada tak jadi aapa apa ...takpe ..

kalau bahaya bila takde, dan terjadi sesuatu pada ko .

ko bayar bulan bulan RM755 ko dapat kereta tu, bila ko bayar installment kereta

ko bayar bulan bulan dalam bank simpanan hujung tahun ko nampak simpanan nya tu ..kalau seratus sebulan setahun 1200 ..jadik nampak duitnya tu...

tapi kalau insurans ..ko bayar ...ko tak nampak apa apa ..MELAINKAN bila dh jadi sesuatu baru ko akan nampak kepentingan insurans / takaful tersebut

aku guna istilah TAKAFUL bukan INSURANS.

oklah aku pergi dua jenis takaful ..tapi masalahnya selepas aku yakin dengan AIA ..masa register aku baru tahu ia konvensional bukan TAKAFUL

so bila aku decide nak amik TAKAFUL baru aku tahu aku hanya book katil hospital RM150  semalam dengan coverage RM150K..itu sahaja. TANPA ada death, TPD, CRITIAL ILLNESS dan sebagainya . so mmg aku rasa aku rugi sebab amik takaful AIA ni .kalau ko bukan Islam ko nak amik insurans AIA ni eloklah ..sebab dia unlimited coverage kemudian PERYEAR dia akan cover ko 1.3 million banyak tu compare tu takaful AIA hanya RM150k dan within that ada e wallet health yang ko boleh buat pemeriksaan kesihatan dan lain lain ..boleh amik vaksin juga seperti influenza ..HPV

so..so..so...aku dah buat silap aku amik takaful dengan AIA dengan bayaran RM100 setahun dan aku tak dapat apa yg aku nak ..itu pun takde hibah dan takde saving 

asal aku nak amik plan yang ada med, hibah dan saving bulan bulan RM227...so aku rasa kalau korang nak amik takaful yang ada med, hibah dan investment go for PRUDENTIAL yang monthlynya RM230. 

tahan lah ko tutup mata bayar RM230 sebulan . pejam mata . janji ko akan dapat perlindungan jika terjadi apa apa pada ko .

so berbalik pada takaful AIA yg aku bayar tu aku dh buat payment utk 2 bulan premium ..apatah ..so burn duit aku 200 sebab suami aku kata kalau kensel takde dapat apa apa .

so itulah nilai pengajaran yang aku dapat .

btw aku nak bgitau secara umum fakta TAKAFUL YANG AKU FAHAM SETELAH AKU BERWSSAP DENGAN EJEN EJEN TAKAFUL:


1.  prudential cover 1million tapi per year ada limited . tapi dia cover ko dengan nilaian 1 juta 

2. ko masuk takaful kan ...lepas tu kalau accident serta merta dia cover, demam demam dalam tempoh seminggu dan 120 hari kalau penyakit kritikal

3. medical takaful yg ko amik tak cover maternity. so aku ada baca seorang perempuan ni dia menyusukan anak dia . dalam tempoh tu ada bengkak susu lah .so dia nak cover guna takaful tu tak dapat sebab kad dia tak cover maternity.kena tahu kalau takko kena add ons rider yang cover maternity.

4. ntahlah aku rasa bila ko jumpa org insurans ni dia asyik takut takutkan ko pasal ko punya penyakit,kematian , dan aku kadang geram jugak ..korang bercakap macam korang yg ada insurans ni takkan dirundung malang lah ke akhir hayat disebabkan insuran / takaful yang ko ada. gitu?

mraah pulak aku rasa!

dan satu lagi aku rasa annoying gila bab share share perli org yang takde insurans/ takaful ..sabarlah org tahu benda tu penting 


ni contoh poster yang annoying 


korg tahu kt malaysia at least kita ada gov hospital kalau kat singapore yang aku dengar mmg takde insurans takde sapa nak tolak ko masuk hospital ..

mohon maaflah sapa yang jual insurans ni ..sorry to say ..jangan suka sangat post post pasal keburukkan tak amik insurans. takaful

aku penah sembang dengan ejen takaful suami aku. dia pun bgtau walaupun dh ada insurans bila dah jatuh sakt yg teruk ..tetap jugak tak mampu dicover oleh company insurans tu atas segala rawatan yang dia terima .takkan mampu di cover oleh company insurans tu ...sebab kos di swasta terlalu mahal.

dan hospital swasta akan charge kita the highest cost tau bila dia tahu kita pakai insurans. dia suruh kita stay 5 hari just utk habiskan antibiotik. aku tahulah .orked pernah kena masuk pantai sebab demam dan bila discharge hospital kos rawat demam dia adalah RM7/8 ribu kadang macam tak masuk akal pun ya . 

pening pening .

belum lagi kisah kisah yang ko dengar kegagalan org nak claim insurans sebab kan polisi dia ntah hapa tah ! macam macam kengkangan . serius aku tak paham . 


tapi...



dalam pada tu aku tahu ...


kita tetap kena ada medical kad kena ada insurans. walaupun aku gov servant. aku ada GL ..aku tetap kena ada insurans .itu je aku nak cakap. 


AMBIKLAH INSURAN/takaful jangan amik yang konvensional. 

fikir masa akan datang. 

ada org jaga kesihatan tapi bila sakittak mengenal siapa .jadi kita sediakn perlindungan sebelum terjadi apa apa.





AidilBadri Strawberry 2022

Cameron Highlands 2022
Antara tempat yg tak pernah bosan utk dikunjungi lagi dan lagi
Cuma tak tahan jammed
10 fakta percutian kali ini:
1. Ramai org pergi Aidilbadri Strawberry banding Abang strawberry, nak lejen sikit pergi Opah Starwberry .. ni semua area Kampung Sedia .
2. Takde aktiviti petik buah strawberry.
3. Scone seketul RM5 kalau kt Jim thompson Tea Room seketul RM10 ( tak pasti kalau naik rege..)
4. Takde lagi Kea Farm di tepi jalan. Maksudnya kalau ko lalu area kea farm tak nampak tepi jalan org menjual.
5. Hati hati naik ikut simpang pulai ada tanah runtuh. ( dia dh buat laluan jalan raya baru..)
6. Ada hotel baru nama Zenith di Tanah Rata semalam rate RM400 lebih. Cuti sekolah lagi mahal kot.satu lagi 10 Mentigi, semalam RM258 lebih kurang ( guesthouse bed and breakfast)
7. Steamboat termurah Sinar Hijaz!
8. Dah ada billion, family mart,tealive dn starbuck .
9. Cameron highlands masih sejuk sila bawa baju sejuk terutama jalan jalan waktu malam.
10. Jgn pergi time cuti sekolah!





















Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...