Sabtu, 24 Oktober 2020

VIDEO PERSARAAN LAGI ..

 Kali ni seriously aku stuck...mmg pening nak pikir ...macam mana nak buat video persaraan en Zul..ko ingat senang ke nak create video klip ni ..dengan kekurangan diri yang ada kusedari hahahha...

namun atas komitmen yang diberikan aku akur..buatlah jugak ikutkan aku dh pening sangat sangat ni !..please..help!!!

Tercicir barang di kaunter jusco.

Dua hari lepas aku ke Jusco, dulu org panggil jusco sekarang namanya Aeon...
oklah  dipendekkan cerita aku beli barang sekali aku tertinggal telor..korang nak tau macam mana aku buat ..aku telah hubungi bahagian call center jusco ...sepapan kot telor ayam tu hahah ..boleh buat telor dadar dua minggu 😋😋

Esoknya aku dapat call yg aku boleh dtg amik telor dekat customer service..
yg aku happy sebab jusco dah melayan kerenah customers dengan baik..
tapi..tapi ..korang kenalah simpan resit sebab masa dia nak ambil butiran service tu dia akan tanya no invoice dan nama cashier yang attend kita tu ..

Rupanya kat setiap kaunter pembayran tu ada cctv , mmg boleh tracelah barang kita kalau tertinggal. Apapun resit jaga ..jgn buang susah sikit lah kalau kita terbuang resit tu..



telor ni harga RM10.20 sahaja

telefon nombor ini ....

resit ..barang no 1 dah tertinggal ...hahha


kesimpulannya kalay barang tercicir di jusco jgn mudah berserah ok ..usaha tanggal kejayaan...

xoxo
aja aja fitgting!

Jumaat, 23 Oktober 2020

YURAN LITTLE CALIPH TERKINI 2021

YURAN BAYARAN BULANAN TERBARU SEHINGGA DISEMBER 2020

Sehingga 12PM: RM280
Sehingga 2PM : RM320 (beza RM40)
sehingga 4PM : RM380 ( beza RM60)
Sehingga 6PM : RM410 ( beza RM30)

kebiasaannya orang akan amik sehingga 6 petang, sebab habis kerja ..tapi tak boleh lewat sangat nnt kena bayar charge tambahan.

kalau orang yang hantar sehingga jam 12PM selalunya ada org di rumah seperti maid, atau nenek atau atok. boleh lah balik jam 12pm..

terkini utk bulan Nov orked hanya akan tadika dan transit di Tadika Bijak Bestari atau transit dengan teacher Ayu di Ayer Keroh Heights. ...

Alhamdulllah ayu sudi nak amik Orked dr tadika Little caliph ..makanya selepas ni aku tak perlu berkejar nak amik Orked di Little Caliph ..boleh je amik di tadika yang sama Iyad dan Ihsan transit.

Sebenarnya pening juga fikir pasal nak transitkan anak-anak ni ..

kena cari yang betul betul kita nampak mampu jaga anak kita ..

sekarang ni Iyad dan Ihsan belajar mengaji dekat tadika Teacher Ayu bayar seikhlas hati tapi aku bayar ustzah tu RM15 seorang ..jadi utk 2 org RM30..



Khamis, 22 Oktober 2020

PUNCA NEELOFA BERPURDAH?

 Aku baru beberapa hari join Telegram neelofa. 

Setiap hari Lofa akan share perkongsian perkongsian tentang apa yang dia dengar dan apa yang dia baca...

semakin lama semakin aku faham dengan apa keputusan yang Lofa buat .

Bukan satu perkara yang mudah .."mentalakkan" dunia atau lebih tepat aku katakan. Neelofa telah "meninggalkan dunia" sebelum dia meninggal dunia..

Meninggalkan dunia atau dalam erti kata lain menolak semua keseronokan dunia demi mengejar akhirat..atau lebih tepat demi mengharapkan KEREDAAN ALLAH ...

Neelofa memiliki segala yang manusia biasa inginkan ...kemewahan, kemasyuran, kecantikkan ,kebijaksanaan...boleh kita katakan manusia yang paling beruntung di mata kita, adalah Neelofa.


Itu yang kita nampak .

Hakikat yg sebenarnya hanya dia yang tahu.

Namun demi mendapat keredaan Allah, Neelofa tinggalkan segala kemasyuran dan keglamoran yang dia ada. Namun percayalah ...org tetap nak tahu apa yang dia buat .dan apa khabar dia..

Neelofa tak perlu membuang masa berhias muka ..sebab dia pilih berniqab yang mana menyembunyikan kecantikkan wajah nya..namun aku yakin wajahnya tanpa mekap itu lebih mulus ...dan dari segi pakaian ..Neelofa memilih utk mengenakan baju yang polos dan pastinya plain color ...tiada lagi yang daring dan ranggi...

Berikut merupakan perkongsian Neelofa di Channel Telegramnya ...




Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) 

permainan dan hiburan (yang melalaikan) 

serta perhiasan (yang mengurang), 

juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) 


SAMALAH SEPERTI 


hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai


dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), 


dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).


Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Surah al-Hadid (20)


TONTON VIDEO DIBAWAH INI. INILAH SEBAB MENGAPA NEELOFA MEMILIH UNTUK BERNIQAB...




mau join telegram lofa tekan link ini 

https://t.me/NeelofaTelegram

https://t.me/NeelofaTelegram

https://t.me/NeelofaTelegram


Ahad, 18 Oktober 2020

Le Creuset

 Aku janji ! aku beli satu ni je ..promise! 

aku beli staub pulak lepas ni ...LCni satu je aku beli janji...ermmm

lawa nya rupa ko...


aku belum submit order ni ..korang rasa patut ke tak ????




Sabtu, 17 Oktober 2020

Pulang - Insomniacks

Pulang


Kenangan yang telah berlalu
Takkan ku lupa
Hanya engkau yang aku mahu
Sudah tentu
Kisah cintaku bersamamu
Tidak sempurna
Walau apa pun kita
Tetap akan bersama
Hariku
Lebih indah
Pabila
Kau ada
Ku menunggu
Kau pulang pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang
Hanya kau pemilik hatiku
Tiada yang dapat mengatasi
Cinta kita apa adanya
Hariku
Lebih indah
Pabila
Kau ada
Ku menunggu kau pulang
Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang
Pabila
Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba
Where
Where did you go
I've got so much to say
So you can't go go go
Tak bisa ku


Supplement oh supplement!

kita mmg kena amik supplement ..terutama musim musim covid ni sangatlah penting
hari tu aku baca orang darah O susah kena covid berbanding orang yang berdarah AB..tak pastilah tapi mmg ada kajian yang dilakukan berkenaan jenis darah ni dan covid ....

tapi kan antara supplement dengan real food ..ko kena makan real food ..itu yang sebenarnya ,,cth nak amik vit c amiklah dari buah buat citrus ..dan diingatkan jangan gun air panas ..nant mati zat zat tu ..

elok makan buah buahan dan sayur sayuran dari pelbagai warna ...macam pisang tinggi potasium .., betik kaler oren ..anggur hijau dan lain lai.n ..rupanya mempelbagaikan warna dalam pengambilan makanan jugak ada kebaikannya ..

oklah kalaukorang rasa supplemnet ni mahal nau ! aku penah baca dr hamit arsat share pasal kita boleh amik obimin ..ala pil yang kita amik bila start ngandung tu ...dia kata tu pun elok .dan tambhanya lagi elok makan panadol sekiranya kita pening pening ..trak salah sebab panadol termasuk anti histamine.. dah ta tua ni badan kita tak sama ..mudah kembung perut lah ...pening kepala ..migrain dan sebagainya ..

teringat aku kata kata ..penyakit berpunca dari perut iaitu apa yang kita makan ..


Aku bagi anak aku vit c dengan probiotik

ni pil kami mak bapak makan 

 sekarang ni time covid nak beli vitamin mana murah ?

tekan sini ler...https://invol.co/cl1i0m1

watson mana lagi ..

anak anak nak membesar kena ada supplement tau !time covid elok amik vit c ook..


MASAK VS MAKAN LUAR

 Sesungguhnya dengarlah cakap aku ...berbanding makan di luar dan masak sendiri adalah lebih jimat masak sendiri dari kau makan kat kedai tiap tiap malam..( pergh mantul aku tulis ni tanpa melihat keyboard power tak?)hahah

oklah mav]cam yang aku cerita dari awal minggu ari tu aku beli lauk kt sekolah ..total hangus dalam RM82 .Yang bestnya lauk aku masih ada lagi yang belum sempat di masak. 

kiranya mmg setiap malam aku akan masak di rumah ..tukar tukar menu ..

Aku beli lauk isnin kan ..so here we goes! menu aku utk lima hari :

Isnin:

Makan malam aku masak daging bakar dengan sos thai ..mmg sedaplah kan ...bau daging tu kena bakat tersangat lah harum!


Selasa: 

breakfast: Aku masak nasi goreng daging . ( Hari ni lah aku keje on off dari rumah ke sekolah) 

Dinner: Aku masak bubur ayam ...sedap gak masak bubur ayam 


Rabu:

breakfast aku buat roti je ..banyak bekal kacang panggang dengan srcamble egg

dinner: Aku masak ayam percik..berselera Ihsan makan sampai menambah nambah ..


Khamis: aku crk ,,jaga Iyad

breakfast: aku goreng me rencahkan dengan daging 

tengah hari tak masak 

malam: aku buat bubur lagi ..kali ni pesan suami aku beli tomyam dengan kangkung goreng belacan 


Jumaat:

Breakfast: sempat pulak grilled salmon dan spaghetti putih 

Malam : Aym masak kicap 3 budak gemok dengan sambal  gesek..


Sabtu:

bfast : Mydin ..nyesal weh ..anak aku je kanak kanak yang keluar ..bahya bahaya..cepat cepta balik rumah 

tengah hari mkn lauk semalam 

malam : suami aku beli asam pedas ikan jenahak part ekor RM 44 kat Asam Pedas Parit Ani

aku goreng kailan je ...nak buat telor dadar..dah habis telur..


Ahad:

Aku ingat esok macam nak masak sup tulang ..tapi tengoklah macam mana 


Apa stok lauk yang tinggal:

aku ada kambing sekilo ..kambing ni elok masak apa ekk..?

pastu ada sebekas lagi ayam ...aku macam nak masak benda benda yang sihat gril gril je ..malas pakai minyak minyak ni ..

Aku kira dalam RABU atau KHAMIS depan kena topup lauk basah balik .


Tadi suami aku g mydin belikan stok sayur dan buah...oklah aku rasa aku kena buat balik plan nak beli lauk ni supaya terarah sikit..


btw aku nak share kat korang kebaikan guna bend aalah ni:

senang weh nak masak spagheti atai benda benda lain ..main tarik je tali tu ..yang tak tahannya boleh kisar isi ayam sekali ..ni masa aku nak maska bubur ..kalau nak buat sto minyak bawang putih pun mudah dengan benda alah ni ...

korang nak beli tekan je link kat sini :

https://invol.co/cl1i0lj

kalau korang nak cari namanya " chopper blender" yang aku punya satu mata ..dia ada banyak mata ..kalau terbaru ni ..untungg ar korang !





Jumaat, 16 Oktober 2020

100USD...jauhhhnya lagi!!

 hari hari aku check income pasif aku ni ..

bilalah aku dapat keluarkan 100 USD pertama dari sumber pendapatan blog ni ..


korang rasa apa aku patutbeli dengan duit blog ni ? 😆😆

1. emas , aku nak beli rantai emas ..satu utk aku ..satu utk orked

2. periuk le crueset

3. telekung mahal Nora Danish

4. iphone 12

5. kereta mini cooper macam drama coffee prince

6.rumah kedai utk lot bisnes pertama aku

7. bracess gigi

 cukup lah tujuh ..ko ingat 100usd besar mana ?

bahahahhh...baru 400 lebih lah ..😂😂😂😂😂

takpe ..setiap masa orang akan membaca ..yang penting teruskan menulis isi hati mu..jujur dan ikhlas..! ikut suara hati...


HANDBAG BABY, BAJU SABELLA dan KAK LEEN

hand bag yang aku order dah sampai ..satu perkataan ..mengecewakan !!

tapi kawan aku cakap ok ..nnt aku akan suka ...hmmm..mungkin jugak ..tp dalam dia takde compartment langsung..macam letakbarang boleh jatuh 😓😓😓😓😓
aduh ..dah lah mahal ..! apa nak buat ..dalam hidup tak semua benda huntunggg kan 


nak refund pun tak bleh ..apa daaaa!

tertiba ada gambar aku ..kak leen snapkan 

ok sebelum aku cerita pasal baju sabella .aku kena buka cerita pasal Kak Leen ..

aku tak tahu nak start dr mana ..tapi aku ngn kak leen tertiba jadi rapt  ..ewah ..dah macam bercinta pulak ...bukan macam tu ..dulu kami selalu share cerita pasal mekah ..umrah..lepas tu kalau ada masa kami borak dalam lorong kawasan meja kak leen ..semua org aku sembang ..

mula mula kak leen bagi aku beras herba poni taj mahal ..sebab dia kata mmg susah nak jumpa beras ni saiz sekilo ..masa tu ..Allahu ..! terharu aku ..betapa kak leen nak aku sama sama diet dengan dia ..kak leen dah turun 4kg sejak makan beras tu ..kak leen pun dh tak amik gula cuma minum essenso biru ..o..no sugar..

lepas tu kak leen ada order baju sabella..tapi kak leen tak penah pakai ..kak leen kata kak leen malu ..pakai baju fesyen feseyn ..kak leen selesa pakai naju kurung je ..lepas tu kak leen cakap .." nnt akak nak bagi ko ama ...ko pakai lh ...ko pakai cantik .."

aku ingat kak leen bergurau , aku gelak jelah ..sekali dia wassap aku dia cakap dia nak bagi baju perak hitam ..kak leen pakai tak elok ..kata kak leen ..aku masa tu menolak lah ..aku cakap nak bayar ..tapi kak leen beria ria taknak ..dia kta esok kak leen bawa...sekali esok nya aku CRK Iyad tak sihta..jumaat aku sampai , ada beg biru atas meja aku dah agak dah ..baju sabella yang kak leen kasik ..

aku g meja kak leen cakap terima kasih pastu kami borak borak..aku tak bukak pun beg biru tu ..tapi aku perasan apsal beg ni berat pulak ..

balik rumah baru aku bukak ..mak aihh! bukan satu tapi dua baju kak leen bagi ..maknyanya RM160 total semua ..uwaaa!!!..ngape kak leen bagi baju sampai dua..malunya ...

aku mesej dia ..kak leen saya ingat satu ..kenapa dua ..hahah ..aku cam malu sgt ! merah padam rasa muka..kak leen kata takpe ..

pastu aku cakap janji kalau aku bagi apa apa kak leen pun kena terima ..pastu kak leen gurau ..kak leen cakap kak leen zuhud ..guna je apa yang ada...

tapi aku berazam aku akan hadiahkan kak leen satu benda yang istimewa..btw ,,aku mmg ada belikan kak leen mug ..stir yang automatik tu ..pastu aku dah order beg yang tulis nama tu ...
"leen hazleen"..pastu aku ingat nnt nak hadiahkan kak leen telekung ..
bila birthday kak leen ek...
aku rasa kepas Kak Na atau Rohana Mat Lodin ...Kak Leen lah kawan aku ..

Terima Kasih Kak leen ..walaupun kak leen tak baca blog saya tapi saya nak kak leen tahu sy amat menghargai pemberian kak leen ni ..terima kasih ..jauh di sudut hati saya, sy amat terharu ...


Baju yang Kak Leen bagi 

Hitam petak ni mmg hot item tau!

  

Rabu, 14 Oktober 2020

SABELLA

 Korang penah beli baju sabella...

Aku baru ada 7 helai ..kawan aku ajen ..tak silap aku dia ada lebih 50 helai gamaknya ...tak ingat baju apa yang dia ada..

aku pulak sejenis suka pakai baju yang baru sampai ..cth hari ni sampai baju baru esok aku pakailah ..selalu gitu macam sejenis tak menyabar.

dulu kawan aku ada yang perli..tak basuh dulu ke...hmm..ntah keji sangat ke pakai baju yang baru beli tak basuh?

pastu aku jawab pulak .."orang basuh lah .rumah ada dryer takde masalah .." aku rasa org perli perli kau sebaiknya kau jawab macam tu ..

kan aku cerita kan ada sorg cikgu ni perli ..dia kata ..pada aku.."ama ni tengoklah ..munggu depan dia pakai baju ni lagi .." maksudnya kalau aku beli baru baru, aku akan ulang pakai baju baru tu..macam minggu ni isnin aku pakai ..minggu depan haru jumaat ...ala baju baru ...seronok lah pakai kan ..

tu pun jadi masalah kat orang ..

pastu ni tadi ada junior tegur .." kak ama kan selalu nya terus pakai baju baru .." erk! 

pelik org org ni ..org beli baju baru terus pakai pun jadi isu ..baju aku kan ...

terpulang lah org tu beli baju baru nak pakai bila ...

aku pun kerap pasa n ..kawan aku ni mmg suka perli perli aku ..ermm...jeles kah ? 


ok lah ....nnt aku upload koleksi sabella yang aku ada ..hihi...


Selasa, 13 Oktober 2020

JOURNEA HANDBAG

 

ok aku nak tanya korang kalau korang tengok web page ni korang rasa ni product mana?

aku tak tahulah kan ..tapi aku sincerely cakap ni product macam dari Malaysia..macam product sometimes.com tak pun product christy ng..actually aku pun belum pernah beli handbag christy ng ..hahah..

oklah tapi kan bila aku beli beg dari journea ni surprisingly barang tu dihantar dari China..hukhuk!..aku bajet bajet cam designer malaysian lah gitu ..alamak! kalau aku tau aku beli je kat shopper..adeh!

ni aku google dr shoppe



korang rasa macam mana?

korang pernah tak beli beg beg gini ?

aku ade beli brand sometimes..tapi aku rasa berat ..nak bawak beg tu sendiri dh berat ..belom lagi ada isi...

yg aku beli ni beg letak laptop..tapi mg aku test akak sekolah aku punya beg , begnya berat..hmmm..so handbag aku belom sampai ...mana tak nye .post dr china ..lama lah sikit nak smapai ...macam lah takpernah beli barang china kannn..

beg yang aku beli ni katanya dari vegan leather..ala kulit palsu yang menyerupai kulit sebenar ...

ala buat pelasah nak g sekolah ..boleh sgt lah kan..hihi

Isnin, 12 Oktober 2020

MENULIS SETIAP HARI

 Blog yang baik blog yang kerap di update

orang tak suka baca blog yang dh bersawang ..tapi aku macam takde story nak share ..


oklah nak review cerita BICARA CINTA.korang ada tengok ?

nnt aku wat review..

Oklah ni klai ke dua aku ke Coffeology ..Mak aihh kena sekali RM200 haha ..rasakan ..nak celebrate sangat kan ..hahah ..takpelah janji semua kenyang dan happy ..oklah ..

tapi kan nilai RM200 tu sebenarnya cukup utk aku beli stok dapor dua minggu..

korang tak caya?

Tadi kan aku ada beli ayam dua ekor, daging sekilo dan kambing sekilo ..total dalam RM82. Lepas tu aku singgah kedai nak apa ekk kat Taman Muzafar Height tu ..dekat situ gak kedai eco 2.10 baru bukak kat area Ayer Keroh ..macam Jaya Groceries tapi bukan hahah ..oklah aku beli barang macam tomato, halia, kailan ,bebrapa barang lah mi sebungkus kuew tiaw sebungkus ..pastu fish ball , kentang, suun, adalah dalam RM35 .

pastu ondaway balik kat Taman Tasik aku singgah lagi nak beli daun ketumbar nak masak daging bakar sos thai...aku beli sekali pisang sesikat ..dalam RM7 lebih ..

cukup kut utk aku nak masak breakfast dan makan malam dua minggu ..paling tidak seminggu ...

aku ada plan nak masak bubur berlauk nnt ..ok lah aku dah tau port nak beli sayur..tapi aku rasa cam mahal sikit beli barang jat situ..

lepas dan spend Rm200 tu aku jadik kedekutlah pulak hahah..yelah memkirkan boleh beli benda lain kan ..

kalau korang belanja barang dapor berapa sebulan?

aku ada benda nak beli ni macam kopi essenso ..aduh! stress aku dengar iyad batuk kroh kroh ..takut pun ada ..

oklh korang tengok lah gambar kami makan kat Coffeology tu ..ok 

ni sedap

sotong ni RM16 rasanya

Carribean rice


Lamb chop

Hot choclate

waffle tower

NOT FOR SALE! hahah


Sabtu, 10 Oktober 2020

ILMU KEIBUBAPAAN

 Aku tak ingat sama ada aku dh cerita ke belum ..Orked dapat masuk pra sekolah ..macam dah cerita lah 😃😃😃

so Insya Allah dipanjangkan usia semua anak anak aku kat berada di dua sekolah ..SK Ayer Keroh dan Mozac. 

Kalau korangg nak anak mausk pra sekolah kena mohon secara online..ni aku rasa dh mmg aku share aku ingat ...

berbalik pada sekolah anak ..pada isu isu parenting ni aku minat nak komen pasal ada orang ni share pasal anak kalau nak keluar rumah biar dia pilih nak pakai baju apa ..kalau dia pilih baju singlet dengan seluar tido kita kena izinkan .,sebab itu pilihan dia ..biar dia tentukan hormat dengan apa yang dia pilih ..

kalau anak pakai kasut satu lain sebelah lain pun ok ...🙅🙅🙅🙅


entahlah aku macam tak setuju pulak dengan idea Ticer ni ...sebab pada pandangan aku , mak lah kena bantu anak buat keputusan yang tepat ...mak kena tunjur ajar pada anak ..mana elok mana yang tak elok....anak tu kira nya mumayyiz ..yg tak tahu mana elok dengan mana tak elok ..makanya sebagai ibu kena kena lah didik anak tu ..jangan di biarkan anak tu buat keputusan sesuka hatinya ...nak hormat pendirian anak pun agak agak lah ...atleast bagi dia buat keputusan antara dua helai t shirt ..contoh nya nak baju biru ke hijau ..hah macam tu oklah ..ermmm...

aku rasa tak semua ilmu parenting kita kena ikut ..ikut apa yang mak ayah ajar jika dulu ..


lagi satu kan ..hari tu aku nak amik imran  ..sekali jalan jammed nak masuk ke sekolah dia ..so ..aku pun tunggulah dulu ..sementara nak bagi jaln reda ..aku cakap lah kat kawan aku .." nak ambik imran ..jammed pulak.." lepas tu dia boleh cakap .." suruh lah dia turun ..." pastu dia sambung lagi "..kalau saya jenis kejam ..suruh je anak turun" ..macam maksud dia tu jangan manjakan sangat lah ..tinggi kut bukit mozac tu ..takkan aku nak suruh imran bawa beg berat turun bukit tinggi tu ...tak tergamak aku ...! aku ni kejam juga tapi taklah sampai sanggup memperlakukan anak macam tu sekali ..


pastu dia cerita lah yang dia tinggalkan anak dia sebab menangis ..tinggalkan dalam rumah ..erm..entah lah anak korang ..korang didik lah macam mana anak korang tu ...aku pun buan pandai sangat didik anak ..janji kita didik anak anak kita jadi org yang baik .





Jumaat, 9 Oktober 2020

RUSSELL TAYLOR PROMO ..AUMMMMM!

 korang russell taylors tengah promo gila gila ni ..korang pergilah link ni https://invol.co/cl1fibi


Masa aku beli RM229 tambah postage jadi RM234...ni baru RM199 uwa...untungggnya koranggg!

Air fryer RT ni mmg bagus aku dah pakai sejak 2018 tau! ...nak masak. apa apa pun senang tak caya korang baca kat sini ekkk...

review air fryer 

sambal air fryer

resepi ayam air fryer

burnt cheese cake viral air fryer Russell Taylor

Rabu, 7 Oktober 2020

TADIKA YANG MANAKAH TERBAIK

 Sekarang mak ayah tengah sibuk mencarai tadika yang sesuai dengan anak anak...mak ke ayah yang akan fikir kan ..kalau mak dan ayah bagus . Tapi kalau mak sahaja ..atau ayah sahaja yang susah hati kurang bagus..


penting ke tadika ni utk anak anak ? 

ada yang tadika mahal akhirnya macam tu jugak ...

apapun aku percaya sebenarnnya ia merupakan satu proses. Proses pembelajaran utk anak.. yang paling utama di awal awal pembelajaran ini amat penting di teguhkan pegangan akidah anak anak ..anak anak kena di ajar aspek akidah seperti rukun iman dan rukun Islam . Peringatan tentang ini dosa ..ini pahala ..ini baik ini jahat sangat mempengaruhi cara anak anak melihat sesuatu perkara ...

anak anak kena tahu do and don't bila bermain dengan budak lelaki ..tahu batasan aurat dan batasan pergaulan ...ini memberikan gambaran pada anak anak buat permulaan dlm kita bersosial ada benda yang boleh dan tidak di lakukan antara lelaki dan perempuan.

Adab adab seperti makan, jangan berebut, makan dengan tertib, gunakan bahasa yang baik , beri salam jawab salam ..semua tu sangat baik di ajar pada anak di usian muda ini ..

jadi utk pengalaman akak ..pilihlah tadika Islamic sebagai permulaan kita memperkenalkan kepada anak anak kepentingan ilmu agama ..disusuli dengan ilmu akademik. 

bila masuk darjah satu anak anak buka lagi baru nak kenal huruf..sebaliknya sudah boleh MEMBACA. dan boleh MENGIRA..bukan tak kenal nombor lagi ...ini sangat PENTING kerana silibus pendidikan anak anak semakin tinggi . 

tapikan kalau anak anak ni tak dapat tadika yang Islamik ..maka mak ayah lah yang bertanggungjawab bagi pendidikan agama tersebut . 



Isnin, 5 Oktober 2020

Imran tak dapat balik!

 hari ni dalam group sekolah imran hangat cerita pasal nak bawa balik anak ..ada ibu bapa yang katanya tak sihat disebabkan demam rindu pada anak..Aku? aku masih boleh terima ..dan lojik dengan apa yang berlaku ...janji imran call setiap minggu Insya Allah ok...taklah rindu sangat ..nnt aku nak hantar barang lagi pada imran..supaya dia tahu aku sayang dan sentiasa rindu dia..

diorg share program guru muda..

yang aku faham ni program kawan jadi mentor ajar kawan kawan yang lain ..sepatutnya anak anak ni sentiasa seiring darjah kefahaman mereka antara satu sama lain ..kalau tak faham tanya kawan lebih mudah dari tanya guru..guru malu takut semua ada...

Aku bersyukur Imran dapat suasana yang baik sebegini utk belajar.Semoga Imran berjaya ..berjaya seperti yang dia impikan ..semoga imran kuat menghadapi ujian hidup nya ...Ya Allah peliharalah imran ..amin...

Sabtu, 3 Oktober 2020

Beli ikan di Pantai Siring Melaka


Ini kali kedua aku pergi Pantai Siring ..nak makan ikan fresh inilah tempatnya ...
ikutkan aku mmg tak tahu beli ikan kat pasar, mmg suami yang belikan ikan ..aku tak pandai pilih ikan ...dan taktahu ikan tu murah atau mahal sebab tak biasa membeli 
memandangkan rumah kami ke Pantai Siring makan 25 minit jauh perjalanan ..maka kami breakfast roti dulu dalam kereta...


dah pergi sekali terlupa pulak nak tekan duit ..ada lah 150 ..kalau nak beli ikan buat stok ni mmg tak cukup..nasib baik tanya budak perempuan tu dia kata ok ...boleh bank in dalam account dia ..sian susah tokey ikan tu ..macam mana lah pulak bayar pakai bank in .mesti dia marah agaknya ...entah lah ..tadi beli ikan stok seminggu dalam RM180..ikan fresh oklah kut ..suami aku beli udang, ketam, kerang, ikan siakap, ikan jenahak dan aku suh beli ikan kerisi dalam tiga ekor...aku suka makan ikan kerisi goreng ...
ini harga udang dia ..suami aku cakap mahal ..tp dia kata kalau udang laut elok ..ni aku tak pasti udang apa ..


tongkol 18 sekilo







ketam dia nampak fresh dan besar besar



hidup lagi kerang ni ....

tertiba ada sekor udang besarr



siakap ni berlendir ...sebab fresh lagi....



Sebelum balik kami makan kat kedai warna biru ...udang tu sekor RM3 ...kami makan nasi lemak dan nasi kerabu ...

 kalau korang mmg suka makan ikan fresh bioleh beli kat sini ..mmg segar segar ..nelayan naik darat dua kali pagi dan petang..org rumah tepi laut mmg untung ..hari hari boleh makan ikan fresh ..

tertiba teringat kisah Bicara Cinta yang Adi Putra berlakon jadi nelayan ..hihi

Jumaat, 2 Oktober 2020

CARA NAK ANAK SAMBUNG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

HAI SEMUA ...ok aku nak share kat korang terutama mak ayah yang anak nya darjah 6 ..untuk melangkah ke sekolah menengah...

sekolah asrama pebuh SBP adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ..yakni kerajaan.. di bawah pentadbiran yang berbeza dengan sekolah menengah harian ..kalau nak kenal sekolah menengah harian senang je dia ada tulis SMK....SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ..ATAU SMKA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA..NI KIRANYA SEKOLAH KERAJAAN ALIRAN AGAMA...

berbalik pada SBP ..terdapat banyak SBP seluruh malaysia hampir setiap negeri akan ada 2,3 SBP ...macam kat Melaka SBP ada dua iaitu, MOZAC dan SBPi Selandar (aliran agama)

kalau kat KL lagi banyak ..dlm banyak banyak tu... sbp ada tiga yang paling premium namanya TKC, Tun Fatimah dan MCKK di Kuala Kangsar..

kalau aku aku prefer yang dekat dengan aku, supaya senang aku nak capai kalau apa apa ..dekat kan ...

for sure result kena mantap tapikan kalau UPSR 3A3B pun dh boleh masuk.. cumanya panggilan ke 4 atau 5 lah ...ikut rezeki masing masing..imran anak aku dapat 4A 2B  je dan sekarang di baru tingkatan 1 di SBP MOZAC...kalau di Melaka kiranya MOZAC no 1 lah ...

SBP ni nak masuk kena mohon secara online ... 



macam ni iklan utk 2020 dulu ....kalau ikutkan mak ayah kena mohon kan secara online..tapi kalau sekolah kampung, guru guru lebih arif, mereka yang mohonkan ..tapi tulah yuran asrama mahal jugak beribu harganya ...mmg kalau tak dpt bantuan, tak mampu mak ayah nak hantar anak ke SBP..

tapi bagusnya SBP dia banyak bagi peluang pelajar expose diri dia ..jadi seorang yang berani ke depan dan lebih matang dalam belajar ..sebab kena berdikari sendiri.. kalau sekolah harian ni banyak yang guru guru kena support dan bantu anak anak ..

oklah lepas tu akan ada peperiksaan secara online yang di jalankan secara berkelompok di sekolah SBP ..macam imran di Mozac dia amik exam tu ...

lepas tu bila keluar result UPSR kita tunggulah sama ada dapat atau tak ..tapikan ...lambat dpt kena masuk dulu sekolah harian biasa ...macam imran dulu masuk SMKA Sultan Muhammad dalam dua minggu kot baru dapat MOZAC itupun pangguilan ke tiga ke atau kedua ..tak ingat ...

ada jugak kawan yang anak nya sekolah di Tun Fatimah akhirnya keluar dan masuk sekolah harian biasa..sebenarnya atas diri kita jugak ..sebab kalau tengok kat sekolah aku mengajar ada je budak keluar jadi doktor ..maksudnya berjaya jugak walaupun hanya belajar di sekolah harian

ada pro and cons lah ..kalau sekolah harian ko masih ada masa dengan anak anak ..sebab masih duduk sama ...kalau asrama ni lain sikit ..kita dh berpisah dengan dia ...dia dh ada kehidupan dia sendiri ..yg mana ada masanya dia menentukan sendiri keputusan yang dia kena ambil ...maksudnya kita beri dia kebebasan menentukan apa yang dia nak ..sebagai mak kita cuba bimbing dan kalau yang tak elok tu kita nasihat baik baik ...jgn anak kita tersalah memilih dalam hidupnya 

kalau MRSM lain pulak ..MRSM dh bawah MARA bukan lagi bawah KPM ..so sistem pembelajaran dia juga dah berbeza..tapi yang bagusnya anak korang boleh lah dipertimbangkan utk dpt biasiswa mara utk smabung belajar nnt ...tapikan ikut pengalaman ..adik ipar aku namanya Mahirah. dulu form 1 sampai form 5 dia sekolah Menengah Convent kat klang...dia dapat result elok dalam 9 atau 10 As dia masuk kolej Mara kat Seremban amik IB (𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗕𝗮𝗰𝗰𝗮𝗹𝗮𝘂𝗿𝗲𝗮𝘁𝗲 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺𝗺𝗲 ) lepas tu dia sambung amik course medic kat MSU ..bawah tajaan JPA kot ...so lepas SPM kalau kat kolej mara tu pilih sama ada nak amik IB atau A level Programme ..dua dua ni macam foundation nak g oversea aku rasa...

masa kat MSU tu mmg adik ipar aku duduk dengan mak ayah dekat Shah Alam ..so macam aku nampak jalan Imran kalau nak jadi doktor macam tulah ..

Ya Allah.. mudahkan lah jalan imran nak jadi doktor aminn...

oklah...kalau korang ada nak tanya ..letak kat komen nanti aku jawab dalam entry aku ok ...

baca sini utk tahu senarai SBP terbaik di Malaysia berdasarkan SPM 2019

https://www.permohonan.my/senarai-sekolah-terbaik-sbp-spm/


Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...