Sabtu, 1 Mei 2021

SPONSOR AIR BERBUKA

Korang tahu kan setiap hari bekerja or weekdays aku akan bukak puas secara bersama sama residen Country Villa di depan surau sementara ..

memandangkan dah ada menu utama 

hari hari menu lain lain okeys..hahah

paling aku ingat ada 

nasi arab, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak ayam kurma, nasi kak wok , nasi daging, nasi ayam penyet , nasi beriani, soto, 

pastu ada juadah kuih muih yang jemaah sponsor .

so aku dan suami pulak hari hari bawa air minuman .

hari hari air lain lain tak sama 

Air bandung laici

Air mangga sunquick campur soda

Air cha bang ang 

Air jagung susu

Air vitagen

air soda, limau, laici, serai dan daun pudina

Air milo ais

Air bandung cincau

air fruit mix campor buah naga , campur laici, susu 

Air fruit mix campor soda

aku rasa air yang paling sedap air jagung Ihsan cakap, orked kata air yg campur soda. dan yang paling tak best aku rasa Air Vitagen . cam tak jadik sangat ar..

so dalam plan aku nak buat 

Air Katira

Air Jagung Susu

Air laici Teh O

Air kopi ais

tu air yang aku buat hahah ..mmg kecil je balang nya. yang sebelah tu air Tebu air yang AJK sediakan 

masa ni sunset .....

lawa pulak langit petang ni



tukang bawak air hari hari .....

seronok sebenarnya bila bukak puasa ramai ramai macam ni 
tapi aku tak suka juga bila org kata ..: seronok lah amik nasi bungkus je orang masak ...takpelah macam macam org nak cakap, janji kita sponsor benda yang baik kan ...

dapat hidup dalam kejiranan yang macam ni mmg sangat diimpikan ...

Alhamdulillah !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...