ni kedai nya ...kantin.. |
tengok tu ..bersih je .. |
aku makan nasi separuh je ..sebab rasa kenyang .. |
ada jual jajan tau |
paru tu mmg sedap .. |
nilah hotel kobemas melaka .. |
ihsan bergambar betul betul depan hotel kobemas |
ni kedai nya ...kantin.. |
tengok tu ..bersih je .. |
aku makan nasi separuh je ..sebab rasa kenyang .. |
ada jual jajan tau |
paru tu mmg sedap .. |
nilah hotel kobemas melaka .. |
ihsan bergambar betul betul depan hotel kobemas |
Setelah sekian lama aku membeli makanan utk anak anak ..harini aku cuba masak semula.
Aku order ayam dua ekor dan daging batang pinang 2 kg . aku harap cukup utk makan selama seminggu .
rancanglah menu apa nak masak . Harga bahan mentah ni Rm75.15. Aku beli kat koperasi sekolah . Bagus KOOP ni ..macam macam benda dia jual...ada ayam ..ikan ..telor ..ikutlah order ..sapa nak baru dia order ...takdelah barang tu dalam koperasi je ..jadik kalo ko balik lambat tak sempat singgah kedai boleh beli je kat sekolah . ada jugak jual kambing perap , susu farm fresh dan benda benda lain ..rare kan ..selalu koperasi jual buku dengan jajan je ...
ok.
balik sekolah aku singgah lagi beli kopi Kaw fee ..kali ni aku cuba caramel machiato ..sedap tapi pada aku agak manis.
balik dr beli kopi ..aku singgah pulak kedai runcit nak beli barang barang lain nak masak ..
aku beli serai, halia, bawang putih, cili padi ,cili merah, mi, kuewtiaw, cheese cream tatura dan whipping cream sebab nak buat kek biscoff..nak try lah ..biasa ok je aku buat sennagpun senang kan ...
pastu aku beli roti, sayur kobis, cauliflower, daun ketumbar, daun limau purut ...gedebuk gedebak ..habis dlm seratus lebih ..aik ..tertiba rasa macam mahal lak ..tapi kalau beli sehari 75 ..ni stok bahan masak yang tahan beberapa hari..harap harap dpt berjimat ...
Minggu depan cuti deepavali mula Rabu sampai Ahad. so Ihsan aku bersekolah hanya dua hari . Isnin dan selasa.. Ihsan sekolah secara bergilir dan satu kelas cuma ada 17 pelajar . sikitlah jadi selesa budak nak belajar .
ramai lah jugak kawan kawan aku bercuti sempena deepavali ni ..antara nya nak ke Pengkalan Balak..Terengganu, Pahang ..hah ! pahang ni aku yang rasa nak pergi .
once ko bercuti siaplah ko kena spend kalau nak selesa around 1k . termasuk ..duit tol, minyak ,makan..hotel asing .
aku tengok hotel Hyatt Kuantan best ..rate dalam RM450 ..tp sekarang mahallah kalau lagi seminggu nak pergi baru booking..dalam RM750
aku ni kalau nak duduk mesti nak hotel yang betul betul best ..mahal sikit takpe..janji selesa.
pastu ko boleh lepak je kat bhotel..mandi..g pantai ..
itulah ..dalam pada tak merancang nak cuti ke mana ..aku dh belikan baju renang orked..aku beli kat shoppee..ada seller letak rege baju RM36..bila aku scroll scroll balik ada yang jual RM29.90 ..wah lagi murah ..sebelum aku dh beli baju yang rege RM36 masuk postage selai baju jadik Rm40.60..mahal gak ..dah jumpa yang Rm29 tu terus aku cancel order . nasib baik terus shoppee..refund dalam shoppe pay ..sekejapan ..selama ni kalau dh bayar aku ingat tak boleh kensel ..rupanya boleh..
dapat lah aku baju tu murah sikit ..tapi pstage tetap ada dalam Rm4.60 ..aku malas tunggu sebab baju tu pun ada selai je...
jap ..kang aku sambung ..hafidz balik .
ni kalau nak scrub kulit pakai ni ..mmg bagus katanya ..apapun aku beli beli lagi ok..hahha |
ni pun elok beli minyak zaitun kan ... |
ni mahal sikit ..tapi katanya mampu memberikan keputihan pada badan kita ..kena pakai konsistenlah kan |
ni pulak kalau nak bei pastikan rice water tau ...mmg best katanya ... |
so apa lagi moh lah kita bercantik cantik ..ok |
korang tahu bila aku kira kira balik dalam sebulan aku dan suami spend hampir Rm3k utk makan..
ok ..katakan lah RM100 x 30 hari bukan RM3k ke ...ok pada aku ni jumlah yang sangat mewah ..ni kes kalau aku beli dan tak masak ..
aku anggarkan begini
breakfast: Rm17 paling murah ni ..
Lunch RM20 ni kalau beli nasi bungkus 4 contohnya nasi ayam
malam: ok malam kalau beli nasi bungkus macam Nasi Goreng cili padi ke ..mee goreng ke ..sekitar RM35...
tapi ni bukan jumlah yang tetap sehari ..kadang kadang berubah ..so takleh lah nak statik kan ..sepatutnya boleh jimat jumlah ni ...
dengan membuat jadual makan yang sesuai .
tapi aku perasan bila aku dh beli makanan ..kami tak berbelanja banyak sgt kat speedmart ..sgtlah jarang aku berbelanja di speedmart . kalau dulu masak ..pastu beli lagi jajan kat speedmart ..
so aku pun tak pasti mana lebih jimat ....masak ..atau beli ..tapi kalau masak ..selalunya suami aku beli lauk kat pasar dan aku masak ..penat lah sikit kena masak ..dan bila budak dh makan lauk tu tengh hari ..malam diorg macam taknak makan lagi lauk tu ..dia nak makan benda lain pulak ...hmmm..pelik lah kann ..dulu kami lauk tengah hari ..malam mak panaskan balik
so minggu ni aku macam nak berjimat cermat sikit so aku order ayam dua ekor dengan daging dua kilo ..
nampaknya bila dh beli lauk ni aku kenalah merancang nak masak menu apa..dan fikirkan barang lain yang aku kena beli utk masak :
cili padi, cili merah, cili kering, minyak masak, tomato ,bendi, sayur sayur lah ...pastu buah sikit ...
sebab nak masak kan ...kena ada telor, boleh beli spagheti dan bahan nak masak kuah bolognese...
sekali beli kat mydin benda benda ni boleh cecah Rm400 gak tau ..tapi bila aku beli barang makan kat kedai ..terus tak beli mende mende ni ..aik ! cam pelik lah pulak..
sebenarnya yang mahal kalau kita beli benda yang proses food tau ..cth aku perasan ..cococrunch tu mahal ..pastu termasuklah ..sosej, ayamas, pastu ice cream pun ..kiranya benda yang packaging ni mahal ..barang basah tahan lagi ..beli sayur ke buah ke ..
so budak budak ni kena biasakan jangan banyak sangat beli jajan..
kebetulan dh cerita pasal makan makan ni ..
aku ada ikuti live Avenys..Aleeya Zailan dan Bigboss suaminya..aku perhati ..diorg ni masak portion besar tau ..ke aku salah tengok ..masaknya banyak ..mungkin dia masakkan utk family mertua dia sekali agaknya ..ada satu episode tu dia masak portion tak bnyak ..masatu dia masak ...ikan kembong tabur sambal dengan telor campor cookng krim ..suami dia , bigboss pun rajin tolong masak ..dia pandai masak sama macam wife dia ..ok itu satu
satu lagi aku tengok Yatie Kamaruzzaman ..dia masak sikit je ..macam masak utk sekali hidang ..mungkin dia pun tak makan banyak ..tapi dia pun ada maid tau ..
aleeya tu mmg masak banyak maid dia je ada tiga orang rasanya ..
entahlah suka je tengok aleeya tu sampai terpikir nak beli produk dia sebab selalu sgt dengar OGD, lah icetea apatah ..
Aku ni dh gemok balik ..hari tu elok dah 73 ..ni naik balik 76 ..punca? makan malam ..minum air bersusu..nescafe tarik, teh tarik ....hah mmg mendapat lah ..
ko buat DSSS macam mana pun kalau minum air manis mmg tak kan kurus ..adoi pening jadik nya ,...rasa sungguh unhealthy ok ..
rasa tua dan tak bermaya ..mcm mana ek ..jiwa cam budak budak tapi badan macam nenek nenek ..apakah?
adoi ..
contoh nasik ayam yang aku beli kat kg tun Razak .. |
so doakan aku berjaya masak semula ..taknak beli beli ni ..
kedua doakan aku berjaya kurus semula ...please ya Allah !
Scary tak baca tajuk?
Hah ! ni lah Alkisahnya ..
as usual aku kena buat montaj kalau kat sekolah .
banyak je jawatan lain ..tapi tak tahu kenapa aku sinonim diberi kerja buat video montaj utk majlis sekolah .
Dia macam ni tau ..ko buat org taklah hargai sgt ..tapi kalau takde siapa buat ...siapa yang akan buat . Jadi nak menyelamatkan keadaan ko pilih utk membuat video . Tapi hasil kerja ko so so jelah tak lah kebabom sgt .
baik!
so aku diberi tugas buat montaj penerima hadiah anugerah kecemerlangan utk ditayangkan masa MESYUARAT PIBG SEKOLAH . ok so awal awal aku dapat job ni aku tanya setiausaha PIBG Zawana ..
"akak kena buat macam mana ni ?"
" Akak buat slaide je ..tayang nama nama pelajar cemerlang 2019,2020.. "
" Oklah .." so dr pemahaman aku nak papar nama pelajar yang score dalam SPM dan semua exam besar . aku cadang nak buat power point . Sebab dia kata buat slaide kan ...
tapi entah macam mana datang idea aku create video montaj utk tayang ..korang boleh tengok dalam video di bawah ni ..
ok ..so majlis sabtu .
isnin Zawana dah pm bgtau nk awal sebab ada rehearsel. oklah .so isnin malam tu aku berjaga sampai jam 1.30 pagi sapkan video ni .aku sent pada Zawana .
Malangnya esok selasa dia tak tengok pun dan kemudian En Masnawi Penyelaras Bahagian aku call suruh hantar video .On the spot aku hantar sebab benda mmg dh siap .
ok.
pendek cerita ..aku dapat tahu video aku tu kena ubah . tapi yang cakap ni AJK bahagian teknikal, so far penyelaras tak cakap apa apa aku diam kan dulu .
AJK Teknikal bgaitau ..pengetua kemungkinan nak masukkan suara dalam video aku tu . so ,.... aku kena edit video tu dengan masukkan suara kak Majidah dalam tu . Aku tak rasa benda tu perlu . so aku diam kan dulu .
Rabu ada rehearsal . dan aku dimaklumkan semua AJK tertinggi PIBG bersetuju dengan montaj yang aku buat dan pada mereka takde masalh dan Tak perlu pun masukkan suara . aku lega ..
so aku rasa itu macam idea AJK teknikal semata mata bukan arahan datang dari pengetua. so aku chilled jelah .
Khamis aku mohon CRK utk dua hari sehingga Jumaat sebab aku balik kg . Aku tak bawa laptop ..sebab rasa macam takde keperluan sgt . aku anggap kej yang PBG tu selesai .
ok . Khamis petang dalam 6 petang gitu 14 Okt aku dapat mesej telegram dr Zawana suruh aku masukkan suara dalam video aku . siap dia send video suara kak majidah .
so aku segera call Zawana bgtau aku tak dpt buat sebab aku tak bawa balik laptop . semua bahan dalam laptop . seb baik aku buat di laptop buakan IMAC takkan aku nak angkut Imac dimana mana .. so pengajaran buat apa apa dalam laptop sendiri bukan komputer rumah .
dia pun oklah ..nnt sy bagiatu .
kemudian aku directly call en Masnawi ..bgtau benda yang sama . dia pun cool je cakap nnt sy bgtau AJK TEKNIKAL ..wah! nampaknya berkeras sungguh org teknikal nak aku masukkan suara .
aku pelik ni kan mesyuarat PIBG apsal beria nak tayang macam majlis anugerah pulak ni ..
so tajuk utama ialah mesyuarat PIBG dan ini hanyalah selingan sahaja . kenapa beria ria sgt ..tak elok langsungkah video yang aku buat ni ..aku rasa ok ..taklah cincai sgt !
so ..aku tunggu sabtu majlis PIBG tu ...korang tahu apa yang jadi ?
HAHH..ni yang aku paling terasa. video aku telah dibuang sepenuhnya . Dan ajk teknikal dah buat video yang baru menggantikan video yang aku buat utk masukkan suara . tapi aku pelik apsal MC annouce nama aku yang buat video tu . bgtau jenal nama ajk teknikal yang bersusah payah buat . aku kat kg ..aku tak buat apa apa pun ..takde sikit pun dr apa yang ditayangan dr video yang aku buat . pening pulak .
terus terang macam ni ..
ko kena buat video ..tapi video ko buat org tak guna ..faham? hah!
mmg meruap muka aku . aku betul betul marah . tak berbaloi langsung usaha aku berjaga sehingga 1 pagi nak siapkan video ni
dan yang aku pelik apsal dia beria ria nak reject video aku ni ..
org tak perasan . raamai yang ingat mmg aku yang buat video tu .. sedangkan aku tahu itu BUKAN video yang aku buat .
NAsiblah kak Syafezah ada snap gambar slide video dr mjlis PIBG tersebut dan totally bukan aku yang buat .
Aku bgtau En . Saufi GPK Hem ..aku kecik hati video aku tak ditayangkan ..lepas tu dia kata dia tak tahupun ..itu bukan video yang aku buat .? see...? tak siapa pun cam ..hatta pengetua pun tak cam ..
ya Allah ..apsal ek ada orang macam ni .
kalau ko nak jaga team work rakan sekerja apalah salahnya ko cakap .." tuan pengetua kita pakai jelah video ni lagipun USTAZAH dan penat penat buat .. boleh je kan ..." ni ko nampak mmg kalau boleh taknak org tengok langsung hasil kerja aku . apa masalah ko ni ek ..
entah lah ..
aku ni banyak jugak buat video . ada lah jugak bakat lebih kurang . Nak kata paling bagus tu tak ..tapi setiap job yang aku terima aku cuba buat sehabis baik .
dan aku tak suka cantas kerja org
apada aku kita kena hormati hasil kerja org lain . sebab dia berpenat lelah buat kerja tersebut .
takpelah ..apa yang terjadi aku jadikan sebagai pengajaran .. dan aku jugak berpesan pada diri aku ..belajar terima teguran >
so aku nak tutup kes ni.
Lepas ni mmg aku rasa aku dh taknak lagi buat video . biar AJK teknikal tu buat semua benda . Silakan !
Sekarang ni lambakkan kedai kopi tepi jalan ..tapi kena tahu ada kedai kopi yang dia guna 3 in 1 dan ada kedai kopi yang jujur dia brew biji kopi dia sendiri..
oklah aku pun baru belajar bab kopi ni sebab suka punya pasal
ok..kopi yang sebenar yang kita bagus minum ..dan baik utk jantung adalah kopi yang biji nya di brew sendiri ..bukan lah ..maksudnya begini ..ko minum kopi ..yang sebuk kopi di kisar...dibrew dengan mesin kopi..keluar pati kopinya dan itu lah yang ko campur dengan susu full cream ..sebaik nya takde sugar ..kalau pun guna sugar kebanykkan kedai kopi guna syrup monin lah ...
yang biasa nescafe tu kita tak pasti kualiti biji kopi yang dia guna ..kalau yg mahal sikit ko pakai essenso ..tu agak berasa flavour kopinya
ok..berbalik pasal kopi ni kan ..kalau kat kampung aku dulun ..ada jual kat pasar minggu org yang di panggang biji kopi dia dan kisar ..so org beli pankai timbang..macam kopi che nah tu ..
ok;ah ..selalu nya nak minum kopi sedap sedap ni kita pergi starbuck, coffeen beans..tapi sejak akhir ni banyak org dh tahu kisar dan brew kopi sendiri maka ramailah bukak kedai kopi tepi jalan yang kos nak beli murah dan kualiti rasa rak larik jauh dr starbuck atau coffee beans...harga bawah rm10 ..oklah kan ...
kalau ko g facebook banyak je group pasal kopi ni ..
ada peminat kopi, ada SEKOLAH KOPI..ada group mesin kopi ..Gemilai, Donlim ..tengoklah pasal ko nak tahu pasal apa ..
aku ni pernah gak terfikir nak bukka kedai macam ni ..tapi aku belum pandai brew kopi sendiri ..dan harga kopi yang dipanggang ni agak mahal ..org beli biji kopi dan kisar sendiri ..alasan nya lebih fresh berbanding biji kopi yang telah siap dikisar .
kalau aku aku cuma pakai yang instat tu ...mesin dolce gusto nescafe ..rasa kurang kick dr yang dibrew pakai gemilai atau mesin kopi ..sekarang banyak dh mesin kopi ...yang mahal yang murah semua ada jual kat shoppe tu ..pandai atau tak saja ..so kali ni aku nka share kedai kopi tepi jalan
lokasi di Bukit Katil ..kalau nak tepat lagi dekat ILP Bukit Katil ..ko google Kaw Fee jumpa punyalah ..
Aku tak faham..
dia macam ni ..kalau ko bercuti ko nak share pengalaman ko bercuti ke ..gambar anak anak ko bercuti ke ..silakanlah ..takde siapa juga yg halang
tapi kalau ko taknak share gambo ko bercuti sebab tak nak menunjuk pun ..itu pilihan ko ..
jangan lah pulak ko cakap .." kita kaki jalan tapi tak lah setiap kali jalan nak upload at FB.."
terpulang lah ..ko taknak upload ..tapi org lain nak upload ..tu sifat masing masing..
Aku tak delah rasa kalau post g bercuti tu org kaya .sebab berlambak je kawan kawan aku yang bercuti g hotel ..ok je ..aku happy je tengok ..
ta penah lah pulak aku perli perli org g bercuti amik gambo ke tak ..ada je ko post pasal ko bercuti ..takpe ....
Entahlah ..mungkin pada org lain bercuti tu cam mahal ..so tak semua org boleh bercuti ..jadi jgn upload nnt org lain terasa..
sebenarnya ko tu tak adil ..kalau ko tak boleh bergembira apsal ko nak sekat org lain yg mampu bergembira .
kalau ko bukan spesis post pasal percutian ko tak payah lah post ..sebab itu pilihan ko ..dan bila ada org post pasal dia bercuti biarkan lah dia ..
aku happy je tengok org bercuti
kadangkala tempat percutian org tu inspirasi bagi kita
kadang dia share kedai makan ..dia g tempat tempat yang kita tak tahu ..dia ada nya posting dia kita tahu ..ada rezeki kita pula bawa family ke sana .. itu je ..
kadangkala bercuti ni ada lah salah satu cara kita berkongsi memori kita dengan org lain ..tak tahu lah ...lain org lain kisah nya .
aku suka share ..tempat makan... tempat bercuti ..pada aku dengan cara tu org lain dpt pergi tempat yg best ..itu je ..tak tpenah terpikir nak tunjuk aku banyak duit ..sebab aku tahu aku bukan bussiness woman yang kaya raya ..
aku ngn laki aku macam gaji sama sama ..so kami ada portion gaji kami dan kami tahu duit tu ke mana ..itu je..
pelik pelik lah org ni ..
kaya ke kalau org balik kg?
kaya ke kalau org tido hotel ..ramai je yang tido otel kan ..pelik pelik lah korang ni...
French Café
🕧12.30pm to 6.30pm
🚫 Close : Tuesday and Wednesday
📍Cherating Beach, Malaysia
📞 +60132004305
tempat wajib singgah di Kuantan |
Dalam hidup ni jika kita nka hidup bahagia mesti kena belajar menerima kekurangan orang lain ..Jangan beranggapan kita yang paling pandai dan tahu serba serbi dalam semua aspek
kadangkala kita kena akur ..kita tak tahu semua benda dan saling belajar setiap hari ..
Aku teringat semula masa aku mula mula dapat anak , Imran. Aku pun tak tahu banyak benda. Nak menyusukan anak pun tak tahu, nak jaga anak, anak demam, anak sakit , nak buat bubur anak , nak beri anak makan , tapi sekarang ...aku boleh berbangga selama 4 tahun aku besarkan Imran dengan suami aku kami sendiri . Sesekali balik rumah mertua dan mak aku .
Kami akui banyak benda yang kami tak tahu .
Macam aku , aku pun tak berpantang elok elok masa lahirkan imran. Dan aku pun tahu kesan bila kita tak berpantang elok elok apa yang akan jadi pada diri kita .
so kalau pasangan yang baru kawin aku pun nak share beberapa tips yang aku rasa korang patut amik berat dan jgn buat kesilapan yg org org dh kawin buat .
Di awal awal perkahwinan mmg byk benda yang kita tak jangka berlaku , dan sebagai pasangan yang mendirikan rumah tangga kita kena berlapang dada dan menerima itu sebagai cabaran dalm berumah tangga.
Ekonomi sangat penting dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan seimbang .
duit . duitlah punca gaduh dalam rumah tangga .
ok bab duit aku nak kasik tips :
1. berhenti bazirkan duit dnegan mengunjungi mall. aku tahu bila kita kawin kita akan terbawa bawa perangai masa kita jadik budak u dengan bila dah ada aank. kita suka g mall ..makan kat resoran yg sekali makan habis seratus ringgit ........sekali makan okey!!. tengok wayang ..buang masa kat mall. ni kesilapan yang besar . berhenti kunjungi mal seminggu sekali .. kalau nak pergi pun cukup sekali sebulan . tak pergi lagi elok .ytp nak buat macam mana anak muda zaman sekarang suka sangat nak tayang ..OOTD baju baru..makan kedai hipster atau nak acah acah kaya seperti insta famous! kalau ko dh mmg kaya takde masalah teruskan . tapi kalau ko laki bini masih tak cukup duit nak bayar duit sewa rumah so kena serius fikirkan masa depan bersama .
2. Rancang kewangan bersama . kena buat bajet bulanan kemana hala duit pergi setiap bulan. pastikan ada pengurusan kewangan yang baik . Bila takde duit ni yang buat gaduh. Berhenti beli benda di liar kemampuan kita . selagi boleh jimat jimat .
kalau diingat balik dulu masa aku mula posting di jasin sewa rumah kami RM180 ..duit api air ..kemudian aku guna topup. aku takde kereta awal2 jln kaki ke sekolah ..dapat tunggakan gaji aku beli MYVI merah rm48k itulah kereta pertama aku dan buln bulan aku bayar RM481 kalau tak silap selama 9 tahun . masa ni suami pakai kelisa . sebab dia kerja kat Teknology Park . kalau korang tak kerja jauh . suami boleh pakai motor dan cukup ada satu kereta sahaja.
jgn pakai coway, guna je penapis air takpun masak air .itu pun sihat . berhenti langgan netflix kalau tak mampu ..netflix kan kena ada internet kuat ..takkan nak langgan unifi . mhal kot ..
selagi boleh jimat korang jimat . beli barag basah dan masak . buat jadual masak apa .dan suami kena bnatu isteri buat kerja rumah dan basuh kain . sebab bila kita takde duit kita kena berjimat kita jadik stress so suami isteri kena saling bantu membantu . baru bahagia .
sabar! lama lama kehidupan korang akan bertambah baik . Percayalah .
3.Tinggalkan habit beli barang branded. berhenti main instagram kalau sekadar sakit hati tengok kawan kawan yang bujang tayang hbag baru atau minum air stabak ! lebih baik kita tak nampak... tak sakit hati sangat !
4. Fikirkan cara nak tambah pendapatan . Mungkin boleh ajar mengaji ke , tuisyen math ke, ikut kepakaran yang kita ada. Dulu suami aku buat coaching tenis . banyak jugak dapat ...
aku start keje 4.6.2006. aku beli rumah 12.2009.so tahun 2010 kami dah ada rumah sendiri . bulan bulan aku kena bayar rumah RM 916. sebelum tu au dah kira mana nak dapat RM 900 yang nak buat bayar duit bulanan rumah tu . Aku beli rumah dengan LPPSA . Pinjaman perumahan utk kakitangan awam . interest dia 4% dan takde downpayment .buat pinjaman selama 30 tahun .
ok masih ni dh makin baik . berbalik pada mana nak dapat RM 900 tu
1. Aku tak perlu bayar pinjaman pelajaran RM221. sebab dh habis bayar . Kemudian suami aku tak perlu bayar RM250 duit rumah sewa kami di Taman Maju . Jasin. so kat situ dah ada dalam 500.. lagi empat ratus kenaikan gaji . dan aku tak de potong KWSP sebab dan amik skim pencen ..
kalau kami penjawat awam tiap tiap tahun akan ada kenaikan gaji ..sekarang kalau DG41 kenaikan gaj dlaam RM225 dan DG 44 kenaikannya RM250. setiap tahun . so kalau dua tahun ada kenaikan RM 500 . dan kalau 4 tahun ada kenaikan gaji RM 1000
2. kemudian kami pun ada kesilapan bila masuk tahun 2009 tu suami start amik kereta HONDA CITY ..tiap tiap bulan bayar RM800 lebih . dan aku pun masih ada kereta RM480 sebulan . tapi sebab masa tu mak mertua minta smeula kereta kelisa nak bagi adik suami pakai . dan suami aku kira dah keje hampir 3 tahun boleh beli kereta sendiri .
ok berbalik point no 5.
5. susukan anak . menyusukan anak dapat menjimatkan perbelanjaan beli susu anak . susu anak mahal ya termasuk pampers. aku ingat dulu aku bagi anak aku susu anmum dan sekotak tu tahan seminggu je ..sekotak rege dlam rm50 lebih kot .. korang belilah susu anak ikt kemampuan korang ..tak payah beli pampers yang mahal ..cukup sekadar jangan bocor pun dh ok . tak silap dulu kami guna drypers. masa tu pet pet rasanya paling mahal ..huggies pun ok jugak . pelik aku bila orang nilai kita kaya miskin berdsarkan pampers yang kita guna . sebagi contoh kalau pakai pampers mamy pokok . kalau anak dh besar sikit beli yang jenis pants senang nak pakaikan budak ..budak boleh pakai dalam keadaan berdiri . tak payah dibaringkan . Susu dan pampers dua benda yang korang wajib spend bila dah ada anak . dan termasuklah yuran taska anak . sapa nak jaga ank kita waktu kita keje ..
kalau siapa duduk denagan mak ke mak mertua ke jimat teroks..kalau tak sebulan rm450 kos jaga anak . tu paling murah kot ..lagi kecik lagi mahal. macam aku anak transit ..taska ami seorang rm220..so tiga anak RM 660 aku kena bayar pada taska .Rm660 tu banyak tau ...ko boleh buat installment bayar kereta tiap tiap bulan .
tapi demi memudahkan ko laki bini bekerja.. bayar sahajalah ..janji ko tak serabut fikir urusan anak waktu ko keje ..tahun 2011 aku ada maid .sebulan suami aku bayar maid RM600 ..macam bayar taska ..tapi rumah ko tak payah kemas, tak payah masak ., tak payah basuh baju ..semua maid dh selesaikan . Zaman 2021 ni aku tak tahu berapa harga maid dan macam mana urusan nak amik. maid. rata rata orang hantar rumah pengasuh atau taska ..aku pun tak suka sangat pakai maid . elok ko besarkan anak sendiri baru puas hati .tapi kena sabar ..banyak benda kita kena korbankan ...
6. beli rumah ., jangan sewa lama lama . rumah kalau beli lama kelamaan jadik milik kita . rumah sewa kita bayar sahaja atas manfaat yang kita amik .
7. buat simpanan . pastikan ada simpanan . buat RM100 sebulan janji ada simpanan .
8 . sesekali reward diri . tapi ingat mesti within budget . jangan seskali pakai KAD KREDIT. Kad kredit interest paling jahat dalam dunia.
oklah dh banyak yang aku celoteh .
tapi nak bagitau ..tunjang rumah tangga yang bahagia adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
nanti aku nak cerita bab iman dan perkahwinan .
Masa aku tengok gambar cafe ni ..aku dh tertarik ..nampak macam kat oversea...dan yang paling bestnya aku dengar kedai kopi ni dekat UM..masa tu aku pun tak pasti "dekat" um atau "dalam" kawasan UM
so nak jadi cerita hari ni ondaway balik dr Perak ke Melaka ..kami masuk ikut tol sg besi ..suami tanya nak singgah mana mana tak? aku asalnya malas.
"Baliklah melaka."aku jawab .
pastu sampai area Bangsar aku cakap .."Jom masuk UM" lama tak masuk UM..saja nak tunjuk kat Imran ..U mak ayah dia dulu .."
Kami pun pusing lalu depan Mid Valley masuk Kampung Kerinchi ..jumpa Bangsar South ...berbeza betul dulu dan sekarang ...takde dah kedai tepi tepi h]jalan dan rumah flat yang jadik trumah sewa budak budak UM dulu
Masuk pun siap bgtau kat Pak Guard ..nak bawa anak masukUM nak bagi diorg tengok .."
Nasib Guard sporting ..so kami round lah satu UM tunjukkan fakulti Undang undang, kolej kediaman, fakulti aku Akademi Islam dan Fakulti suami..tapi bila sampai bukit Ai nak ke eleven collge ada polis tak bagi masuk ..so kitorang u turn balik...
Dewan Tunku Canselor atau DTC ..kat sini tempat convocation |
ni He and She Coffee |
yang bawah tu eggyolk salted tu korang wajib try sebab sangat sedap ! RM6.90 |
ni yang aku nampak macam kat Chichago nitak pun Texas.. |
aku penah makan macaron masa kat Paris..serius ni lagi sedap ..satu sebab tak manis sgtt.. sedaplah ..satu RM2.50 |
lasagna ni suami aku beli tak tahu satu berapa ringgit ...sedap jugak |
ni menu dia ..rege dia stenden lah makan kat cafe hipster kann |
ni dia deco ala dalam flight ..cantiklah interior design dia .. |
red velvet ni pun sedap... |
ihsna nak ni ..sedap jugak |
ni coffee latte aku ..not bad! |
mmg lengang ..takde orang... |
AKU tahu pasal breastfeed ni lebih banyak maklumat tak silap masa aku ngandung kan Iyad ..masa tu aku ada join group ibu ibu menyusu ..masa tulah aku kenal perkataan seperti ..bottle feeding, direct feeding, fm= formula milk, aku kenal jugak ciri ciri susu ibu dan belajar banyak perkara berkenaan menyusu ni ..
masa aku dalam pantang Iyad kut aku banyak baca info pasal breastfeeding dari blog seorang ni namanya Farah Farhan ..Farah Farhan ni mmg duta breast feed ..dan dia sendiri ada keluarkan brand pam susu dr korea rasanya ... aku mmg baca blog dia hari hari lah ..tapi hari ni 2021 aku check balik blog tu macam dh tak wujud ..dan bila aku google nama dia ni keluar pulak berita lain . aku malas nak cerita nnt bila bila korang baca lah ..
aku dulu ada gak pengalaman tak pandai susukan anak ..imran pun struggle aku nak nyusukan ..masa iyad lagilah dia tak pandai latch ..hampir 30 minit aku bergelut suruh dia latch baru dapat ..itupun susu tak keluar banyak ..bila dia sellau biru masa susukan ..doktor pakar HKL sarankan aku stop direct feeding ..dan masda ni aku adalah hubungi NGO pakar laktasi dtg rumah aku di melaka dan tengok macam mana akuy nak susukan Iyad. End up dia kata takpayah susukan ..bagi je formula milk atau bahasa kita susu tepung ..
aku akui mmg mencabar di awal awal nak susukan anak ..kena belajar teknik menyusu yg betul..aku sempat attend kelas laktasi dia ajar cara susukan anak..
ok aku share secara ringkas:
1. kalau kita nak susukan anak satu masa baby dalam perut lagi kita dh niat kita nak susukan anak kita . dan masa ni baru aku tahu kita boleh pam dan simpan susu kita utk beri pada anak . Selama ni aku ingat time dlm pantang je susukan ..bila start keje tak perlu susukan ibu ..Aku soilap! rupanya kita pam dan buat stok susu ..ni rata rata rakyat malaysia tahu ..tapi aku pada masa itu 2007 baru tahu .
2. Aku belajar kalau nak susukan anak awal awal jgn bagi notol nnt baby konfius ..dia akan keliru ..kalau awal awal bagi cup feeding ..supaya baby tak keliru .
3. Selalunya hari pertama takde susu . Susu ibu keluar pada hari ke 3.Aku mmg ada pengalaman bengkak susu yang teruk masa Imran ..sebab susu tuurn tapi jalan takde..Susu hanya menitik ,sedangkan sepatutnya susu memancut keluar ..bukan satu jalan tapi 5,6 jalan ..tapi kes aku susu tak keluar dia macam tersumbat ..sebab ada saki baki susu pada puting . so masa tu kak mimah bantu aku keluarkan susu ..dai urutkan breast pakai santan ..dan tekan mmg azab gila sebab breast tengah bengkak ..lepas susu boleh keluar terus aku susukan imran danpam susu tu ..supaya breast tak bengkak . masa tu aku selang seli susukan Imran dan tuam breast dengan botol susu yang disikan air panas ..tujuannya nak bagi breast lembik dan bila pam susu akan keluar .
JANGAN BELI PAM SUSU MANUAL. wajib beli yang eletrik .Sekarang dah banyak brand pam susu yang bagus bagus .,..masa aku dulu apakai MEDELA mmg best medela ni amik yang FS ..freestyle..
ni pam yg suami aku beli masa Iyad lahir tahun 2011 .. |
PETUA BENGKAK SUSU:
ikut pengalaman masa maid aku nama Tura dia ajar letakkan garam pada puting ..kalau tetekl bengkak . lepas tu gentel pelan pelan ..nnt lubang susu tu akan keluar dan susu boleh memancut .. kalau kita tekap pakain kobis. diaa hanya melegakan seketika waktu sahaja. Yang penting kita kena bukakkan saluran susu nak keluar dulu .baru boleh susukan anak ..
masalah lain ialah anak kuning ..bila anak kuning masa awal awal tu dia banyak tido atau pasif..bila kita suakan tetk pun dia taknak isap .sepatutnya kita kena kejutlan ank supaya dia banyak menyusu barulah kuning dia akan turun . ok ..ada org yang tak nyusukan anak wal awal..last last susu nya kering ..
SUSU ibu adalah makanan terbaik utk anak ..awal awal tu ada kolostrum ..ni paling mahal..ada antibodi utk anak ..dan susu tu berubah ikut khasiat yang aank perlukan .
3.ok lepas tu ..nak susukan anak ada cara nya .
pertama , muka anak kena mengadap tetek ibu . bukan di sisi ..maksudnya muka anak pandang breast ibu
kedua, pastikan breast tu masuk dalam mulut anak kawasan aerola tu maksudnya yang berwarna gelap tu ..bukan putingnya sahaja.. baby kena latch . kalau masuk puting sahaja ..susu takkan keluar ..ok..bibir bayi pulak macam mulut ikan ..kalau nak tahu mak dapat rasa bila anak sucking ... anak sucking akan nampak bawah dagu bergerak gerak. baru betul dia menyusu ..kalau hanya menyoyot itu bukan carab menyusu yang betul..
kalau korang yang mengandung wajib ikuti kelas penyusuan secara online di sini https://www.nutrikl.gov.my/kursus-penyusuan-susu-ibu-20-jam/
dan sebenarnya banyak video video penyusuan yang ada di youtube .
ok ..pengalaman aku mmg menyusu direct feeding ada banyak kelebihan berbanding bottle feeding . satu nya dapat elakkan masalah kembung perut. sebab bila anak susu pakai botol dia akan sedut angin ..ini menyebabkan perut dia tak selesa. budak kalau perut kembung mmg masalah dia akan susah tidur dan susah nak menyusu ..macam kitalah kalau perut sebu kan takde selera nak makan ..
ok..so sebaik baiknya berikan susu ibu direct , lagipun boleh bantu kecutkan rahim bila anak menyusu..
aku tiba tiba nak cakap pasal susu ni bila adik ipar aku baru melahirkan anak dan ada masalah nak susukan anak secara direct . Pada aku so far ibu beri susu ibu takde masalah baik utk baby. dan ada je kes kes tertentu ...kalau tak boleh bagi susu ibu nak buta macam mana kan ..takpelah ..hanya yang terbaik sahaja kita nak berikan pada anak kita ..SEMUA IBU MAHUKAN YANG TERBAIK .
kalau korang nak baca pengalaman Sarakids atau Farah Farhan boleh baca di sini aku jumpa pulak post ni tapi dr blog org lain http://yusufcomey.blogspot.com/2011/03/tribute-to-susu-ibu.html
oklah rasa tu je nak share hari ni kalau ada apa apa boleh PM tepi ya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah jadi trend sekarang.. hari tu kita...