Jumaat, 19 November 2021

Review The Habitat, Penang.

 

Actually kan ..ramai je kawan aku yang tak tahu The Habitat ni kat mana ..aku sendiri [un first time dengar pasal The Habitat ni ..masa suami aku ajak ke Family Day ni ..

tertiba kak timah kata dia dh lama nak pergi sini . wah! aku pulak yang jakun ..baru tau kewujudannya ..

oklah .kalau korang nak tahu The Habitat ni di Bukit Bendera. Masuknya korang kena naik kabel car tu utk ke habitat ni ...dr stesyen bukit bendera tu ..korang tanya je orang kat Buit Bendera tu kat mana habitat ..nnt dia akan tunjukkan . 

ok ..kalau korang dh ada tiket korang masuk jelah ..dr luar tu nak ke kaunter tiket dlaam 200 meter. 

lagi satu kan ..nasihat aku kalau korang nak masuk dalam Habitat ni pastikan ni je program korang..supaya korang dapat berlama lama dalam habitat ni ..yelah kan bayar tiket 40-50 ringgit takkan masuk 30 dh nak keluarkan ...rugilah ..

so mmg kami jalan lama gak dlm ni ..sampai sempat minum bagai kat cafe dia ...

dia kalau korang jalan dalam ni korang di baratkan mausk hutan tebal tau ..tapi yang dh diteroka lah ..dan kalau beruntung korang boleh nampak haiwan ..macam monyet ke tupai yang comel ..aku tak ingat nama apa tupai tu ....mmg cerita nya ni korang masuk hutannn... kalau korang jenis yang nature lover elok lah sangat ..tapi kalau kaki shopping tak feellah masuk dlaam ni ..memang hutan je ..

dan paling best kat jambatan tengah tu ..dia panggil Lanyur Walk ..aku suka lah ..benda bedan gini ..angin bertiup kuat tau ..sampai terang topi orked ..nyaris tak jatuh jambatan ...








permandangan naik cable car Bukit Bendera
kat bawah tu boleh camping ..gambar ni aku amik masa berada di atas ..




















hah ni lah climax dia ..ko akan naik benda alah ni yang ketingginya 800 meter. berada di sini bermaksud ko dah berada di PUNCAK PULAU PINANG..ikut penerangan Uncle ni ..kalau dr sini boleh nampak Langkawi dan Jambatan pulau Pinang ..memang best lah atas ni ..

cuma kalau hujan rugi ..uncle cakap tak boleh naik ..bahaya sebab takut ada kilat ...
atas ni tak besar mana jalan slow slow dalam 10 minit setel ..cuma waktu kami pergi tak ramai ..so puas jugaklah nak bergambar kat atas ni ..kalau ramai mungkin dia kawal berapa ramai yang boleh naik ..

kat bawah ni ada je yang sedang camping 




nak tahu tak ..setiap kali naik bUkit Bendera aku mesti teringat kenanagn masa aku kecik kecik ... abah bawa kami naik bukit bendera , masa tu aku kecik sangat ,,tapi masih ingat apa yang jadi ..

kami pergi dengan keluarga Bik Jenab ..ingat lagi siap sewa van ..sebab nak jalan jauh ..banyak ramai org ..so kena sewa van ...aku tak inagt berapa. harga sewa van tu ...

lepas tu dalam kereta kabel naik bukit bendera ...kakak aku ni jenis alah ..dia tak tahan sangat pusing ..lepas tu dia termuntah atas baju budak cina ..hahah ..sian budak cina tu ..aku tak tahu apa nasib dia ..sama ada dia terus bercuti ke ..atau terpaksa beli baju yang baru ..mmg aku tergelak bila ingta peristiwa ni ..

kami masa kecik susah nak bercuti sebab ramai ..macam mana abah nak bawa semua kan ..tapi aku ekcik lagi dha tidur otel ..abang dan kakak aku yang bawakkan ..merasalah kecik kecik jalan ke Kuala Lumpur ..

masa Kak Lijah konvo aku ke Melaka ..tu first time aku ke Melaka ..pergi naik bus ..balik .mak ajak naik keretapi nak bagi kami merasa naik keretapi ...abah macam berat hati ..tp mak dh aja abah pun bawak..
kami takde tempat duduk dalam kereta api ..sepanjang perjalanan mak kena pangku aku ..kesian mak ...abah pun cakap .." kan aku dh cakap ..." dah lama kut ..masa kat Kl ke aku tak ingat orang turun baru kami dapat duduk kut ..entah lah ..ingat ingat lupa . tapi aku sgt ingat ,...mak nak bagi kami merasa naik keretapi ..

takpelah ..lepas tu mak cakap ..." nyesal aku ajak naik keretapi ..kalau aku tahu kena berdiri sepanjang jalan .."

itulah perngorbanan mak kan ..dia nak kita rasa sesuatu yang baru ..
kita mesti ingat apa perbuatan mak kita kepada kita ..


** alamak aku selalu marah iyad mesti Iyad ingat ..habis!


kesimpulannya ..bawalah anak bercuti jika mampu sebab kenangan tu akan dia ingat sampai bila bila ...

aku rasa budak budak ni dh terlebih bercuti lah pulak 

antara yang pernah diorg pergi : 

Krabi satu Family 
Vietnam ..orked je 
Langkawi 
Penang
Cameron Highlands
Genting Gighlands
Janda Baik 
JB
Singapore satu family ..dua kali ke Singaore
Terenganu 
Kelantan 
Johor
K. Lumpur
Putrajaya
semenanjung rasa semua dh sampai ..

cuma tak pergi pulau pulau dan Sabah Sarawak. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...