Isnin, 22 November 2021

Tiada kompromi dalam perkara Haram

Aku ni bukan baik sangat.. tu yang bila org tanya aku ajar subjek apa .. paling susah aku nak jawab.. 
paling tidak aku akan cakap pendidikan islam.. tapi tak nampak macam ustzah… ustzah rock. 

Segumpal air lior aku telan . Sungguh ! Segan betul rasanya. 
Tapi tulah nak buat macam mana. Aku rasa selagi aku pakai tutup yg agak labuh tutup dada, pakai stokin, pakai blouse tutup punggung aku rasa dh cukup sopan . Apsal org tak perasan lagi aku ustzah ek..mungkin ustzah kena soft spoken bukan huha huha macam aku. 
Dh nak buat macam mana.. mmg karakter aku gini.. dr dulu happy go lucky… aku mmg suka bercerita.. bersembang kepoh kepoh.. buat lawak. Ada masanya suka mengusik.. tu lah aku kurangkan suka lawa yg menipu.. acah acah katanya..
Tapi aku tetap tak berkompromi dengan dosa.
Yang mana dosa tetap dosa. Aku dh pernah kata takpe pulak kalau benda tu mmg dosa.

Aku nak bg contoh macam ni .
Ada org kata takpe tengok video lucah… drpada dia berzina lebih baik dia tengok video lucah…
Sekurang kurang nya terhindar dr dia berzina.

Baik. 
Dlm hal ni tengok keadaan dia tu bagaimana. Kat oversea ke.. isteri takde ke… ke ada isteri cuma dh ketagihan tengok video lucah? 

Korang tau tak ada akta melibatkan video lucah ni …



Aku kongsikan bacaan aku dari Asklegal berkenaan kesalahan tengok video lucah ni. 

Kalau tengok secara online dr segi undang undang tak slaah, tapi kalau download dan ada koleksi dlm simpanan peribadi itu satu kesalahan. 

Tambah kalau tengok video lucah berkaitan kanak - kanak .. ni mmg bahaya. PDRM ada list nama org yg kerap melayari laman web porno dan dia akan siasat jika ada kes bersabit. Atau dia boleh je reman sesorg utk siasatan. 

Aku ingatkan akh seorg je baru tahu benda ni criminal. Rupanya ramai lagi yg tak tahu ini criminal . Ada akta tau! 

So kalau kena tangkap kira kita buat jenayah lah. 

Kalau penjawat awam lagi bahaya, boleh dikenakan tindakan tatatertib. Paling ditakuti dibuang dr perkhidmatan awam. Habis semua gaji, dan pencen. 

Kalau baca hukuman yang holeh dikenakan ialah 10,000 dan tiga tahun penjara

So .. kat sini aku nak cakap . Jangan cakap.. takpe takpe.. semua org buat.. ( tengok video lucah)… salah tetap salah .. mcm mana pun tetap dikira dosa di sisi Allah SWT. Jgn kata takpe.. 

Allah kata ia dosa. Kita kata takpe. 

Siapa kita? Allah swt dh tetapkan dosa pahala. Ko kalau buat dosa ko ngaku ko buat dosa. Jangan ko nak lawan Tuhan pulak. Dosa tetap dosa. 

Bila ko dh berkompromi dengan dosa tanda hati tiada iman. Sikit sikit dr benda kecik maka merebak ke perkara yang lebih besar. 

Tapi itulah manusia..dia tk takut hukuman Allah SWt. Tapi dia lebih takut hukum manusia.. malu .. masuk suratkhabar, masuk lokap, bos tahu… kena penjara.. 

hakikatnya benda dosa kita kena benci. Pertama benci perbuatan dosa tu . Kedua, doa kita terpelihara dr buat dosa tersebut. Ketiga kena kena jauhkan diri dr tempat tersebut. 

Itu antara cara cara Kita  boleh elakkan diri kita. 

Jadi jangan lah lagi kita tentukan dosa pahala ikut akal kita. Cth vape tak haram. Tengok video lucah, takpe. Pasthbkita kata… “siapa tak tengok video lucah..”

Sikit sikit kita anggap dosa tu kecik .. lama kelamaan itu kenjadi lebih besar kepada kita. 

Iman senipis kulit bawang. 

Itu kita wajib menuntut ilmu fardhu ain fardhu kifayah. The first things and foremost ialah ilmh agama. Didik anak taaat perintah Allah SWT. 

Ingat tiada kompromi dalam perihal dosa. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...