Selasa, 7 November 2017

Tadika Terbaik Di Melaka 2019

Dewasa ini pendidikan anak anak sangat penting dan kita perlu mengambil berat. Tidak dinafikan jika anak anak ketinggalan sejak darjah satu cabaran nya pada masa akan dtg akan lebih rumit. Dulu darjah satu tidak boleh membaca itu biasa tetapi sekarang tidak. Murid tahun satu kebanyakan nya pandai membaca dan aras pengetahuan mereka kian luas. 

Sekarang aku sedang mencari tadika yg sesuai dengan Ihsan. Perlu dikaji reputasi tadika dan juga jarak serta bayaran bulanan setiap tadika. [post 2018]

Di Ayer Keroh terutama Taman tasik Utama tadika tumbuh bak cendawan . Semua ada dan semua hebat hebat belaka hanya perlu sediakn duit secukupnya. 
Antara pilihan yg ada: 

Brainy Bunch, Al Baghdadi, Little Caliph, Quidess , PASTI, KEMAS, Kinder Kaizen, dan banyak lagi. 

Kebanyakkannya sekitar rumah aku. Kos pendaftaran paling sakit. Dalam lingkungan 1500 kebawah. Termasuk January. Tapi nnt masuk January ko kena bayar February punya, begitulah berikut nya. Nov aku tak bayar sebab utk  Disember. 

So kali ni aku bercadang nak hantar Ihsan ke Little Caliph dengar ceritanya bagus. ihsan mmg dari kecil nampak kecerdasannya. Bukan kata Iyad tak pandai tapi Iyad ada maslah penglihatan maka pembelajaran nya terganggu sedikit. Tapi aku yakin iyad holeh membaca suatu hari nanti.

Bayaran utk Little Caliph ni flexsibel ada jam 12pm RM260, 2.00 pm RM 300 , 4pm RM360 dan 6 pm RM390. Setiap kelewatan 30 min kena charge rm7

So pada aku ok. Sebab aku hantar Orked ke Taska Mualimah pun dah 350 tapi takde pendaftaran bagai. So tak semahal Little Caliph. next year nak hantar Pra Sekolah jelah kat Tun SAS. Nak jimat je 😝😝

Objektif aku senang janji holeh membaca dan mengira. Ihsan fresh lagi so dia mmg sgt excited nak belajar jangan spoil the momentum. Harap dia boleh improve english dia. Sayang imran tak berapa pandai BI macam aku. 

So setiap tadika ada pro and cons. Cuma aku nak tengok hasil pendidikan tadika lain atas anak aku . Kalau elok mmg tak tukar dah! 

Paling mahal Brainy Bunch. RM 640 sebulan dan ada kawan aku cakap tak ok. So tak tahulah kan ! Lain lain .. next time kita cuba quidess pulak . Utk orked. 



So kesimpulan nya kena menabung utk pendaftaran tadika anak. Itu baru tadika belum lagi universiti. Harap harap anak anak kita berjaya dunia dan akhirat Insya Allah. amiin. 

Tips; 
- cari tadika yg berhampiran senang nak pick up dan hantar. 
- check kebersihan tadika anak. Takut mudah dijangkiti penyakit.
- buat sedikit kajian setiap tadika. Utk makluman setiap tadika ada modul tersendiri kaedah pedagogi yg digunakan. Contoh Albaghdadi guna kaedah ketuk ketuk. 
- biar mahal asal hati senang. Sebab tadika bukan boleh main tukar,tukar nanti kos lagi. 

2019 

Memandangkan post ini kerap orang baca aku nak kemaskini maklumat :

LITTLE CALIPH AL-FATEH TAMAN TASIK UTAMA 

:KIRAAN YURAN 2019::

Assalammualaikum.

Tuan/Puan,kiraan senarai yuran anak adalah seperti  di bawah iniπŸ‘‡πŸ»

1⃣ Nama pelajar : Muhammad Ihsan b Shahrul Hafidz
2⃣ Kelas: KGII 6 yrs old

✅January Fee 2019 (Pakej 6pm): RM400.00 
✅Equipment: RM270.00
✅Events: RM210.00
✅Books & Modules: RM339.00
✅Com.book & Report card:  RM12.00
✅Takaful: RM10.00
✅Ihtifal : RM130.00
✅Lil Hajj : RM85.00

TOTAL: RM1456.00
TOLAK 1st deposit : RM150.00
BAKI PERLU BAYAR : 1306

kalau uniform kena tambah lagi . yang aku amik ni kira paling minima lah ..takde set beg sekolah bagai...

Tuan/Puan, senarai yuran anak adalah seperti bawah iniπŸ‘‡πŸ»

1⃣ Nama Pelajar: Orked bt Shahrul Hafidz
2⃣ Kelas: KGI 4 yrs old

✅Reg.fee : RM100.00
✅January Fee 2019 (Pakej 6pm): RM390.00 
✅Equipment: RM270.00
✅Events: RM210.00
✅tudung : RM29.00
✅Sport Attire : RM36.00
✅Sport Day t-shirt : RM24.00
✅Books & Modules: RM360.00
✅Com.book & Report card:  RM12.00
✅Takaful: RM10.00


TOTAL: RM1441.00
TOLAK 1st deposit : RM150.00
BAKI PERLU BAYAR : 
RM1291.00

Monthly fee 2019 :
Abg rm400.00
Adik rm390.00

Tapi bila aku check balik mmg inilah kos nya. melainkan kalau anak dapat masuk tadika kemas atau tadika JAIM ada murah sikit. Tadika JAIM tu ok ..budak budak dia mengahafaz Quran tapi nak menghantar nye tu agak jauh sikit. 

sebab bila diorg tanya guru guru darjah satu keluaran tadika mana yang ok ..banyak cikgu rekemen tadika Jaim. bagus katanya ..budak budak dh hafal yaasin ..ni yang aku dengar lah ..sahih atau tidak tak pasti.

so far little caliphs ni pun ok cuma kos lah sikit. nak jimat tadika kemas RM 50 .hihi..dh naik kot ..tak pasti. 

buatlah yang terbaik. dan anggap sedekah utk pendidikan anak anak..insya Allah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...