Jumaat, 10 November 2017

Tadika Al Fateh Little Caliph Taman Tasik Utama

Tadika merupakan pendidikan awal yg diterima secara formal oleh anak anak. Memilih tadika yg terbaik penting utk mendedahkan anak anak keppada pengetahuan asas seperti membaca mengira mengaji. 

Saya bersetuju tadika penting namun saya bukan org yg sanggup berhabis habisan utk pendidikan awal ini. 

Menurut seorang rakan, anaknya sekoalh di Smart Reader mmg bagus .. kalau bercakap English dia boleh balas balik namun bila masuk darjah satu sebab tak gunakan atau tak praktikkan maka jadi dia lupa dengan speaking English nya tu. yg baiknya kita membentuk persekitaran seperti di tadika nya baru lah dia boleh seperti dia bercakap ketika di tadika. 

Ok lah . Segalanya terletak pada faktor kemampuan kalau macam Dr Sheikh Muszaphar tu kita boleh nampak macam mana dia didik anak anak dia . Full activities . Berenang, kumon, tadika, kelas bahasa cina, piano class , taekwando dan banyak lagi. Lama lama anak anak ni akan jadi berkebolehan sebab dah di hantar pelbagai program. Di samping itu, ibu ayah bercakap dlm bahasa Inggeris jadi mmg bahasa pengantaraannya English senang lah dia bercakap. 

Berbalik kepada tadika Ihsan. Aku berpandangan Ihsan antara best product yg patut aku bentuk sejak dia kecil. Dia bijak dan ada peluang utk lebih berjaya. Imran pandai tp malas. Jadi dia susah nak perform dalam kelas. Tapi dia seorg yg bertanggungjawab sebab dia pengawas. 

Iyad special. Mmg susah nak catch up tp insya Allah dia akan berjaya bila dia mula pandai membaca. 
Segala galanya ada lah bermula dari kedua ibu bapanya. Kita membentuk mereka. 

Kos pendaftaran tadika Al Fateh ialah 13++ aku bayar deposit RM400 pada Nov dan bakinya selepas dpt gaji Nov aku akan settlekan. Ia termasuk Januari dan segala keprluan Ihsan sehinggalah Convocation Day, bayaran bulanan ialah RM390 utk sehingga 6 petang, kalau sehingga 4 petang RM360 dan begitulah seterusnya, jika jam 12 tengah hari dalam RM260 sahaja. Agak murah tapi sama je lepas tu transit kena bayar juga kan lagi lah kena bayar kos pengangkutan dr tadika ke taska tempat transit. 

Secara kasarnya kos pendidikan tadika taska dan transit anak keempat empatnya mencech kos RM 1500 . Not more than that. Tak masuk lagi kos belanja sehari RM7 utk pagi dan sek agama petang. Makin lama takde transit tapi ada kos tuisyen dan seterusnya menyiapkan mereka utk kos universiti. Semuanya menjadi tanggungjawan ibu bapa. 

Dulu masa aku kecik tadika kemas je. Takde transit dan tiada duit belanja sesekali kakak aku dpt gaji dia bagi duit sebulan dalam RM 10 paling banyak RM30 masa tu rasa kaya gila.. 

Kami ke sekolah jalan kaki. Dulu aku ke sekolah Sekolah Raja Perempuan Muzwin , sekarang sekolah aku dah jadi Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar dan sekolah aku berpindah ke kawasan Bukit Kerajaan. Sekolah menengah aku asrama. Aku masih ingat abah kena bayar duit makan sebulan dalam RM60 ringgit mungkin skrg lagi mahal. 

Aku tak pernah tuisyen melainkan kelas tambahan yg cikgu buat masa darjah 6. Aku tak macam kawan kawan aku yg majoritinya anak cikgu mereka tuisyen dan ada banyak buku rujukan. Tapi alhamdulillah Allah bagi aku berjaya juga .. dengan jalan sendiri. Jadi cikgu tak kaya tapi Insya Allah cukup makn pakai. 

Oklah buat masa ni aku think positive je dengan sekolah Ihsan semoga Ihsan lekas membaca dan akan terus minat belajar dan mendapat keputusan yg cemerlang. 

Iyad akan ke SK Ayer Keroh utk Pendidikan Khas Masalah penglihatan. iyad akan pakai tube permanent diperut kos nya melibatkan RM 840. Semoga Iyad terus sihat. Kos speck mata dalam RM1000 semua nya perlukan duit. hanya Allah yg mencukupkan segalanya. Insya Allah! 

Oklah, beginilah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Semoga kita terus memikul amanah yg diberi dengan sebaik mungkin Insya Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...